Chapter 3 - Bab 2

Tepi pagar court tenis dikelilingi oleh pelajar-pelajar perempuan. Semuanya ibarat lintah yang melekat pada permukaan kulit. Mereka cengkam dengan geram jaring gelangang sambil menjerit dengan histeria semasa lelaki berjersi putih dengan nama 'YUTA KIM' di belakang jersi tersebut sedang bergerak dengan cekap memukul bola tenis yang diberi oleh lawan dengan bergaya di tengah gelangang.

Suara pekikan sorak dari mereka penuh di sekeliling gelanggang tersebut.

"Senior Yuta!Senior pandang sini!!!"

"Oh my god handsomenya dia..."

"Senior pandang saya!!"

Pelajar-pelajar dari Kelab Fotografi dengan kamera mahal mereka sibuk menalakan kamera ke Yuta yang berada di dalam gelangang itu. Mereka berebut hendak mendapatkan shot yang terbaik buat majalah akademi mereka.

Sumber utama kelab fotografi. Apa saja produk yang ada muka lelaki itu, pasti akan laku keras seperti air yang dijual pada musim panas!

Dan di antara ramai-ramai pelajar perempuan di situ, hanya seorang sahaja yang berdiri tenang di tepi jaring. Tidak menjerit mahupun melompat-lompat seperti baboon diserang kutu seperti pelajar perempuan yang lain. Dia hanya berdiri di situ. Memandang satu-satunya lelaki yang menjadi idola dalam akademi tersebut dan juga hatinya sendiri.

Disebabkan rupa paras itu juga, lelaki tersebut menjadi duta iklan akademi. Apa saja iklan untuk promosikan akademi atau program pelajar, pasti wajah lelaki itu yang akan terpampang dalam wall laman media rasmi akademi.

Kim Yuta, kapten kelab tenis dan juara bertahan tenis tiga tahun berturut-turut. Tak pernah kalah dengan mana-mana akademi diseluruh negara. Lelaki paling digilai oleh pelajar perempuan sebab rupa paras dan juga prestasinya sebagai contoh pelajar terbaik keseluruhan akademik.

Mata dibalik cermin mata bingkai bulat itu tidak berkedip sejak tadi. Takut sangat kalau berkedip lelaki yang digelar sebagai White Prince itu akan hilang dari pandangannya.

Sambil mencengkam kuat besi pagar gelangang tu, Hana berbisik."Pandang lah aku...pandanglah.." sebut Hana di dalam hati berkali-kali. Dia sedar, siapalah dirinya ini kalau nak dibandingkan dengan pelajar perempuan hot yang lain. Sudahlah bercermin mata, rambut kusut tak terurus seperti surai singa hanya disanggul malas semata.

Memang tak lah!

"Tepi sikitlah..."muncul empat orang pelajar perempuan di belakang Hana. Mereka menolak pelajar lain yang menghalang laluan mereka dan berdiri bersebelahan dengan Hana.

"Menyemak tahu tak kau orang ni..cermin diri tu dulu kalau nak dekati senior..."cebik pelajar perempuan kedua.

Hana berpaling ke kanan. Dia memandang empat orang perempuan yang suka tunjuk perangai diva mereka sebab fikir diri tu cantik di sebelahnya dengan kening berkerut tak suka.

Dan apabila mereka menyedari diri mereka di perhatikan, jelingan tajam terus terarah pada Hana.

"Apa pandang-pandang..."sentap gadis yang berdiri di sebelah Hana sekali.

Malas nak cari gaduh, Hana kembali memandang crush a.k.a cinta pandang pertamanya semula. Buat apa buang masa layan diva-diva ni. Better sucikan mata tengok White Prince dia!

Melihat lelaki itu bermain dengan penuh semangat di dalam gelanggang buatkan Hana yang lihat berasa teruja. Seperti dia pula yang main.

Semakin lama dia perhati, senyuman pun terukir di bibir Hana apabila dia terpandang Yuta dari jauh itu ketawa kerana tersalah gerakan. Senyuman lelaki itu dengan mudah buatkan jantungnya berdegup kencang.

"Pandanglah aku...kau pandang aku pun dah cukup.Aku tak mintak lebih."minta Hana di dalam hati dengan penuh berharap sekali lagi.

Seakan Tuhan mendengar permintaan Hana masa itulah keajaiban berlaku.

Kening Hana terangkat tinggi, cengkaman dia pada besi pagar itu semakin dieratkan setelah melihat dua pasang mata itu terarah di tempat dia berdiri.

Tiba-tiba saja Yuta yang sedang berdiri menunggu servis bola dari rakan sepermainnya mengerling ke sekeliling gelangang tersebut.

Mulanya wajah lelaki itu seakan tercari-cari sesuatu dengan keningnya berkerut. Namun apabila mata lelaki itu berhenti di satu arah, lelaki tu terus tersenyum.

"Oh my gosh! Oh my gosh!Kau nampak! Dia pandang aku weiiiii....tengok dia senyum dekat aku!"lompat pelajar perempuan dekat sebelah kiri Hana dengan jakun!

"Mana ada dia pandang aku..tepi!"

"Ini tempat aku! Aku yang berdiri dulu dekat sini!!"

Empat orang gadis yang berdiri di sebelah Hana tadi mula bertekak sesama mereka apabila Yuta memandang ke tempat mereka sedang berdiri.

Di balik kekecohan itu, Hana yang sedang memandang ke arah Yuta terkedu. Dia tak tahu sama ada apa yang dia lihat ini hanya perasaan dan khayalan semata atau memang betul Yuta sekarang sedang memandang ke arahnya.

Yuta tersenyum lalu melambai ke arah tempat Hana sedang berdiri. Yang mana membuatkan semua pelajar perempuan yang kebetulan berdiri dekat situ bersorak dengan batak kerana perasan diri mereka diberi lambaian oleh lelaki itu.

Sementara Hana dekat situ berdiri kaku seperti ayam berak kapur. Terkejut yang amat sebab dia yakin sangat yang Yuta pandang ke arahnya dan melambai tangan. Tapi nak buat macam mana bukan dia seorang sahaja yang berdiri dekat situ, ramai lagi.

Jadi Hana hanya berdiri dekat situ memandang Yuta dari jauh. Tak nak dilabel perasan-tan!

Mungkin lelaki itu lambai tangan ke arah seorang daripada pelajar-pelajar perempuan yang berada di sekitarnya bukannya dia.

Dengan perasaan gembira bercampur bersemangat Hana berpaling dari situ. Dia nekad hendak lakukan juga perkara yang sepatutnya dia lakukan sejak tahun lepas lagi.

Apa nak jadi, jadilah.

Yang pasti dia cuba.

Dia dah bersedia!

Dear crush!Here I come!