"Hana Delisha!"
Satu suara lantang membuatkan dia yang sedang minum air tersedak lalu terbatuk-batuk kerana senak. Dengan muka merah padam, dia berpaling ke kanan koridor.
Serta merta matanya terarah pada gadis berambut toncang yang sedang jalan laju menuju ke arah dia dari hujung koridor dan mendekat.
Dimata dia waktu itu ibarat melihat ada api marak keluar disekeliling badan pelajar perempuan tersebut. Ianya seakan bom jangka bersedia hendak meledak! Serta merta cahaya merah tanda 'AMARAN' menyala dalam benaknya.
Sambil mengesat mulut dengan belakang tangan Hana berdiri di depan sinki air dengan mata terbutang luas. Melihatkan reaksi dari perempuan tu, nampak ada sesuatu yang tak kena. Sesaat itulah realiti menghentak dia. Tersentak setelah menyedari sesuatu yang mana menjadi punca kenapa rakannya itu mengamuk!
Oh sh*t!Dia terlupa!
Once again!
Secara naluri, kaki dia bergerak undur ke belakang dengan kalut masa rakannya itu berarak laju ke dia.
Dengan cepat dia bersuara."Nadine dengar aku boleh jelaskan..."kata Hana tergesa-gesa semasa undur ke belakang menjarakkan diri dari rakan baiknya yang sudah berupa seperti nenek sihir keberangan.
Nadine dengan muka bengis terus menghambur kata selantang-lantangnya.
"Memang kau hutang aku penjelasan!"marah Nadine sewaktu berhenti di depan Hana dengan muka merah padam."Apa kau fikir kau tengah buat hah!"matanya menjegil bulat. "What?A withdraw! Did you lose your mind?! Pertandingan tu dua minggu jer dari sekarang. Kau tak boleh je tiba-tiba tarik diri macam ni. Mana aku nak cari ganti!"dengking Nadine sambil mengipas-ngipas kertas yang di pegang depan muka Hana.
Surat penarikan diri Hana.
Mata Hana terkebil-kebil sewaktu kertas tersebut dikipas-kipas depan matanya dengan ganas. Aduh mak! Tak pasal-pasal.
Hana angkat tangan surrender di depan dada.
"Aku tahu kau marah...tapi dengar apa aku cuba beritahu ni..."Hana cuba dekati Nadine tapi kawannya mengaum tak pasal-pasal.
Nadine lemparkan tangannya dengan berang sewaktu Hana mahu memegangnya.
"Aku tak nak dengar apa-apa dari kau!! Kau takkan tarik diri. Titik!!!!"luah Nadine dengan dada naik turun keberangan.
Presiden kelab catur itu memandang Hana dengan mata menjegil bulat dan hidung kembang kempis seperti gorilla yang hilang sabar dan bersedia nak melemparkan tantrum di situ jugak.
Nadine tak faham kenapa kawan baik a.k.a naib presiden kelabnya itu buat keputusan tanpa berbincang dengan dia. Tup-tup surat tarik diri sampai dekat tangan dia melalui guru penasihat kelab mereka sendiri.
Hana terus menekap kedua-dua tapak tangan di depan muka lalu di bawa naik ke atas kepala sebelum tunduk 45 darjah depan Nadine.
"Maafkan aku!"Hana memejam mata rapat-rapat.
Nadine pandang Hana dengan bengang sebelum dia mencekak pinggang dan palingkan mukanya ke arah lain. Mujurlah depannya ini adalah kawan selama 12 tahunnya. Kalau tidak lama dah dia cekik sampai biru muka dibuatnya.
"Apa alasannya?"soal Nadine dengan nada marah yang dikawal.
Hana angkat kepala sedikit lalu intai sedikit ke Nadine. Memeriksa sama ada presidennya dah cool down atau belum. Setelah yakin yang Nadine takkan naik tangan, dia berdiri tegak lantas menarik sengih bersalah sewaktu memegang lengan Nadine.
"Dia ada pertandingan tenis hari tu. Aku tak nak ketinggalan tengok persembahan dia, itu perlawanan final tahun akhir..."luah Hana dengan renungan mata bersinar penuh harapan.
Nadine palingkan muka ke Hana dengan mulut terbuka sedikit kerana tergamam. Keningnya mencerun tajam tak puas hati. Tangan yang mencekak pinggang jatuh ke sisi hilang semangat.
"You what?"soal Nadine dengan wajah dumbfoundednya."Gara-gara dia kau sanggup tinggalkan aku?Kawan baik kau sendiri?"soal dia dengan kecewa. "Seriously Hana?"
Hana buat muka serba salah sambil tersengih.
Nadine sedia maklum tentang crush Hana terhadap senior tahun terakhir mereka itu. Entah apa yang ada pada lelaki itu pun Nadine tak tahu sampai Hana kemaruk sangat!
Hana menarik muncung itiknya lalu mengendeng manja pada Nadine. "Boleh lah..."
Nadine pandang bosan ke satu arah sebelum merentap tangannya dengan jengkel dari cengkaman Hana.
"Fine...aku akan terima borang penarikan diri kau kalau kau carikan aku pengganti untuk pertandingan tu. Kau cari pengganti yang sama tanding dengan kau. Selagi kau tak jumpa selagi tu aku takkan terima borang penarikkan diri kau. Dan kau boleh ucapkan selamat tinggal pada final game Senior Yuta kesayangan kau tu."tegas Nadine.
Hana berdiri tegak lantas memberi tabik hormat.
"Your wish my command mam!"ucap Hana dengan bersemangat
Nadine menjuling mata menyampah sebelum menyilang tangan ke dada.
Hana pula hanya tersenyum lebar kerana teruja memikirkan peluang dia untuk menonton perlawanan akhir senior Yuta nanti.