Chereads / GELEMBUNG CINTA / Chapter 11 - Bekas sekolah

Chapter 11 - Bekas sekolah

"OH, ya... lepas kita makan ni, kita pigi urus kau punya akaun bank dulu lah. Tu ari kan mumy saya, suruh kau pi buka akaun? Jadi... ada juga alasan saya ndak masuk pi ofis ni hari." Jax menarik beberapa helai tisu, lalu membersihkan mulutnya.

"Hmm... yala. Saya mana-mana ja, tapi... takkanlah kau mau pi berurusan sama tu lebam di muka kau? Kau tidak malu meh, urang nampak muka kau begitu?"

"Cehh! Saya bukan masuk di dalam tu bank, saya pi hantar ja kau sana depan bank. Pastu saya tunggulah kau dalam kereta. Perasanlah kau kalau saya mau kawan kau masuk di dalam. Banyak tu kenalan saya di sana, nanti apa dorang cakap kalau nampak kita dua?"

"Jadi macam mana saya mau buka akaun? Siapa mau ajar saya?"

"Alaaa... kau tanya ja ba di kaunter pertanyaan. Takkan kau tiada mulut mau bertanya."

Jax memanggil pelayan restoran, kemudian membayar bil makanan mereka.

"Ba, mari jalan. Ramai tu orang sana bank, nanti lambat lagi siap berurusan." Jax menggapai kunci kereta di tepi meja.

Mereka berdua beredar meninggalkan restoran tersebut, dan terus menuju ke sebuah bank.

"Jax... kau betul-betul tidak mau teman saya masuk di dalam ka? Kalau saya salah isi borang ka... apa ka..." Charnchai cuba memujuk Jax untuk menemaninya.

"Sudah saya bilang kan, saya tunggu dalam kereta saja. Kau pigi masuk ja ba, banyak songeh betul kau ni tau." Jax berkeras, dia tetap tidak mahu menemani Charnchai.

Charnchai mendengus kasar, seraya membuka pintu kereta.

"Charnchai! Kau ada bawa mykad kau ka?" tanya Jax.

Charnchai meraba poket seluarnya.

"Ya, ada dalam dompet saya," jawab Charnchai. Dia menutup pintu kereta dan bergegas masuk ke dalam bank.

"Ya, cik. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya pekerja bank yang bertugas di bahagian kaunter pertanyaan.

"Err... saya mau buka akaun baru. Macam mana ya?"

"Okay, cik ambil nombor giliran dulu kemudian lengkapkan borang ni ya. Lepas tu, tunggu nombor kamu dipanggil." Pekerja itu menghulurkan borang.

"Ya... baiklah."

Charnchai mengambil borang itu, kemudian mengisi maklumat dirinya di dalam borang tersebut.

***

JAX melirik jam tangannya. Jarum jam sudah menunjukkan pukul 2:45 pm. Jax mengeluh berat. Dia mulai bosan duduk di dalam kereta.

"Lamanya juga si Charnchai ni siap. Banyak betul ka urang di dalam?" gumam Jax. Dia meraup wajahnya dan bersandar pada bangku keretanya.

Kring! Kring!

Telefon pintar Jax berdering lantang. Lantas Jax mengeluarkan telefonnya dari dalam kocek seluar.

"Dady?"

Jax mengerutkan kening dan cepat-cepat membetulkan duduknya, sebaik melihat nama pemanggil tersebut.

"Halo, Jax. Mana kamu ni?" Tuan Devol di hujung talian.

"Sini di bank, urus akaun si Charnchai. Kenapa dady?"

"Owh... ngamlah tu. Dady cuma mau kasi tau, setiausaha yang si Alan hantar tu, sudah dady terima. Terus dia mula kerja tu ni ari."

"Yala, nanti besoklah saya jumpa dia. Harap-harap ni kali bertahanlah, jan saja macam yang lain. Belum sampai satu bulan, terus mau berenti sudah."

Tok! Tok! Tok!

Cermin tingkap kereta Jax diketuk. Kelihatan, Charnchai sedang berdiri di tepi keretanya.

"Okeylah, dady. Siap sudah si Charnchai, nanti kita jumpa di rumah."

Jax membuka kunci kereta, dan membiarkan Charnchai masuk.

"Yala, jangan kamu balik lewat arr."

"Ya... tuan besar!" Jax berseloroh sambil tertawa kecil.

Mereka menamatkan panggilan tersebut.

"Macam mana, selesai sudah ka?" soal Jax pada Charnchai.

"Sudah." Pendek jawapan Charnchai.

"Baguslah. Nanti kau kasi ja mumy tu nombor akaun kau. Senang dorang kasi masuk kau punya gaji nanti." Jax menghidupkan enjin kereta, dan perlahan-lahan meninggalkan kawasan parkir.

***

"Jax! Boleh berhenti sekejap?" pinta Charnchai.

"Kau mau buat apa?" soal Jax. Dia memperlahankan keretanya dan berhenti di hadapan gerbang sebuah sekolah menengah.

Charnchai segera turun dari kereta. Bangunan sekolah yang tersergam indah, diamatinya. Wajahnya berkerut, dia cuba mengingati sesuatu.

"Ini bekas sekolah saya dulu. Kau kenal tempat ni ka? Atau... kau pun pernah sekolah di sini?" Jax bersandar di tepi pagar sekolah tersebut.

"Rasanya... saya pernah datang di sini, tapi saya kurang pasti kalau saya pernah bersekolah di sini," ujar Charnchai.

"Macam mana ba kau boleh lupa kisah silam kau. Takkanlah satu pun kau tidak ingat?"

"Saya terlibat dalam kemalangan, dan doktor cakap saya mengalami amnesia dalam jangka masa yang panjang. Tapi... saya rasa macam satu-satu perkara lampau saya, mulai timbul sejak saya balik pi sini."

"Hmm... patutlah, saya ingat kepala kau kena ketuk sama tukul." Jax tertawa kecil.

"Buduhnya juga kau ni!" Charnchai mendengus kencang dan kembali ke dalam kereta.

"Saya main-main ja ba... tu pun mau marah ka." Jax menyusuli Charnchai.

"Kita pi lepak rumah Alan lah. Penat sudah saya memandu," kata Jax.

"Entah, suka hati kaulah. Saya ni ikut kau ja," balas Charnchai.

Mereka berdua meninggalkan kawasan sekolah tersebut, dan segera menuju ke rumah Alan.

"Aik? Kau ndak kerja ka Jax?" soal Alan seraya membukakan gril pagar rumahnya.

"Saya cuti ni ari, kau ndak nampak ka ni?" Jax menunjukkan lebam di wajahnya.

"Ceh... ndak berapa ketara pun sudah tu. Atau... kau sengaja mengelak sama tu setiausaha baru kau?" Alan terkekeh. "Bah, Charnchai. Buat ja macam rumah sendiri arr. Sorrylah, rumah saya berhambur, biasalah... bujangan kan," kata Alan pada, Charnchai.

Charnchai hanya tersenyum dan duduk di sofa ruang tamu, Alan.

"Alaaa... bukan dia kisah pun rumah kau berhambur. Lagi dia suka tu." Jax mengusik Charnchai.

"Kau ni Jax, suka betul kau buat si Charnchai begitu. Kau mau kena flying kick ka ni." Alan menepuk bahu, Jax.

"Ceh! Cuba da kalau berani, jangan dia suka-suka mau pukul boss oh. Dia bodyguard saya kan, masa pula dia mau pukul saya?" Jax mencebik bibir.

'Ada masa juga ba kau kena sama saya nanti...' bisik hati Charnchai.

"Alan... saya haus oh." Jax mengusap lehernya ke bawah.

"Eleh... datang-datang rumah urang, terus bilang haus. Pigilah kau tingu sana peti ais, ada lagi tu dua set tiger di sana."

"Bulihlah ba tu, daripada tiada." Jax bingkas berdiri dan membuka peti ais, Alan. Dua tin minuman digapai dan dibawa ke ruang tamu.

"Kau mau ka?" tanya Jax pada Charnchai.

"Ndaklah." Charnchai menolak minuman yang dihulurkan oleh, Jax.

"Bagi sinilah, saya kawan kau minum." Alan mengambil tin minuman itu daripada tangan, Jax.

Jax dan Charnchai menghabiskan masa di rumah, Alan. Dua sahabat itu rancak berbual, Charnchai pula hanya mendengar dan memerhatikan mereka berdua. Sehinggalah ke hari malam, barulah Jax dan Charnchai beransur pulang.

***

KRING! KRING!

"Datang ke bilik pejabat saya, sekarang juga."

"Ya, baik boss."

Alara tersenyum lebar. Skirt mininya dibetulkan dan dia menambah sedikit gincu pada bibirnya. "Perfect!" gumam Alara. Dia segera menuju ke tingkat empat.

"Hai, Jax. Selamat pagi," sapa Alara yang baru sahaja memasuki bilik pejabat, Jax.

"Alara? Apa kau bikin sini?" Jax terkejut melihat Alara berada di situ.

"Well... sayalah setiausaha baru kau. Alan tidak bagitau meh?" Alara melabuhkan punggungnya di atas bangku.

'Kitai kau Alan! Banyak-banyak manusia, si Alara ni juga kau hantar sama saya,' keluh Jax di dalam hati.

"Hmm... mungkin Alan lupa bagitau saya. Tapi, ndak apalah. Yang penting, kau cekap buat kerja okeylah tu," ujar Jax.

"Kau jangan risaulah Jax, saya akan buat yang terbaik untuk kau." Alara menghadiahkan senyuman yang paling manis buat Jax. "Oh, ya... tu perempuan di luar, siapa arr?" tanya Alara tiba-tiba.

"Itu bodyguard saya, kenapa? Ada masalah ka?" Jax menyandarkan tubuhnya di bangku empuk seraya berpeluk tubuh.

"Yaka? Sejak bila kau upah bodyguard, sebelum ni tiada pun. Dan lagi satu, kenapa dia boleh duduk di luar pejabat kau? Bukan setiausaha ka yang sepatutnya dekat dengan bilik boss?" Alara mendengus kasar. Agaknya, dia masih belum berpuas hati dengan kedudukan meja kerjanya.

"Yang kau sibuk betul ni kenapa? Memang patutlah dia duduk di situ, dia kan bodyguard saya. Sebelum-sebelum ni pun, semua setiausaha saya, tiada yang duduk dekat dengan bilik pejabat saya, semua mesti di tingkat dua. Kalau kau rasa-rasa tidak puas hati dan tidak suka dengan cara saya, kau boleh berambus!" Jax mulai naik angin. Dia paling tidak suka bila orang lain sibuk tentang dirinya.

"M-maaf, maaf. Saya tanya saja baitu. Jangan marah ah, Jax?" Alara cepat-cepat memujuk Jax.

"Okeylah, kau balik pi meja kerja kau sekarang. Kalau ada apa-apa hal, nanti hubung ja guna tu telefon pejabat di meja kau." Nasib baiklah, Jax berjaya mengawal emosi.

"Yala. Terima kasih, Jax sebab terima saya masuk berkerja di sini." Alara bingkas berdiri.

"Sama-sama," balas Jax pendek.

Alara bergegas keluar. Dia sempat menjegil ke arah Charnchai yang sedang duduk di tepi pintu pejabat Jax.

"Buat apalah si Jax upah bodyguard perempuan, kan banyak lagi lelaki-lelaki sado yang bulih diupah jadi bodyguard," gumam Alara seraya menekan butang lif.

***

"Sandwich sardin dua, bungkuskan. Sama air soya dua."

Charnchai membayar makanan tersebut dan bergegas keluar dari kantin.

"Tabarus juga si Charnchai ni. Sandwich dua, air soya dua. Dia bulih kasi habis ka tu? Siap bungkus lagi, dia mau bawa pi mana tu. Bulih ja pun dia makan sini," desis Jax yang sedang duduk menikmati makanan tengah harinya di kantin tersebut.

***

"Hai, Josh. Sudah saya agak, mesti kau makan di sini." Charnchai melabuhkan punggungnya di sebelah, Joshua.

"Ya... kalau masa rehat begini, sinilah tempat saya stay." Joshua menyuapkan sandwich bekalannya ke dalam mulut.

"Saya ingat kau tiada bawa bekalan, baru ja saya beli makanan di kantin tadi. Ni..." Charnchai menunjukkan plastik yang berisi sandwich dan air soya.

"Tidak apalah, kau makan ja. Saya memang tiap hari bawa bekal pi tempat kerja. Mau makan di kantin, hmm... mahal ba."

"Itulah, kalau bawa bekal boleh save bajet sikit. Tapi... saya terpaksa juga membeli di kantin. Mau bawa bekal, susah. Saya bukan tinggal di rumah sendiri." Charnchai mengeluh berat. Dia mengeluarkan sepotong sandwich dari dalam plastik.

"Josh, boleh tukar ka sama sandwich kau?" Charnchai menghulurkan sandwichnya pada, Joshua.

"Kenapa mau tukar? Sama ja pun. Sardin juga inti di dalam." Joshua sempat hairan, dia mengerutkan keningnya.

"Sandwich kau sedap, pandai kau bikin."

"Eh... bukan saya yang bikin ni. Mama saya yang buatkan." Joshua tergelak kecil.

"Patutlah sedap! Ba... marilah tukar, satu ja ba. Bulihlah..."

"Ishh... kau ni. Ndak payahlah kasi tukar. Kita makan ja sama-sama. Nanti lain kali, saya suruh mama saya bikin lebih sikit." Joshua menghulurkan bekas makanannya yang masih tersisa beberapa potong sandwich.

"Sorry arr... kasi susah ja. Nah, ni minuman untuk kau. Saya belanja!" Charnchai tersengih seraya meletakkan setin soya di tepi, Joshua.

Mereka berdua menikmati sandwich itu sambil berborak-borak. Baru sahaja dua hari berkenalan, mereka berdua seperti sudah lama kenal. Pelbagai topik dibicarakan, termasuklah tentang boss mereka, Jax.

"Oh, ya... Josh, kau tau ka tempat main boxing di area sini? Tu ari saya ada tanya boss, dia bilang banyak tempat. Tapi... satu pun dia tiada kasi tunjuk saya. Saya rindu betul sudah mau main boxing," ujar Charnchai.

"Aik... kau pun minat boxing ka? Ini kebetulan ka apa ni. Saya pun minat main boxing, apa lagi tu muay thai punya skill. Perggh! Mantap oh. Tapi saya tidak tau macam mana mau buat tu skill muay thai, macam tu filem Ong Bak punya pukulan barulah padu."

"Ya... saya punya mainan tu kalau tinju muay thai. Tapi, sejak saya balik pi sini, saya tidak pernah sudah berlatih. Sebab tu lah, saya mau cari tempat main boxing."

"Itu kau jangan risau, nanti hujung minggu ni saya bawa kau pigi satu kelab boxing. Tapi... kau mesti ajar saya macam mana mau buat tu skill muay thai, kalau tidak... saya tidak mau bawa kau pi sana," kata Joshua berseloroh.

"Jangan risau, kau tolong saya, saya tolong kau. Nanti hujung minggu ni saya cuba minta cuti sama boss. Harap-harap si talingung tu kasi lepas saya, kau tau-tau ja lah dia tu macam mana."

"Talingung? Ha... ha... berani oh kau panggil si boss begitu kan. Kau tidak takut sama dia ka?" soal Joshua diikuti dengan tawa kecil.

"Cehh! Apa mau takut sama dia. Sikit pun saya tidak gentar." Charnchai mencebik bibir.

"Jadi pa macam saya mau tau kalau kau di kasi izin keluar nanti hujung minggu? Kau ada no phone ka?" tanya Joshua.

"Err... saya tiada handphone oh. Beginilah, kau tunggu saya di taman dekat kawasan rumah boss. Kau tau juga kan rumah boss di mana? Nanti saya cuba usahakan untuk keluar."

"Hmm... yala. Kalau gitu, saya tunggu ja kau di sana nanti. Mau habis sudah masa rehat ni, kita turunlah pi bawa sekarang. Ndak pasal-pasal nanti kau kena marah oleh si boss lagi."

Mereka berdua bergegas turun ke aras mereka masing-masing.