Chereads / GELEMBUNG CINTA / Chapter 13 - Pelukkan hangat

Chapter 13 - Pelukkan hangat

"JAX, kau di mana? Saya dekat bangunan G-Mart sudah ni." Alan melingas ke sana, ke mari mencari kelibat Jax.

"Kau masuk ja di dalam bangunan, saya sini dekat kedai jual disc. Cepat!"

"Yala-yala... kau tunggu ja situ. Sekejap saya sampai."

Alan mematikan panggilan dan memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluar. Dia bergegas masuk ke dalam bangunan tersebut.

Tanpa Alan sedari, dia sedang diperhatikan oleh pengunjung yang datang membeli belah di mall itu. Mereka berbisik-bisik dan ada juga yang tertawa melihat, Alan.

"Uii... hal apa juga yang penting betul ni?" Soal Alan sebaik sahaja dia menemui, Jax.

"Ada hal sikit mau minta tolong sama kau ba ni, relakslah... tarik nafas dulu kau. Macam semput sudah saya tingu kau oh," kata Jax. Bebola matanya bergerak melihat orang-orang yang sedang ketawa melihat mereka berdua.

"Kenapa dorang ketawa-ketawa tingu kita arr? Handsome betul ka kita ni, atau... ada taie sapi malakat di muka kita?" Jax meraba wajahnya.

Alan pula berpaling melihat sekeliling mereka. Semua orang sedang tertumpu ke arah mereka berdua.

"Handsome, lawa selipar kau. Fesyen baru ka?" tanya seorang lelaki muda yang berkunjung ke kedai disc tersebut.

Alan lantas menoleh ke bawah kakinya.

"Astaga, Jax! Pagayadung pula selipar saya oh. Ni semua kau punya fasal lah ni. Silaka!" cetus Alan. Wajahnya bertukar merah, dia malu dengan keadaan itu.

Jax yang tidak dapat menahan tawanya, terus ketawa terbahak-bahak.

"Kenapa juga kau pakai selipar tabalik? Sudahlah sebelah lain warna, tabalik lagi. Adeiii... betul-betulah kau ni Alan. Kau tidak perasan ka masa kau jalan tadi," ujar Jax.

"Manalah ba saya perasan. Kau kan kasi kelam kabut saya. Kau ingat dekat ka ni G-Mart sama rumah saya. Buduh juga kau ni, jatuh point saya ni hari oh. Haishh!" Alan mendengus kasar.

"Alaa... hal kecil ja ba tu. Sini, saya belikan kau selipar baru. Pastu kita pigi survey kedai handphone."

"Kedai handphone? Kenapa, kau mau tukar handphone lagi ka. Bukan kau baru beli ka tu handphone kau, belum pun sampai dua minggu."

"Bukan untuk sayalah."

"Jadi, untuk siapa?" Alan menggaru kepalanya.

Selesai membeli selipar untuk Alan, mereka berdua mengunjungi satu per satu kedai handphone yang terdapat di bangunan itu.

***

"SEBELUM saya bagi kau borang penyertaan kelab, saya mau tengok kebolehan kau dulu, boleh?" Ryan menyandarkan tubuhnya di bangku. Dua keningnya diangkat serentak.

Joshua dan Paul memandang ke arah, Charnchai.

"Kalau Coach tidak keberatan, saya boleh tunjukan kemampuan saya," ujar Charnchai.

"Baik! Saya mau tengok sejauh mana kebolehan muay thai kau." Ryan berdiri dari duduknya.

"Paul, suruh si Fiona standby masuk gelanggang. Kita buat sedikit ujian untuk kemasukan ahli baru kita." Ryan mengarahkan Paul untuk menyuruh salah seorang ahli kelab tersebut, untuk bertarung dengan Charnchai.

"Tapi... Coach! Kenapa Fiona? Carilah yang sama saiz sama si Charnchai. Saya rasa Debana lagi sesuai sama dia." Paul cuba menukarkan lawan, Charnchai. Kerana, tubuh Charnchai lebih kecil berbanding Fiona yang bertubuh besar dan tinggi lampai.

"Saya mau dia jumpa Fiona dulu, kalau dia boleh kalahkan Fiona dalam dua pusingan berturut-turut, saya akan terima dia serta merta!" tegas Ryan.

Mahu tidak mahu, Paul terpaksa menuruti.

"Charnchai, kau betul-betul ka mau join kelab ni. Bukan calang-calang tu si Fiona. Kau masih boleh tarik diri sekarang," bisik Joshua perlahan di telinga, Charnchai.

Charnchai tersengih memandang, Joshua.

"Kau tidak payah risaulah, Josh. Kau duduk dan lihat saja. Alang-alang juga mau tarik diri sekarang." Charnchai menepuk perlahan bahu, Joshua.

"Hmm... buat betul-betul arr. Semoga berjaya!" ucap Joshua.

***

"CUBA tengok yang itu." Jax menunjuk sebuah telefon berwarna merah jambu.

Dengan segera, pekerja kedai handphone itu menghulurkan telefon bimbit itu kepada Jax.

"Alan, ni okey ka?" tanya Jax.

Alan mengerutkan wajah.

"Warna merah jambu? Sejak bila kau minat merah jambu? Biar betul kau ni, bukan kau paling tidak suka ka tu warna," ujar Alan.

"Kan saya sudah bilang, bukan untuk sayalah. Saya mau beli untuk si Charnchai. Saya bawa kau sebab, saya manalah pandai pilih barang untuk perempuan."

"Jadi inikah perkara penting yang kau bilang tu. Beli telefon untuk Charnchai? Baik betul kau sama dia, bukan kamu dua tidak ngam meh?"

"Oh, ya... baru pula saya perasan, Charnchai mana arr? Tiada pula dia ikut kau ni hari," sambung Alan.

"Dia keluar sama kawan, pi kelab boxing bilangnya," balas Jax sambil meneliti telefon di tangannya.

"Aik, kawan mana pula? Bukan dia tiada kenalan lain ka di sini. Dia kan baru berapa hari di sini, takkanlah cepat betul dia dapat kawan. Kelab boxing mana dorang pigi?"

"Manalah saya tau siapa kawan dia, kelab boxing mana dorang pigi. Sebab tu saya mau belikan dia telefon, supaya senang saya mau tau dia di mana, sama siapa."

"Jadi yang kau sibuk betul mau tau dia keluar sama siapa, kenapa? Kau risau ka? Ambil berat juga kau sama dia kan." Alan terkekeh.

"Kau jangan fikir bukan-bukan arr... saya beli ni telefon pun supaya senang saya mau hubung dia. Kalau ada orang serang saya tiba-tiba, macam mana? Tugas dia kan jaga saya." Jax berdalih. Padahal, dia benar-benar ingin tahu Charnchai berada di mana dan bersama siapa.

"Jadi, macam mana. Yang ini ngam ka untuk si Charnchai?" Jax sengaja mendekatkan telefon bimbit itu ke mata, Alan.

Alan menepis perlahan.

"Juling mata saya, buduh! Tiada warna lain meh? Kau tengok juga si Charnchai macam mana. Kau rasa dia suka pink ka?" Alan menjengahkan kepala ke arah peti kaca yang dibarisi pelbagai warna, dan jenama telefon.

"Iya juga kan. Perempuan buragas macam si Charnchai mana minat kalau pink-pink colour ni. Hmm... tuna colour biru gelap, okey kali kan?" Kata Jax.

Jax menukarkan telefon pink itu dengan telefon yang berwarna biru gelap.

"Ha... kalau yang itu, saya rasa okey." Alan mengangguk-angguk. Dia setuju dengan pilihan Jax.

"Okey, saya ambil yang ini. Bungkus bagus-bagus." Jax menyerahkan telefon bimbit itu kepada pekerja kedai tersebut untuk dibungkus.

"Ermm... kejap! Terus kasi masuk ni simkad dan daftarkan atas nama saya." Jax menghulurkan simkad baharu itu berserta kad pengenalan dirinya, untuk tujuan pendaftaran nombor telefon.

***

SUASANA di dalam kelab boxing itu menjadi senyap seketika. Mereka sedang menumpukan perhatian kepada dua gadis yang kini berada di tengah gelanggang.

Charnchai dan Fiona saling membalas renungan. Saling cuba membaca pergerakan masing-masing, bagaimana rentak permainan yang akan dilancarkan.

"Go!" Paul sebagai pengadil, memulakan perlawanan ujian tersebut.

Gerak kaki mulai bermain. Dua penumbuk sudah bersedia untuk dilepaskan. Mereka mencari peluang dan masa yang tepat untuk melancarkannya.

Dusshh!

Satu sepakan menghala ke sisi kanan, Charnchai. Fiona sudahpun memulakan serangannya. Charnchai mengambil langkah berhati-hati, dia belum pun menunjukkan sebarang tanda-tanda untuk membalas serangan tersebut. Setiap gerakan Fiona, dipandang teliti.

Dusshhh! Bukk!

Fiona menyerang lagi. Kali ini, Charnchai mula bertindak. Dia membalas serangan itu dua kali ganda dengan gaya muay thai yang telah dipelajarinya. Pukulan teknik 'hook' Charnchai tepat mengenai sasaran. Fiona didorong ke hujung gelanggang. Peluang itu segera dimanfaatkan. Charnchai membuka langkah sekali lagi, dia melakukan teknik kegemarannya 'upper cut'.

Fiona terkulai di hujung gelanggang. Tampaknya dia sudah tidak larat untuk berdiri lagi. Mujurlah, Charnchai tidak melepaskan serangan itu dengan sepenuh hatinya, kalau tidak... Fiona sudah pasti bermandi darah.

"Stop!" Jerit Paul.

Charnchai kembali ke posisinya di hujung gelanggang.

"Charnchai, hebat oh! Nah, air." Joshua yang begitu teruja melihat persembahan Charnchai, segera menghulurkan sebotol air mineral.

"Paul! Stop. Suruh Fiona pigi berehat." Ryan menunjukkan isyarat berhenti kepada, Paul.

Mereka menamatkan perlawanan tersebut dengan hanya sekali round.

"Saya belum pernah jumpa wanita sekuat kamu. Ni, borang penyertaan kelab kami." Ryan menghulurkan selembar kertas kepada Charnchai.

Dengan senang hati, Charnchai segera menerimanya. Satu senyuman diukir dan dia menundukkan kepalanya dengan dua telapak tangan yang disatukan. Tradisi Thailand itu masih diamalkan oleh, Charnchai.

"Welcome to the club, Charnchai," ucap Ryan berserta senyuman. Dia mengocak rambut Charnchai, lalu masuk ke dalam sebuah bilik yang dijadikan sebagai pejabat kecilnya.

Charnchai tersipu malu, dia menyentuh rambutnya yang baru sahaja dikocak oleh Ryan tadi.

"Tahniah, Charnchai!" Ucap Joshua. Dia turut tumpang gembira kerana Charnchai telah berjaya menyertai kelab boxing tersebut.

Setelah melengkapkan borang tersebut, Charnchai menyerahkannya semula kepada Paul.

"Charnchai, lepas ni kau kenalah rajin datang berlatih ya," kata Paul.

Charnchai hampir terlupa, yang dia masih mempunyai komitmen lain. Mana mungkin dia dapat datang setiap hari ke kelab itu.

"Paul... boleh ka saya minta kelonggaran sedikit? Kalau saya datang setiap hujung minggu sahaja, boleh kan?" Tanya Charnchai.

"Itu tiada masalah sebenarnya, sebab kami ni pun bukan sepanjang masa habiskan masa di sini. Saya pun bekerja juga tapi, pandai-pandailah curi masa datang berlatih," jawab Paul.

Lega hati Charnchai apabila mendengar jawapan, Paul.

***

"CHARNCHAI, kita singgah di rumah saya sekejap. Boleh ka?" Kata Joshua yang sedang fokus memandu kereta.

"Buat apa?" Soal Charnchai. Dia mengalihkan pandangannya ke arah, Joshua.

"Saja... mau bawa kau jalan-jalan. Kalau kau balik awal pun bukan ada kau buat apa-apa."

"Tapi..."

"Alaaa... kau takut si Jax marah ka, atau kau takut pigi rumah saya? Tidak payahlah kau takut kalau setakat pi rumah saya saja, ada juga mama saya di sana. Tiadalah ba saya mau macam-macam sama kau, nanti sia-sia saya mati katak kena pukulan kau." Joshua tertawa kecil.

Charnchai berdiam seketika.

"Hmm... yala. Jomlah." Akhirnya, Charnchai bersetuju.

Sesampainya mereka di halaman rumah Joshua, mereka disambut mesra oleh seorang wanita yang lebih kurang sebaya dengan Puan Kezia, mumy Jax.

"Ma, inilah Charnchai. Yang Josh cerita sama mama tu ari, pasal sandwich tu." Joshua memperkenalkan Charnchai kepada ibunya.

Wanita itu tersenyum dan tiba-tiba memeluk Charnchai.

"Terima kasih kerana sudi datang ke rumah kami." Mama Joshua meleraikan pelukannya. Dia memandang wajah Charnchai, rambutnya yang sedikit kusut dikemaskan.

Charnchai hanya berdiam diri. Hatinya tiba-tiba sebak, dan matanya mulai berkaca. Dia seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang sangat aneh. Sepertinya dia pernah merasakan dakapan hangat itu.

"Ba, marilah masuk di dalam. Tidak bagus kita berdiri di luar macam ni." Alan memecahkan keheningan.

Charnchai segera menepis perasaan itu. Dia cuba mengawal emosinya, agar airmatanya tidak tumpah ke pipi.

"Jemputlah masuk, minta maaflah Charnchai. Rumah kami ni, rumah buruk saja.   Maklumlah rumah setinggan," ujar Mama Joshua.

"Ishh... tidak apa ba auntie. Saya pun bukan orang senang juga. Yang penting ada tempat berteduh, syukurlah," balas Charnchai. Dia duduk bersila di ruang tamu.

"Kamu tunggu situ dulu arr, auntie mau bikin air dulu." Mama Joshua segera masuk ke dapur untuk menyediakan air.

"Charnchai, tunggu kejap. Saya mau pi mandi dulu, melekit sudah badan saya," kata Joshua.

Charnchai mengangguk, dan membiarkan Joshua masuk ke dalam sebuah bilik.

Charnchai mula memerhatikan ruangan rumah, Joshua. Satu per satu barangan dilihatnya. Sehinggalah, dia terpana memandang sekeping gambar. Charnchai bingkas berdiri dan perlahan-lahan menuju ke arah gambar tersebut, yang dibingkaikan dan diletakkan di atas rak televisyen.

"Yang itu... gambar mendiang bapa, Joshua." Mama Joshua yang baru keluar dari dapur mengejutkan, Charnchai.

"Bapa Joshua sudah meninggal? Sebab apa?" Soal Charnchai.

"Mendiang menghidap kanser hati."

"M-maaflah auntie, saya tidak tahu. Josh tidak pernah kasi cerita saya fasal ni."

Mama Joshua menuangkan air panas ke dalam cawan. "Jemputlah minum," ujar mama Joshua.

Charnchai kembali ke tempat duduknya sebentar tadi, dan menghirup kopi panas yang disediakan oleh Mama Joshua.

"Mungkin Joshua segan mau kasi cerita sama kamu fasal bapa dia. Yala... selama bapa dia sakit, kami bertungkus lumus mencari biaya perubatan bapa dia. Sampailah kami menjual rumah kami dahulu, tapi apakan daya, Tuhan lebih menyayangi bapa Joshua. Dan sebab itulah, kami tinggal di kawasan rumah setinggan ini setelah kami habis menjual harta berharga kami." Mama Joshua tenang sahaja menceritakan hal itu kepada, Charnchai. Tampaknya dia redha dengan ketentuan itu.

Mama Joshua turut menceritakan kisah detik-detik gembira ketika mendiang suaminya masih hidup dahulu.

"Rancak kamu dua bercerita ya, apa topik kamu dua ni." Joshua yang baru selesai membersihkan diri, duduk menyertai mereka.

"Ish... tiadalah. Cerita-cerita kosong ja," ujar Charnchai.

"Charnchai nanti petang sikitlah saya hantar kau pulang ya, nampaknya mama saya pun suka bercerita sama kau. Jarang tau saya nampak mama saya sembang-sembang sambil ketawa macam ni," kata Joshua.

"Ya, Charnchai. Nanti kita makan malam sama-sama. Charnchai kan suka masakan auntie?" Mama Joshua mencelah.

Charnchai mengetap bibirnya. Tiba-tiba, dia memikirkan soal Jax. 'Ah! Lantaklah. Tuan Devol sudah izinkan saya keluar, lagipun ini hari cuti saya. Jax tidak boleh marah-marah sama saya.' Bisik Charnchai di dalam hati.

Charnchai bersetuju untuk makan malam di rumah, Joshua.

***

JAX mundar mandir di halaman rumahnya. Sudah beberapa kali dia melirik jam tangannya. Dia tampak tidak keruan.

"Jam 6:45 petang sudah. Si Charnchai pigi mana arr. Bilang pi kelab boxing, takkanlah sampai petang begini belum pulang-pulang. Atau... mungkin dia sakit kepala, pengsan? Haisshhh!" Jax mendengus kasar. Dia mengocak rambutnya. Dia duduk di bangku taman dan meraup wajahnya.

"Kenapa si Jax tu, dady? Dari tadi mumy tengok macam dia tidak senang duduk ja," ujar Puan Kezia. Dia memerhatikan Jax di balik tirai kaca rumahnya.

"Entahlah, dari pagi tadi lagi dady perasan perangai dia pelik-pelik. Macam mau marah-marah ja tu raut muka dia." Tuan Devol membelek-belek majalah bisnes di tangannya.

"Si Charnchai pun belum balik lagi ka?"

"Belum lagi, biarlah ba si Charnchai. Mungkin dia pi jalan-jalan sama kawan dia lagi ba tu. Ngam juga kalau dia jalan-jalan di luar, supaya dia tau selok belok di sini."

"Hmm... yala. Betul juga." Puan Kezia melabuhkan punggungnya di sebelah Tuan Devol, dan menyertai suaminya membaca majalah.

Jarum jam terus bergerak pantas. Charnchai masih belum pulang. Jax pula semakin tidak tentu arah. Pagar rumah dikerling berulang kali, namun masih belum ada kelibat Charnchai.