Chereads / GELEMBUNG CINTA / Chapter 15 - Dua-dua sama padan. Low class!

Chapter 15 - Dua-dua sama padan. Low class!

CHARNCHAI menoleh dengan gaya selamba.

"Apa lagi?" Soal Charnchai.

"Jangan bagi nombor telefon kau sama orang sembarangan," tegas Jax.

"Kau bilang ini handphone milik saya, jadi suka hati sayalah mau bagi sama siapa nombor telefon saya." Charnchai menyeringai lantas menarik tombol pintu.

Dubb!

Pintu ditutup rapat.

"Silaka ni perempuan, dia keluar begitu saja. Ucap terima kasih sama saya pun tidak oh," keluh Jax. Dia mendengus kasar.

Charnchai membuka kotak handphone yang diberi oleh Jax. Handphone tersebut ditarik keluar. Nice. Charnchai menoleh ke belakang, dia melihat Jax di balik tirai kaca pejabat Jax. Pandai juga lelaki perengus tu pilihkan handphone untuk aku. Charnchai menggumam. Pandangannya beralih pada handphone di tangannya.

Joshua! Ya, aku patut beritahu Josh tentang handphone ini. Lepas ni senanglah nak hubung dia dan bolehlah dia hantarkan aku ke kelab boxing setiap hujung minggu. Senyuman Charnchai meleret ke pipi. Dia mengeluarkan secebis kertas dari dalam poketnya, lalu menulis nombor telefon bimbitnya di atas kertas tersebut.

"Oi! Boss ada di dalam ka?"

Charnchai mengerling perempuan berskirt pendek warna merah yang sedang membawa sebuah fail di tangan.

"Sorry, nama saya Charnchai. Bukan 'Oi'. Boss ada saja di dalam tu, masuklah." Charnchai membukakan pintu untuk Alara.

"Apa-apa sajalah. Charnchai, nama kampungan betul! Macam orang dia juga." Alara menarik muka. Tubuh Charnchai ditolak ke tepi dan Alara terus meluru masuk ke dalam pejabat Jax. Hampir sahaja Charnchai terjatuh dibuatnya.

Dasar perempuan sombong! Charnchai membetulkan bajunya. Dia tidak menyenangi perangai Alara yang berlagak itu.

"Boss, ini dokumen yang Tuan Devol suruh hantar sama kamu." Alara meletakkan fail itu di atas meja.

"Okey. Terima kasih, kamu boleh keluar sekarang." Jax menggapai fail itu tanpa memandang Alara yang masih berdiri tercegat di hadapannya.

"Er... boss, makan tengahari nanti kita sama-sama pigi cafe? Ya lah, saya kan baru lagi di sini. Belum biasa sama staff-staff yang lain," pinta Alara. Dia mencuba nasib sekali lagi setelah ajakkan untuk bersarapan bersama pagi tadi, ditolak mentah-mentah oleh Jax.

Jax menutup fail yang baru dibukanya sebentar tadi. Wajah Alara ditenung sehingga membuatkan pipi Alara merona merah. Mana-mana wanita yang dipandang sebegitu pasti akan merasakan hal yang sama. Denyutan jantung berdegup kencang, seolah-olah mahu melompat keluar dari tempatnya. Apa lagi dipandang oleh lelaki yang disukai.

"Baiklah. Tapi, kali ini saja. Next time makan sendiri!" ujar Jax. Terbit juga rasa kasihan di hati Jax melihat Alara yang bersungguh-sungguh mahu mengajaknya makan bersama.

"Terima kasih, Jax! Eh, boss. Sorry..." Alara menggenggam erat jari-jemarinya. Kegembiraan di wajahnya jelas terpancar, mahu saja dia melonjak girang di hadapan Jax. Namun tingkahnya dikawal ayu. Akhirnya berjaya juga dia memujuk, Jax.

"Puas hati sudah kan? Sekarang keluar, saya mau fokus buat kerja saya." Jax mengangkat tangan seraya memberi isyarat untuk menyuruh Alara keluar dari pejabatnya.

"Baik, boss. Kejap lagi kita jumpa di cafe. Saya tunggu!" Alara mengenyit mata lantas keluar dari pejabat, Jax.

"Gedik!" gumam Jax. Dia menggeleng kepala dan membuka kembali fail yang diserahkan oleh Alara tadi.

"Haish! Surat persetujuan penduduk belum selesai lagi? Macam mana dorang buat kerja ni arr, begini senang pun susah mau atur ka." Jax mendengus kasar. Fail yang baru disemak ditolak ke tepi. Telefon pejabat dicapai, lantas jarinya menekan butang yang menyambungkan panggilannya ke pejabat Tuan Devol.

"Dady, saya baru semak fail untuk projek pembinaan, Mall Katana Holdings. Satu pun belum ada kena sain tu surat persetujuan penduduk. Pihak pengurusan hartanah tidak buat kerja ka?"

"Ha... tu pasal dady hantar itu fail sama kau. Bukan dorang tidak buat kerja, tapi penduduk yang tinggal sana kawasan setinggan tidak mau bagi kerjasama."

"Aik, dalam surat perjanjian kan sudah kena bagi penjelasan. Duit pampasan dibagi, tapak rumah baru pun sudah disediakan untuk penduduk sana. Apa lagi yang kurang?"

"Wakil syarikat kita yang pigi berurusan sama tu penduduk bilang, itu orang-orang di sana berkeras tidak mau kasi tinggal itu tempat. Dady pun tidak pasti apa masalah tu penduduk tidak mau pindah dari sana. Mungkin Jax sendiri kena turun padang, cuba pigi tanya dan bincang bagus-bagus apa masalah dorang tidak mau kasi tinggal tu kawasan. Rugi besar kita ni Jax, kalau kita tidak dapat tu tapak."

"Aduh... masalah besar ni kalau begini. Ya lah, nanti saya atur masa pigi bincang sama dorang."

Jax meletakkan ganggang telefon. Pelipisnya diurut perlahan. Pening memikirkan projek mereka yang sedang menghadapi masalah persetujuan penduduk asal. Dia harus melakukan sesuatu untuk mendapatkan tapak pembinaan tersebut.

"Charnchai, jom!"

"Pigi mana, boss?" Charnchai terpinga-pinga mengekori, Jax.

"Pigi makan la bah. Kau tidak tingu jam ka, jam 12 lebih sudah ni."

"Alamak! Tidak perasan pula," getus Charnchai dalam hati. Tadi, dia asyik mencari sesuatu di laman google melalui handphone yang diberi oleh, Jax.

Jax dan Charnchai memasuki ruangan cafe. Kelihatan sosok Alara melambai tangan ke arah mereka di sudut meja yang terletak di bahagian hujung. Beberapa hidangan sudah tersedia di atas meja. Alara telah memesan makanan lebih awal sebelum Jax tiba.

"Er... Jax. Boleh kah bodyguard kau duduk di meja lain. Saya oder untuk kita dua orang saja ni," ujar Alara. Bebola matanya bergerak-gerak memberi isyarat kepada Charnchai untuk membiarkan mereka makan berdua.

"Apa hak kau mau usir bodyguard saya? Biarlah dia duduk sama kita. Tu makanan tidak juga pandai habis, kau oder banyak-banyak pun tidak apa. Saya kasi kau free lagi," bentak Jax. Dia menarik bangku dan terus duduk. Raut wajah Alara berubah. Malu dengan kata-kata yang dilontarkan oleh, Jax.

"Tidak apalah, boss. Saya pun kurang selesa mau duduk makan sama kamu. Saya duduk di sana saja." Charnchai menunjuk ke arah meja kosong yang berhampiran dengan tirai kaca. Dia berpaling dan meninggalkan Jax makan berdua dengan, Alara.

"Bagus!" desis Alara. Jax tidak berkata apa-apa. Dibiarkan sahaja Charnchai menuju ke meja kosong tersebut.

Tidak lama kemudian, kelibat Joshua muncul di cafe. Dia membeli air tin sejuk. Perisa cola menjadi pilihan hatinya.

"Josh! Sini!" Charnchai melambai dan mengajak Joshua duduk bersamanya.

Jax yang sedang duduk menikmati makanannya segera memandang ke arah Charnchai. Bila masa pula dorang dua ni berkenal? Jax meletakkan sudu dan menghirup air minumannya. Matanya tidak lekang memandang Joshua yang sedang berjalan ke arah Charnchai.

"Saya ingat kau pigi makan di bumbung lagi," kata Charnchai. Joshua duduk seraya meletakkan air tin nya ke atas meja.

"Tidaklah. Ni hari saya tiada bawa bekal," ujar Joshua. Dia membuka tin minumannya dan meneguk beberapa kali.

"Ndak apa. Nah, kita makan sama-sama." Charnchai menghulurkan pinggan yang berisi kentang goreng. Sengaja Charnchai tidak memesan makanan berat kerana dia mahu berjimat cermat sedikit. Lagipun Charnchai sudah terbiasa memakan makanan seperti itu di waktu makan tengahari ketika di Thailand dahulu.

Joshua tidak menolak. Dia lantas mengambil kentang goreng itu dan memuatkan ke dalam mulutnya.

"Bagus betul dia layan si Joshua. Siap kongsi makanan lagi," getus Jax.

"Kau okey ka, Jax? Biarlah bah dorang, sama padan juga dorang dua tu. Dua-dua low class," ujar Alara. Jax lantas mengerling, Alara.

"Jadi kau ingat, kau tu tinggi betul profile lah. Begitu? Sama saja pun saya tingu." Jax menyeringai.

"Jahat betul mulut kau, Jax. Bagus kau kasi habis tu makanan kau daripada kau buang masa tingu dorang dua." Alara tampak tidak senang kerana Jax hanya memandang ke arah Charnchai dan Joshua, yang sedang rancak berbual dan ketawa bersama.

Jax tidak mengendahkan Alara. Sebaliknya dia mengalihkan perhatian sepenuhnya pada dua manusia yang tampaknya sudah tidak memperdulikan keadaan sekeliling. Mereka terus berbual rancak dan menikmati kentang goreng mereka.

"Josh, kau lama sudah kenal sama Coach Ryan ka?" soal Charnchai.

"Lama betul, tidak juga. Adalah dalam dua tahun begitu. Kenapa?"

"Dia bagus juga ka tu? Maksud saya, tidak macam si Talingung yang duduk di hujung tu. Hari-hari mau marah, kalah-kalah tu perempuan datang bulan." Charnchai berbisik perlahan lalu terkekek ketawa.

"Ishh... kau ni. Mati kita kalau kena dengar si boss." Joshua juga ikut tertawa mendengar kata-kata Charnchai.

"Coach Ryan memang bagus. Jauhlah perangai dia sama boss kita. Tapi, tu lah. Ada masanya dia tegas juga latih anak-anak buah dia, apa lagi macam kau yang masih baru dalam kelab boxing dorang," sambung Joshua.

"Takut pula saya. Nanti ndak pasal-pasal saya kena kick dari kelab. Kau pun tau kan, tiap hujung minggu ja saya boleh datang pigi latihan."

"Tidak payahlah ko fikir pasal jadual latihan. Yang penting kau fokus masa latihan dan prestasi kau mesti kena jaga. Saya dengar-dengar, ada pertandingan terbuka nanti. Kau joinlah, bulih kasi up sikit kau punya profile perlawanan."

"Betul bah? Saya mau oh, tapi Coach Ryan mana mau kasi masuk saya pertandingan begitu saja. Saya kan masih baru."

"Itu kau jangan risau. Nanti sy bincang sama Coach Ryan. Kalau jadi simpanan pun kira bagus sudah tu, besar peluang mau masuk gelanggang."

"Bah, yala. Terima kasih, Josh. Banyak betul kau bantu saya. Oh ya... hampir saya lupa oh." Charnchai menyeluk kocek bajunya.

"Nah!" Secebis kertas kecil tertera nombor telefon diletakkan di hadapan, Joshua.

Belum sempat Joshua mengambil kertas tersebut. Kertas itu sudah dirembat dahulu.

"Apa ini?" Jax menyoal Charnchai sambil menunjukkan kertas kecil itu.

"Boss! Bagi balik tu kertas," pinta Charnchai. Dia cuba merampas kembali kertas itu, namun Jax lantas memasukkannya ke dalam kocek seluar.

"Ikut saya!" Jax merentap pergelangan tangan Charnchai dan membawanya keluar dari cafe tersebut. Alara dan pekerja yang berada di dalam cafe tersebut terkejut melihat tingkah, Jax.