JAX baru sahaja menerima panggilan daripada, ibunya. Dia tersenyum mendengar berita yang disampaikan oleh ibunya sebentar tadi.
"Jax, dady cancel flight hari ini. Esok saja kami pulang." Itulah yang disampaikan kepada, Jax.
Dengan kadar segera, Jax lantas mendail nombor telefon Alan. Dia tidak akan melepaskan peluang keemasan itu. Itulah masanya, Jax dapat keluar bersuka ria tanpa mendengar leteran, Tuan Devol.
"Hello, kenapa Jax? Tiba-tiba ja kau call saya ni, ada masalah ka?" soal Alan sebaik sahaja menerima panggilan Jax.
"Peluang Alan... peluang! Dady sama mumy saya, tidak jadi balik ni hari."
"Bah, jadi... Mabuk-mabukan lagi kita ni malam?"
"Yala! Apa lagi, takkan mau kira bulu kambing. Ni malam, kita yang punya. Kita round semua pub yang ada di KK. Minuman jangan risau, saya belanja kau sampai muntah ijau. Ha... ha... ha...!"
"Terbaik! Bossku... Jax, kita bawa dorang si Darcy, amacam? Bulih bah kan."
"Dari kau saja bah, yang penting kita enjoy. Okeylah, nanti kita jumpa di tempat biasa. Saya kasi settle dulu kerja di ofis ni, banyak dokumen penting yang saya mau periksa."
"Orait, Jax. Nanti kau roger-roger saja saya."
Jax mematikan panggilan tersebut. Kertas kerja yang terletak di atas mejanya, diselak satu per satu. Diperiksa dengan teliti agar tidak ada kesilapan yang dilakukan.
Usai dengan kerja di ofis, Jax bergegas pulang ke rumah untuk menukar pakaian kerjanya. Jax mengenakan baju t-shirt berkolar berwarna merah, yang dipadankan dengan seluar jeans biru tua. Terdapat sedikit koyakan kecil di bahagian lutut seluarnya. Ia dipanggil fesyen 'seluar kuyak'.
"Tuan muda mau ke mana? Mbak sudah siapin makanan tuh," kata Mbak Surti tergesa-gesa mengekori di belakang Jax.
"Mbak makanlah ya, Jax makan di luar saja." Jax menyarungkan kasutnya. "Oh, ya... Mbak, mumy ada pesan. Mumy suruh Mbak kasi bersih tu bilik tetamu."
"Bersihin bilik tetamu? Emang ada yang mau datang?" soal Mbak Surti.
"Tidak taulah, Mbak. Saya cuma sampaikan pesanan saja. Okeylah, saya jalan dulu. Jan lupa kasi bersih tu bilik tau." Jax masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin.
"Ya, hati-hati di jalan. Kalau nyetir jangan laju banget." Pesan Mbak Surti.
Mbak Surti menutup pintu utama setelah Jax hilang dari pandangan. Hidangan yang telah tersedia dijamah terlebih dahulu, kemudian barulah dia naik ke tingkat atas untuk membersihkan bilik tetamu.
"WAH... akhirnya, selamat juga kita sampai di KK." Puan Kezia menarik nafasnya dalam-dalam. Dia sangat merindukan udara di negeri bawah bayu tersebut.
Mereka bertiga baru sahaja tiba di lapangan terbang Kota Kinabalu.
"Charnchai, selamat kembali ke tanah air." Ucap Tuan Devol seraya menepuk perlahan bahu Charnchai.
"Uncle, auntie... sekali lagi, saya mau ucap terima kasih sebab bawa saya balik pigi sini." Charnchai menundukkan kepalanya sebanyak dua kali. Tradisi Thailand itu sudahpun menjadi kebiasaan Charnchai.
"Sama-sama Charnchai atau... Iris?" ujar Puan Kezia.
"Panggil saya Charnchai saja auntie. Saya lebih selesa kalau guna nama tu," kata Charnchai.
"Yala, suka hati kamulah." Puan Kezia tersenyum.
"Tuan, Puan? Minta maaf, saya lambat. Ada masalah sikit di jalan tadi, tayar pancit." Ujar Denis yang baru sahaja tiba dengan tergesa-gesa.
"Tidak apa baitu, kami pun baru juga sampai tadi. Bah, marilah kita pulang. Sakit sudah pinggang saya," kata Tuan Devol.
Mereka bertiga bergegas menuju ke parkir kereta, lalu beransur meninggalkan kawasan lapangan terbang tersebut. Sebelum pulang ke rumah, mereka singgah makan di sebuah restoran kerana Mbak Surti tidak mengetahui kepulangan mereka. Sengaja mereka tidak memaklumkan kepada Mbak Surti kerana, Mbak Surti pasti akan memberitahu Jax.
Pada ketika itu, Jax sedang berseronok bersama Alan. Darcy dan Alara juga turut bersama mereka.
"Jax... terima kasih sekali lagi sebab selamatkan kami tempoh hari," ujar Alara seraya mengangkat gelas minumannya.
"Takpa, hal kecil ja pun," balas Jax.
"Cheers?" Alara menghulurkan gelasnya.
"Cheers!"
"Ting!" Gelas mereka berlaga dan sekaligus mereka meneguk minuman mereka.
"Ha... macam ni kan bagus!" Kata Alan.
Mereka berempat terkekeh. Apabila mengingatkan pertengkaran kecil antara Jax dan Alara, pada perjumpaan pertama mereka tempoh hari.
Malam semakin larut, lagu rancak yang dimainkan oleh Dj pub tersebut mulai sebati dengan jiwa pengunjung pub itu. Tubuh mereka mula memainkan peranan. Terhuyung hayang mengikut alunan rentak muzik yang diputarkan.
"Darcy, jom pi menari." Alan yang sudah tidak tertahan mendengar muzik rancak itu, mengajak Darcy menari bersama segerombolan manusia yang sedang ligat berdansa di tengah ruangan pub tersebut.
Darcy tidak menolak, mereka berdua segera menyisip di celah-celah pengunjung lain.
"Kau tidak join dorang ka?" soal Alara pada Jax yang hanya duduk menikmati minumannya.
Jax tersengih.
"Belum naik 'kick' lagi, biarlah dorang duluan. Kau... kenapa tidak join dorang? Pigilah, tengok si Alan tu, macam kambing terlepas dari kandang saja dia punya tarian," jawab Jax seraya tertawa kecil melihat gelagat teman baiknya.
"Hmm... daripada ikut dorang menari, bagus saya teman kau minum. Jax... boleh saya tanya sesuatu?" Alara merenung wajah Jax, bibir merahnya diketap sedikit.
Jax menelan liur. 'Dia mau goda saya kaini?' Bisik hati Jax. Dia akui, Alara memang seorang gadis lawa.
"Ya, tanyalah. Anything," ujar Jax sambil meneguk minumannya.
"Jax sudah ada teman wanita?"
"Ehemmm!" Soalan Alara membuatkan Jax tersedak. Air minuman yang tersembur dari mulutnya mengenai pakaian, Alara.
"Sorry, sorry..." Jax cepat-cepat menarik beberapa helai tisu, lalu membersihkan pakaian Alara yang terkena minuman.
"Ehemm..." Alara berdehem sebaik menyedari tangan Jax menekan-nekan tisu tersebut hampir pada aset tubuhnya.
"Haishhh... maaf, saya tidak sengaja. Nah, kau laplah sendiri!" Jax kembali ke tempat duduknya. Terasa sedikit bahang panas di wajahnya ketika itu.
"Jax, kau belum jawab lagi soalan saya tadi." Alara kembali merenung wajah kacak Jax.
"Teman wanita? Tiada!" Jawab Jax.
"Kau tipu ni kan? Mustahil lah lelaki hensem, kaya macam kau ni tiada girlfriend."
"Orang cakap yang betul, tidak percaya. Kau tanyalah si Alan kalau saya menipu." Jax mendengus dan mengalihkan perhatiannya. Dia berasa kurang selesa dengan pandangan mata Alara kepadanya.
"Kalau macam tu... saya ada peluanglah ni kan?" Alara berdiri dari duduknya dan merapati Jax. Pipi putih Jax dibelai lembut. "Saya terus teranglah, saya suka sama kau. Kalau Jax perlukan seseorang, saya sedia berkhidmat." Alara berbisik di telinga Jax seraya menghembus nafasnya perlahan-lahan.
"Maksud kau berkhidmat apa saja, termasuk di atas ranjang? Begitu ka? Ha... ha... Bolehkah kau jangan tunjuk diri kau terlalu murah! Ya, saya memang suka keluar dengan mana-mana perempuan. Tapi, saya bukan jenis yang suka merosakkan anak dara orang!" Jax menuang minumannya sehingga penuh, lalu meneguknya sehingga habis. "Bukan begitu cara pikat lelaki, Alara. Lagi-lagi lelaki macam saya. Kau simpanlah perasaan kau tu, saya mau pi menari dulu." Jax meninggalkan Alara sendirian.
"Keras juga hati kau, Jax. Tapi takpa, saya akan berusaha kasi lembut hati kau. Kau belum kenal siapa saya." Alara menyeringai. Pandangan matanya hanya tertumpu ke arah Jax.
Setelah puas menari, mereka bertiga kembali ke meja mereka. Alara yang sedari tadi duduk bersendirian hanya tersenyum kecil. Namun, lirikan matanya masih tertumpu kepada Jax.
"Jax, lepas ni kita mau pigi mana lagi?" tanya Alan yang sedang mengelap keringatnya.
Jax melirik jam tangannya. Sudah pukul 2.15 pagi.
"Kita baliklah Alan. Macam hilang pula mood saya tiba-tiba. Lagipun, bisuk saya kena masuk ofis lagi." Jax mengeluarkan kunci keretanya dari kocek seluar.
"Awal lagi bah ni Jax. Takkanlah kau mau balik sudah, kau kan boss... bila-bila masa saja boleh masuk ofis bah," ujar Alan.
"Tidak apalah, kamu pigilah. Saya support minuman kamu saja." Jax mengeluarkan sejumlah wang dari dompetnya, kemudian diselitkan ke dalam poket seluar Alan.
"Palan-palan kamu aramai tie, saya balik duluan." Jax berpaling dan menuju ke arah pintu keluar. Nampaknya dia benar-benar ingin pulang.
"Kenapa si Jax tu, macam dia tidak happy saja," ujar Darcy.
"Entahlah, mungkin ada yang tidak ngam di hati dia kali." Alan mengalihkan pandangannya pada Alara.
"Kenapa tengok saya?" Alara membuntangkan mata ketika Alan memandang ke arahnya.
"Hmm... tiada apa-apa. Jomlah kita pi tempat lain," ajak Alan.
Alara dan Darcy menjungkit bahu. Mereka berdua hanya mengekori Alan dari belakang. Apa yang penting, mereka dapat minum sepuas-puasnya dan ianya percuma!
JAX baru sahaja tiba di perkarangan rumah. Dia langsung tidak mengetahui kepulangan orangtuanya. Enjin keretanya dimatikan dan dia menuju ke pintu utama.
"Alamak! Ini bukan kasut dady ka?" gumam Jax setelah melihat sepasang kasut yang biasa dipakai oleh Tuan Devol.
'Matilah ni kali, kalau saya ketuk pintu ni kompom dady yang buka. Bagus saya panjat tu beranda saja, itu ja jalan yang paling selamat!' desis hati Jax.
Tanpa berlengah, Jax mula memanjat beranda rumahnya perlahan-lahan. Nasib baiklah beranda itu tidaklah terlalu tinggi, dan lampu di beranda itu juga tidak dihidupkan.
Hari pertama Charnchai di rumah itu tidaklah begitu selesa. Meskipun dia mendapat ruang bilik yang agak besar dan lengkap dengan set bilik tidur, namun Charnchai masih sukar melelapkan matanya. Mungkin ia nya kerana kali pertama Charnchai tinggal di tempat lain.
"Kenapa susah sangat mata ni mau lelap, ah. Katil empuk, bilik ada air cond... haishh! Tidak boleh jadi ni, bagus saya keluar ambil angin kejap. Manatau lepas tu boleh tidur." Charnchai bermonolog. Dia meleraikan selimut dari tubuhnya dan berjalan keluar dari bilik tersebut. Kakinya melangkah menuju ke arah beranda di hujung biliknya yang hanya dipisahkan dengan pintu sliding berkaca.
Langkahnya tiba-tiba terhenti. Dia baru sahaja melihat kelibat seseorang sedang menghendap di sebalik pintu sliding tersebut. Charnchai cepat-cepat bersembunyi di sebalik tirai langsir. Manusia tersebut sudah pasti tidak melihat Charnchai kerana pintu kaca itu hanya boleh melihat dari dalam, dan tidak di luar. Tambahan pula, lampu di bahagian lorong bilik itu hanya samar-samar.
"Ngekkkkk..." pintu sliding itu ditolak perlahan-lahan.
Kelibat manusia itu sudahpun masuk ke dalam. Orang itu berjalan terjungkit-jungkit, tidak ada bunyi derapan walau sedikit pun. Charnchai memikirkan orang itu pasti berniat jahat.
Tundulan gaban! "Pencuri!" Pekik Charnchai.
"Argggghhhh!" Terkeluar suara Jax akibat terkejut dan kesakitan di bahagian punggungnya.
Lampu di dalam rumah itu menjadi terang benderang. Tuan Devol dan Puan Kezia, bergegas melihat apa yang sedang berlaku.
"Sial! Kau siapa?" Tempelak Jax pada Charnchai yang sedang mengunci pergelangan tangannya.
"Kau diam, pencuri!" Charnchai bertempik.