02.
Sambil bermain dengan hujung kain hoodie, Airis kini sedang duduk di dalam pejabat dekan.
Pejabat ini umpama rumah kedua dia selepas balai polis untuk bulan ini.
Jangan di tanya kenapa. Kerana itulah gaya hidupnya.
Jadi Airis sama sekali tidak hairan dengan suasana dan bau di dalam ruangan tersebut. Bau harum kayu manis dan kopi yang menerawang di dalam bilik tersebut. Sedikit sebanyak sudah familiar untuknya.
"Baik terima kasih kerana maklumkan...maaf sekali lagi."ucap Dekan Grey sewaktu bercakap melalui gagang telefon pejabat.
Wajah berkedut lelaki itu kelihatan tegang dan keletihan sewaktu bercakap melalui telefon membuatkan lelaki itu kelihatan lebih tua dari biasa.
Bersama keluhan berat gagang telefon tersebut diletak.
Grey memejam mata buat seketika untuk cuba mengekalkan postur tenangnya dari melenting.
Perkara yang mana sudah muak untuk dia lakukan dalam minggu ini. Lama-lama boleh naik tekanan darahnya. Silap hari bulan pencen awal dia pulak nanti!
"Apa masalah dengan kamu ni Airis?Hah?"soal Dekan Grey sewaktu membuka mata, memberi renungan letih ke Airis yang berwajah selamba tidak bersalah. "Dalam sehari...hanya sehari sahaja tak boleh ke kalau kamu tak timbulkan masalah..."soalnya dengan kesal. Ibu jari dan jari telunjuknya mengurut-ngurut pelipis sewaktu siku ditopang atas meja. Berdenyut sakit urat kepala dibuatnya.
Airis buat muka tidak peduli. Dekat kepala dia dah terbayang macam-macam apa lagi yang dia nak hancurkan dalam pejabat ni.
"Apa lagi salah saya kali ni?"tanya Airis semula dengan nada bosan. Dah muak dengan semua ni, sampai tak kuasa nak beri reaction.
Dekan Grey menegakkan kepala. Menyelesakan dirinya duduk di kerusi pejabat pusing-pusing yang baru diganti minggu lepas, selepas yang lama dipatahkan oleh Airis sewaktu gadis itu mengamuk.
"Apa salah kamu? Serius kamu tanya apa salah kamu?"tanya lelaki itu dengan nada terkejut tidak percaya. Keningnya mencerlung letih.
Airis mengangguk kepala sambil memuncungkan sedikit bibir, keningnya berkerut ingin tahu. Dia tahu, cuma nak tahu situasi apa lagi yang orang cuba letakkan dekat dia sekarang.
"Kamu baru sahaja menolak Tiara jatuh dari tangga. Dan sekarang dia alami keretakan tulang rusuk dan lengan kanannya patah. Kenapa kamu buat begitu? Perlu ke kamu lakukan perkara itu gara-gara Tiara yang terpilih untuk pertandingan Miss Pegeant tu?"
Miss Pegeant adalah sebuah pertandingan ratu cantik. Airis pada mulanya dipilih sebagai calon untuk mewakili kolej mereka. Entah macam mana pencalonan Airis digantikan oleh Tiara. Yang mana Airis sama sekali tidak peduli. Bukannya dia yang beria daftarkan diri. Pihak pengajur sendiri yang berkenan untuk mencalonkan dia.
Kening Airis berkerut, memandang tidak percaya ke arah Dekan Grey. Namun seketika sahaja sebelum dia menarik senyuman meleret ke kanan. Menyedari apa yang sedang berlaku.
Oh, ini ke?
"Berani betul perempuan ni...fitnah aku dengan jatuhkan diri sendiri dari tangga...nice play sis...nice play.." Fikir Airis, dia melentokkan kepala ke kanan sewaktu tangan kanannya bermain dengan pen yang berada di atas meja. Dipusing-pusing beberapa kali kerana tidak berminat dengan perbualan ni.
Dekan Grey menggeleng kepala kesal taktala melihat reaksi Airis. Memangnya si devil depannya ini bukan manusia. Iblis yang bertopengkan manusia. Sadis dan tiada perasaan. Boleh pula ya menyakiti orang lain kerana iri hati!?
"Saya fikir kamu akan berubah selepas kamu dihukum semalam. Rupanya hukuman itu tidak dapat kekang kamu dari bersikap jahat pada rakan-rakan kamu. Sekiranya kamu berterusan begini kamu takkan dapat konvo." bebel Grey sambil menunding-nunding jari ke permukaan meja."Kamu hanya membawa malu pada kolej ini! Malu kala-"
Tidak semena sewaktu Dekan Grey sedang membebel, Airis bangun dan menghentak pen yang ada di tangannya pada permukaan meja.
PRAK!!!
Terkedu Grey dibuatnya. Sampaikan orang tua itu menelan air liur gemuruh sewaktu mematai Airis dengan awas. Dah apa pulak!?
Dengan muka tenang, Airis mengangkat tangannya dari meja.
Pen tidak bersalah tadi dipandang Dekan Grey. Lelaki itu tercekik air liur sendiri setelah melihat pen plastik tadi sudahpun pecah menjadi serpihan diatas mejanya.
Dekan Grey serta merta mengatup bibir rapat. Lelaki itu kemudiannya memandang bungkam ke arah Airis yang berdiri di depannya.
Airis menegakkan kedua-dua tangan atas meja dan sondong ke depan muka Dekan Grey penuh amaran. Renungan dingin terarah pada wajah itu.
Dekan Grey yang sudah cuak tahap gaban itu pandang Airis dengan mata terbutang kaku.
"Hello mister listen here okay...I don't give any care about this miss pegeant kejadah tu apatah lagi betina bernama Tiara tu..."deram Airis dengan nada perlahan sambil menjegil mata kejengkelan. "Inikan lagi iri pada perempuan tu...so better berhenti ganggu aku untuk benda remeh macam ni..."
Dekan Grey menelan air liur untuk basahkan tekak dia yang tiba-tiba kering lepas dengar suara Airis.
Airis menarik sengih sinis. Berasa lucu dengan reaksi Dekan Grey. Terus dia berdesis benci pada Grey."Plus I don't give any f*ck*ng sh*t about this damn college or you. So believe or not... it's not my fault."Airis mencapai beg sandang yang berada di atas kerusi sebelahnya sebelum berlalu ke arah pintu keluar.
Pintu pejabat tersebut dibuka dengan kasar sebelum dihempas kuat oleh Airis. Hempasan itu membuatkan pasu yang ada di atas meja sebelah pintu bergoyang-goyang lalu terjatuh ke lantai. Habis pecah berderai pasu itu menjadi serpihan manakala bunga di dalamnya bersepah atas lantai.
Grey yang masih dalam keadaan terkedu pula hanya mampu memandang terkejut ke arah pasu hiasan pejabatnya.
Melayang lagi duitnya.