Pagi pun terbit dengan memenuhi cahaya sinaran di setiap ruangan bilik Kiroma melalui tingkap biliknya. "Erg,
sudah pagi ya, saya harus segera bersiap ke sekolah." Kata Kiroma sambil mengosok matanya. "Selamat pagi, ibu." Kata Kiroma kepada Masaki. "Oh, selamat pagi, anak-ku." Jawab Masaki. "Sini sarapan dahulu." Kata Masaki. "Baiklah!" Jawab Kiroma. "Ibu mahu tanya soalan pada kamu boleh, Kiroma?"
tanya Masaki. "Ya, apa dia?" jawab Kiroma. "Kamu sudah mempunyai girlfriend ke?" tanya Masaki sambil tersenyum. "Ehem! ehem!" teriak Kiroma sambil menepuk dirinya kerana tersedak. "G-girlfriend?" kata Kiroma. "Sebab ibu lihat kamu lain hari ni." Terang Masaki. "Ma-mana ada!" teriak Kiroma sambil menyembunyikan wajahnya. "Jadi, ibu salah faham lah ni, hahaha!" gelak kecil Masaki. "Kenapa tiba-tiba saya berperangai begini?" bisik hati Kiroma. Tiba-tiba Kiroma teringat pelukan Aoha semasa di bilik pemulihan. "Mustahil! Mustahil! Apa yang saya pikirkan ni!" bisik hati Kiroma. "Saya pergi dahulu!" teriak Kiroma kepada Masaki."Jangan lupa bawak bekal kamu ya!" teriak Masaki. "Baiklah!" jawab Kiroma sambil mengambil bekalnya. "Hati-hati di jalan." kata Masaki sambil melambai kearah Kiroma. Setelah beberapa langkah dari rumahnya Kiroma, akhirnya Kiroma tiba di sekolah seperti biasa.
"Selamat pagi, Kiroma-kun!" teriak Aoha yang muncul disamping Kiroma. "Se-selamat pagi juga." Jawab Kiroma sambil menyembunyikan wajahnya yang tiba-tiba kemerahan. "Eh!" kata Aoha kerana kebingungan. "Ba-baiklah mari pergi ke kelas segera!" kata Kiroma sambil bergegas ke kelas. "Hey,
tunggu lah Kiroma!" teriak Aoha sambil mengejar Kiroma dari belakang. Setibanya Aoha dan Kiroma tiba di kelas secara bersama. "Eh, Si Penyendiri tu bersama Aoha lah!?" "Mereka tu rapat ke?" "Tidak mungkin lah!" kata-kata dari rakan sekelas yang membenci Kiroma. Kiroma langsung mengabaikan kata-kata tersebut dan terus duduk di mejanya sambil memandang ke luar tingkap. Aoha pun mengikuti Kiroma dan duduk di sebelah meja Kiroma seperti mana yang diberitahu Cikgu Ken. "Kamu popular juga ya?" kata Aoha untuk ceriakan Kiroma. "Sebaiknya sekarang kamu jangan bercakap dengan saya. Saya tidak mahu kamu terkena rumor buruk." Jelas Kiroma tanpa memandang Aoha. "Apa yang awak cakapkan-" kata-kata Aoha terhenti. "Hai, gadis manis di sana! Kamu mahu keluar berduaan dengan saya! Saya anak orang kaya tahu!" kata seorang lelaki dari kelas lain. Lelaki tersebut bernama Shihoda Tengin anak kepada perusahaan yang terkenal di daerah Tokyo dan lelaki yang sering membuli Kiroma.
"Kiroma, nanti temani saya ke sesuatu tempat boleh?" tanya Aoha kepada Kiroma sambil tidak menghiraukan kata-kata Shihoda. "Hey, kamu! Saya sedang bercakap dengan kamu tahu!" teriak Shihoda kepada Aoha. "Awak tidak lihat ke. Saya sedang berbual dengan Kiroma?" kata Aoha sambil memandang Shihoda. "Berbual dengan Si Penyendiri? Hahaha! Jangan buat lawaklah Cik Adik! Hahaha!" terang Shihoda dengan menepuk pahanya berkali-kali. "Saya lagi tertarik kepada Kiroma berbanding dengan orang yang tiada adab seperti awak!" teriak Aoha dengan nada serius." Ka-kamu ni kan!" teriak Shihado kepada Aoha. "Apa yang berlaku ni?" jerit Cikgu Ken. "Pergi ke kelas kamu sekarang, Shihado!"
perintah Cikgu Ken. "Siaplah kau, Kiroma!" bisik Shihado sambil kembali ke kelasnya. "Aoha, kamu tahu tidak apa yang kamu lakukan!" bisik Kiroma kepada Aoha. "Saya tidak boleh senyap sahaja apabila Si Tak Guna tu mengejek awak." Terang Aoha. "Te-terima kasih." Kata Kiroma kerana terkesan dengan alasan Aoha. "Eh, ti-tiada masalah langsung lah! Itu perkara kecil sahaja!" jelas Aoha sambil menyembunyikan wajahnya yang kemerahan. Kiroma langsung memandang ke luar tingkap dan terpikir tentang hidupnya kedepan bersama Aoha dan anggota-anggota baru di markas nanti. Pelajaran kelas pun berjalan seperti biasa sehingga waktu rehat. "Eh, kamu bawa bekal makanan ya, Aoha?" tanya Kiroma kerana tertarik dengan bekal yang dibawa oleh Aoha. "Iya, saya yang buat bekal makanan ni sendiri." Jelas Aoha. "Wah,
hebatnya!" teriak Kiroma sambil mengagumi Aoha. "Ini bukan ada apapun." Kata Aoha dengan malu. "Awak tidak makan, Kiroma?" tanya Aoha setelah melihat Kiroma tidak mengeluarkan sebarang bekal makanan. "Um! Itu! Kejap ya." jawab Kiroma sambil mengambil bekalnya. "Wah, Sandwish! " teriak Aoha melihat bekal Kiroma. "Boleh saya mahu sedikit?" tanya Aoha sambil memandang Kiroma. Bo-boleh sahaja." Jawab Kiroma sambil memandang kearah lain. "Terima kasih!" teriak Aoha sambil tersenyum. "Hmm, lawar juga awak apabila meminta seperti tadi." Bisik Kiroma seorang diri. "Apa yang sedang saya fikirkan ni!" bisik hati Kiroma sambil menggoncang-goncangkan kepalanya. "Nah, saya bagi sedikit makanan saya pula." Kata Aoha sambil mengulurkan sushinya kepada Kiroma. "Eh, saya boleh lakukan sendiri!" teriak Kiroma kerana beranggapan Aoha mahu menyuapnya. Tiba-tiba muka Aoha kemerahan seakan-akan faham dengan kata-kata Kiroma sebentar tadi. "Bo-bodoh lah awak ni! Saya tidak bercadang untuk menyuap awak tahu!" jelas Aoha sambil memalingkan wajahnya yang kemerahan. "Oh, begitu. Terima kasih, Aoha." Kata Kiroma sambil tersenyum. "H-hem." Jawab Aoha yang sekali lagi wajahnya kemerahan. "Inilah rupanya hidup yang normal. Makan bersama berbual bersama ketawa bersama." Bisik hati Kiroma. "Tetapi selagi kekuatan terkutuk ini masih berada di dalam tubuh, saya tidak memperoleh kehidupan normal yang sebenar." Bisik hati Kiroma sekali lagi. Setelah itu, sesi persekolah Kiroma berlangsung mulus dengan adanya Aoha yang menceriakan suasana. Mereka pun mengikuti pelajaran kelas seterusnya tanpa sebarang masalah yang menimpa.