"Uh eh, saya berada dimana ni?" bisik Kiroma. "Ketua dalam tempat pemulihan di markas." Kata Erin yang duduk disampingnya. "Bagaimana kita boleh berada di sini?" tanya Kiroma. "Kita dibawa pulang oleh anggota-anggota markas dalam kira-kira beberapa jam lepas." Jawab Erin. "E-erin, mana ahli kumpulan lain?" tanya Kiroma untuk mengetahui keadaan ahli-ahli lain. "Mereka semua baik-baik sahaja." Jelas Erin dengan nada lembut. "Oh, syukurlah. Arh!" teriak Kiroma kerana kesakitan pada belakangnya. "Ketua tidak boleh banyak bergerak sekarang ni." Terang Erin sambil menahan badan Kiroma daripada bangun. Tiba-tiba Aoha muncul di bilik pemulihan Kiroma. "Eh! Kiroma playboy, tak setia, pemain perasaan!" teriak Aoha kerana melihat kejadian Erin dan Kiroma yang menganggap Kiroma mahu mencium bibir Erin. "Kak Aoha salah sangka tentang ni." Terang Erin sambil menjelaskan apa yang berlaku. "Oh begitu, mintak maaf atas salah faham saya." Kata Aoha sambil menundukkan kepalanya. "Err um, apa yang kamu maksudkan playboy, tak setia dan apa-apa tah tadi tu?" tanya Kiroma kehairanan sambil memandang kearah Aoha. "Hmm!" bisik Aoha sambil mukanya kemerahan. "Sa-saya ada cakap macam tu ye? Saya rasa saya takder cakap macam tu." Kata Aoha untuk menyembunyikan hal yang sebenarnya. "Syukurlah, ketua baik-baik sahaja." Kata Maru yang tiba-tiba muncul. "Oh, kamu ya Maru." Balas Kiroma. "Kamu bagaimana? Ada kecedaraan serius?" tanya Kiroma kerana risau melihat mereka semasa melawan Minion sebentar tadi. "Oh tentang itu, ketua jangan risau. Saya diberitahu saya hanya mengalami kecederaan ringan pada masa itu." Terang Maru sambil mengurut-ngurut lengannya. "Soma dan Koromi mana? Mereka tidak mempunyai kecederaan seriuskan?" tanya Kiroma kearah Maru. "Kakak saya pergi melihat Soma di bilik sebelah. Katanya dia mahu menemani Soma supaya tidak keseorangan semasa Soma sudah sedar nanti." Jelas Erin. "Oh begitu, baguslah." Kata Kiroma sambil menghembus nafas lega. "Aoha, kamu baik-baik sahajakan?" tanya Kiroma secara tiba-tiba setelah teringat tentang kejadian sebelumnya. "Saya baik-baik sahaja cuma kecederaan ringan sahaja di lengan saya." Jawab Aoha sambil menunjuk balutan tangannya. "Baguslah, jika begitu." Kata Kiroma. "Ke-ketua! Boleh saya bertanyakan sesuatu?" tanya Erin secara tiba-tiba. "Apa dia?" kata Kiroma. "Kekuatan yang ketua keluarkan sebentar tadi, kekuatan apa?" tanya Erin kearah Kiroma. "Kekuatan apa yang kamu maksudkan?" kata Kiroma sambil mengingat kembali pertarungan sebentar tadi. "Jangan-jangan, kekuatan yang Erin maksudkan adalah kekuatan Demon Eyes!" bisik hati Kiroma setelah teringat tentang hal itu. "Oh jadinya, ketualah yang mengalahkan Minion tersebut." Kata Maru secara tiba-tiba. "Betul tu, ketua yang mengalahkan Minion tersebut secara seorang diri semasa kamu semua dikalahkan olehnya." Jelas Erin kepada Maru. "Hey hey, Kiroma-kun, jangan-jangan yang Erin maksudkan adalah Demon Eyes milik kamu tak?" bisik Aoha kearah Kiroma. "Baiklah, nanti kalau Soma sudah sedarkan diri, saya akan ceritakan tentang itu ya." Kata Kiroma kepada Maru dan Erin. "Aoha, boleh tak kamu temani saya sebentar?" tanya Kiroma kepada Aoha. "Boleh sahaja." Jawab Aoha sambil duduk di sebelah katil Kiroma. Pada masa itu, Maru dan Erin meninggalkan bilik pemulihan tersebut kerana tidak mahu mengganggu Aoha dan Kiroma bersama. Setelah itu keadaan di bilik itu menjadi senyap sunyi secara tiba-tiba. "Kiroma kamu baik-baik sahaja?" tanya Aoha kerana berasa pelik dengan tingkah laku Kiroma. "Sa-saya yang menyebabkan kamu semua tercedera." Kata Kiroma dengan riak wajah yang ketakutan. "Apa yang awak maksudkan ni?" tanya Aoha untuk mengetahui maksud sebenar Kiroma. "Cuba kamu fikirkan, kenapa kamu semua tercedera ringan dan mengapa Minion tersebut masih mahu membunuh saya walaupun saya sudah ditikam pada masa itu." Terang Kiroma kepada Aoha. "Itu semua salah!" jerit Aoha. "Awak yang menyelamatkan kami semua sebenarnya." jelas Aoha sambil menitiskan air matanya. "Apa yang kamu maksudkan ni?" tanya Kiroma. "Saya tanya awak pula. Bagaimana jikalau awak tidak mempunyai kekuatan tersebut, adakah awak rasa Minion tersebut tidak akan membunuh kami juga?" tanya Aoha sambil memandang tepat pada mata Kiroma. "I-itu…" kata Kiroma. "Betul tu, awaklah yang menyelamatkan kami dengan kekuatan tersebut." Terang Aoha dengan wajah tersenyum. "Tetapi saya adalah sebahagian daripada musuh kamu semua juga!" Kata Kiroma. Secara tiba-tiba Aoha mencium bibir Kiroma. Pada masa itu, Kiroma terasa masa disekelilingnya terhenti untuk seketika. Aoha perlahan-lahan melepaskan ciumannya sambil duduk kembali pada kerusinya. "A-Aoha-san?" tanya Kiroma kepada Aoha dengan wajah kebingungan. "I-ini ciuman pertama saya tahu!" teriak Aoha dengan wajah kemerahan. Pada masa itu, Kiroma memandang Aoha dengan riak wajah tersenyum. "Terima kasih, Aoha, sebab sentiasa berada di sisi saya selama ni." Kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Tapi sebenarnya, itu pun ciuman pertama saya juga." Kata Kiroma sambil menggaru pipinya. Selepas itu, kedua-dua mereka tidak berkata apa-apa seakan-akan berasa gugup setelah melakukan hal tersebut dengan muka mereka yang kemerahan. "Ja-jadi? Anu, boleh tidak kita keluar bersama pada esok hari?" tanya Aoha dengan menyorok-nyorok wajahnya. "Me-mestilah boleh, sebab kamu sudah secara rasmi menjadi kekasih saya kan?" kata Kiroma sambil berpura-pura mengaru kepalanya. Tiba-tiba muka Aoha semakin kemerahan apabila mendengar kata-kata Kiroma. "Eh kenapa ni? Kalau kamu tidak suka tak mengapa kita boleh terus berkawan sahaja." Kata Kiroma kerana menganggap Aoha berasa marah tentang hal itu. "Anu, saya tidak cakap pun yang saya tidak suka." Jelas Aoha. "Tapi betul ke awak mahu saya ni menjadi kekasih awak?" tanya Aoha. "Kalau kamu tidak keberatan. Sa-saya…..…..sangat suka akan kamu, Aoha!" teriak Kiroma untuk melepaskan perasaan yang dipendam. Pada masa itu, Kiroma berpaling muka untuk menyorokkan mukanya setelah melakukan teriakan tersebut. Setelah itu, Kiroma perlahan-lahan memberanikan diri melihat wajah Aoha. "Saya pun sebenarnya suka akan awak juga, Kiroma-kun." Kata Aoha dengan nada comel. "Ya! Jadinya kita sudah secara rasmi sebagai sepasang kekasih. Hahaha!" kata Kiroma untuk memulihkan suasana. Setelah itu, mereka berdua berbual lama tentang hal-hal peribadi mereka dan kehidupan mereka selama berjam-jam. Akhirnya, mereka terlelap bersama secara bersebelahan antara satu sama lain sambil berpegangan tangan di billik pemulihan tersebut. Hari mereka pun berakhir dengan pencapaian mengalahkan 3 Ghoul dan 1 Minion tanpa adanya pasukan yang terkorban. Jadi dengan itu komander, Jin Kaisar mengarahkan kumpulan Kiroma mengambil cuti selama seminggu bagi memulihkan kondisi tubuh badan mereka serta tenaga yang diperlukan untuk berjaga-jaga jika terdapat khabar baru tentang Ghoul yang akan muncul nanti.