Pagi pun menjelang dengan cerah menandakan permulaan hari yang baik tetapi bagi Kiroma-. "Ah, peningnya kepala!" teriak Kiroma sambil memegang kepalanya. Kiroma tidak dapat tidur disebabkan mimpi yang terjadi semalam. "Hello, ada orang tidak dirumah" suara Aoha kedengaran di depan pintu rumah. "Oh, hari ini kami ada latihan di medan latihan ya." Bisik Kiroma sendirian. "Tunggu sebentar,
saya bersiap dahulu!" teriak Kiroma bagi menandakan isyarat kepada Aoha. "Baiklah" jawab Aoha dengan jelas. Setelah beberapa minit berlalu. "Mintak maaf kerana mengambil masa lebih untuk bersiap." Kata Kiroma kepada Aoha. "Tiada masalah bagi saya" jawab Aoha dengan wajah tersenyum. Kiroma terus berpaling muka daripada Aoha untuk menyembunyikan pipinya yang tiba-tiba berwarna merah. "Okay, mari cepat ke medan latihan. "Ini, awak pakai di pergelangan tangan" terang Aoha. "Apakah ini?" Tanya Kiroma. "Ini adalah alat Teleportation yang menjadi pengangkutan untuk ke markas." jawab Aoha. "Kenapa tidak menggunakan kamu punya sahaja?" Tanya Kiroma. "Awak sudah gilakah? Bagaimana nanti satu markas melihat saya datang berpegang tangan dengan awak nanti!" teriak Aoha kepada Kiroma. "Saya tidak mahu insiden kemarin terjadi lagi saat di markas semasa menggunakan Teleport terutama guru Komi. "Terang Aoha dengan jelas. "O-oh itu, betul juga." Kata Kiroma sambil menggaru pipinya. "Baiklah, mari pergi! Oh, sebelum tu awak hanya perlu sebut Teleport S-01, okay!" terang Aoha sambil teleport ke markas. "Teleport, S-01" tiba-tiba cahaya keluar di sekeliling Kiroma sehingga menyilaukan matanya.
"Awak okay?" Tanya Aoha kepada Kiroma. "Saya okay, mungkin sebab cahaya terang tadi membuatkan mata saya sakit." Jelas Kiroma. "Mari cepat ke medan latihan sekarang!" jerit Aoha sambil berlari. "Tu-tunggu saya, Aoha!" jerit Kiroma sambil mengejar Aoha. Setelah beberapa langkah dari tempat Teleportation, akhirnya tiba di medan latihan. "Wah, ramainya orang di medan latihan!" teriak Aoha sambil riak wajah yang ceria. "Kenapa, ramai orang disini?" Tanya Kiroma kepada Aoha. "Mereka adalah peserta yang diambil untuk melayakkan diri ke markas ini." Terang Aoha. "Jadi, kenapa kami dikumpulkan?" Tanya Kiroma. "Kami sebenarnya terpaksa melakukan pertarungan Battle Royale diantara kamu semua yang terpilih bagi melayakkan kamu bersama markas kami." Jawab Aoha sambil melakukan riak wajah yang menakutkan. "HAAA, Ba-Battle Royale!" jerit Kiroma. "Tapi saya tiada sebarang senjata atau pengalaman dalam bertarung" jelas Kiroma. "Tidak apa-apa, jika awak kalah, kami akan menanam mayat awak di dalam kubur yang terbaik." Terang Aoha sambil tersenyum. "Pe-perempuan sial" bisik hati Kiroma. "Awak hanya perlu melihat ke dalam jam tangan yang saya bagi tadi." Terang Aoha. "Lihat ke dalam jam tangan? Pedang Red Flame!" bisik hati Kiroma selepas melihat sesuatu di dalam jam tangannya. "Baiklah, saya harap awak lulus dalam ujian ini!" kata Aoha sambil tersenyum kearah Kiroma. "Tu-tunggu!" jerit Kiroma. Tiba-tiba Kiroma di teleport ke dalam Medan Latihan bersama peserta lain. "Hallo kamu semua, harap kamu semua sihat sahaja!" kata Jin di sebuah skrin hologram yang besar. "Kamu semua pasti bingung kenapa kalian dipaksa teleport di medan latihan ini kan?" Tanya jin. "Apakah semua ini?" kata salah satu seorang peserta. "Kalian akan melawan sesama sendiri bagi melayakkan diri kalian untuk menyertai kami yang saya panggil acara ini iaitu Battle Royale." Jelas Jin. "Jangan mengarutlah!" " "Saya mahu pulang!" "Kami harus saling bunuh membunuh?" kata-kata yang disebut oleh peserta di sana. "Hanya 5 orang sahaja dipilih untuk menyertai kami!" jelas Jin. "Selamat Berjaya"
ucapan terakhir dari Jin yang menandakan pertarungan di mulai. Tiba-tiba terdengar bunyi teriakkan seseorang yang membuatkan semua peserta saling bertarung sesama sendiri. Kiroma berlari ke penjuru medan latihan bagi mengelakkan dirinya terbunuh. Satu demi satu peserta tumbang di dalam pertarungan tersebut dari 30 peserta sekarang tersisa 10 sahaja. Tiba-tiba sekumpulan peserta yang terdapat 5 buah ahli bersama mendekati Kiroma. "Mari kita sama-sama membunuh budak itu! Dia
nampak lemah sekali! Pasti mudah untuk kita!" jerit salah seorang kumpulan peserta tersebut. "Kenapa, saya menjadi mangsa pada masa ini!" teriak Kiroma sambil berlari membawa pedangnya. Tiba-tiba Kiroma tersandung di tengah-tengah medan pertarungan. "Ini masa tepat untuk kita kawan-kawan!" jerit ketua kumpulan tersebut. Pada masa itu, kaki Kiroma terseliuh dan tidak boleh bergerak ke mana-mana. "Adakah ini pengakhiran hidup saya yang menyedihkan ini? Adakah saya patut lari daripada masalah lagi? Adakah saya perlu bertahan hidup tanpa melakukan apapun?" bisik hati Kiroma. "Oh, ternyata saya hanya perlu membunuh untuk melindungi nyawa saya ya?" Tanya Kiroma sambil tersenyum kejam. Tiba-tiba kedua-dua mata Kiroma menjadi biru. "Ah, kenapa dengan mata saya?" teriak Kiroma yang sedang kesakitan. Kumpulan tersebut tiba-tiba berhenti setelah melihat kejadian pelik kepada Kiroma. "DRAGISIA" tiba-tiba perkataan tersebut keluar dari mulut Kiroma. Keluar api biru di sekeliling tubuh Kiroma dan juga muncul sebuah pedang yang tidak dikenali dari tubuhnya dengan bercahaya kebiruan. Rambut Kiroma yang pada asalnya berwarna hitam bertukar menjadi putih. Pedang dari dalam tubuhnya tersebut dipegang di sebelah tangan kiri Kiroma manakala pedang Red Flame berada di tangan kanannya. BUNUH!" jelas Kiroma dengan nada psiko. Tiba-tiba Kiroma bergerak dengan sangat cepat sehingga tidak dilihat dengan mata kasar. "Ah! Ah! Ah! Satu per satu teriakkan daripada kumpulan peserta tersebut. Kumpulan peserta tersebut dihabiskan oleh Kiroma dalam waktu yang sangat singkat. Setelah itu, api biru disekeliling tubuh tiba-tiba hilang bersama pedang yang dipengang oleh tangan kiri Kiroma dan Kiroma terlantar di tengah-tengah medan latihan. "Inikah kuasa yang digelar Demon Eyes ya?" bisik hati jin yang sedang menyaksikan pertarungan tersebut. "A-apakah yang baru berlaku sebentar tadi!" bisik Aoha dalam kebingungan. Selepas itu, Kiroma dibawa ke bilik pemulihan untuk memeriksa keadaan tubuhnya. "Uh ah, saya dimana ini? Bukankah saya berada di dalam pertarungan sebentar tadi?" bisik Kiroma dalam kondisi yang lemah. "Awak berada di bilik pemulihan." Jawab Aoha secara tiba-tiba. "Haa, jadi bermaksud saya kalah di dalam pertarungan tadi
ya?" Tanya Kiroma dalam keadaan sedih. "Awak tidak ingat apa yang berlaku sebentar tadi?" Aoha bertanya kembali. "Saya tidak berapa ingat. Saya hanya ingat bahawa saya tersandung di tengah-tangah pertarungan itu sahaja." Jelas Kiroma. "Yang terjadi sebenarnya adalah sebaliknya" terang Aoha kepada Kiroma. "A-apa maksud kamu?" Tanya Kiroma kerana berasa tidak sedap hati. "Awak yang telah membunuh mereka secara satu per satu dalam masa yang singkat yang menjadikan seperti awak membunuh mereka secara serentak semasa di dalam pertarungan tersebut." Jelas Aoha sambil menundukkan kepalanya. "Ini mustahil! Tidak mungkin saya melakukan itu semua!" jawab Kiroma untuk mendalihkan keterangan tersebut. "Cuba awak fikir, kalau awak kalah mesti perbualan ini tidak terjadi."
Jelas Aoha. "Argh!" teriak Kiroma sambil memukul dirinya. "Jadi saya ada satu soalan, si-siapakah awak sebenarnya?" Tanya Aoha kepada Kiroma. Tiba-tiba suasana di bilik pemulihan menjadi senyap sunyi
tanpa keberadaan bunyi daripada mulut mereka berdua. "Apakah yang dimaksudkan Aoha sebernarnya? Bagaimanakah saya membunuh mereka secara serentak?" bisik hati Kiroma pada masa itu.