"TOK! TOK! TOK!"
Pintu bilik Charnchai diketuk perlahan.
"Charnchai! Buka pintu." Desis Jax. Dia memperlahankan nada suaranya.
Charnchai terpisat-pisat membuka pintu.
"Hmm... kenapa?" Soal Charnchai sambil menggosok-gosok matanya yang masih mengantuk.
"Cepat bersiap sekarang! Kita keluar sebelum dady saya terbangun."
"Sekarang?" Charnchai melirik jam tangannya. "Baru jam 4.45 pagi. Masih awal bah ni."
"Buduh! Kau mau dady saya nampak ni muka lebam saya ka? Cepat! Saya bagi tempoh 10 minit saja."
"10 minit?" Mata Charnchai terbuntang luas mendengar tempoh yang diberi oleh, Jax.
"Cepatlah pi bersiap! Jangan banyak tanya." Jax menolak dahi Charnchai dengan jari telunjuknya.
Charnchai mendengus kencang seraya menepis tangan Jax. Dia terpaksa menuruti arahan Jax.
Usai bersiap, mereka berdua segera bertolak lebih awal sebelum disedari oleh, Tuan Devol.
"Awal pagi begini kita mau pigi mana?" Soal Charnchai sambil merenung jauh ke hadapan. Ketika itu, hari masih gelap. Maklumlah, baru pukul 5 pagi.
"Saya sendiri pun tidak tau mau pigi mana. Yang saya tau, saya tidak akan masuk ofis selagi lebam saya tidak surut." Jax fokus pada jalan yang sedang disusurinya. Kereta yang dipandu, dipacu laju tanpa arah tujuan.
"Kau cakap ja lah yang kau terjatuh!"
"Kau ingat senang kah mau buat dady saya percaya? Kau belum kenal dady saya lagi tau!"
"Setahu saya, Tuan Devol tu baik sangat. Tapi... saya tidak hairanlah kalau tiba-tiba dia jadi perengus sebab perangai gila anak dia."
"Srreeettttt...!" Jax menekan break secara mengejut. Tayarnya berbunyi nyaring akibat pergeseran, membelah suasana hening dan sepi di jalan tersebut.
"Apa kau bilang? Cuba kau cakap sekali lagi, saya kasi hancur tu mulut kau sana!"
"Gila! Sudahlah gila, sot lagi. Yang kau berhenti tiba-tiba ni kenapa?" Tempik Charnchai seraya menggosok dahinya yang terhantuk.
"Haissshhh!" Jax menepuk stereng keretanya. Geram sungguh Jax pada gadis di sebelahnya. Nafasnya dihembus kencang.
"Tadi kau bilang mau kasi hancur mulut saya, bah silakan? Saya ready sudah ni, kuteli!" Charnchai memandang tepat ke arah, Jax.
Kemarahan Jax hilang serta merta setelah mendengar perkataan yang disebut oleh, Charnchai sebentar tadi. Matanya terbuntang luas, sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu.
'Macam mana dia boleh tau perkataan 'kuteli?' Bisik Jax di dalam hati.
"Kenapa diam, kau takut ka?" Charnchai menyeringai seraya membetulkan duduknya.
"Jax tidak menjawab pertanyaan Charnchai. Sebaliknya, dia terus menghidupkan enjin kereta dan memacu laju."
Keadaan menjadi sunyi seketika. Hari pun sudah semakin terang. Kereta Jax memasuki sebuah persimpangan, dan berhenti di bawah sepohon pokok yang rendang di tepi pantai. Mereka berdua keluar dari perut kereta. Jax berjalan laju menuju ke gigi air. Manakala, Charnchai pula hanya memerhatikan tingkah Jax.
***
"MBAK, Jax sama Charnchai belum bangun ka?" Tanya Tuan Devol sambil melirik jam tangannya. Sudah pukul 6.15pagi.
"Mereka berdua udah keluar kali. Mbak baru aja datang dari kamar mereka, tapi... kamar mereka kosong." Jawab Mbak Surti.
"Aik? Awal pula dorang keluar. Ada urusan penting kah," ujar Tuan Devol.
"Ting!" Bunyi itu menandakan ada mesej baharu yang diterima. Tuan Devol segera membuka mesej dari aplikasi whatsaap tersebut.
"Dady, saya tidak dapat masuk di ofis ini hari. Ada urusan di luar. Dady jangan risau, Charnchai ada sama-sama saya di sini." Begitulah isi kandungan mesej yang diterima oleh, Tuan Devol.
"Urusan apa lagi si Jax ni. Ada-ada ja." Tuan Devol mendengus kencang.
"Ting!" Satu lagi mesej masuk, daripada Jax.
"Ni hari ada orang mau temuduga untuk jawatan setiausaha saya, dady terus terima ja lah. Alan yang hantar, mesti okey tu kalau Alan yang recomend."
"Hmm... yala." Ringkas sahaja balasan daripada Tuan Devol. Dia tidak perlu merisaukan Jax kerana, Charnchai ada bersamanya.
***
KETIKA Charnchai hendak menapak langkah menuju ke arah, Jax. Satu bayangan silam yang kurang jelas menerpa ke memori ingatannya.
"IRIS! saya pun mau tiup juga. Asyik kau saja yang tiup." Pinta seorang remaja lelaki yang hanya bahagian belakangnya yang dipaparkan dalam bayangan tersebut.
"Kalau kau mau, kau tutup mata kau dulu. Sekejap ja..." kata Iris.
"Okey, cepat! Awas kalau kau tipu saya." Lelaki itu berpaling sambil menutup wajahnya dengan kedua belah tangannya.
Iris terkekeh. Dia segera mencari tempat untuk menyembunyikan sebuah botol kecil yang dipenuhi dengan cecair pekat biru. Sejenis permainan kecil yang mampu mengeluarkan buih-buih kecil apabila ditiup. Iris menyembunyikan botol itu di bawah timbunan pasir benar-benar di bawah pokok kelapa yang terdapat di tepi pantai.
"PUKKK!"
"Aduh!" Bayangan silam itu terus lenyap seperti buih sabun yang pecah di udara. Charnchai menggosok kepalanya akibat dilempar dengan sebiji batu kecil.
"Oiii... Charnchai! Macam mana kau tau tu perkataan kuteli arr?" Pekik Jax tiba-tiba.
Charnchai menarik muka. Dia tidak mengendahkan soalan Jax. Matanya melilau ke sana, ke mari. Mencari sesuatu untuk memastikan bayangan yang baru sahaja dia lihat sebentar tadi. Satu per satu pohon kelapa yang ada di tepi pantai diperiksa olehnya.
"Datang gila sudah ka ni perempuan. Buat apa dia pi kurik tu kelapa. Dia mengidam mau makan akar kelapa ka ni," gumam Jax. Dia berjalan menuju ke arah Charnchai yang sedang ligat mengorek pasir di bawah pokok kelapa.
"Apa kau bikin tu? Kalau mau makan kelapa, ambil buahnya, bukan akarnya. Buduh!" Tempik Jax.
Charnchai tetap tidak memperdulikan kata-kata, Jax. Dia terus mengorek dan mengorek pasir. Sehinggalah dia menemui sebuah botol kecil yang tertanam di dalam pasir. Botolnya sudah kelihatan begitu lama, namun ia tetap sama seperti yang dilihat oleh Charnchai dalam bayangannya.
"Botol ni benar-benar wujud! Mungkinkah saya mempunyai memori di tempat ini. Tapi... siapa lelaki yang ada di dalam bayangan saya?" Desis Charnchai.
"Kau susah payah korek pasir gara-gara mau cari ni botol buruk saja ka?" Jax merampas botol buih sabun itu daripada tangan, Charnchai. Dibeleknya botol kecil itu.
'Botol ini...? Bukankah ini botol buih sabun yang Iris sembunyikan daripada saya suatu ketika dahulu? Macam mana boleh ada disini, dan macam mana si Charnchai tau botol ini ada di bawah pokok kelapa?' Jax mengerutkan dahi. Wajah Charnchai dipandang silih berganti dengan botol tersebut. Tidak habis dia memikirkannya. Botol itu menambahkan lagi persoalan yang sedia ada di dalam benaknya. Perkataan yang diungkapkan oleh Charnchai belum lagi dijawab, dan kini botol buih sabun itu pula tiba-tiba muncul setelah sekian lama. Dimana pada ketika itu, Jax tidak berjaya menemui botol tersebut kerana Iris tergesa-gesa mahu pulang ke rumah.
"Macam mana kau tau botol ni ada disini?" Soal Jax.
"Saya cuma mengikut naluri hati. Tidak sangka pula botol tu betul-betul ada di bawah pokok kelapa ini."
"Habis tu macam mana dengan perkataan kuteli? Dari mana kau dengar tu perkataan, macam mana kau boleh tau?" Soal Jax bertubi-tubi.
"Saya tidak tau! Perkataan itu terkeluar secara spontan!"
Tiba-tiba sahaja, Charnchai merasakan kepalanya berpinar. Telinganya berdesing dengan kuat mengakibatkan dia menjerit kesakitan yang teramat sangat di bahagian kepalanya.
"Argghhh!" Charnchai terduduk seraya menekan kulit kepalanya.
"Charnchai! Kau kenapa ni?" Jax mulai panik. Dia menarik Charnchai ke dalam pelukannya.
"Sudah... bertenang, okey?" Jax mengusap ubun-ubun kepala Charnchai. Barulah Charnchai merasa baik sedikit.
"Saya minta maaf. Saya tidak tau apa yang tidak kena pada saya," ujar Charnchai sambil meleraikan pelukan Jax.
"Kita pi hospital. Mau?"
"Tidak payahlah. Sakit sikit ja ni, kejap lagi okeylah."
"Dari kau sajalah! Jangan pula bilang saya kasi biar kau sakit." Jax berdiri dan membersihkan pasir-pasir pantai yang melekat pada seluarnya.
"Saya ingat kau tidak kisah pun pasal saya. Rupanya, kau tiadalah teruk sangat. Masih ada perasaan simpati." Charnchai bingkas berdiri.
"Saya takut dipersalahkan, itu ja... kau jangan salah faham pula. Nah! Ambil botol ni." Jax menghulurkan botol buih sabun itu pada Charnchai.
"Saya tidak perlukan botol tu, kau simpan ja lah. Buat kenangan."
"Kenangan? Cehh!" Jax melemparkan botol itu ke laut. Dan akhirnya botol itu lenyap dilambung ombak ke tengah lautan.
"Buat apa mau bikin kenangan botol begitu. Cukuplah kenangan silam saya membuatkan hidup saya dirundung kesedihan. Lagipula, pemilik botol itu tidak mungkin akan kembali!"
"Kau patut beruntung Jax. Kau masih mampu mengimbas kenangan silam kau. Lainlah macam saya, satu kenangan pun tiada yang mampu saya ingat."
"Maksud kau?" Jax mengerutkan wajah.
"Kenangan silam saya, semua sudah terhapus. Tidak ada satu pun yang saya ingat. Wajah orang-orang penting dalam hidup saya pun, saya tidak tau macam mana rupa dorang. Nasib baiklah, saya tidak lupa bahasa sendiri." Charnchai menarik nafas panjang. "Bah, marilah kita pergi dari sini sebelum kepala saya sakit semula." Charnchai berpaling lalu menuju ke kereta. Dia berasa kurang selesa berada di tempat itu.
"Biar betul kau ni. Kau hilang ingatan ka apa?" Soal Jax sambil mengekori langkah Charnchai.
Charnchai hanya menjungkit bahu. Mereka berdua bergegas meninggalkan tempat tersebut.
"Kita pi makan dululah. Lepas tu kita pi cari tempat lepak. Saya tidak mau balik awal, biarlah gelap sikit baru kita pulang." Ujar Jax.
"Dari kau ja lah. Jax, sini tiada tempat main boxing ka?"
"Boxing? Buat apa? Kau tu perempuan, tidak bagus main boxing. Nanti rumpang tu gigi kena tumbuk."
"Saya sudah bertahun main boxing. Itulah mata pencarian saya selama di Thailand dulu. Nah, tingu gigi saya! Ori ni, bukan palsu." Charnchai menayangkan giginya.
"Cehh! Yala tu. Kelab boxing di sini memang banyak, tapi saya malas mau ambil tau. Saya tidak minat!"
"Hmm... tidak minat ka, takut gigi kau patah?" Charnchai tertawa kecil.
"Kitai!" Jax turut tertawa. Pertama kalinya dia tertawa di hadapan Charnchai. Gadis yang paling tidak disukainya. Namun dia sudah mulai terbiasa dengan gadis itu.
***
"OKEY, sini meja kerja kau. Kalau ada apa-apa hal penting, kau guna ja telefon ni untuk direct bercakap sama bos kita." Joshua menunjukkan meja kerja pada setiausaha baru, Jax.
"Kenapa meja setiausaha jauh dari bilik bos? Bukan sepatutnya dekat bilik pejabat bos ka." Alara yang baru sahaja menerima perkerjaan tersebut, mempersoalkan kedudukan mejanya.
"Bos yang tetapkan kedudukan pekerja dia. Kalau tidak puas hati, nanti kau tanya dia sendiri." Joshua meninggalkan Alara di meja kerjanya.
"Mau tanya macam mana? Tuan Devol bilang, Jax tidak masuk ofis ini hari. Haisshh! Nantilah tanya dia, yang penting saya sudah berjaya masuk dalam syarikat Jax. Bolehlah saya dekat selalu dengan dia." Gumam Alara. Dia tersengih nakal.