Chapter 11 - Percaya

"Huh, saya tertidur rupanya." Bisik Kiroma. "Eh, Aoha! Kamu pun sama juga ya." kata Kiroma yang masih menggenggam erat tangan Aoha. Kiroma langsung mengambil selimutnya dan menutupi badan Aoha agar dia kekal hangat. Setelah itu, Kiroma langsung berdiri tanpa mengendahkan arahan yang diberikan oleh Erin tadi. Kiroma pun keluar dari bilik pemulihannya untuk mengambil udara segar diluar untuk seketika. Kiroma terus berjalan dan berjalan sehingga ke tempat yang mahu dia tujui. Dimana tempat itu dipenuhi bunga-bunga yang mekar dan udaranya cukup segar dalam kira-kira 100 meter dari bilik pemulihannya. "Huh, saya yang selamatkan mereka? Itu semua karutlah. Sudah pasti Minion yang menyerang kami pada pagi tadi tu memang bertujuan untuk membunuh saya" bisik Kiroma sendirian. "Ke-ketua, apa ketua buat disini?" Tanya Erin yang berada dibelakangnya sambil membawa secawan kopi. "E-erin!" teriak Kiroma kerana terkejut apabila ternampak Erin sehingga membuatnya tersedak. "Ketua tidak apa-apa?" Tanya Erin kerana risau dengan Kiroma. "Ugh, ugh, saya baik-baik sahaja." Jawab Kiroma untuk menenangkan hati Erin. "Bagaimana kamu boleh disini?" tanya Kiroma kepada Erin. "Saya tadi bertujuan mahu mengambilkan minuman untuk ketua. Semasa dalam perjalanan balik ke bilik ketua. Selepas itu, ssya ternampak ketua disini." Jelas Erin. "Oh, begitu." Kata Kiroma sambil melihat kearah pokok yang besar disitu. "Ke….ketua?" tanya Erin. "Erin saya mahu bertanya, jikalau seseorang itu adalah musuh kita, tetapi musuh itu melindungi kita, adakah kamu masih percaya akan tindakan musuh itu.?" Tanya Kiroma kembali. "Hmm, kalau dari segi logik, saya tidak akan percaya pada musuh tersebut." Jawab Erin tentang pendapatnya. "Oh begitu yang kamu fikirkan." Kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Tapi...saya rasa sebaliknya, walaupun saya tahu seseorang itu musuh, bukan senang untuk saya percaya akannya tetapi jika perkara ni ada padanya, saya akan benar-benar percaya akan musuh tersebut." Jelas Erin. "Haa?" tanya Kiroma. "Iaitu....ketulusan hati." Jelas Erin sambil menolak rambunya ke belakang telinganya. "ketulusan hati?" tanya Kiroma kerana tidak memahami maksud dari perkataan yang disampaikan Erin. "Ketua tahu bagaimana saya dan Kak Koromi boleh berada disini?" tanya Erin kembali. "Hmm." Kata Kiroma sambil menggaru kepalanya. Sebenarnya kami adalah daripada keluarga bangsawan Ahli Sihir Cahaya. Itulah mengapa saya mempunyai kebolehan menggunakan cahaya suci." Terang Erin. "Tetapi, Koromi, errr?" tanya Kiroma kerana kebingungan. "Kak Koromi semasa dilahirkan memang mempunyai kebolehan berbeza daripada keturunan kami sehingga kakak digelar Night Witches. Kekuatan Kak Koromi tidak disegani oleh keluarga kami kerana kekuatan tersebut hanya membawa kepada kesengsaraan dan kematian kepada orang ramai. Suatu hari, salah seorang anggota keluarga kami terbunuh pada malam hari. Kami diberitahu bahawa anggota yang terbunuh tersebut berpunca daripada kekuatan sihir gelap. Disebabkan itu, kak Koromi disyaki dan dibuang dari keluarga kami disebabkan hal tersebut. Pada sesuatu hari, semasa kami sedang merayakan hari ulang tahun ayah saya, kami diserang oleh seorang ahli sihir hitam yang menggunakan para Ghoul sebagai penyerangnya. Disebabkan itu, seluruh keluarga dan kerabat ahli sihir cahaya dibunuh dan cuma saya yang sempat melarikan diri di dalam hutan. Semasa saya melarikan diri dan dikejar di dalam hutan, saya bertemu dengan Kak Koromi. Pada masa itu, saya berasa sangat ketakutan karana takut dibunuh olehnya disebabkan beranggap Kak Koromi sebahagian dari ahli sihir hitam tersebut. Kak Koromi lansung dekatkan dirinya ke telinga saya dan berkata "Kakak tidak akan membunuh kamu, percayalah kakak" sambil memberi senyuman manis kepada saya. Kak Koromi langsung berdiri dan menggunakan sihirnya melawan para Ghoul yang dikawal tersebut. Selepas itu, saya dan Kak Koromi pulang semula ke rumah untuk mengalahkan ahli sihir hitam tersebut. Kak Koromi menggunakan sihir Necromance miliknya dengan membangkitkan mayat-mayat keluarga kami untuk menyerang ahli sihir hitam tersebut. Seperti yang dijangka Kak Koromi, ahli sihir hitam tersebut terkaku kerana melihat orang yang dibunuhnya bangkit dan menyerangnya. Selepas ahli sihir itu tumbang akibat ketakutan oleh mayat-mayat tersebut, saya langsung mendekati ahli sihir hitam tersebut bersama Kak Koromi dan saya sangat terkejut apabila mendapat tahu bahawa ahli sihir hitam tersebut adalah penolong kanan ayah saya. Dia berkata bahawa, dia berbuat semua ini kerana mahu membalas dendam terhadap keluarga saya atas kematian anaknya yang meninggal beberapa tahun yang lalu kerana dijangkiti parasit. Pada masa tersebut, dia meminta tolong kepada keluarga kami akan tetapi disebabkan dia kekurangan duit untuk membayar kos perubatan anaknya, ayah saya hanya mengabaikan dia bersama anak yang dijangkiti parasit tersebut. Disebabkan itu, baru saya mengetahui bahawa seseorang tersebut tidak boleh dinilai dari luaranya, tetapi harus dinilai melalui hati iaitu ketulusan hati dalam melakukan sesuatu demi melindungi apa yang hendak dia lindungi sama seperti tindakan Kak Koromi lakukan. Sejak itu, kami berdua sentiasa bersama kemana sahaja kami pergi sehingga kami dijemput oleh ahli markas ni. Kami bersetuju menyertai mereka dalam mengalahkan para Ghoul agar tiada lagi tragedi yang melibatkan nyawa sama seperti keluarga kami." Terang panjang daripada Erin. "Saya pun percaya akan ketua kerana daripada pandangan, tindakan dan kata hati ketua sama persis seperti Kak Koromi yang saya panggil…." Kata Erin. "Ketulusan Hati" kata Kiroma dan Erin secara serentak. "Oh, kamu disini ya, Kiroma!" teriak Aoha yang risau akan Kiroma. "Mintak maaf kerana saya keluar tidak bagitahu kamu, saya tidak sampai hati mahu kejutkan kamu tadi." Kata Kiroma sambil menggosok-gosok kepalanya. "Eish, awak ni. Jom, segera kembali ke bilik awak." Kata Aoha sambil memegang tangan Kiroma. "Eh, Aoha-san!" teriak Kiroma semasa diheret oleh Aoha. Setibanya di bilik pemulihan Kiroma, Kiroma disuruh duduk di katilnya oleh Aoha. "Hmm, saya cuma mahu ambil udara segar sahaja, takkan tak boleh?" kata Kiroma kepada Aoha. "Kamu duduk sahaja di sini ya, jangan pergi mana-mana." Jelas Aoha. "Tapi saya…." Kata Kiroma terhenti. "JANGAN PERGI MANA-MANA!" kata Aoha dengan nada menakutkan. "Ba-baiklah!" jawab Kiroma dalam ketakutan. Selepas beberapa minit, selepas Aoha keluar meninggalkan Kiroma di bilik pemulihannya, akhirnya Aoha muncul kembali di bilik pemulihan Kiroma bersama ahli kumpulan yang lain. "Selamat Hari Lahir, Kiroma!" teriak ahli kumpulan sambil membawa kek untuknya. "Huh!" teriak Kiroma kebingungan. "Hari inikan adalah hari lahir kamu, jadi kami semua berpakat mengadakannya walaupun hanya kek dan topi hari jadi sahaja." Jelas Aoha. "Ini pun sudah cukup, terima kasih semua." Kata Kiroma sambil menitiskan tangisan gembira. "Tapi bagaimana kamu boleh membawa kek ini ke markas?" kata Kiroma untuk kepastian. Kak Kiroma yang buatnya dengan bantuan Bang Soma untuk memberi pendapat perasa yang disukai lelaki." Kata Erin. "Kamu cakap Soma tidak sedar lagi dan Koromi menjaganya." Kata Kiroma kepada Erin. "Saya disuruh oleh Aoha untuk berbohong kepada ketua." Terang Erin sambil menunduk kepalanya sebagai isyarat minta maaf. Hari mereka semua pun berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang khabar kematian ahli kumpulan dan bahkan mereka berseronok dalam mengadakan majlis hari jadi Kiroma walaupun hanya dalam kelompok kecil.