Chereads / How Can I Reborn With Demon Eyes (Malay) / Chapter 7 - Bermula Bentuk Pasukan

Chapter 7 - Bermula Bentuk Pasukan

"Kiroma, Kiroma." Kata-kata seseorang yang memanggil nama Kiroma berkali-kali. "Argh, kepala saya!"

teriak Kiroma yang terbangun kerana terjadi The Vision di dalam mimpinya. Pada masa itu, Kiroma dapati seluruh tubuhnya berpeluh dan menggigil seakan-akan dalam ketakutan. "Ke-kenapa dengan saya ini?" kata Kiroma kerana bingung dengan yang terjadi pada dirinya. "Oh, hari ini saya ada sesi latihan. Sekarang sudah pukul berapa ya?" kata Kiroma sambil melihat jam loceng miliknya. "Apa!"

teriak Kiroma kerana dapati sudah jam 0930. Kiroma langsung segera bersiap-siap dan selesai dalam masa 10 minit. "Baiklah, ibu pun sudah pergi kerja baik saya guna Teleport sekarang." Kata Kiroma. "Teleport, S-01." Teriak Kiroma sambil keluar lingkaran cahaya di sekelilingnya. Kiroma pun tiba di markas. "Baiklah, saya di markas sekarang cuma harus ke medan latihan sahaja." Kata Kiroma seorang diri. Setelah itu, Kiroma berlari ke medan latihan kira-kira 100m dari tempat teleport dengan cepat.

Setibanya di medan latihan, Kiroma terkejut kerana ada empat orang remaja yang sedang berlatih di sana dengan menggunakan senjata mereka. "Hey, Kiroma! Kamu kemana tadi?" tanya Aoha yang berada di belakang Kiroma. "Mintak maaf! Saya terlambat bangun tadi." Kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya. "Mari cepat ikut saya berjumpa dengan guru Komi." Kata Aoha sambil menarik Kiroma secara tiba-tiba. "Ba-baiklah." Jawab Kiroma sambil dibawa oleh Aoha. "Hey, kamu berdua kemana tadi?"kata guru Komi. "Mintak maaf! Ini punca salah saya!" kata Kiroma sambil menundukkan kepalanya kearah guru komi. "Baiklah, saya maafkan." Kata

guru Komi sambil mengangkat kepala Kiroma. "Baiklah yang pertama kamu harus membuat senjata kamu sendiri." Kata guru Komi kepada Kiroma. "Me-membuat senjata sendiri?" tanya Kiroma kerana kebingungan. "Bukan saya mempunyai pedang Red Flame?" kata Kiroma. "Pedang tersebut tidak boleh digunakan lagi disebabkan oleh sebuah tenaga yang kuat mengganggu molekul tenaga pedang tersebut." Jelas guru Komi. "Apa yang kamu lakukan dengan pedang itu, Kiroma?" tanya guru Komi sambil melihat tajam kearah Kiroma. "Saya tidak berbuat apa-apa!" teriak Kiroma untuk menyembunyikan hal yang sebenar yang terjadi kemarin. "Baiklah, guru percaya mungkin disebabkan pedang tersebut sudah tidak stabil dan akhirnya pecah menyebabkan kamu terkena radiasi daripadanya." Jelas guru Komi berdasarkan pendapatnya. "Haa! Haa! betullah tu!" teriak Kiroma sambil bersetuju dengan pendapat guru Komi. "Okay, sekarang ni kamu hanya perlu memakai ini." Kata guru Komi sambil memakaikan sebuah alat yang boleh membaca gambaran yang dipikir oleh penggunanya. "Kamu hanya sekarang perlu tenangkan fikiran sambil mengambarkan bentuk senjata kamu serta bahan untuk membuatnya. " terang guru Komi. "Saya mengerti!" kata Kiroma. Semuanya berjalan lancar sahaja bagi Kiroma, tetapi- "Eh, kenapa dengan mesin ini?" tanya guru Komi kerana mesin tersebut menjadi aneh dengan tiba-tiba. Pada masa itu, semasa Kiroma sedang membayangkan bentuk dan bahan buatan senjatanya, Kiroma ternampak sebuah pedang bercahaya kebiruan yang berbentuk mirip seperti Honjo Masamune. Tiba-tiba guru Komi melepaskan alat tersebut daripada kepala Kiroma secara paksa untuk mengelakkan kejadian teruk berlaku. Secara tiba-tiba mesin pembuat senjata berfungsi seakan-akan maklumat pembuatan senjata diterima sedangkan sudah diputuskan jaringannya. Setelah itu, senjata Kiroma tersebut siap dibuat seperti mana yang dilihat dalam bayangannya. "Wah, kamu mempunyai cita rasa yang tinggi iya, Kiroma." Kata guru Komi. "Kerana bentuk pedang kamu memberikan kekuatan menebas yang tinggi juga mudah untuk melakukan pergerakkan rawak. " kata guru Komi. "Saya terpegun akan bahan yang kamu gunakan seperti Kristalik dan juga bahan Super Aloi adalah gabungan yang unik kerana ia mampu meningkatkan kekerasan, berat dan daya tahan haba yang tinggi." Jelas guru Komi. "Wah!" kata Kiroma sambil cuba mengayunkan pedang baharunya. "Sekarang, kamu boleh cuba senjata kamu di medan latihan." Kata guru Komi sambil tersenyum. "Baiklah, guru Komi" kata Kiroma sambil menuju ke medan latihan. Seperti mana yang dikatakan guru Komi, semasa Kiroma mengayunkan pedangnya ia terasa sangat ringan juga kekuatan menebasannya sangat tinggi. Habis semua patung sasaran di medan latihan dipotong menjadi dua ulah pedangnya. Tiba-tiba komander, Jin Kaisar, muncul di medan latihan. "Sila berkumpul kamu semua!" arahan yang diberikan Jin. "Saya di sini mahu menyatakan bahawa kamu berlima adalah satu pasukan yang rasmi di markas ini." Terang Jin dengan nada bersahaja. "Orang yang akan menjadi ketua kumpulan kalian adalah Kiroma Soha." Jelas Jin dengan memandang kearah Kiroma. "Sa-saya!" teriak Kiroma. "Cis, kenapa dia menjadi ketua kepada kumpulan ini?" kata seorang remaja lelaki yang memegang pedang katana merah. Nama lelaki tersebut adalah Soma Kimada kelas Swordman dengan ability shadow walker dan senjatanya adalah pedang katana. Pada masa itu, terdapat 3 orang ahli anggota yang berada dibawah pimpinan Kiroma. Pertama, Maru Hida kelas Paladin dengan ability royale guard dan senjatanya adalah pedang Goujian. Kedua, Erin Maria kelas Healer dengan ability strength booster dan senjatanya adalah pisau belati. Akhir sekali, Koromi Yamato kelas Witch dengan ability necromancer dan senjatanya tongkat Zynic. "Itu adalah keputusan saya." Kata Jin kepada Soma. "Tapi saya-" kata Kiroma dengan tidak yakin. "Baguslah tu, Kiroma!" kata Aoha yang tiba-tiba menghampiri Kiroma. "Baik awak memperkenalkan diri pada ahli kumpulan awak sekarang, Kiroma." kata Aoha sambil menolak perlahan badan Kiroma. "Se-semua, saya adalah Kiroma Soha, ketua kepada kumpulan ini. Mohon kerjasama!" kata Kiroma untuk menyapa ahli kumpulannya dengan menundukkan kepalanya. Tiba-tiba datang dua orang perempuan dari ahlinya menghampiri Kiroma. "Saya adalah Koromi Yamato dan ini adalah adik saya Erin Maria, selamat berkenalan ketua." Kata Koromi yang didampingi Erin disisinya. Setelah itu, datang seorang lelaki yang berbadan besar. "Nama saya pula Maru Hida, selamat berkenalan." Kata Maru dengan nada yang sopan. "Hey Soma, kamu tidak mengenalkan diri kamu lagi tu." Kata Koromi sambil menjeling kearah Soma. "Tsh, saya tidak berminat dalam hal ini." Kata Soma dengan nada sombong. "Nama dia adalah Soma Kimada, dia jadi begitu sebab cemburu tentang khabar angin yang menyatakan kamu mendapat skor tinggi sewaktu simulasi pertarungan haritu." jelas Koromi kepada Kiroma. "Simulasi?" tanya Kiroma kebingungan. "Iya, simulasi yang dimana kita berlima dibawa bertarung dengan 25 patung pembunuh kemarin." Terang Koromi. "Apa itu adalah simulasi!" teriak Kiroma kerana terkejut dengan hal tersebut. "Kamu ingat mereka di markas ini akan

mengorbankan nyawa manusia dengan begitu sahaja, hahaha!" gelak Koromi dengan tingkah laku Kiroma. "Kamu tahu tentang ni, Aoha?" tanya Kiroma kepada Aoha. "Mestilah tahu!" kata Aoha sambil tersenyum. "Jadi kalian menipu sayalah selama ini?" tanya Kiroma sekali lagi. "Bukan menipu tapi hanya tidak memberitahu." Terang Jin sambil tersenyum manis. "Sial betul, ahli-ahli markas ni!" bisik hati Kiroma pada masa itu. "Baiklah, saya akan memberikan info selanjutnya tentang misi kalian kepada ketua kumpulan. Saya harap kalian boleh akrab dengan ketua kumpulan ya." Terang Jin sambil kembali ke ruang markasnya. "Mengerti!" teriak 4 orang ahli kumpulan tersebut kecuali Soma. "Hey, Kiroma-kun bagaimana kamu dapat skor tinggi semasa simulasi pertarungan kemarin?" tanya Koromi kerana tertarik dengan kekuatan Kiroma. "Kakak Koromi, tidak baiklah bertanyakan begitu pada ketua!" kata Erin sambil menegur Koromi. "Biarlah kakak mahu tahu." Terang Koromi. "Sa-saya hanya bertuah sahaja." Kata Kiroma sambil menggaru pipinya. "Tsh, ketua yang bergantung pada tuah semata-mata. Kamu sepatutnya tidak layak digelar ketua kumpulan." Kata Soma sambil merendah-rendahkan Kiroma. "Tarik balik perkataan kamu tadi! Dia adalah ketua kumpulan ini!" kata Maru dengan nada serius. "Tidak apa-apa, Maru, saya pun rasa tidak layak untuk memegang jawatan yang besar ini." Kata Kiroma sambil berasa hampa dengan diri sendiri. "Kamu boleh menjadi ketua sejati!" teriak Aoha. "Saya lebih mengenali kamu daripada sesiapa di markas ini. Sebab itu, saya percaya awak boleh lakukan." Terang Aoha dengan yakin. "Kami pun percaya, Kiroma-kun boleh jadi ketua yang bagus." Kata Erin sambil Koromi mengeluarkan isyarat bagus dengan tangannya. "Baiklah, saya janji akan memimpin kamu semua dan mengelakkan kita daripada terbunuh di dalam misi nanti." Kata Kiroma dengan yakin. "Baiklah ketua!" teriak ahli kumpulan kecuali Soma. Dengan itu, Kiroma menjadi ketua kepada lima orang ahli yang berbakat pada kelas yang berbeza. Hari Kiroma pun dipenuhi tanggungjawab yang banyak yang harus dipikulnya dari hari ke hari.