Chereads / GELEMBUNG CINTA / Chapter 8 - Kau fikir aku sekejam itu?

Chapter 8 - Kau fikir aku sekejam itu?

"KENAPALAH kalau saya tidak mau berhenti bercakap, kau mau sut muka saya ka? Iya? Kau kuat betul sudah kaini." Jax menolak tubuh Charnchai ke tepi dinding pejabatnya.

"Kau jangan cabar saya, Jax. Saya sudah bagi amaran sama kau ni." Charnchai mengetap bibirnya, wajahnya sudah kemerah-merahan akibat menahan kemarahan.

"Ya, saya cabar kau! Kau tunjuklah kau punya samseng taik kucing tu!" Jax menunding jari tengahnya di dahi Charnchai. Dia sengaja mengapi-apikan kemarahan gadis bodyguard itu.

"Berhenti, saya bilang kan!" Charnchai merenggut kasar kolar baju, Jax. Penumbuknya sudah berada di atas, namun tidak dilepaskan. Gadis bodyguard itu kelihatan bergegar. Bukan bergegar kerana takut, tetapi ia disebabkan kemarahan yang meluap-luap minta dilepaskan.

Jax sudahpun bersedia melindungi wajah kacaknya. Kedua belah tangan dijadikan perisai, agar tumbukan itu tidak hinggap ke wajahnya.

"Jax! Charnchai! Hentikan."

Suara garau itu membuatkan Jax dan Charnchai tergamam. Perlahan-lahan, Charnchai melepaskan cengkamannya.

"Kamu dua ni kenapa? Apa masalah kamu sampai mau bergaduh ni, hah! Belum pun sampai satu hari, begini sudah kejadian kamu dua." Tuan Devol memandang mereka berdua silih berganti.

"Saya minta maaf, uncle. Dia yang mulakan dulu, saya sudah suruh dia berhenti tapi, dia sengaja lagi kasi panas-panas saya." Charnchai menundukkan kepala, kesal dengan kejadian yang berlaku. Walaupun jelas-jelas bukan dia yang memulakan pertengkaran itu.

"Jax! Kau ikut saya pi bilik pejabat, sekarang juga!" Pekik Tuan Devol.

Jax sempat menjelirkan lidah pada, Charnchai sebelum dia membuntuti Tuan Devol ke bilik pejabatnya.

"Sott!" Gumam Charnchai. Dia semakin menyampah dengan perangai, Jax.

"Jax, bolehkah kalau kau tidak buat masalah?  Sekurang-kurangnya, kau hormatlah pekerja kau. Takkanlah pekerja saja yang mau hormat sama kau? Kalau dady tidak datang tadi, kompom berterabur tu gigi kau si Charnchai kerjakan." Tuan Devol menarik kerusinya lalu duduk menghadap, Jax.

"Kenapa juga dady sama mumy terlampau backup si Charnchai tu arr? Apa juga yang terlampau istimewa sama dia tu, sampai kamu bawa dia tinggal di rumah lagi. Kalaupun dia kasi rumpang saya punya gigi, saya pun bulih balas balik sama dia bah. Biarlah kami sama-sama rumpang!" Jax mendengus kasar.

Tuan Devol sempat tertawa mendengar ungkapan, Jax. "Apa kaki kau mau lawan sama budak muay thai? Kau ingat si Charnchai macam sumandak-sumandak yang kau jumpa selama ni ka. Paling pun durang main tarik rambut saja kalau bergaduh. Dady sama mumy, terhutang nyawa sama dia masa di Thailand tu ari. Sebab tu kami layan dia bagus-bagus."

Jax tersengih. "Si Charnchai tu, dady bilang pandai muay thai? Mengarutlah dady! Kalau dady sama mumy terhutang nyawa sama dia, itu kamu punya taulah. Malas saya mau ambil tau pasal tu perempuan. Kalau boleh, dady suruhlah dia berhenti jadi bodyguard saya!"

"Anytime dady boleh suruh dia berhenti jadi bodyguard kau, tapi... kau fikir sendiri kebaikan dan keburukannya. Kau ingat Jax, kau tu ramai musuh. Bila-bila masa saja dorang serang kau. Tambah-tambah lagi, kau punya mulut tu memang tiada insuran. Jadi, kalau ada apa-apa, Jax jangan mengadu sama kami. Tadi pun saya baru dapat aduan dari si Anna. Dia cakap mau berhenti kerja, sebab Jax suruh dia pi mati. Betul ka?"

Jax memikirkan seketika tentang kata-kata, Tuan Devol. Kalau hendak dihitung-hitung, Jax memang mempunyai ramai musuh. Sebelum Jax dilantik sebagai CEO syarikat, Jax sering terlibat dengan pergaduhan di mana-mana pub yang dia kunjungi. Namun, ianya berkurangan setelah, Jax memegang jawatan CEO syarikat keluarganya. Dia harus menjaga imej syarikat mereka.

"Pasal si Charnchai tu, dady lupakan ja lah. Biarlah dia jadi bodyguard saya. Tapi... kalau pasal si Anna, suruhlah dia berhenti cepat-cepat. Menyibuk saja kerja dia tu, kerja pun tidak betul. Lanjik lagi tu gaya." Jax membetulkan kolar bajunya, dan berjalan menuju ke pintu.

"Bah, jadi siapa mau ganti si Anna? Satu lagi Jax, jan lupa bawa si Charnchai makan. Dia tiada duit tu, nanti malam baru dady kasi dia punya gaji pendahuluan."

"Nantilah Jax suruh si Alan cari orang. Dady pun satu juga bah, kenapa tidak bagi duit sama si Charnchai tadi pagi. Kasi susah orang ja," ujar Jax. Dia memutar tombol pintu dan meninggalkan pejabat, Tuan Devol.

CHARNCHAI sedang duduk bersandar di tepi pintu pejabat, Jax. Sesekali dia memandang lorong pejabat yang sunyi dan lengang. Jarang sekali ada orang naik ke tingkat empat itu. Hanya pejabat besar milik Jax yang ditempatkan di situ, dan di sebelah pejabatnya pula ada sebuah bilik mesyuarat khas.

"Ting!" Bunyi lif. Charnchai lekas-lekas berdiri.

"Joshua?" Charnchai tersenyum melihat Joshua keluar dari lif tersebut. Ada sebuah bangku dan fail yang dikepit di bawah ketiaknya.

"Jumpa lagi, Charnchai. Nah, gunalah bangku ni. Saya tau, mesti kau tiada tempat duduk di sini. Itulah saya carikan kau bangku kosong tadi." Joshua meletakkan bangku tersebut di tepi pintu.

"Terima kasih, Josh. Susah-susah ja kau naik pi sini gara-gara mau hantar ni bangku saja." Charnchai menepuk bahu, Joshua perlahan. Dia tampak begitu selesa dengan lelaki yang baru sahaja dia kenali itu.

"Ishh... kebetulan juga ni saya mau hantar fail sama bos. Tu lah bawa bangku ni sekali." Joshua menggaru kepalanya.

"Oh... yaka. Saya ingatkan kau hantar bangku untuk saya saja." Charnchai tersenyum tawar. "Bah, kau letak ja tu fail sana meja dia. Dia masih di pejabat Tuan Devol kali tu."

"Hmm... yala. Nanti kau bagitau dia sajalah, ya. Kalau kau perlukan apa-apa bantuan, kau cari ja saya sana tingkat dua." Setelah meletakkan fail tersebut, Joshua segera turun ke tingkat dua.

Charnchai tersenyum melihat bangku yang dihantar oleh, Joshua. "Nasib baik kau kasi saya bangku, Josh. Kalau tidak... memang sampai bila-bila laini saya kena berdiri di sini." Charnchai bermonolog seraya melabuhkan punggungnya di atas bangku tersebut.

Selang beberapa minit, Jax pula muncul dengan sebuah bungkusan plastik hitam di tangannya. Kakinya menapak laju menuju ke arah Charnchai.

"Nah!" Jax menghulurkan bungkusan tersebut.

"Apa ni?" Charnchai mengerutkan kening.

"Ambil ja lah, jangan banyak tanya." Jax memberikan bungkusan plastik itu kepada, Charnchai lalu masuk ke dalam bilik pejabatnya.

"Tapau? Kenapa pula si gila, tiba-tiba kasi saya tapau ni," gumam Charnchai setelah melihat kandungan bungkusan tersebut.

"Kalau tiada duit, cakap ja lah. Kau ingat saya kejam betul ka mau kasi biar kau berlapar." Jax bermonolog seraya menghempaskan tubuhnya di atas sebuah sofa yang terdapat di dalam ruang bilik pejabatnya. "Mana si talingung dapat tu bangku arr, masa saya ikut dady tadi belum ada pun?" Jax menggaru kepalanya. Sesekali dia mengalihkan pandangannya ke arah tingkap, hanya bahagian belakang kepala Charnchai yang kelihatan.

Habis sahaja waktu berkerja, Jax dan Charnchai terus pulang ke rumah. Mereka langsung tidak bercakap ketika dalam perjalanan pulang, mereka memilih untuk masing-masing berdiam diri. Mungkin kerana disebabkan pergaduhan kecil yang tercetus semasa di tempat kerja tadi.

"Tok! Tok! Tok!" Bunyi ketukan itu membuatkan Charnchai tergesa-gesa keluar dari bilik mandi, dalam keadaan hanya bertuala. Dia baru sahaja selesai menyegarkan kembali tubuhnya setelah seharian menjalankan tugasannya.

"Charnchai... boleh auntie masuk ka?" Kedengaran suara Puan Kezia sayup-sayup dari luar.

"Ya, auntie. Kejap." Charnchai bergegas membukakan pintu. "Masuklah. Saya baru siap mandi bah ni auntie. Bau masam sudah badan saya," ujar Charnchai.

"Nah... tulah, auntie bawa sikit barang-barang untuk kamu. Auntie, beli tadi masa keluar sama Mbak Surti." Puan Kezia meletakkan beberapa buah beg plastik di atas katil, Charnchai. "Baju kerja kamu pun ada ni, auntie beli tiga pasang supaya senang kamu cuci nanti." Puan Kezia menunjukkan pakaian tersebut. Tiga pasang baju long sleeve berwarna putih, tiga pasang seluar slack hitam dan sepasang kasut hitam.

"Terima kasih, auntie. Susah-susah ja kamu belikan saya pakaian." Charnchai membelek-belek baju tersebut.

"Takpa, Charnchai. Sikit ja pun... dalam beg lagi satu tu, ada lagi pakaian lain. Boleh kamu pakai di rumah atau pi mana-mana nanti." Puan Kezia menunjukkan satu lagi beg yang berisi beberapa helai pakaian baru.

"Charnchai janji, akan kerja sebaik mungkin. Nanti bolehlah saya bayar balik semua harga pakaian ni."

"Eh... auntie beli ikhlas ni. Auntie memang sengaja beli untuk kamu, dan ada satu lagi auntie mau kasi sama kamu. Nah..." Puan Kezia meletakkan satu sampul berwarna coklat di tangan, Charnchai.

"Apa ni auntie?" Charnchai mengerutkan kening.

"Itu duit gaji pendahuluan kamu. Manatau Charnchai mau beli apa-apa barang lain ka. Lepas ni, Charnchai pi buka akaun bank ya. Nanti gaji kamu masuk akaun saja untuk bulan depan."

"Tapi auntie... macam mana mau pi buka akaun tu. Saya bukan tau pun selok belok di sini."

"Takpa, nanti auntie suruh si Jax teman kamu esok. Bah, cepatlah pakai baju. Kita pi makan dulu, siap sudah kali si Mbak Surti kasi hidang makanan tu."

"Yala, auntie duluanlah pi bawah. Nanti saya turun."

Puan Kezia mengangguk dan meninggalkan bilik, Charnchai.

Mbak Surti sudahpun siap menghidangkan makanan di atas meja makan. Mereka berempat duduk makan bersama. Sambil makan, sambil berborak. Begitulah keluarga Tuan Devol, mereka sentiasa berkomunikasi walau di mana pun mereka berada.

"Jax, esok kau teman si Charnchai pi buka akaun bank supaya senang mau kasi masuk dia punya gaji nanti," ujar Puan Kezia yang baru sahaja selesai menikmati makanan malam mereka.

"Ada mykad ka juga dia ni? Bukankah dia ni warganegara Thailand." Jax menjegil Charnchai.

"Siapa bilang dia ni warganegara Thailand. Dia ada mykad juga bah, warganegara Malaysia juga. Kau ni pun satu, kau ingat warganegara saja ka bulih buka akaun di sini." Tuan Devol mencelah.

"Hmm... yala tu. Dady, kejap lagi Jax mau keluar jumpa, Alan. Mau suruh dia cari orang ganti si Anna. Tempat setiausaha saya mana boleh kasi kosong lama-lama."

"Aik? Kenapa lagi setiausaha kau Jax. Berhenti lagi ka?" Soal Puan Kezia.

"Apa tidak berhenti. Si Jax suruh setiausaha dia pi mati, mestilah bah si Anna ambil hati kena cakap begitu. Kalau kau keluar, kau bawa si Charnchai. Jan pula kau pi mabuk-mabuk sana, ni kali kau suruh si Alan cari setiausaha yang bebal sikit supaya dorang tahan sama tu mulut longkang kau," ujar Tuan Devol.

Puan Kezia hanya menggeleng. Entah sudah keberapa kali, Jax menukar setiausahanya.

"Charnchai, kau jaga si Jax tu. Nanti dia buat masalah lagi," kata Tuan Devol.

Charnchai yang berdiam diri sedari tadi hanya mengangguk faham.

Malam itu juga, Jax dan Charnchai bergerak ke lokasi yang Jax sudah tetapkan untuk bertemu dengan, Alan. Situasi dalam perjalanan mereka, masih sama seperti petang tadi. Sunyi dan sepi tanpa sebarang kata. Masing-masing melayani perasaan sehinggalah sampai ke sebuah pub tempat kebiasaan bagi, Jax.