SEBAIK sahaja mereka memasuki bangunan tersebut, semua mata pekerja memandang ke arah Jax dan Charnchai.
"Lepaskan tangan saya, sakit bah!" Charnchai bertempik.
Jax yang menyedari pandangan mata pekerjanya, segera melepaskan cengkamannya pada pergelangan tangan Charnchai.
"Siapa suruh kau telampau lambat berjalan!" Bisik Jax dengan nada geram.
Charnchai memicit-micit pergelangan tangannya. Wajah Jax dipandang tajam. Mahu saja dia mengerjakan lelaki itu, namun hatinya tetap bersabar.
"Jax, ini dokumen yang mau disain." Anna, setiausaha Jax menghulurkan sebuah fail biru kepadanya.
"Siapa tu, Jax? Girlfriend kau ka," desis Anna di cuping telinga Jax.
"Bukan!" Jawab Jax dan Charnchai serentak.
Anna sedikit tersentak, namun satu senyuman kecil terukir di bibirnya saat mendengar jawapan mereka berdua. Dia gembira mendengar jawapan tersebut.
"Sikit lagi saya mau pengsan tadi, saya ingat perempuan ni girlfriend kau. Tingulah dia punya pakaian tu, langsung tiada gaya. Make up pun tidak." Anna terkekeh melihat penampilan Charnchai yang jauh berbeza dengan gadis-gadis lain.
"Mau pengsan? Kenapa tidak terus mati. Menyibuk saja! Mari sini fail tu." Jax merenggut kasar fail itu daripada tangan Anna.
"Padan muka kau!" Gumam Charnchai.
Raut wajah Anna berubah masam. Dia tidak menyangka, Jax sanggup berkata sedemikian.
"Jom, ikut saya." Kata Jax pada, Charnchai. Mereka berdua menaiki lif menuju ke bilik pejabat, Jax di tingkat empat.
"Kau tunggu di depan pintu bilik saya, sampai habis waktu berkerja. Pandai-pandailah kau cari tempat duduk sendiri, yang penting dady nampak kau punya muka di sini." Jax masuk ke dalam bilik pejabatnya, lalu menutup pintu rapat-rapat.
Charnchai hanya mampu mengeluh berat. Dan dia terpaksa berdiri di hadapan pintu bilik Jax, kerana tidak ada satu pun tempat untuknya duduk di situ.
"Bertahanlah kau berdiri di situ, talingung!" Gumam Jax sambil tertawa kecil. Dia dapat melihat kelibat Charnchai di sebalik tirai tingkap bersebelahan pintu bilik pejabatnya.
Sudah beberapa jam, Charnchai berdiri tercegat di depan pintu bilik pejabat Jax. Kakinya sudah mulai lenguh, dan perutnya juga sedang berkeroncong lapar. Charnchai melirik jam tangannya.
"Ah, patutlah... rupanya pukul 12.15 minit tengahari sudah. Bos gila di dalam tu tidak pandai lapar ka," getus Charnchai.
"Ngekkk..." pintu bilik pejabat, Jax dibuka. Jax memandang Charnchai yang masih setia berdiri di depan pintu.
"Saya mau pi kafeteria kejap, lunch time. Tidak payahlah kau ikut saya, tu kantin dalam bangunan ni saja," ujar Jax.
"Ya, baiklah," jawab Charnchai.
"Kau tidak pi makan ka? Jangan pula kau cakap sama dady, bilang saya tidak kasi kau rehat."
'Macam mana mau makan, duit pun tiada,' bisik Charnchai dalam hati.
"Err... saya tidak lapar. Tuan pigilah makan," kata Charnchai. Walhal perut Charnchai dah berbunyi-bunyi akibat kelaparan. Tetapi, dia langsung tidak mempunyai satu sen pun untuk membeli makanan. Nampaknya dia harus bertahan sehingga pulang ke rumah pada petang nanti.
"Tidak payahlah kau panggil-panggil saya tuan. Panggil ja nama saya, Jax! Lagipun... saya rasa kita ni sebaya. Okeylah, kalau kau tidak mau pigi makan, kau punya taulah. Jangan saja kau pingsan di situ, saya umban kau di sampah nanti!" Jax berpaling dan meninggalkan Charnchai bersendirian.
Charnchai menekan perutnya. Dia sungguh lapar ketika itu, namun dia terpaksa menahan lapar.
"Sementara si Gila tu pi makan, bagus saya ambil angin kejap. Lutut pun bergegar sudah ni." Charnchai bermonolog. Dia berlegar-legar di kawasan tingkat empat, dan akhirnya dia menemui sebuah tangga menuju ke aras bumbung bangunan. Charnchai bergegas menaiki tangga tersebut.
"Wah... siok pula di atas sini. Bulih nampak pemandangan cantik, udara pun segar." Charnchai berkata-kata sendirian di atas bumbung itu. Beberapa kali dia menyedut udara yang menerpa lembut menyapa wajahnya.
"Uhukk! Uhukk!" Bunyi seseorang sedang terbatuk-batuk.
Charnchai perlahan-lahan menuju ke arah satu sudut yang terselindung dengan sebuah tangki besar. Kelihatan seorang lelaki sedang memukul-mukul dadanya dengan sedikit kasar, diikuti dengan bunyi batuk yang tidak henti-henti. Charnchai meluru ke arah lelaki itu.
Sebaik sahaja Charnchai melihat bekas makanan yang terletak di hadapan lelaki tersebut, Charnchai yakin lelaki itu pasti tersedak makanan.
"Nah, minum air ni. Cepat!" Charnchai cepat-cepat membuka penutup botol air milik lelaki tersebut.
"Okey sudah?" tanya Charnchai sebaik melihat lelaki itu menarik nafasnya.
"Ehemm! Ya, terima kasih." Ucap lelaki itu. Senyuman kecil terukir pada bibirnya.
"Sama-sama. Pelan-pelan makan, nanti tersedak lagi," ujar Charnchai.
"Mau ka?" Lelaki itu menghulurkan bekas makanan yang berisi beberapa biji sandwich.
"Ishh... tidak payahlah. Makanlah," kata Charnchai. Namun, perutnya yang mengeluarkan bunyi keroncong membuatkan lelaki itu tersenyum.
"Tidak payah malu-malu. Duduklah, banyak bah ni. Saya pun tidak boleh kasi habis," kata lelaki itu seraya mempelawa Charnchai duduk di sebelahnya.
'Haishh... malunya. Kenapa juga ni perut tidak pandai simpan rahsia!' Bisik Charnchai dalam hati. Dia melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu, dan mengambil sebiji sandwich yang dihulurkan padanya.
"Pekerja baru ka?" soal lelaki itu.
"Ya..." Pendek jawapan Charnchai.
"Oh... kalau macam tu, salam perkenalan. Saya, Joshua. Panggil Josh saja." Joshua menghulurkan salam.
"Salam kenal, Josh. Saya, Charnchai. Bodyguard keluarga Tuan Devol." Charnchai menyambut salam Joshua.
"Wow... bodyguard? Bulih tahan oh, jarang-jarang saya nampak perempuan kerja bodyguard. Berani oh kau kan."
"Apa boleh buat, saya tiada pilihan lain."
"Jadi... kau jaga dorang satu keluargalah ni?"
"Tidaklah, saya disuruh jaga si Gila saja." Charnchai mendengus kasar. Sandwich yang tinggal separuh terus dimasukkan ke dalam mulutnya.
"Si Gila? Siapa tu. Boss Jax ka?" Joshua mengerutkan kening.
"Ya, dialah tu. Tapi, jangan bilang sama dia saya panggil dia Gila, sebab dia memang gila!" Charnchai kelihatan benar-benar geram apabila menyebut tentang, Jax.
"Kesian kau, tapi sabar sajalah. Si boss tu pandai angin-angin, perengus punya orang. Nanti lama-lama, kau terbiasa juga tu."
"Hmm... yala. Bah, saya turun dulu arr. Nanti saya kena marah kalau si Gila nampak saya tiada di depan bilik pejabat dia." Charnchai cepat-cepat berdiri dan menuju ke tangga. "Terima kasih untuk sandwich tu ya," ucap Charnchai sebelum menghilang dari pandangan mata Joshua.
Joshua menggeleng dan tersenyum kecil. Dia mengemas bekas makanannya dan turut meninggalkan bumbung tersebut.
"Kau dari mana? Beginikah cara kau berkerja. Saya suruh kau tunggu sini saja tadi kan, kenapa pula kau pigi merayap!" Pekik Jax.
Charnchai yang baru sahaja tiba di lantai empat, tersentak mendengar suara Jax yang berdiri tercegat di hadapan pintu bilik pejabatnya.
"Bukan masa rehat ka tadi? Takkanlah saya mau berdiri macam patung saja di sini. Sudahlah kaki saya lenguh berdiri dari pagi tadi, bangku pun kau tidak bagi. Sekarang kau mau marah-marah saya pula? Begitukah bos layan pekerja?" Balas Charnchai. Kali ini dia sudah tidak dapat menahan geram. Wajah Jax direnung tajam.
"Aik... pandai sudah kau menjawab ya." Jax tersengih, namun raut wajahnya kelihatan tegang. Dia tidak menyangka, Charnchai akan membalas kembali kata-katanya.
"Ya, mestilah bah pandai! Saya pun ada mulut juga. Dari pagi tadi kau cari pasal sama saya, apa juga masalah kau ni. Kalau kau tidak suka saya jadi bodyguard kau, silakan bagitau sama dady kau. Saya sanggup lagi jaga kambing daripada kau!" Charnchai semakin galak.
"Apa kau bilang? Jadi sekarang kau mau kasi sama saya dengan kambinglah ni? Kurang ajar juga mulut kau ni." Jax menghampiri Chanchai dan mula menolak-nolak kepala, Charnchai. "Sekarang kau mau melawan sama sayalah? Kalau saya tidak fikir tu kebebasan keluar malam, saya pun tidak mau bah kau jadi bodyguard saya! Sudahlah talingung! Selekeh lagi! Ada hati mau jadi bodyguard saya? Lainlah kalau kau pandai bertinju macam Ong Bak. Ndak juga saya bising-bising." Jax merendah-rendahkan Charnchai.
"Bagus kau berhenti bercakap sekarang! Sebelum betul-betul hilang kesabaran saya." Charnchai mengepal dua jari penumbuknya. Bila-bila masa sahaja penumbuk itu akan dilepaskan bersama amarah yang sedang membakar hatinya.