Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 5 - Pengemis

Chapter 5 - Pengemis

Setelah selesai membuat teh, Maydelen kembali ke ruang pejabat Theo dan meletakkan teh itu di atas meja Theo. Sengaja dia berdiri hampir di sebelah Theo untuk menggoda lelaki itu.

Theo pula yang berasa sesak nafas dan pening setelah terhidu bau badan Maydelen terus menoleh ke arah pembantunya itu. Terkejut juga dia melihat Maydelen sudah melekat di badannya.

"Maydelen, kamu boleh kembali ke meja kerja kamu. Terima kasih atas tehnya."

Maydelen mengeluarkan muncung tidak puas hatinya bila Theo 'mengusirnya'. Perlahan-lahan Maydelen keluar dari bilik itu dan kembali ke mejanya.

Sesampainya Maydelen di mejanya, Maydelen terus menumbuk meja itu perlahan. Semua cara sudah dilakukan untuk menggoda lelaki berwajah dingin itu namun masih lagi lelaki itu memandang serong ke arahnya.

Maydelen sudah cukup cantik, cukup seksi, malah kaya lagi, tapi Theo macam tidak pun berminat mahu mendekati Maydelen.

Pernah sekali Maydelen cuba untuk menyentuh Theo namun Theo terus menjauhi Maydelen. Maydelen sangat marah namun dia masih belum mengalah. Sejak pertama kali dia melihat Theo, hatinya sudah lekat pada lelaki itu. Yang menghairankan, Theo langsung tidak berminat dengan Maydelen. Sedangkan rakan sekerja Maydelen yang lain semuanya berbaris mahu bersamanya.

"Apa yang kena dengan mata boss aku ni! Kenapa dia langsung tidak tertarik dengan aku yang cantik dan seksi ni?? Sudah bermacam cara aku nak mengurat dia tapi dia sikit pun tak pandang aku . Dia ada masalah mata atau apa sebenarnya ni?" bebel Maydelen.

Maydelen memasang komputernya dan mula menggerakkan tetikus itu. Tidak lama kemudian, Maydelen menghentak tetikus itu ke atas meja dengan perasaan yang geram.

Nanti kau, Theo! Aku akan pastikan kau jadi milik aku selamanya...

***

***

"Aduuii, panasnya!!!" keluh Nava.

Dia yang sedang berehat di bawah pokok itu mengipas dirinya sendiri dengan menggunakan tangan. Nava memandang ke langit dan memandang ke arah sinaran matahari. Dia tidak tahu pula yang matahari ni begini panas.

Sudahlah badan dia sudah lekit dengan peluh. Nava sungguh tidak selesa dengan apa yang dia alami saat ini...

Badannya sangat berpeluh dan berbau..

"Aduh, manalah manusia yang saya perlu tolong tu? Kenapa dia tak muncul lagi? Saya sudah bosan menunggu!!" keluh Nava lagi.

Nava mengelap peluh di dahinya dan dia memandang sekeliling.

Namun belum juga ada tanda manusia yang dia perlu tolong itu muncul.

KRUKK!! KRUKK!!

"Aduh, berbunyi pula perut saya... Sakit lagi!" kata Nava sambil memegang perutnya. Kenapa perut saya rasa sakit dari tadi? Badan saya juga rasa lemah... Ni mesti sebab saya belum makan... Apa yang saya tahu, manusia perlu makan supaya mereka ada tenaga mahu melakukan kerja mereka sehari-hari. Alahai, susahnya jadi manusia. Beruntung saya jadi Malaikat... Tapi sekarang saya rasa menyesal pula tidak membantah hukuman saya tu...

Kalau saya bantah, mungkin hukuman saya akan diringankan dan hanya akan dihantar di Lembah Ais. Tapi menyesal pun tak ada guna... Saya sudah jadi manusia di sini... Saya terpaksa menjalani hukuman ni dan menyelesaikan misi saya....

Nava memandang sekeliling lagi.

Dia meneruskan langkahnya untuk mencari jalan bagaimana mahu menolong nasibnya.

Tidak jauh dari sana, ada tiga Malaikat sedang memandang Nava dengan wajah kesian.

"Dia kan Nava... Yang kena hukum jadi manusia... Kesianlah saya tengok dia. Macam tak terurus!" kata Malaikat yang pertama.

"Yelah... Kalau saya, saya pun tak mampu untuk hidup jadi manusia macam ni. Saya jaga manusia saja sudah rasa kesusahan dorang... Apalagi mau jadi manusia!" balas Malaikat yang kedua.

"Sudahlah korang. Jangan cakap pasal dia lagi. Biar dia jalani hukuman dia. Hukuman bagi dia sebab abaikan tanggungjawab dia sebagai Malaikat..." kata Malaikat yang ketiga pula.

Tiga Malaikat itu terus memandang Nava berlalu. Mereka juga tidak dapat menolong Nava kerana jika mereka menolong Nava, mereka juga akan dikenakan hukuman nanti...

Nava terus berkeliaran di sebuah kawasan perumahan yang agak sempit. Orang awam yang ada di sana itu menoleh ke arah Nava dan mereka mula berbisik sesuatu sesama sendiri.

Melihat kepada keadaan Nava yang comot dan selekeh itu, mereka berfikir yang Nava ini ada lah seorang pengemis.

"Hei, pengemis!!! Kau kenapa ke sini? Baik kau keluar dari kawasan perumahan ni!!" teriak seorang wanita berumur.

"Keluar kau dari kawasan ni. Kau hanya akan merosakkan imej perumahan kami saja. Kami tidak mahu simpan pengemis hodoh macam kau!!" teriak wanita yang lain pula.

Nava menjeling kumpulan wanita yang sudah melebihi dari separuh umur mereka. Mereka kelihatan seperti suri rumah yang berkumpul di kawasan itu untuk membawang.

"Apa kau tengok-tengok... Kau tengok kami pun bukan kami nak bagi kau makanan... Baik kau pergi makan sampah saja sana!!!"

"Pergi kau dari sini sebelum kami paksa kau untuk pergi!"

Seorang wanita menolak Nava dengan kasar sehingga Nava terjatuh di atas jalan. Belum lagi sembuh luka di dahi dan tangannya dan kini bertambah lagi luka di telapak tangan kanannya kerana tergesel di jalan raya.

Nava mengerang kesakitan lalu dia memandang telapak tangannya. Dia menoleh ke arah kumpulan wanita itu dengan perasaan marah. Tak guna punya manusia! Berani korang berkasar dengan Malaikat.. Kamu semua akan terima akibatnya!!

Nava berdiri dan dia terus menolak wanita itu lagi. Melihat itu wanita lain juga ikut menyerang Nava. Belum sempat Nava menyerang, ada satu suara di kepala Nava bergema, sekali gus menghentikan niat Nava untuk mencederakan mereka.

.... ["Jangan pernah cederakan manusia... Kalau tidak hukuman kamu akan dipanjangkan selama beberapa tahun lagi..."]...

Nava memegang kepalanya yang terasa sakit kerana kehadiran suara itu.

Memandangkan Nava sudah berhenti melawan, semua wanita itu terus menolak Nava ke jalan raya semula dengan kasar.

Nava terus jatuh terjelopok di atas jalan raya dengan sebuah teriakan kecil keluar dari mulutnya.

Tiba-tiba, seorang lelaki datang dan terus menghentikan semua perbuatan wanita itu. "Hey, ladies! Berhenti, korang boleh membunuh dia!!"

Dion terus menghentikan mereka dan berdiri di depan Nava untuk melindungi Nava yang sudah pun terbaring lemah di atas jalan.

Semua wanita itu menoleh ke arah Dion. "Kenapa kamu nak membela pengemis ni? Dia sudah mengotorkan kawasan perumahan di tempat ni. Lebih baik dia diusir!!!"

"Seorang pengemis juga ada hak hidup mereka, puan-puan... Kalau korang sampai membunuh dia, korang mahu saya buat aduan pada pihak polis yang korang semua yang membunuh dia!" kata Dion dengan suara yang mengugut.

Semua wanita itu saling berpandangan. Tidak lama kemudian, satu-persatu dari mereka pergi meninggalkan tempat itu. Mereka memang tidak suka dengan Nava yang macam pengemis itu tapi mereka juga tidak mahu terlibat dengan pihak polis kalau memang betul pengemis itu mati.

Dion segera mendapatkan Nava setelah semua wanita yang menyerang Nava tadi pulang. Nava pula sudah pun pengsan di atas jalan itu. Bila dia melihat wajah Nava, dia terkejut melihat Nava.

"Miss yang kemarin? Kenapa dia di sini? Apa jadi dengan dia? Macam mana dia boleh ada di sini?? Bukan Tuan cakap yang dia sudah pulang ke rumah dia sendiri?"

Tanpa menunggu lama, Dion mengangkat Nava dan terus membawanya pergi dari tempat itu.

Dion mahu membawa Nava pulang ke rumahnya namun dia tidak berani kerana Dion takut mamanya juga akan berperilaku seperti kumpulan wanita yang tadi.

Lama dia berfikir ke mana dia harus membawa Nava.

Tiba-tiba, dia terfikir akan satu idea bernas...