Tiga orang pelajar junior lelaki merangkak atas lantai menghadap lelaki yang berdiri dengan gulungan kertas di tangan.
Walaupun ada pelajar lain dekat sekitar koridor tu, tak siapa berani nak masuk campur mahupun bersuara untuk menghentikan tindakan dia.
"Sekarang mengongong untuk aku."minta Blaze sambil mengetuk-ngetuk gulungan kertas ke tapak tangannya. Kertas yang sepatutnya mengandungi tugasan dia. Tapi tiga teletubies depannnya ini gagal melakukan perkara yang dia hendakkan.
What a waste!
Sebab itu lah dia suruh tiga orang ni merangkak dekat kawasan koridor lokar. Saja nak buat drama supaya pelajar lain tahu, tahu bila berurusan dengan dia, mereka kena buat kerja betul-betul!
Ketiga-tiga mereka menurut dengan patuh dan mula mengonggong seperti anjing.
"Woof.....woof..."gogong mereka bertiga dengan malu di lantai itu dalam keadaan merangkak.
Blaze berdengus menyampah dengan bunyi suara tak ubah macam budak perempuan mereka bertiga tu. Sakit telinga pulak!
"Kuat sikit! Aku tak dengar!"bentaknya dengan berang.
"Woof!Woof!"ulang mereka dengan lebih kuat.
Dengan muka serius kejengkelan Blaze bercakung depan mereka bertiga dan memukul satu persatu kepala di situ dengan gulungan kertas ditangan kuat-kuat.
"Lain-kali-kalau-aku-suruh-buat-kerja-buat-kerja-betul-betul-faham?"sebut Blaze satu persatu sambil mengetuk kepala mereka.
Wajah ketiga-tiga pelajar junior itu merah padam sampai kedua-dua telinga mereka ikut kemerahan kerana malu. Mereka langsung tak berani nak angkat muka sebab takut.
Yalah Blaze Hunter adalah taiko dalam Akademi Cross Sword. Kebetulannya pulak Blaze ni anak kepada empunya akademi, jadi tiada siapa berani nak marah atau halang tindakan liar Blaze. Termasuklah para pensyarah sendiri. Apatah lagi ibu bapa Blaze sendiri. Pendek ceritanya akademi ini adalah kingdom. Blaze adalah rajanya.
Semua kata-kata Blaze adalah undang-undang.
Dan semua undang-undang adalah Blaze.
"Faham tak?"soal Blaze lagi bila mereka bertiga tidak bersuara.
"Faham!"sambut mereka dengan serentak.
Blaze bangun dari situ lalu mencampak gulungan kertas tersebut ke atas kepala mereka dengan kasar.Berterabur la kertas tu dekat lantai. Tertunduk kepala mereka sebab malu.
Blaze tunduk menjeling mata ke mereka dengan benci.
"Dah, berhambus sana. Esok aku nak kerja aku ada dekat meja aku. Perfect dan tak ada cacat celanya. Kalau kau nak kekal belajar dekat sini. Act like one! Kalau tak jangan kau tunjuk muka dekat sini lagi!"tegas Blaze saat menyeluk tangan ke dalam poket seluar dan berjalan pergi dari situ.
Pelajar-pelajar perempuan yang ada berdekatan cepat-cepat beri laluan untuk Black Prince tu jalan sewaktu melewati mereka. Semua di situ pandang dengan renungan kagum dan minat. Tertarik dengan ruparas yang dimiliki oleh lelaki sadis tersebut.
Siapa tak suka lelaki kacak seperti Blaze. Kaya lagi tu. Walaupun perangai lelaki itu seperti setan berwajah manusia, hal itu sama sekali tidak menghalang populariti Blaze dari mempengaruhi pelajar perempuan di akademi.
Umpama emas berlian, tak kira mahal ke tidak, asalkan cantik semua suka!
Tengah Blaze berjalan merentasi koridor sambil bersiul senang, dari jauh lagi dia dapat mengesan target seterusnya. Targetnya sedang berlari dari hujung koridor dengan muka ceria bersemangat menuju ke arahnya waktu itu.
Bersama senyuman sinis jahat dibibir,Blaze jalan bersahaja sehinggalah orang itu beberapa meter hendak menghampirinya.
Niat dia bila targetnya itu menghampiri dia, Blaze mahu menyandung orang itu. Tapi niat dia terbatal setelah melihat orang itu jatuh tersungkur lalu meniarap di atas lantai dengan sendiri tak lama lepas niat dia terlintas di hati.
Seperti karung guni kentang terjatuh dekat lantai, orang tu mendarat dada dulu di atas lantai beberapa langkah dari tempat Blaze berdiri.
Melihat orang itu terjatuh, Blaze turut terikut membuat muka seperti dia yang merasa sakit orang itu sewaktu jatuh tersembam.
Pada masa yang sama, masa orang tu jatuh sepucuk sampul surat meluncur di atas lantai setelah yang memegangnya terlepas pegang akan surat tersebut. Surat itu kemudiannya berhenti di depan kasut berkilat Blaze.
Betul-betul di hujung kasut dia.
Blaze yang mematai surat itu sejak ia meluncur dan berhenti di bawah kasutnya, mengangkat kening tinggi ingin tahu.
Tanpa berlengah Blaze tunduk mengutip sampul surat bertampal dengan pelekat heart'tersebut dari lantai. Lalu berdiri tegak untuk memeriksa isi surat tanpa peduli untuk bertanya atau minta izin pemiliknya.
Pemilik surat tu pulak dah termangu sendiri dekat lantai tak tahu nak buat apa lepas nampak Blaze pegang surat miliknya.
Jari jemari runcing bercincin pada ibu jari itu mengupas bibir sampul surat tersebut sebelum bau wangian manis menusuk hidung sebaik sahaja sampul itu terkuak.
Dengan perlahan-lahan Blaze pun mengeluarkan sehelai kertas berwarna merah jambu dengan ilustrasi love putih dari sampul tersebut sebelum dipegang dengan dua tangan. Memperlakukan surat tu seperti sesuatu yang berharga buat dirinya.
Lama mata hazelnut itu membaca apa yang tertulis di dalam surat tersebut. Anak mata tu bergerak dari kanan ke kiri dengan perlahan.
Tidak lama selepas itu, kening Blaze berkerut tajam tidak puas hati dan air mukanya berubah serius setelah membaca tulisan berangkai yang kemas dari surat di tangannya.