Chereads / How Can I Reborn With Demon Eyes (Malay) / Chapter 9 - Rahsia Yang Tidak Boleh Disembunyikan

Chapter 9 - Rahsia Yang Tidak Boleh Disembunyikan

"Wah, tingginya menara Tokyo ni!" teriak Koromi setibanya di Menara Tokyo. "Betullah cakap kakak." Kata Erin tanda setuju dengan Koromi. "Err, kamu berdua sepertinya bukan berasal dari Jepun ya?" tanya Kiroma berasa hairan dengan teriakan tersebut. "Kami berdua sebenarnya bukan berasal dari Jepun. Kami berasal dari United Kindom." Jelas Koromi. "Bagaimana kamu berdua boleh berada disini? Jangan-jangan kamu berdua diculik oleh orang-orang markas?" tanya Kiroma sambil mengambarkan penculikkan mereka berdua oleh orang-orang markas. PANG! "Aduh-aduh sakit tahu, Aoha-san!" teriak Kiroma kerana dipukul oleh Aoha dari belakangnya. "Kamu ni sudah berlebih-lebih tahu." Terang Aoha kepada Kiroma. "Saya hanya bergurau sahaja." Jelas Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Ketua jangan salah anggap. Sebenarnya kami berdua yang relakan diri masuk ke dalam markas ni." Kata Erin sambll membongkokkan badan kearah Kiroma. "Maksud kamu, Erin?" tanya Kiroma sambil mengangkat kepalanya secara tiba-tiba. Tiba-tiba pada masa itu Kiroma secara tidak sengaja mencium pipi Erin semasa mengangkat kepalanya yang pada masa itu Erin berada terlalu dekat dengannya. "Eh!" teriak Aoha sambil mukanya kemerah-merahan kerana melihat adegan tersebut. "Ki-kiroma playboy, lelaki miang, kaki perempuan!" teriak Aoha kepada Kiroma. "A-apa yang kamu maksudkan ni? Huh!" teriak Kiroma sambil memarahi Aoha. "Betullah, kamu sewenang-sewenangnya mencium pipi Erin tadi!" teriak Aoha tentang apa yang dilihatnya. "Ke-kejadian tersebut bukan disengajakan tahu!" teriak Kiroma untuk menerangkan apa yang berlaku. Pada masa itu, Erin berlari kearah Koromi sambil menyembunyikan dirinya di belakang kakaknya. "Lihat, apa yang kamu sudah lakukan kepada Erin." Kata Aoha sambil memandang Kiroma. "Sa-saya betul-betul mintak maaf atas apa yang berlaku sebentar tadi Erin!" kata Kiroma sambil memohon maaf atas apa yang terjadi. "Sa-saya tidak marahkan ke-ketua." Kata Erin dibalik belakang Koromi. "SEMUA UNIT BERSIAP SEDIA. GHOUL MENGHAMPIRI DALAM DALAM MASA 30 SAAT." Kata Jin melalui alat di pergelangan tangan kami. "Baiklah, mereka tiba juga." Kata Soma sambil mengeluarkan pedang Katana miliknya. "Kamu semua jangan berpecah, kita ikut sahaja rancangan yang sudah dibuat." Kata Aoha kepada ahli pasukan. "Baiklah!" jawab ahli pasukan. Pada masa itu, aura sekeliling kawasan tersebut terasa tidak asing kepada Kiroma kerana sama seperti aura di bumbung sekolah semasa pertama kali bertemu Aoha. Tiba-tiba Soma bergerak dahulu meninggalkan kumpulannya dengan menghampiri 3 Ghoul tersebut. "Soma apa yang kamu lakukan!" teriak Kiroma sebagai ketua kumpulan. "Saya akan tunjukkan kenapa saya sepatutnya dipilih menjadi ketua kumpulan berbanding kau." Kata Soma sambil mendekati 3 Ghoul tersebut. Pada masa tersebut, Soma tidak menyangka Ghoul-Ghoul tersebut bekerjasama dalam menghadapi Soma sendiri. Situasi pada masa itu menjadi terbalik kerana pada awalnya Soma dapat menghambat 1 Ghoul secara sendiri tetapi dengan kerjasama 3 Ghoul tersebut ini menambahkan kesukaran kepadanya. "Kamu semua, kita harus menolong Soma sekarang. Saya akan dipersalahkan jika berlaku sesuatu kepada ahli kumpulan ini." Kata Kiroma sambil meminta bantuan ahli pasukannya. "Kami mengerti ketua!" teriak ahli pasukan. "Baiklah, Maru lindungi Soma daripada serangan Ghoul. Erin tolong rawat kecederaan yang diterima Soma. Manakala, Aoha dan Koromi akan mengambil alih 2 ghoul tersebut dan saya akan mengalihkan perhatian Ghoul yang satunya lagi." Kiroma memberi arahan kepada ahli pasukannya. "Kami mengerti!" jawab ahli kumpulannya. Selepas itu, mereka pun mengikuti arahan yang diberikan Kiroma sebentar tadi dan semuanya berjalan lancar. Seperti mana yang dijangkakan Kiroma, Maru segera melindungi Aoha dan Koromi selepas selesai Soma dirawat. Manakala, Soma langsung pergi kearah Ghoul yang mengejar Kiroma dan menghabisnya. Dengan itu, ketiga-tiga Ghoul tersebut dapat dikalahkan oleh mereka berlima. "Ahh, akhirnya selesai juga mengalahkan 3 Ghoul tersebut" kata Kiroma kerana keletihan semasa dikejar oleh Ghoul tersebut. "Kamu hanya berlari seperti orang tidak betul sahaja tadi." Kata Soma yang berada di tepinya. "Hahaha" gelak kecil Kiroma. "Terima kasih ya Soma, kerana datang membantu saya tadi." Kata Kiroma sambil tersenyum kepadanya. "Saya hanya mahu membunuhnya sahaja, bukan bermaksud untuk menolong kau tadi." Kata Soma dengan memalingkan mukanya. "Eh, bukan ke tadi kamu yang paling risau tentang ketua kerana mengalihkan perhatian Ghoul tersebut sendirian kan?" tanya Koromi sambil memandang kearah Soma. "Mana adalah. Awak yang salah anggap dengan tindakan saya tadi." Jelas Soma untuk menyembunyi pertolongannya. "Syukurlah semua selamat." Bisik hati Kiroma sambil memandang kearah ahli kumpulannya. SHINK! Bunyi tusukan daripada belakang Kiroma. "A-apa, masih ada lagi Ghoul!" teriak hati Kiroma. "Kiroma-kun!" jerit Aoha sambil berlari kearah Kiroma. Pada masa tersebut seluruh ahli kumpulan berlari kearah Kiroma. Maru dan Soma mengalihkan perhatian Ghoul tersebut, manakala Erin menyembuhkan kecederaan Kiroma yang pada masa itu Kiroma dibaringkan di atas pangkuan Aoha dan diikuti Koromi yang memerhatikan sekeliling jikalau terdapat sisa-sisa Ghoul. "Eh, kenapa sihir pemulihan tidak berkesan!" kata Erin sambil memaksakan dirinya. "SEMUA UNIT DIMINTA PULANG SEGERA, RAKSASA YANG MENEYERANG KAMU SEMUA ADALAH MINION YANG BEREVOLUSI!" jelas Jin melalui alat telekomunikasi. Pada masa tersebut, Maru dan Soma gagal menghalang Minion tersebut kerana kekuatan Minion tersebut seakan-akan 10 kali ganda daripada kekuatan Ghoul. Minion tersebut meluru kearah Kiroma dengan pantas. "Saya tidak akan melepaskan kamu!" teriak Koromi kearah Minion tersebut. Tetapi seperti yang dijangkakan Minion tersebut mengalahkan Koromi dengan cepat. "Ka-kamu se-semua, la-ri!" kata Kiroma yang hampir kehilangan kesedaranya. "Apa yang kamu cakapkan ni, Kiroma-kun? Kita akan pulang bersama sebagai satu kumpulan." Kata Aoha sambil berlari kearah Minion tersebut. "Ja-ngan!" kata Kiroma sambil mengangkat tangannya. Tetapi pada masa itu, Minion tersebut mengalahkan Aoha dengan cara melukai tubuh badan Aoha dengan tangan yang mirip seperti sebatang pedang. "Tidak!" teriak Kiroma disamping Erin yang melihat kejadian itu. Tiba-tiba kedua-dua mata Kiroma menjadi kebiruan. "DRAGISIA!" teriak Kiroma pada masa itu. Tiba-tiba keluarnya api biru di sekeliling tubuh Kiroma. Selepas itu, Kiroma langsung berdiri sambil memegang pedang miliknya. "Ke-ketua." Kata Erin sambil terkejut melihat apa yang berlaku pada Kiroma. "Ability Twin Blade, hidupkan!" kata Kiroma sambil mengangkat pedangnya ke atas. Tiba-tiba pedang yang dipegang Kiroma diselaputi api biru tersebut dan menjadi kepada 2 pedang yang sama. Satu pedang yang milik asal Kiroma dipegang di tangan kanan manakala pedang yang terhasil daripada ability miliknya dipegang di tangan kiri. "Tidak boleh dimaafkan." Bisik Kiroma seorang diri. Kiroma langsung berlari kearah Minion tersebut dengan pantas yang tidak boleh diikuti dengan pergerakkan mata. Kiroma menebas kedua-dua kaki dan tangan milik Minion tersebut supaya tidak boleh bergerak mahupun melakukan serangan keatasnya. Kiroma langsung menusuk kepala Minion tersebut dengan kedua-dua pedang miliknya dan mengalirkan api tersebut melalui pedangnya yang membuatkan Minion tersebut meledak disebabkan haba yang tinggi daripada api biru tersebut. Situasi tersebut membuatkan Kiroma pingsan beserta kekuatan Demon Eyes tersebut menghilang bersama pedang yang dipegang di tangan kirinya sebentar tadi.