Chereads / GELEMBUNG CINTA / Chapter 16 - Dasar perempuan murahan!

Chapter 16 - Dasar perempuan murahan!

"JAX kasi lepas tangan saya, sakit!" pinta Charnchai. Dia meronta minta dilepaskan.

Namun, Jax langsung tidak mengendahkan permintaan gadis itu. Butang lif ditekan kasar, mereka naik menuju ke aras pejabat Jax.

Sebaik pintu lif terbuka luas, Jax menarik Charnchai keluar. Tangan Charnchai dihayun kasar, sekali gus Jax melepaskan cengkamannya. Kasar sungguh Jax memperlakukan gadis itu.

"Apa masalah kau ni arr? Susah betul kah mau ikut arahan saya?" Jax menunding jari telunjuknya pada dahi Charnchai. Gadis itu terundur setapak ke belakang.

"Kau tanya apa masalah saya? Saya tiada masalah tapi, kau tu yang bermasalah!" Charnchai bertempik. Dia memicit-micit pergelangan tangannya yang terasa sakit akibat dicengkam oleh, Jax.

"Saya sudah bagitau kan, itu handphone untuk kegunaan antara kau sama saya saja. Yang kau pandai-pandai pigi bagi nombor phone kau sama si Joshua apa hal? Kau sama si Joshua ada apa-apa ka ni, bukan main mesra lagi kamu dua di cafe tadi. Dasar perempuan murahan!"

PAKK!

Satu tamparan kuat hinggap di pipi Jax.

"Berani kau tampar saya?" Jax mengelus pipinya. Bebola matanya tampak kemerahan, menahan amarah yang mulai bergelojak di dalam dadanya.

"Cukup betul saya bersabar sama kau, Jax. Kalau saya tidak fikir orang tua kau yang bawa saya pigi sini, lama sudah saya pijak-pijak tu mulut kau." Charnchai menyeluk kocek seluarnya. Handphone yang diberi oleh Jax ditarik keluar.

"Nah! Kau ambil balik handphone kau ni." Charnchai meletakkan handphone itu di atas telapak tangan Jax.

"Saya tidak perlu apa-apa dari kau, setakat handphone saja saya boleh beli sendiri guna duit hasil keringat saya. Dari awal lagi kau suka cari masalah sama saya, itu pun saya sabar saja. Tapi, kau kena ingat. Setiap kesabaran manusia ada batasnya. Kau suka-suka panggil saya perempuan murahan. Hallo, Jax? Kau sudah kenal saya betul-betul kah? Jangan pula nanti kau terpaksa jilat ludah kau sendiri." Selesai menghabiskan kata-katanya, Charnchai menepis tubuh Jax yang berdiri di hadapannya. Dia melangkah laju ke arah lif. Butang G ditekan.

"Hei, saya belum selesai lagi sama kau. Kau mau pigi mana tu!" bentak Jax seraya berjalan mengejar, Charnchai.

Charnchai memekakkan telinga sehingga pintu lif tertutup rapat.

"Arghh! Sialan!" Jax mengocak rambutnya. Dia tidak sempat menghalang Charnchai.

Beberapa jam berlalu...

Jax meraup wajahnya. Dia tidak senang duduk sedari tadi. Lantas beg bimbitnya digapai, dia bergegas mencari Joshua.

"Josh! Ada kau nampak bodyguard saya ka?" Jax mengejutkan, Joshua yang sedang berkemas untuk meninggalkan meja kerjanya. Waktu bekerja sudah pun tamat. Semua pekerja sedang beransur pulang.

"Err... bukan dia sama boss ka?" Joshua kembali menyoal, Jax.

"Kalau dia ada sama saya, takkan saya susah-susah pigi cari kau. Dari tengahari tadi dia keluar, sampai sekarang belum balik-balik lagi." Jax mengerling jam tangannya. Jarum jam menunjukkan tepat pukul 6:00 petang.

"Hah?" Joshua menggaru kepalanya. Jelas, dia juga tidak tahu di mana keberadaan Charnchai ketika itu.

"Haishh! Buang masa betul saya tanya kau ni." Jax meninggalkan Joshua yang mulai tertanya-tanya. Ke manakah Charnchai pergi?

DI sudut sebuah taman, kelihatan sosok Charnchai sedang duduk di bangku taman. Dia leka memerhatikan gelagat beberapa orang kanak-kanak yang sedang bergembira, meloncat-loncat menggapai gelembung buih yang ditiupkan seorang kanak-kanak perempuan. Dia berdiri dan berjalan ke arah kanak-kanak itu.

"Adik... boleh kakak pinjam?" Charnchai menunjuk botol kecil berisi cecair biru di tangan kanak-kanak itu.

"Henny, jom balik. Mau gelap sudah ni." Seorang wanita memanggil kanak-kanak tersebut. Mungkinkah, dia ibu kepada budak perempuan bernama Henny itu.

"Nah, kakak ambil lah." Henny memberikan botol berisi cecair itu kepada, Charnchai. Lalu berlari mendapatkan wanita yang memanggilnya sebentar tadi.

"Terima kasih, dik." Sempat lagi Charnchai mengucapkan terima kasih. Henny hanya melambaikan tangan kecilnya.

Kini, Charnchai bersendirian di taman itu. Semua kanak-kanak tadi telah pun pulang dek kerana, malam sudah mulai melabuhkan tirainya. Charnchai kembali duduk di bangku taman. Botol berisi cecair biru itu digenggam erat. Keluhan kecil dihembus perlahan. Dia mendonggak, melihat langit yang semakin gelap melitupi alam.

"Dasar perempuan murahan!"

Kata-kata Jax terngiang-ngiang di telinganya. Sungguh, dia terluka dengan lontaran kata-kata itu. Charnchai bangkit dan menghayun langkah meninggalkan taman. Mahu kembali ke rumah? Tidak. Charnchai tidak ingin bersemuka dengan lelaki perengus itu.

"Pakcik, boleh hantarkan saya ke alamat ini?" Charnchai menunjukkan alamat yang ditulis di atas sekeping kertas.

"Boleh, Nak. Mari." Pemandu teksi separuh umur itu, menjemput Charnchai masuk ke dalam teksinya. Charnchai menyelit kertas tertera alamat itu ke dalam dompet dan bergegas masuk ke dalam perut teksi pakcik tersebut.

PUAS sudah, Jax meronda di sekitar kawasan bangunan syarikat. Namun, dia gagal menemui Charnchai. Ah! Mungkin dia sudah balik di rumah. Jax bergegas pulang, dia berharap gadis itu berada di kediamannya.

"Bibi! Charnchai sudah balik kah?" Jax menyergah Mbak Surti yang sedang sibuk menyiapkan makanan di dapur.

"Ah! Tuan Muda, bikin kaget aja kamu sih. Hampir kepotong jari Mbak, tau!" Mbak Surti mengangkat sebilah pisau pemotong daging di tangannya.

"Ya, Bi. Maaf. Bibi ada nampak Charnchai balik?"

"Ngak ada, Tuan Muda. Emang ngapain dia balik duluan? Kan seharusnya dia sama Tuan Muda. Kok ngak pulang bareng-bareng." Mbak Surti menyambung semula kerja memotong daging.

"Aduh! Dia pigi mana arr." Jax menepuk dahinya sendiri.

"Bibi, saya keluar kejap. Kalau Charnchai balik, cepat-cepat Bibi telefon saya." Belum sempat Mbak Surti mengatakan apa-apa, Jax sudah pun melangkah keluar ke pintu utama. Mbak Surti menggeleng kepala.

"Mbak, Jax pigi mana lagi tu? Bukan dia baru balik kah?" Puan Kezia memandang sekilas kelibat Jax yang tampak keluar tergesa-gesa.

"Ngak tau saya, puan. Tadi, dia nanya kalau non Charnchai udah pulang apa belum. Tapi kan, non Charnchai belum pulang. Ya... mungkin Tuan Muda balik lagi nyari non," jawab Mbak Surti.

"Hmm... mesti ada yang ndak kena sama dorang dua ni," getus Puan Kezia.

"Ya, puan. Mbak liat, non Charnchai itu baik orangnya. Tapi, selalu aja dimarahin sama Tuan Muda. Kasihan, non Charnchai."

TEKSI yang dinaiki oleh, Charnchai berhenti tepat di hadapan sebuah bangunan dua tingkat. Di tingkat dua bangunan itu, terletaknya kelab boxing milik, Ryan.

"Pakcik..." Charnchai menghulurkan beberapa keping duit kertas. Sesuai dengan jumlah bayaran yang tertera pada skrin meter perjalanan di dalam teksi tersebut. Pemandu teksi itu mengambil wang yang dihulurkan Charnchai.

"Terima kasih," ucap Charnchai lalu keluar daripada teksi itu. Pemandu itu tersenyum dan memacu teksinya meninggalkan Charnchai.

Krekkk!

Charnchai memulas tombol pintu. Untung, pintu kelab boxing itu tidak terkunci. Charnchai masuk ke dalam lalu menutup kembali pintu tersebut.

Charnchai meneroka terlebih dahulu ruangan yang dipenuhi pelbagai peralatan melatih stamina diri itu. Satu per satu peralatan diperhati dan akhir sekali, dia berhenti di hadapan sebuah samsak yang tergantung di tepi gelanggang. Tanpa menunggu lama, Charnchai menyarungkan sepasang glove boxing yang tersusun rapi di atas sebuah rak.

GEDEBABB! GEDEBUBB!

Charnchai membelasah samsak itu sepuas hatinya. Dari riak wajah dan ketangkasannya, dia cuba melepaskan sebuah perasaan yang mencengkam hatinya. Perasaan marah, geram dan sedih semuanya bercampur aduk. Tubuh Charnchai sudah dibasahi peluh.

Charnchai tiba-tiba berhenti. Samsak itu dipaut erat sebelum dia menjatuhkan tubuhnya di lantai. Dia duduk menekur. Cecair jernih yang bergenang di tubir mata mulai jatuh menitis, setitik demi setitik membasahi jubin lantai. Saat itu, dia sudah tidak dapat mengawal perasaannya. Segalanya diluahkan melalui tangisan.

Seketika kemudian...

"Belum puas menangis lagi?"

Suara itu mengejutkan Charnchai. Dia segera menoleh ke arah pintu bilik kecil yang terdapat di dalam kelab itu. Terlihat sosok tubuh Coach Ryan sedang menyandar pada bingkai pintu memandang tepat ke arahnya. Lelaki itu menapak langkah menghampiri, Charnchai.

"Sudah, jangan menangis lagi. Kalau tidak, saya pun ikut menangis." Coach Ryan menyeka air mata Charnchai yang masih mengalir deras.

"Coach... bila masa Coach ada di sini? S... saya minta maaf, sebab datang sini pada waktu begini. Saya tiada tempat untuk dituju," ujar Charnchai.

"Lama sudah saya perhatikan kamu dari dalam bilik pejabat saya. Tapi, saya biarkan saja. Nanti ndak pasal-pasal hancur muka saya kena penumbuk kau. Nasib lah, ada samsak tergantung di sana." Coach Ryan berseloroh. Dan jenaka spontannya itu berjaya membuatkan, Charnchai tersenyum kecil.

"Kau okey kah ni? Macam ada masalah saja saya tengok. Kalau sudi, marilah share sama saya. Mana tau, saya boleh bantu kau." Coach Ryan duduk bersimpuh di samping Charnchai.

"Masalah sikit ja. Tiadalah serius betul." Charnchai menanggalkan glove boxing yang masih tersarung pada tangannya.

"Hmm... kalau begitu, ndak apalah. Jadi, kau belum mau balik kah? Saya mau balik sudah ni, itu pintu saya lock dari luar. Takkan saya mau kunci kau di dalam."

Charnchai tiba-tiba teringatkan, Puan Kezia. Pasti dia sedang risau kerana hari sudah jauh malam dan dia belum pulang-pulang lagi.

"Ermm... yala. Saya pun kena balik sekarang, orang di rumah mesti tengah tunggu saya." Charnchai membetulkan rambutnya yang sudah kusut masai dan keluar terlebih dahulu daripada Coach Ryan.

Usai mengunci pintu, Coach Ryan bergegas ke tingkat bawah. Kelihatan, Charnchai terpacak di tepi jalan. Dia sedang menunggu teksi untuk membawanya pulang ke rumah, Tuan Devol.

"Charnchai! Mari saya hantar kau pulang. Malam-malam begini jarang teksi lalu di kawasan sini."

Charnchai tidak mempunyai pilihan lain. Dia terpaksa menumpang kereta Coach Ryan untuk pulang ke rumah.

Tepat di hadapan pagar utama, Coach Ryan menurunkan Charnchai.

"Terima kasih, Coach," ucap Charnchai. Coach Ryan mengangkat kening dan berlalu pergi.

"Charnchai, kamu pigi mana tadi? Jax bilang, dari tengahari tadi lagi kau keluar. Auntie risau tau." Puan Kezia mendakap Charnchai.

"Saya minta maaf, auntie. Saya tidak berniat mau kasi susah hati kamu. Saya cuma mau ambil angin di luar saja." Charnchai mengerling Jax yang sedang bersandar di tepi tangga.

Jax mencerlung tajam ke arah, Charnchai. Seolah-olah, ada perkataan yang hendak dilontarkan. Tetapi, dia memilih untuk tetap berdiam di situ.