Chapter 6 - Ingat Kembali

"Arh, akhirnya tamat jugak sesi persekolahan hari ini." Bisik hati Kiroma sambil mengerakkan sendi bahunya. "Hey, Kiroma." bisik Aoha yang berada di sisinya. "Nanti kita pulang bersama boleh?" kata Aoha sambil memujuk Kiroma. "Kalau tidak menyusahkan kamu, saya okay sahaja." Terang Kiroma. "Betul ni? Terima kasih, Kiroma." Teriak Aoha sambil tersenyum kearah Kiroma. "Ti-tiada masalah."

Jawab Kiroma sambil menyembunyikan wajahnya. Aoha dan Kiroma pun berjalan bersama sehingga ke pintu pagar sekolah. "Um Kiroma, bolehkah teman saya pergi ke suatu tempat sebelum kita pulang?" tanya Aoha sambil menarik lengan baju Kiroma. "Hmm" bisik Kiroma untuk membuat keputusan. "Boleh ya?" tanya Aoha sekali lagi dengan wajah memujuk. "Ba-baiklah." Jawab Kiroma kerana pasrah dengan pujukan Aoha. Setelah itu, mereka pun pergi ke destinasi yang mahu Aoha kunjungi iaitu Kedai Kek di Tokyo.

"Wah, banyaknya kek disini Kiroma!" teriak Aoha sambil kagum dengan kedai kek tersebut. "Kamu bolehlah pilih yang mana kamu suka. Saya akan bayarkan." Kata Kiroma sambil berjalan-jalan di sekitar rak-rak kek tersebut. "Eh, bukan ke awak Kiroma!" teriak seseorang yang berada di belakang Kiroma. "Kamu Sakura-san!" teriak Kiroma kerana terkejut. "Kamu disini dengan siapa?" tanya Sakura sambil melihat sekeliling. "Um itu?" kata Kiroma sambil mengaru pipinya. "Saya sudah memilih kek yang saya mahu, Kiroma!" teriak Aoha yang kegembiraan sambil membawa 2 biji keknya. "Eh!"

teriak Aoha dan Sakura secara serentak. "Mi-mintak maaf kerana menganggu kamu berdua-duaan!"

kata Sakura sambil menundukkan kepalanya. "Sakura, kamu sudah salah faham ni." Terang Kiroma kepada Sakura. "Eh!" kata Sakura sambil kebingungan. "Saya hanya menemani rakan sekelas saya." Jelas Kiroma sambil memandang kearah Aoha. "Nama saya Aoha Mirai. Saya sama kelas dengan Kiroma-kun." Kata Aoha. "Selamat berkenalan." Kata Aoha sambil menundukkan kepalanya. "Na-nama saya Sakura Hamada. Saya bersekolah di Sekolah Tinggi Harajuku." Kata Sakura. "Selamat berkenalan." Kata Sakura sambil menundukkan kepalanya. "Jadi, Kiroma bagaimana kamu kenal Sakura-san?" Tanya Aoha sambil memandang kearah Kiroma. "Kami terserempak semasa saya berlaku kemalangan kemarin!" teriak Sakura pada masa itu. "Hmm hmm" balas Kiroma tanda setuju dengan kata-kata Sakura. "Kemalangan?" tanya Aoha kepada Sakura. "Iya, pada masa itu saya tidak boleh mengawal basikal saya dan akhirnya merempuh dinding yang berhampiran dengan kedudukan Kiroma berada." Jelas Sakura sambil mengenangkan kejadian itu. "Pada masa itu, Kiroma yang tolong saya selepas kemalangan itu terjadi." Jelas lagi Sakura. "Oh, begitu." Kata Aoha sambil memandang tajam kearah Kiroma. "Kamu jangan fikir bukan-bukan, saya hanya membantu orang yang mengalami kesusahan sahaja!" teriak Kiroma kepada Aoha. "Sejak itu, saya berterima kasih kepada Kiroma tanpa sebarang peluang untuk membalasnya." Terang Sakura. "Sakura-san tidak perlu membalasnya. Saya hanya menghulurkan bantuan kepada orang yang mengalami kesusahan sahaja." Jelas Kiroma sambil memandang kearah Sakura. "Te-terima kasih." Kata Sakura sambil menyembunyikan wajahnya yang kemerahan. "Baiklah, saya mahu pulang dahulu!" teriak Sakura. "Jumpa lagi kamu berdua." Kata Sakura sambil melambai kearah Kiroma dan Aoha. "Mari kita bayar kek-kek ini." Kata Kiroma sambil melihat kek yang dipegang Aoha. "Baiklah." jawab Aoha. Setelah itu mereka pun pulang bersama melalui lorong yang menjadi kawasan utama kearah rumah mereka.

Tiba-tiba Kiroma terhenti di sebuah simpang. "Ada apa, Kiroma?" tanya Aoha kerana bingung melihat tingkah laku Kiroma. "Si-sinilah di mana saya bertemu dengan Sakura untuk pertama kali." Jelas Kiroma. "Oh, awak mahu menceritakan kisah cinta awakkah? Hahaha!" tanya Aoha sambil menepuk badan Kiroma. "Bukan itu yang saya maksudkanlah!" teriak Kiroma sambil memarahi Aoha. "Apa sebenarnya yang terjadi disini?" tanya Aoha dengan serius. "Pada masa itu, Sakura bukan tidak boleh mengawal basikalnya tetapi ada suatu sosok yang mendorong basikalnya untuk merempuh saya pada masa itu." Jelas Kiroma. "Tetapi saya sempat menghindarinya disebabkan teriakkan Sakura pada masa itu". Jelas Kiroma sekali lagi. "Mungkinkah itu Minion?" tanya Aoha sambil terkejut dengan penjelasan Kiroma. "Ada kemungkinan sosok tersebut adalah mereka." Jelas Kiroma. "Ini pertama kali saya dengar bahawa Minion mampu menyerang secara langsung tanpa perlu berubah kepada bentuk Ghoul." Kata Aoha sambil memikirkan hal yang terjadi. "Disebabkan itu, saya bersumpah untuk membunuh Demon dan seluruh para buatan Minion miliknya agar tiada manusia yang menjadi korban dengan memanfaatkan kekuatan Demon Eyes yang berada di dalam tubuh saya." Jelas Kiroma sambil memandang kearah langit. "Saya pasti kamu akan berjaya pada suatu hari ini, Kiroma" bisik Aoha dengan nada perlahan. "Apa yang awak cakapkan, Aoha?" tanya Kiroma kerana terdengar sesuatu daripada mulut Aoha. "Ti-tiada apa-apalah!" teriak Aoha sambil menyembunyikan wajahnya. "Selagi awak dan saya berada di pihak yang sama, kita boleh mengharungi semua rintangan tanpa sebarang masalah." Jelas Aoha sambil rambutnya ditiup oleh angin lembut. "H-hem." Jawab Kiroma sambil terpukau dengan kecantikan Aoha. "Oh, baru saya teringat, Kiroma-kun." Kata Aoha sambil mendekati Kiroma. "Awak nanti ada sesi latihan di markas pada esok hari tau." Jelas Aoha. "Oh, begitu saya mengerti." Jawab Kiroma dengan jelas. "Saya akan menunggu awak di markas sahaja kerana saya ada tugas untuk diselesaikan." Terang Aoha. "Tiada masalah." Jawab Kiroma sambil yakin dengan diri sendiri. "Sebelum tu, Kiroma-kun." Kata Aoha sambil menarik baju Kiroma. "Ini saya bagi awak." Kata Aoha sambil mengulurkan salah satu daripada keknya. "Bo-boleh ni?" tanya Kiroma untuk kepastian. "Ini sebagai balasan kerana menemani saya untuk hari ini." Terang Aoha sambil membetulkan cermin matanya kerana malu. "Terima kasih banyak!" kata Kiroma sambil tersenyum. "Baiklah saya pulang dahulu!" teriak Aoha sambil segera berjalan ke rumahnya. "Selamat jalan." Balas Kiroma sambil melambai-lambaikan tangannya. Selepas itu, Kiroma pulang ke rumah. Setibanya di rumahnya, Kiroma langsung memberikan keknya kepada ibunya. Ibunya sangat gembira apabila melihat kek tersebut kerana ia adalah kek kesukaannya.Selepas itu, Kiroma langsung pergi ke biliknya untuk mengistirahatkan tubuhnya untuk sesi latihan pada esok hari. Malam hari pun berjalan seperti mana yang dibayangkan Kiroma.