Chereads / Hello Miss Devil / Chapter 21 - Frat Party

Chapter 21 - Frat Party

21.

Airis bersandar malas pada kerusi, termenung memandang podium dimana pensyarahnya masih belum hadir lagi. Dia datang lebih awal dari kebiasaannya gara-gara nak elakkan dari berhadapan dengan mamanya ..tapi end up mereka bertemu jugak.

Macam nak balik semula ke rumah papanya pun ada jugak. Sebabnya dia tak betah lagi hendak lama-lama di sini.

Waktu itu dewan kuliah mula perlahan-lahan dipenuhi para pelajar yang masuk selepas makan tengah hari tadi.

Hanya beberapa jam sahaja lagi kelas terakhir akan tamat untuk hari ini dan mereka boleh pulang ke rumah.

               "Eh..kau dah ajak dia belum untuk ke parti malam ni?"tanya gadis pertama.

               "Dah...dia pun bodoh-bodoh setuju nak ikut....beria percaya lah tu yang dia sebahagian dari kita.."balas gadis ketiga dengan ketawa mengejek.

               "Siapa yang akan buat 'projek' dengan dia?"tanya gadis pertama.

               "Rasanya Rudy...budak kelab renang..dia setuju. Aku dah bayar untuk buat benda tu." jawab gadis kedua.

                "....hahaha...pastikan kau rakam muka budak perempuan tu betul-betul..Mandy."pesan gadis ketiga.

                 "Tahu lah aku..."balas gadis kedua yang di panggil   Mandy.

Mereka semua berhenti berbual taktala Aron dan dua orang rakan lelaki itu berjalan masuk ke dalam kelas. Perhatian mereka melongo melihat tiga susuk lampai berupa paras kacak sehingga tidak menyedari Airis berada di situ mendengar segala perbualan mereka.

Kehadiran Aron dan geng lelaki tersebut hanya dikerling sekilas oleh Airis sebelum perhatiannya beralih pada kumpulan perempuan di kerusi hadapannya.

Aron mengambil tempat di kerusi sebelah kanan Airis manakala dua lagi rakan lelaki itu duduk di kerusi kosong sebelah kiri Airis. Kehadiran pelajar popular itu menjadikan suasana di sekitar tempat duduk tersebut hinggar bingar dengan perbualan gadis yang beria hendak menarik perhatian mereka bertiga.

                "Hai Lucas...dah sarapan?

                "Hei Aron... looking good like always huh?"

                "Lepak sama dengan kami tak nanti?"

Lelaki di sebelah kiri Airis bergerak membuatkan dia tidak sengaja melanggar tepi lengan Airis. Yang mana Airis tidak peduli untuk mengerling atau ambil kisah mengenainya kerana gadis itu fokus memandang ke satu arah.

Namun begitu setiap kali pelajar perempuan tegur, mereka bertiga hanya buat tak tahu sahaja. Malah tidak menghiraukan mereka di situ.

Airis mengerling ke arah Aron yang tunduk memandang skrin telefon sewaktu gadis yang duduk di baris belakang mereka tunduk mengatakan sesuatu pada lelaki itu.

Dia perhatikan aje apa yang dibisikkan oleh pelajar perempuan tu pada Aron. Menunggu timing yang sesuai untuk mencelah.

Pelajar perempuan tersebut bertanya sesuatu mengenai parti dan majlis makan bersama keluarga pada Aron. Tapi Aron sama sekali tidak peduli. Pandang tidak, apalagi menghiraukan gadis itu apa lagi.

                "Join la sekali nanti ya?"

Sedaya upaya pelajar perempuan itu memujuk dan menarik perhatian Aron, tapi sikit pun tak beri kesan pada Aron. Malah lelaki itu hanya diam memandamg skrin telefonnya.

Airis yang berada di sebelah Aron, sedaya upaya menahan diri dari ketawa. Berasa lucu dengan layanan dingin Aron terhadap gadis tersebut. Dia menggigit bawah bibirnya sebelum dengusan kecil kedengaran dari bibir sendiri apabila tawanya hendak meledak.

Apa masalah Aron dengan student perempuan dekat sini ya?Asal perangai tu berlagak sangat sampai tegur pun tak nak hirau?

Setelah gagal mendapat perhatian Aron, gadis tersebut berputus asa. Pelajar perempuan itu menarik muncung kecewa setelah tidak dihiraukan oleh Aron dan kembali duduk di tempatnya semula.

Apalagi, Airis pun ambil peluang itu untuk cari tahu akan parti tersebut. Dia meletakkan tangan di kerusi Aron sambil melirik sakat ke arah kumpulan pelajar perempuan dibelakang.Dia mendekatkan bibirnya ke telinga Aron. Lantas berbisik pada lelaki itu akan sesuatu.

                   "Parti apa yang akan diadakan malam ni?"tanya Airis pada telinga Aron.

Tanpa mengalihkan pandangan dari skrin telefon, Aron menjawab sambil jarinya scroll skrin telefon.

                    "Budak-budak football.."jawabnya dengan mendatar kedengaran tidak berminat.

Airis mendiamkan diri, dia toleh kepala ke belakang tempat duduknya. Melihat tiga orang gadis di belakang yang ketika itu sedang memberi renungan maut ke arahnya. Airis yang lihat terus menarik senyuman sinis, perlahan-lahan tangan dia naik memegang bilah bahu kiri Aron.

Disebabkan tiada siapa yang tahu apa hubungan mereka berdua, Airis berasa trigger hendak menjengkelkan para peminat Aron ini.

Yalah...memandangkan Aron layan mereka pun mahu tak mahu aje kan...apa salahnya kalau dia tambahkan sikit perasa supaya rasa sakit hati tu bertambah!

Hahaha!

Mesti jelous kan?

Melihat tangan Airis naik di atas bahu idola mereka,tiga orang gadis itu memegang penjuru meja dengan bengis. Seperti singa di dalam kandang bersedia hendak menerkam mangsa.

Sambil tersenyum menang, Airis kembali berbisik pada Aron. Sengaja buatkan peminat-peminat Aron sakit hati dengan tangan dia berada di belakang leher lelaki itu.

Aron berpaling dan memberi renungan pelik kepada Airis bila tangan gadis itu melingkar di belakang tengkuk dia.

               "Kau dah kenapa?"soal Aron dengan kening mencerun.

Airis berpaling, bersemuka dengan Aron.

               "Bawa aku ke sana malam ni?"bisik Airis.

Kening Aron mencerlung.

                 "Buat apa?"tanya Aron bernada tidak puas hati.

                "Please..."rayu Airis sambil memegang belakang tengkuk Aron. "Aku janji aku takkan buat perangai.."Airis mengangkat tangan seperti mahu berikrar.

Lama Aron meneliti wajah Airis. Cuba mencari kejujuran di balik janji gadis itu. Entah kenapa dia tak boleh mempercayai Airis. Gadis ini kelihatan penuh dengan muslihat masalahnya. Setelah seketika, Aron melepaskan keluhan mengalah. Dia kembali memandang skrin telefon.

                  "Fine..."balas Aron sambil menaip sesuatu di skrin telefon.

Airis bersorak kecil sebelum duduk tegak memandang ke depan tanpa sengaja dia terjatuhkan pen miliknya.

Tanpa berlengah Airis pun tunduk mahu mengutipnya tetapi belum sempat dia mahu mencapai pen tersebut, tangan lain yang mengutipnya terlebih dahulu.

              "Thanks..."pandang Airis akan Lucas saat lelaki itu meletakkan pen ke atas bukunya semula.

Lucas mengangguk kecil.