Hari demi hari pun berlalu semenjak Kiroma mengetuai 4 orang ahli kumpulanya iaitu Soma, Maru, Koromi dan Erin. Mereka berkumpulan menjalankan sesi pertarungan dengan simulasi Ghoul menggunakan hologram berteknologi tinggi di medan latihan markas. Hologram tersebut digunakan sebagai virus yang menyerang sut khas yang dipakai mereka membuatkan pemakainya berasa kesakitan seakan-akan di dunia nyata. Kesakitan akan semakin terasa apabila sut khas tersebut semakin bertambah jumlah virus yang berasal daripada hologram Ghoul tersebut. Semasa di dalam latihan seperti mana yang dijangkakan, Maru, Koromi dan Erin mampu menumbangkan sebahagian besar jumlah hologram Ghoul tanpa sebarang virus pada sut khas mereka. Soma juga tidak kurang hebatnya kerana Soma dapat menumbangkan beberapa jumlah hologram Ghoul tanpa bantuan ahli lain dengan abilty shadow walker yang mampu berjalan di dalam bayangan tanpa sebarang bunyi mahupun penampakkan pergerakkannya. Walaubagaimanapun, ketua kumpulan mereka, Kiroma, tidak dapat menumbangkan salah satu daripada hologram Ghoul tersebut bahkan Kiroma yang paling banyak menerima virus berbanding ahli-ahli lain. "Kamu tidak apa-apa, ketua?" Tanya Koromi sambil menghulurkan tangannya. "Saya okay sahaja." Jawab Kiroma dalam kesakitan. "Biar saya pulihkan ketua." Kata Erin sambil menyembuhkan kesakitan Kiroma daripada virus hologram Ghoul tersebut. "Saya akan lindungi ketua dan kamu semua!" teriak Maru kearah Kiroma, Erin dan Koromi. "Apa yang kamu cakapkan ini? Saya akan tolong kamu juga, Maru. Saya tidak mahu kamu dapat skor tinggi dalam simulasi ini." Kata Koromi sambil menolong Maru melawan hologram Ghoul daripada mendekakti Kiroma dan Erin. "Ka-kamu semua, terima kasih sebab menolong saya!" kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Tiada masalah, ketua. Kita adalah satu kumpulan sekarang." Kata Maru sambil melawan hologram Ghoul bersama Koromi. Mereka pun menghabiskan sesi latihan simulasi Ghoul tersebut dengan skor tertinggi iaitu Soma diikuti Koromi, Maru, Erin dan diakhiri Kiroma. "Sa-saya gagal mendapat skor dalam simulasi latihan lagi." Kata Kiroma dengan reaksi menyedihkan. "Tidak apa-apa, ketua. Kami akan sentiasa membantu ketua." Kata Koromi yang bersama dengan adiknya, Erin. "Saya boleh menjadi tembok penghalang untuk ketua jika boleh." Kata Maru untuk menceriakan Kiroma. "Tch, ketua yang tidak berbakat dalam seni bela diri mahupun dalam penggunaan senjata adalah sepatutnya tidak layak berada di dalam kumpulan ni bahkan memegang jawatan sebagai ketua kumpulan!" teriak Soma kepada Kiroma. "Apa yang kamu cakapkan ni? Kiroma adalah ketua kepada kumpulan kita." Terang Maru dalam menenangkan kemarahan Soma terhadap Kiroma. "Huh, ketua kumpulan kamu cakap. Saya hanya melihat bahawa dia adalah beban kepada kita semua." Kata Soma dalam menyatakan kebenaran yang dilihatnya. "I-itu-" kata Maru terhenti. "Ketua adalah ketua. Kita patut hormat kepadanya." Terang Erin. "Kamu semua betul bahawa saya hanya beban kepada kumpulan ini. Saya tidak mempunyai sebarang pengetahuan seni bela diri mahupun cara menggunakan pedang semasa dalam pertarungan. Tapi saya tidak mahu menjadi seperti ini untuk selama-lamanya. Saya mahu menjadi kuat dan melindungi kamu semua." Terang Kiroma kepada seluruh ahli kumpulannya. "Hey Kiroma, ada terjadi sesuatukah?" tanya Aoha yang tiba-tiba muncul disampingnya. "Ti-tiada apa-apa" jawab Kiroma bagi menyembunyikan hal yang terjadi. "Oh, kalau begitu. Saya mahu katakan sesuatu kepada awak." bisik Aoha sambil menarik leher baju Kiroma. "Apa!" teriak Kiroma semasa mendengar perkataan daripada bisikan Aoha. "Kamu tidak berguraukan? Tanya Kiroma untuk kepastian. "Saya tiada masa untuk menipu awak tahu." Kata Aoha sambil membuat memek muka. "Wah, saya tidak sangka hal ini boleh terjadi." Terang Kiroma dengan reaksi terkejut. "Apa yang berlaku, ketua?" tanya Koromi yang menghampiri Kiroma. "Oh kamu ya Koromi. Baiklah!" teriak Kiroma sambil berdiri dari tempat duduknya. "Kamu semua, saya mahu mengumumkan tentang ahli baru dalam kumpulan kita!" teriak Kiroma sambil memberi isyarat kepada Aoha. "Hello, nama saya adalah Aoha Mirai. Selamat berkenalan." Kata Aoha untuk memperkenalkan dirinya. Selepas itu, semua ahli datang berkumpul menghampiri Aoha. "Nama saya adalah Koromi Yamato, selamat berkenalan." Kata Koromi sambil tersenyum. "Na-nama saya pula adalah Erin Maria." Kata Erin dalam nada perlahan. "Sekarang giliran saya pula. Nama saya adalah Maru Hida, orang yang paling ambil berat tentang kumpulan ni." Kata Maru dengan sopan. "Um saya Soma Kimada, selamat berkenalan." Kata Soma kepada Aoha. "Apakah ini? Kamu memperkenalkan diri secara normal dengan Aoha tetapi bukan dengan saya." Bisik hati Kiroma semasa melihat Soma dan Aoha saling berkenalan. "Saya harap kita dapat bekerjasama." Kata Aoha dalam menutup sesi perkenalan. "Oh, kamu semua sudah saling kenal mengenali ahli kumpulan, huh." Kata Jin sambil menghampiri mereka berenam. "Saya baru sahaja mendapat maklumat bahawa ada tiga Ghoul yang membuat bencana di menara Tokyo sekarang." Terang Jin tentang maklumat yang diterimanya. "Dengan ini, ia adalah misi pertama kamu semua dalam menangani Ghoul yang sebenar." Terang Jin. "Harap kamu semua dapat pulang dengan jayanya." Kata Jin dalam memberi harapan kepada kumpulan kami. "Baiklah! Mari kita gerak sekarang!" teriak Kiroma kepada ahli kumpulannya. "Mengerti ketua!" balas seluruh ahli kumpulan. Selepas itu, mereka pun bersiap-siap dan segera pergi ke menara Tokya untuk mengalahkan para Ghoul yang sedang berada disana.