BUNYI muzik yang bergema memenuhi ruang pub itu, sungguh membingitkan telinga Charnchai. Pertama kalinya, dia masuk ke tempat seperti itu. Jikalau diberi dua pilihan, antara gelanggang tinju dan pub, Charnchai lebih rela mengerah keringat di dalam gelanggang perlawanan daripada menari terkinja-kinja di dalam pub.
"Macam biasa, tequila." Pesan Jax pada bartender yang sudah lama mengenali, Jax.
"Lama juga kau sampai, Jax. Dari tadi lagi saya tunggu kau di sini," ujar Alan yang sudahpun sedia menunggu di situ.
"Lewat 10 minit saja pun, lama betul ka tu."
"Kira lama tu bro. 6 gelas sudah minuman saya, belum termasuk yang ini." Alan menunjukkan gelas minumannya yang masih penuh. "Jax... siapa perempuan yang kau bawa tu? Takkan kau kasi biar saja dia berdiri di sana." Alan mengacu mulut ke arah Charnchai yang sedang berdiri di satu sudut. Gadis itu kelihatan kurang selesa dengan suasana pub tersebut.
"Hmm... tu perempuan bodyguard saya." Jax berdiri dan berjalan ke arah, Charnchai. Lengan Charnchai ditarik sedikit kasar.
"Duduk sini! Nanti orang sangka kau GRO pi berdiri sana dekat tu pintu." Jax mengarahkan Charnchai duduk di sebelahnya.
Mata Charnchai terkebil-kebil. Entah dia faham ataupun tidak maksud GRO. Dia hanya tersenyum tawar.
"Orderlah apa kau mau minum," kata Jax.
"Hah? Ermm... teh tarik panas satu," ujar Charnchai dengan selamba.
"Apa?" Jax terbeliak mendengar pesanan, Charnchai dan diakhiri dengan ketawa.
Alan dan bartender pub tersebut turut ketawa terbahak-bahak mendengarkan pesanan, Charnchai.
"Talingung! Kau ingat ini warung mamak ka, buduh." Jax cuba menahan tawanya.
"Cik... sini tiada jual teh tarik, adapun cuma minuman beralkohol saja," kata bartender.
"Ermm... takpalah. Saya tidak pandai minum minuman beralkohol." Charnchai mengetap bibir sambil menjegil ke arah, Jax.
"Jax, comel bah kau punya bodyguard ni," cetus Alan.
"Bukan comel, itu talingung namanya," balas Jax.
Charnchai mencebik bibir. "Manalah saya tau minuman apa yang ada di sini. Saya bukan pernah masuk tempat macam ni."
"Lepas ni, kau kena biasakan diri. Sebab saya memang suka lepak di tempat begini. Bah, jadi betul kau tidak mau minum apa-apa?" Soal Jax.
"Tidak." Pendek jawapan dari Charnchai.
"Suka hati kaulah." Jax meneguk minumannya sehingga habis, lalu memberi isyarat kepada bartender untuk menambah minumannya.
"Oh... ya, Jax. Pasal setiausaha kau tu, jangan risau. Esok saya hantar satu orang pi temuduga di ofis kau. Confirm kau terima orang tu." Alan menukar topik perbualan.
"Kau hantarlah yang tahan hati sikit, Alan. Ni asyik-asyik yang kuat makan hati saja kau hantar sama saya."
"Kali ni kau jangan risau. Ini jiwa kental punya, lagipun kau kenal juga orang tu."
"Saya kenal? Siapa?" Jax mengerutkan kening.
"Alaaa... kau sabarlah. Esok kau jumpa juga orang tu, tapi jangan pula kau reject dia. Susah tau mau cari orang begitu, itupun nasib-nasib saja si Darcy tolong saya carikan orang."
***
Dua jam sebelum Alan bertemu dengan, Jax...
ALAN mundar-mandir di depan pintu biliknya. "Haishh! Dimana lagi saya mau cari orang untuk ganti setiausaha si Jax tu. Semua tidak dapat bertahan sama perangai si Jax." Alan mendengus kasar.
"Kring! Kring! Kring!" Handphone di tangan Alan berbunyi lantang. Skrin telefonnya ditatap seketika. Nama Darcy terpapar di situ.
"Hah! Tepat pada masanya. Minta tolong sama si Darcy lah." Alan segera menerima panggilan tersebut.
"Hello, Alan. Sibuk ka?"
"Ishh... tidaklah. Kenapa?"
"Tiadalah, saja telefon. Saya di rumah Alara ni, boring tiada aktiviti."
"Kau rindu saya kaini?" Alan berseloroh.
"Ya, rindu setengah mati!" Darcy terkekeh di hujung talian.
"Yala tu. Darcy, boleh saya minta tolong ka?"
"Tolong apa?"
"Begini bah, setiausaha si Jax baru berhenti. Jadi dia minta tolong saya carikan pengganti setiausaha dia, kalau ada kawan-kawan kau yang mau cari kerja, kau kasi tau sama saya. Nanti saya tolong recommend sama si Jax."
"Setiausaha si Jax? Hmm... nanti saya cuba tanya kawan-kawan saya lah."
Alara yang sedang berbaring di sebelah Darcy segera bangun. "Saya mau! Suruh si Alan recommend saya," ujar Alara dengan nada berbisik.
"Ermm... Alan, kau kasi recommend Alara lah. Dia mau tu kerja, dia bilang." Darcy memandang Alara dengan keningnya yang berkerut.
"Bah, nanti bisuk suruh dia pi temuduga sana ofis si Jax. Saya rasa dia terus terima tu, sebab dia betul-betul perlu setiausaha."
"Bah, yala. Nanti kau whatsaap alamat ofis Jax."
"Nanti saya bagitau alamat. Okeylah, Darcy saya mau keluar sama Jax ni. Apa-apa hal nanti saya telefon kamu."
Mereka menamatkan panggilan tersebut.
"Alara, kau betul-betul mau kerja setiausaha ka? Tiap-tiap bulan dady kau kasi elaun, tidak cukup meh? Syarikat dady kau pun besar, kenapa tidak kerja sama dady kau ja." Soal Darcy.
"Alaa... saja mau hilangkan boring. Daripada duduk diam di rumah bagus kerja. Lagipun tidak siok kalau saya kerja di syarikat dady." Alara bingkas berdiri dan mula menyelongkar pakaian di dalam almari. Satu persatu bajunya dilemparkan ke atas katil. "Darcy, tolong pilihkan yang mana lawa."
"Hmm... dari kau ja lah, Alara. Anak orang kaya tapi mau juga kerja." Darcy mendengus perlahan. "Yang ini lawa." Darcy menunjukkan satu pakaian bercorak bunga."
"Hmm... macam kurang sesuai," ujar Alara.
***
"SIAL! Apa ni bro. Tiada mata ka!" Seorang lelaki bertempik. Bajunya basah akibat terkena minuman Jax.
"Sorry, bro. Dia tidak sengaja tu." Alan cepat-cepat berdiri dan mempertahankan Jax.
Charnchai yang sedang duduk melihat situasi yang agak tegang itu, bingkas berdiri. Dia memapah Jax yang terhuyung hayang dengan gelas minumannya.
"Kenapa kamu tengok-tengok saya? Kamu tidak puas hati ka!" Tempelak Jax pada sekumpulan lelaki yang memandang tajam ke arahnya.
"Uii... Jax! Sudahlah tu, mari kita pulang. Kau mabuk betul sudah ni." Alan menepuk lengan Jax. Sekadar mahu mengingatkan Jax agar tidak menimbulkan sebarang masalah.
"Bagus kamu bawa dia balik sekarang. Kesian kamu punya kawan ni kalau kami hantam dia dalam keadaan mabuk begitu." Pemuda yang ditumpahi minuman itu berkata lembut kepada, Alan.
"Arhhh! Ayam mati bah kamu ni. Trep kuat saja! Maju bah kalau berani. Pengecut!" Jax semakin mengeruhkan keadaan.
"Pukkk!" Charnchai mengetuk kepala Jax. "Kau gila sudah kaini. Kalau orang suruh pulang, pulanglah bah. Kalau kuat betul tidak apa." Charnchai memapah Jax dan cuba membawanya keluar dari pub tersebut.
Jax menggosok kepalanya laju-laju. Hampir sahaja hilang rasa mabuknya, namun ianya tidak berlaku. Dia masih dikuasai alkohol. Jax pantas menggapai gelas minuman, Alan yang masih penuh. Sengaja menyimbah air minuman itu pada wajah pemuda yang sudah cukup bersabar dengan ulah, Jax.
"Kurang ajar!" Pekik pemuda itu. Laju tangannya menyambar kolar baju Jax.
Charnchai mendengus kencang. Dia hanya melihat Jax diheret menuju ke luar. Charnchai dan Alan mengekori dari belakang.
"Cepat pi tulung si Jax. Matilah dia tu..." Alan menggigil takut. Dia bersembunyi di belakang, Charnchai.
"Biarkan dulu dia, itukan dia mau. Kita tengok kalau dia betul-betul kuat, jangan tu mulut saja yang cakap besar." Charnchai sengaja membiarkan Jax dibelasah.
Jax langsung tidak dapat membalas pukulan pemuda yang terus menghujani tubuh dan wajahnya dengan tumbukan padu. Ke kiri, ke kanan Jax melepaskan tumbukan dan sepakan, namun dia hanya memukul angin. Tidak satu pun pukulannya mengenai tubuh pemuda tersebut. Dalam keadaan mabuk seperti itu, Jax tidak berupaya untuk membalas serangan mahupun mengelak pukulan lelaki tersebut. Akhirnya Jax jatuh tersembam ke lantai simen di tepi parkir kereta. Namun, lelaki yang sedang membelasahnya belum lagi berpuas hati. Lelaki itu tampak benar-benar marah.
"Bro, sudah! Lepaskan dia." Charnchai mulai berasa kasihan. Dia cuba menghentikan perbuatan lelaki tersebut.
"Iya, bro. Cukuplah tu, kami minta maaf bagi pihak kawan kami." Alan mencelah.
"Jonas! Kasi mati saja tu. Bikin semak saja mau kasi biar dia hidup lama-lama di dunia. Mulut bukan main, tapi bila kena pukul macam ayam mati!" Salah seorang kawan lelaki yang bernama Jonas itu cuba mengapi-apikan lagi kemarahannya.
"Memang patut mampus sialan ni! Dia ingat, dia sajakah yang paling kuat disini. Puiihh!" Bentak Jonas seraya memijak kepala, Jax yang sudah tidak bermaya.
"Bro... sudahlah bro. Kesian kawan kami tu, bukan dia boleh melawan pun. Dia mabuk bah tu," kata Alan.
"Bukkkk!"
Satu tumbukan dibenamkan ke pipi, Alan. "Kalau kamu mau saya lepasakan kawan kamu, kamu lawan sama saya dulu!" Tempelak Jonas. Kawan-kawan Jonas sudahpun maju ke hadapan. Nampaknya pergaduhan itu tidak akan berakhir dengan begitu mudah.
"Kalau kamu mau selesaikan dengan cara begitu, biar saya yang berdepan sama kamu semua. Tapi, kamu mesti lepaskan dia." Charnchai menunding jari ke arah, Jax yang masih sedar dan mampu mendengar perbualan mereka dengan jelas. Cuma dia benar-benar sudah tidak mampu untuk berdiri. "Alan! Bawa Jax pi tepi," arah Charnchai pada Alan yang terduduk akibat terkena tumbukan.
Jonas dan kawan-kawannya tertawa mendengar kata-kata, Charnchai.
"Deyyy! Perempuan. Bagus kau pulang pi masak nasi! Ini hal lelaki, kau tidak payah masuk campur. Nanti rosak tu wajah cantik kau!" bentak Jonas. Charnchai ditolak ke tepi.
Charnchai tersenyum kecil. "Kau maju kalau kau betul-betul lelaki," ujar Charnchai selamba.
"Haishhh! Mulut kau ni." Jonas yang mula terbakar dengan kata-kata Charnchai tidak semena-mena melepaskan tumbukan. Namun, tumbukan itu melayang melepasi wajah Charnchai. Jonas memukul angin kerana Charnchai pantas mengelak.
Jonas semakin berang. Dia sudah tidak memperdulikan Charnchai sebagai seorang wanita, dia menyerang Charnchai dengan pelbagai teknik. Satu persatu kawan Jonas maju membantu, namun Charnchai sedikit pun tidak merasa gentar. Dengan kebolehan Charnchai sebagai peninju muay thai, mudah sahaja dia menumpaskan kesemua lelaki itu. Satu per satu mereka mula mengundurkan diri. Ada yang sudah berdarah dan ada yang terhincut-hincut akibat terkena penangan tinju muay thai yang dimiliki oleh, Charnchai. Akhirnya, lelaki-lelaki tersebut lari bertempiaran. Mereka kalah pada seorang wanita.
Charnchai membersihkan tompokan darah di tangannya. Darah itu milik lelaki-lelaki tadi. Charnchai sedikit pun tidak mengalami kecederaan. Dia mengeluh nafas lega.
"Jax! Kau nampak tu bodyguard kau? Punya hebat, macam saya tingu filem oh!" Alan tertawa gembira melihat aksi yang dipamerkan oleh, Charnchai.
Jax terkebil-kebil seolah-olah tidak percaya, dia cuba berdiri perlahan-lahan. Alan segera membantunya.
"Charnchai! Lepas nih bolehlah kau ajar saya cara berlawan macam tadi. Punya siok!" Ujar Alan seraya menepuk bahu, Charnchai.
"Takda hal lah, Alan. Bila-bila masa ja..." balas Charnchai.
Jax masih berdiam diri. Agaknya dia malu pada wanita yang sering dihinanya itu. Dia benar-benar tidak menyangka, Charnchai mampu menumpaskan beberapa lelaki dengan sekali gus.
"Jom balik. Lewat betul sudah nih," ajak Charnchai.
"Kau boleh drive ka, Charnchai? Si Jax tidak boleh drive nih saya tengok. Saya pun tidak boleh hantar kamu, kereta saya ada di sana." Alan menunjuk ke arah sebuah kereta Honda.
"Takpa, saya boleh bawa kereta. Mana kunci?" Tanya Charnchai.
Jax menyerahkan kunci kereta. Mereka bertiga meninggalkan kawasan pub tersebut, lalu pulang ke rumah masing-masing.
***
"Charnchai, ada apa dengan tuan muda? Kok mulutnya berdarah. Tuan muda berantem lagi ya?" Soal Mbak Surti yang membukakan pintu. Nasib baiklah, Tuan Devol dan isterinya tidak menyedari kepulangan mereka.
"Tiada apa-apa, dia cuma terjatuh." Charnchai menafikan. Dia terus sahaja memapah Jax masuk ke bilik sebelum, Tuan Devol menyedari kepulangan mereka.
Charnchai mendudukkan Jax di atas tilam empuk, Jax.
"Tunggu sini kejap," ujar Charnchai. Dia pergi ke biliknya dan kembali dengan sebuah kit kecemasan.
"Kau mau buat apa tu?" Soal Jax yang berdiam sedari tadi.
"Kasi bersih kau punya lukalah, mau buat apa lagi. Takkan kau mau Tuan Devol nampak kau punya muka begini nanti bisuk pagi?" Jawap Charnchai.
"Sini!" Charnchai menarik wajah, Jax. Mereka berdua duduk berhadapan.
"Aduh! Pelan-pelan bah!" Jax menepis tangan Charnchai.
"Begitu ja pun kau mengadu sudah? Siapa suruh tu mulut kau terlampau luyar. Berani-berani mau cari fasal sama orang, padahal tidak pun sekuat mana."
"Nasib doranglah saya mabuk betul tadi. Kalau tidak... confirm lunyai dorang tu saya kerjakan!"
"Cehh! Sudah tau mabuk, kenapa mau cari fasal? Sengaja tunjuk kuat ka." Charnchai sengaja menekan kuat kapas yang dibasahi dengan cecair pembersih antiseptik ke atas luka, Jax.
"Buduh bah kau nih! Sakit tu." Adu Jax.
"Alaaa... sikit ja pun. Nah, sudah siap!" Charnchai melekatkan plaster pada luka kecil di dahi, Jax.
"Hmmm..." Jax mendengus sambil menekan-nekan perlahan di sekitar lukanya yang masih terasa sakit.
"Okeylah, saya masuk bilik dulu. Penat!. Bisuk pagi kau pandai-pandailah jawap sama dady kau." Charnchai berdiri dan menuju keluar.
"Bisuk pandai-pandailah kau jawap sama dady kau!" Jax mengulangi kata-kata, Charnchai sebaik sahaja gadis itu menutup pintu biliknya.
"Tapi... macam mana saya mau jawap sama dady bisuk pagi? Matilah!" Getus Jax. Dia membaringkan tubuhnya di atas tilam, berfikir panjang bagaimana harus dia menjelaskan perkara itu kepada Tuan Devol esok pagi. Mana mungkin dia mahu memberitahu bahawa dia luka akibat pergaduhan yang dia timbulkan.