Chereads / GELEMBUNG CINTA / Chapter 4 - Selamat kembali, Charnchai!

Chapter 4 - Selamat kembali, Charnchai!

PUAN KEZIA melihat jam tangannya. Jarum jam sudahpun menunjukkan pukul 7.59 minit pagi. Wajahnya kelihatan resah, dari tadi dia asyik mundar mandir di hadapan pintu chalet yang bakal mereka tinggalkan sebentar lagi.

"Sudahlah tu, mumy. Mungkin dia belum bersedia mau ikut kita pi Malaysia. Manalah tau, dia tidak sanggup mau kasi tinggal keluarga angkat dia di sini," ujar Tuan Devol yang memerhatikan tingkah isterinya sedari tadi.

"Mustahil lah, dady. Kan dia sudah bilang, dia mau cari keluarga kandung dia. Mumy risau... dia kedapatan sama uncle dia saja bah. Macam mana kalau dia dikurung? Diikat? Dipukul? Ishhh... ndak senang hati saya oh. Mudah-mudahan dia tidak apa-apa." Puan Kezia melabuhkan punggungnya di atas sofa. Sekali lagi, dia melirik jam tangannya.

"Tidak payahlah fikir bukan-bukan bah, mumy. Dia okey saja tu, kalau betul dia mau ikut kita, mesti dia sudah sampai dari tadi."

"Pit! Pit!"

Kedengaran bunyi hon kereta di hadapan chalet tempat mereka menginap. Tuan Devol bergegas melihat ke luar.

"Mumy, sampai sudah kereta ni. Kasi keluarlah tu barang-barang kita, kasi masuk dalam kereta. Ngam juga kita gerak awal, manatau jem jalan."

"Tapi... macam mana kalau si Charnchai datang sini? Belum lagi jam 8.30 bah, kita tunggulah dia sekejap. Mumy yakin dia mesti datang kejap lagi." Puan Kezia nekad mahu menunggu, Charnchai. Dia benar-benar yakin, Charnchai akan mengikuti mereka.

Tuan Devol mendengus perlahan. Dia melihat jam tangannya.

"Okey, 15 minit lagi jam 8.30. Kita tunggu sampai jam 8.30 saja, ya. Kalau dia tidak datang, kita terus gerak. Nanti kelambatan kita pi airport." Tuan Devol memberi isyarat kepada pemandu kereta, agar mereka diberi tempoh sekejap.

"Terima kasih, dady." Puan Kezia tersenyum kecil. Namun riak wajahnya masih kelihatan gelisah, kerana Charnchai masih belum munculkan diri.

15 minit kemudian...

"Jomlah mumy... dady sudah bilang, dia tidak akan datang. Gara-gara mau tunggu dia, nanti kita pula yang ketinggalan flight," kata Tuan Devol. Dia membuka pintu kereta lalu masuk ke dalam.

Dengan wajah sayu dan kecewa, Puan Kezia turut masuk ke dalam perut kereta.

"Semua okey ka, tuan?" soal pemandu kereta.

"Ya, marilah kita jalan," jawab Tuan Devol.

Kereta pacuan empat roda itu mula bergerak meninggalkan kawasan chalet penginapan. Sesekali, Puan Kezia menoleh ke belakang, dia berharap Charnchai masih sempat mengejar mereka.

"Gedebukkk!"

Tiba-tiba, kereta yang mereka naiki berhenti secara mengejut di persimpangan jalan.

"Kenapa ni?" soal Tuan Devol. Dia mengelus-elus dadanya akibat terkejut.

"Dady! Charnchai!" Puan Kezia cepat-cepat membuka pintu kereta.

Kelihatan Charnchai tercungap-cungap di tepi kereta. Dia yang muncul secara tiba-tiba, hampir sahaja dilanggar oleh pemandu kereta tersebut. Nasib baiklah pemandu itu sempat menekan break.

"Sorry, auntie. Saya lambat," ujar Charnchai.

"Tidak apa, nasib baik kamu sempat. Cepatlah, naik kereta."

Tuan Devol beralih ke bangku penumpang hadapan. Puan Kezia dan Charnchai pula, duduk di bahagian belakang.

"Kenapa kamu lambat? Auntie ingatkan kamu sudah ubah fikiran," soal Puan Kezia. Dia memberikan beberapa helai kertas tisu kepada, Charnchai. "Nah, lap peluh kamu tu."

"Saya ada sedikit masalah tadi, nasib baik Auntie Dao bantu saya. Kalau tidak... mungkin saya terpaksa kuburkan niat saya untuk balik ke Malaysia."

"Syukurlah Charnchai. Yang penting kamu sudah ada di sini. Hal lain kamu jangan risau, nanti kami urus semua," ujar Puan Kezia.

Tuan Devol tiba-tiba teringatkan sesuatu. Dia segera berpaling ke arah, Charnchai dan isterinya. Keningnya berkerut.

"Dady kenapa?" tanya Puan Kezia, hairan.

"Charnchai, kamu ada dokumen pengenalan diri ka? Kita kena buat passport lagi ni," soal Tuan Devol.

"Passport? Kejap." Charnchai menyelongkar beg galasnya. "Nah, ini saja yang Auntie Dao kasi saya tadi. Dia cakap, saya tidak payah buat passport untuk masuk ke negara Malaysia. Sebab, saya ada mykad." Charnchai menghulurkan sekeping kad pengenalan kepada, Tuan Devol.

Tuan Devol meneliti kad pengenalan tersebut. Ia nya memang asli. Namun, sedikit keraguan muncul di benaknya.

"Mykad ni memang asli. Tapi... kenapa tertera nama, IRIS DYLAN? Bukan nama kamu, Charnchai." Tuan Devol menyerahkan kembali kad pengenalan itu kepada, Charnchai.

"Ah... ya. Auntie Dao juga ada bagitau saya pasal ni, sebelum saya melarikan diri tadi. Uncle Khaeng tukar nama saya sebaik sahaja saya dibawa masuk ke Thailand. Dan nama yang ada di dalam mykad tu, memang nama asal saya. Iris Dylan, nama sebenar saya." Tegas Charnchai.

"Iris Dylan, nama cantik, orangnya pun lawa." Puan Kezia mencelah seraya mengusik, Charnchai.

"Ishh... tiadalah auntie." Charnchai tersipu malu dengan pujian, Puan Kezia.

"Memang kau lawa bah, Charnchai," ujar Tuan Devol di hadapan.

"Hmm... dady... macam lain saja mumy dengar, mau tambah satu lagi ka." Puan Kezia mencuit bahu suaminya.

"Ishhh! Palis-palis, mana ada. Tapun sajalah," cetus Tuan Devol seraya berseloroh.

Mereka bertiga tertawa kecil. Pemandu kereta yang fasih berbahasa malaysia itu juga, turut tersenyum mendengar perbualan mereka bertiga.

Perjalanan mereka ke airport, diiringi gelak tawa dan gurau senda. Charnchai kelihatan begitu gembira kerana dapat bertemu dengan, pasangan suami isteri tersebut. Charnchai juga nampak begitu teruja untuk kembali ke Malaysia.

Semua urusan perjalanan mereka, berjalan dengan lancar. Dengan adanya dokumen pengenalan, Charnchai mereka dapat meneruskan perjalanan menuju ke Bangkok dengan menaiki pesawat dari Phuket Internasional Airport.

Ketika berada di dalam pesawat, Charnchai sempat menjenguk ke luar tingkap kecil di sebelahnya. Sebelah telapak tangannya, dilekapkan pada cermin tingkap pesawat tersebut.

'Selamat tinggal, Auntie Dao. Terima kasih di atas semua kebaikan mu selama ini, meskipun Uncle Khaeng melayanku dengan kasar, dan menipu aku tentang keluarga kandung ku. Namun, aku tidak pernah menanam dendam. Kalian tetap akan tersemat di dalam hatiku. Selamat tinggal, Phuket. Aku tidak akan kembali lagi,' bisik hati Charnchai.

"Charnchai, okey?" soal Puan Kezia di sebelah.

"Ya, saya okey." Charnchai mengukir senyuman kecil. Namun, dalam masa yang sama, Charnchai berasa tidak sedap hati.

RUMAH SETINGGAN, UNCLE KHAENG

"PAKK!"

Tamparan kuat itu mengakibatkan, Auntie Dao terhantuk ke dinding. Kepalanya berpinar-pinar. Darah merah pekat mula mengalir perlahan-lahan pada dahinya yang terkena pada bucu tiang rumah.

"Kenapa kau kasi biar si Charnchai pergi? Hah! Sial!" Uncle Khaeng bertempik.

"Sampai bila kau mau siksa si Charnchai, Khaeng? Biarlah dia balik pi tempat asal dia. Lagipun... ahli keluarga dia masih hidup. Cukuplah dia hidup tersiksa di sini selama ini." Auntie Dao mengesat darah yang mengalir pada dahinya. Kepalanya benar-benar terasa sakit.

Namun, Uncle Khaeng tidak mengendahkannya. Malahan, dia terus memukul isterinya dengan sepakan dan tumbukan bertubi-tubi.

Auntie Dao tidak mampu melawan, mahupun menangkis. Dia terbaring dalam posisi mengerekot di atas lantai dengan keadaan lemah.

"Puikk! Memang saya sudah agak! Kau yang bantu dia melarikan diri, kan. Sekarang, siapa yang mau tanggung makan minum kita? Kau mau harap saya? Pi mampuslah! Bagus kau mati daripada kasi susah hidup saya. Hutang sama lintah darat pun bertimbun, inikan pula mau tanggung kau! Memang mati kau ni kali, saya kerjakan."

Uncle Khaeng menuju ke ruang dapur. Dia menggapai sebilah parang, dan masuk semula ke ruang tamu. Dia bagaikan sudah dirasuk syaitan, fikirannya dikuasai amarah. Tanpa berfikir panjang...

"Chakkk! Takk! Takk! Takk!"

Uncle Khaeng menyembelih dan memenggal kepala isterinya, sehingga putus! Darah yang merencit-rencit keluar, membasahi tubuh Uncle Khaeng. Dia telah hilang kewarasan akibat, terlalu marah pada isterinya yang telah membantu Charnchai melarikan diri. Bagi Uncle Khaeng, Charnchai adalah seperti sebuah mesin atm. Apabila dia meminta duit untuk pergi berjudi dengan teman-temannya, Charnchai akan segera memberinya. Semua wang taruhan, hasil perlawanan tinju muay thai diserahkan pada Uncle Khaeng. Dan sekarang, tiada sesiapa lagi yang akan memberi dia wang.

"Charnchai! Tengok, Auntie Dao kamu, sudah saya bunuh! Kau juga akan ku cincang sampai lumat. Charnchai!" Uncle Khaeng menjerit nama, Charnchai berulang kali. Dia berlegar-legar di dalam rumahnya dengan parang yang digunakan untuk membunuh isterinya.

Penduduk setinggan yang terdengar kekecohan itu, mula berduyun-duyun pergi ke rumah Uncle Khaeng. Sebaik sahaja mereka melihat jasad, Auntie Dao tertiarap di lantai tanpa berkepala, mereka segera menghubungi polis dan memaklumkan kejadian itu.

Uncle Khaeng telah diberkas dan dibawa ke balai polis. Dia bakal menghadapi pertuduhan kerana membunuh isterinya dengan sangat kejam.

AIRPORT BANGKOK, THAILAND.

"Auntie Dao!" pekik Charnchai yang baru sahaja tersedar dari lelapnya. Dia terlelap sejenak di atas kerusi sementara menunggu penerbangan seterusnya, pada sebelah petang nanti.

"Charnchai... kenapa ni?" soal Puan Kezia.

Tuan Devol memandangnya dengan wajah berkerut.

"Saya rasa tidak sedap hatilah, auntie. Tiba-tiba ja saya teringatkan Auntie Dao." Charnchai meraup wajahnya beberapa kali.

"Bertenang, Charnchai. Tiada apa-apa yang akan berlaku pada, Auntie Dao. Kamu terlampau banyak berfikir ni, bawa bertenang, ya?" Puan Kezia mengusap belakang Charnchai.

"Tapi auntie..."

"Shhhh... sudah, jangan lagi fikir yang bukan-bukan. Bagus kita pi makan dulu, perut auntie bunyi-bunyi sudah ni. Lama lagi tu flight kita pi Malaysia. Lepas makan, nanti kita jalan-jalan tengok cenderamata. Auntie mau belikan untuk seseorang," ujar Puan Kezia.

"Bah, marilah. Saya pun lapar ni." Tuan Devol mencelah.

Charnchai hanya mengangguk, dan mengikuti langkah mereka. Jauh di sudut hatinya, dia berdoa agar Auntie Dao baik-baik saja. Dia langsung tidak mengetahui bagaimana nasib, Auntie Dao selepas dia meninggalkan mereka. Walhal, Auntie Dao sudahpun pergi buat selama-lamanya.

"Mumy, sudah kau telefon si Denis ka? Suruh dia jemput kita di airport nanti." Tuan Devol melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Buku menu digapai dan dia membelek satu per satu menu yang terdapat di dalamnya. Dia memesan tiga nasi goreng pattaya bersama som tum, dan juga jus lemon untuk mereka bertiga.

"Si Jax bilang dia mau jemput kita. Tapi, belum lagi mumy kasi tau dia jam berapa penerbangan kita dari sini."

"Tidak payahlah suruh si Jax ambil kita. Kasi tau dia, bisuk saja kita balik Malaysia. Dady mau tingu apa kerja dia di sana."

"Ishh... dady ni kan, tidak bagus tau buat si Jax begitu. Dia besar sudah bah tu, lagipun ada dia whatsaap mumy tadi pagi. Dia bilang, awal dia masuk di ofis ini hari. Lepas settle semua urusan di ofis, nanti dia jemput kita."

"Buat saja apa dady suruh. Kasi tau dia, cancel flight kita ni ari. Jaga kalau mumy pi kasi tau dia, yang kita balik ni hari."

"Hmm... yala. Suka hati dadylah." Puan Kezia mendengus kencang.

"Auntie, uncle... saya mau tanya sikit, bolehkah?" soal Charnchai yang hanya melihat dan mendengar perbualan pasangan suami isteri itu.

"Ya, boleh bah. Tanya saja apa-apa pun," jawab Puan Kezia.

"Mesti kau tengah fikir tentang tempat tinggal ni, kan?" ujar Tuan Devol. Dia seolah-olah dapat membaca fikiran Charnchai melalui riak wajah yang dipamerkan olehnya.

"Err... ya, uncle. Saya tiada apa-apa ni. Duit... satu sen pun saya tiada. Pakaian pun, saya bawa tiga helai saja, termasuk yang saya pakai sekarang ni." Charnchai tertunduk malu dengan keadaan dirinya yang serba kekurangan.

"Duit yang Charnchai menang perlawanan semalam, sudah habis?" soal Puan Kezia.

"Uncle Khaeng sudah ambil semua. Dia pakai pi berjudi. Satu sen pun dia tiada kasi sama saya, mahupun Auntie Dao."

"Kurang ajar betul tu urang arr. Kau penat-penat berlawan di gelanggang, sampai cedera. Dia pula yang kaut untung." Puan Kezia tampak geram apabila mendengar kata-kata, Charnchai. Apatah lagi, dia sudah melihat dengan mata kepalanya sendiri, Charnchai bertarung mati-matian di dalam gelanggang.

"Pasal tempat tinggal, kamu tidak payah risau. Charnchai tinggal saja di rumah kami," kata Tuan Devol.

"Terima kasih, uncle. Tapi... takkanlah saya mau tinggal free saja di rumah kamu. Bagilah saya apa-apa kerja, supaya saya boleh bayar kamu sikit-sikit. Saya juga perlu cari duit sendiri kalau sampai di sana nanti, kalau tidak, macam mana saya mau cari keluarga saya. Saya pun tidak mau kasi susah kamu, cukuplah kamu sudah bantu saya balik pi Malaysia."

"Beginilah, Charnchai. Bukan uncle mau ambil kesempatan ya. Uncle cuma mau tawarkan satu perkerjaan, itupun kalau kamu mau. Uncle tawarkan perkerjaan ni, sebab kamu ada kebolehan. Kamu tahu seni mempertahankan diri, dan mungkin kamu boleh guna ni untuk kerja yang uncle mau kasi sama kamu."

"Kerja apa dady mau kasi si Charnchai ni?" tanya Puan Kezia.

"Excuse me," ujar seorang pelayan restoran, seraya menghidangkan tiga piring nasi goreng pattaya bersama som tum di atas meja mereka.

"Thank you," ucap Puan Kezia. "Wah... sedap ni, makanlah." Puan Kezia menjemput Charnchai menikmati hidangan tersebut.

Tuan Devol juga sudah tidak sabar mahu melahap nasi goreng pattaya kegemarannya.

"Kerja apa yang uncle mau tawarkan tadi?" tanya Charnchai sambil menyuap nasi ke dalam mulutnya.

"Bodyguard family saya," ujar Tuan Devol.

Puan Kezia hampir sahaja menjatuhkan sudunya.

"Bodyguard family? Kita ada musuh ka, dady? Kenapa mau upah bodyguard, banyak lagi kerja lain yang kita boleh tawarkan. Kerja bodyguard tu kan, bahaya." Puan Kezia menikmati semula makanannya.

"Dalam bisnes pasti ada musuh yang cuba menjatuhkan kita, mumy. Apalagi si Jax tu, kuat betul cari masalah. Kalau ada yang mau balas dendam, macam mana? Dady sudah cakap tadi, itupun kalau si Charnchai mau terima tu kerja."

"Saya terima perkerjaan tu. Saya sanggup buat apa saja, asalkan saya boleh jana duit untuk cari family saya," kata Charnchai.

"Baik, kalau begitu tiada apa lagi yang perlu kamu risaukan. Tempat tinggal sudah tersedia, nanti cukup bulan saya bayar gaji kamu. Rm2500.00 sebulan." Tuan Devol meletakkan sudunya. Dia telahpun selesai menghabiskan makanannya.

Charnchai menarik nafas lega. Dia tampak gembira kerana, dia tidak perlu bergantung sepenuhnya pada Tuan Devol. Dia kini sudahpun mendapat perkerjaan dengan gaji yang cukup lumayan sebagai bodyguard keluarga, Tuan Devol.

Setelah kenyang mengisi perut, mereka bertiga sempat berjalan-jalan membeli beberapa cenderamata untuk dibawa pulang ke Malaysia.

"Charnchai, cantik ka?" Puan Kezia menunjukkan sebuah 'dreamcatcher' kepada Charnchai.

"Ya, cantik sangat auntie. Saya pun ada satu, tapi saya tidak sempat bawa," jawab Charnchai.

"Tidak apa, auntie belikan yang baru untuk kamu." Puan Kezia mengambil sepasang 'dreamcatcher' lalu diberikan kepada penjual cenderamata tersebut untuk dibungkus.

"Kenapa ambil sepasang?" soal Charnchai.

"Auntie belikan untuk kamu, satu lagi untuk si Jax."

'Jax? Macam pernah dengar nama tu. Siapa Jax?' bisik hati Charnchai. Dia tertanya-tanya, namun dia tidak menanyakan hal itu kepada Puan Kezia.

"Bah, marilah. Kejap lagi flight kita, dady tidak sabar sudah mau tau, apa kerja si Jax selama kita tiada di sana," ujar Tuan Devol.

Mereka bertiga beredar meninggalkan kedai cenderamata, lalu menuju ke ruang menunggu untuk bersedia menaiki penerbangan ke airport KLIA.