"SAYA tanya jawaplah!" kata Theo.
Nava hanya terkebil-kebil.
Boleh naik darah tinggi Theo bertanya pada Nava kalau Nava terus diam.
"Hei, Nava... Kau ni pekak kah apa? Saya tanya, ahli keluarga kau di mana...? Kenapa tiada yang ambil kau?" tanya Theo lagi.
Nava mula berfikir sejenak. Apa alasan paling munasabah ni? Apa yang patut saya buat untuk buat dia percayakan yang saya di sini tiada rumah dan tiada keluarga?
"Saya anak yatim piatu... Saya tiada ahli keluarga yang saya kenal di sini," kata Nava akhirnya.
"Anak yatim piatu? Takkan kau tidak ingat siapa ahli keluarga kau yang lain?" tanya Theo lagi.
Nava diam.
Setelah beberapa saat dia, dia akhirnya menggeleng-geleng.
Theo mengeluh kecil. Dia tidak ingat yang dia ada ahli keluarga di sini? Jadi macam mana saya nak tolong dia.
Eh, ini sudah salah ni. Kenapa saya perlu tolong dia segala bagai? Dia bukannya keluarga atau kawan saya yang saya perlu jaga...
Theo mengeluh lalu dia sambung makan lagi.
Nava juga ikut makan dan dia terus saja memerhati gelagat Theo bila makan.
Selepas makan, Theo mengemas meja makan. Nava hanya memerhati dari tempat dia duduk.
Theo menoleh ke arah Nava. "Kalau kau tidak mau tolong saya cuci piring, baik kau ke ruang tamu saja. Pergi tidur lagi."
Nava yang tidak faham itu hnya menurut dan berlalu ke ruang tamu. Terdengar bunyi pinggan sedang dicuci di dapur.
Nava duduk di sofa tempat dia berbaring tadi. Dia merenung ke arah tapak tangannya yang berbalut itu. Nava cuma menyentuh balutan itu dan bila dia menyentuhnya, rasa sakit mula terasa.
Akhirnya, Nava membiarkan saja luka itu dan dia kembali berbaring di atas sofa. Dia memegang Tears Necklace di lehernya dan Nava memandang ke syiling. Berfikir dia macam mana mau mencari orang yang ingin dia tolong itu.
Tiba-tiba, Theo datang ke sana dan menyerahkan sehelai tuala dan sepasang baju tidur berwarna biru dan mempunyai corak teddybear.
"Nah, kau mandi dulu! Lepas tu baru kau tidur. Kalau kau tidur dengan baju kau ni, nanti dengan sofa saya sekali kena kotor. Ingat saya beli sofa ni dengan harga yang murah?" kata Theo dengan suara sombong.
Cehh, jadi kenapa nak beli kalau mahal!?
Nava hanya memandang tuala dan baju tidur itu. Nava memandang Theo lagi.
"Kamar mandi ada di tingkat atas di lorong kiri," balas Theo lalu dengan pantas dia berpaling.
Nava masih lagi sana terkebil-kebil memandang Theo.
Theo menoleh ke arah Nava. Bila dia melihat Nava masih duduk di sofa, terus saja Theo menjadi geram.
"Heh, perempuan... Kau nak pergi mandi atau tidak ni? Kenapa kau masih duduk di sana?" kata Theo dengan kasar.
Terkejut Nava dengan suara kasar itu. Tidak pernah dia mendapat layanan itu dari seorang manusia. Yalah, kan sekarang dorang sudah boleh nampak saya...
Perlahan-lahan, Nava membawa tuala dan baju itu dan dia berjalan ke tingkat atas.
Theo hanya memandang Nava yang berlaku ke tingkat atas. Setelah Nava hilang, Theo terus masuk ke bilik kerjanya.
***
***
NAVA memandang sekeliling bilik mandi itu. Dia ternganga kerana melihat semua kemudahan yang mewah di bilik mandi itu.
Nava memandang ke tepi dan melihat bayangan yang sama sepertinya sedang memandangnya.
"Apa ni? Kenapa saya boleh ada di sini?" tanya Nava sambil menyentuh cermin itu.
"Astaga, kenapa dia ikut apa saja yang saya buat ni? Kenapa dia tahu apa yang saya mahu cakap ni? Dia boleh baca fikiran saya?" kata Nava pula sambil dia terus membelek cermin itu.
"Kau!" teriak Nava sambil menunjuk ke arah cermin itu. Tuala dan baju yang dipegangnya itu dijatuhkan ke lantai.
"Kenapa kau ikut-ikut apa yang saya cakap ni?? Siapa kau?? Kau hantu kah??? Kenapa kau boleh tahu apa yang saya mahu cakap!!"
"Tengok sekarang pun kau ikut apa yang saya cakap!!"
"Reveal yourself, Evil Spirit!!!"
Nava terus menumbuk cermin itu. Namun oleh kerana dia sudah menjadi manusia, tangan yang digunakan untuk menumbuk itu terus merasa sakit.
Nava menarik tangannya dan mengusap tangannya itu. Dia meniup tangannya yang sangat sakit itu.
"Ah, aduh, aduh, aduh...!!"
Tumpuan Nava beralih ke arah benda yang ada di atas singki. Perlahan-lahan dia mendekati singki dan melihat semua benda itu.
"Benda apa yang warna hijau ni?" tanya Nava sambil mengambil sabun yang ada di singki itu.
Nava terus membelek-belek sabun itu sebelum dia mula menggigitnya.
Bila dia merasa rasa sabun itu sangat pelik dan tidak sedap, Nava terus membuang sabun itu.
"Euw, euw, euw.... Makanan apa yang pelik ni?? Kenapa rasanya begitu pelik!!!??? Yuckkk, euw, saya sudah telan yang lain!"
"Puuihh, puuihhh, puuihhh!!"
Nava melihat ada ubat gigi di atas singki itu lagi dan dia terus mengambil ubat gigi itu.
"Apa ni? Ubat untuk rasa pelik makanan yang tadi kah??"
Nava cuba membuka penutup ubat gigi itu namun tidak dapat. Akhirnya Nava membuang ubat gigi itu ke atas lantai. Dia mencapai pula barang lain dan bila dia tidak membuka apa-apa pun, Nava membuangnya semua ke lantai.
"Air!! Air!!!"
Nava berlari ke sekeliling ruangan itu untuk mencari air. Nava masuk ke tempat mandi dia memandang sekeliling untuk mencari air.
"Apa ni??"
Nava terus memasang paip dan air terus keluar dari shower ke atas badan Nava.
Dalam masa sesaat saja, seluruh tubuh Nava terkena kejutan elektrik.
"AARRGGHH!!!! SEJUKKKKNNYYAAAA!!!"
Theo yang mendengar suara Nava berteriak itu berlari ke bilik mandi itu untuk memeriksa keadaan Nava.
"Nava, kenapa tu??? Kenapa kau menjerit??"
Malang tidak berbau, Theo terpijak pula sabun yang sudah dibuang oleh Nava ke lantai.
Akhirnya, dia pula yang terjatuh ke atas lantai.
Nava terus keluar bila mendengar bunyi benda jatuh dan menoleh ke arah Theo yang sudah terbaring di atas lantai itu. Nava terkejut lalu dia terus menuju ke arah Theo.
Nava menolong Theo bangun.
"Kau tidak apa-apa?" tanya Nava.
Theo mengerang kesakitan sambil memegang belakang badannya. Damn, sakit betul badan saya!
Theo memandang ke arah sabun yang dia pijak tadi. Dia memandang pula sekeliling kamar mandi itu. Dia terlopong.
Lupa sekejap pasal sakit belakang dia..
Bilik mandi ini sangat berselerak!
"Apa yang kau buat di sini ni? Kenapa semua benda berselerak???? Kau buang semua benda ni ke lantai buat apa??" kata Theo dengan geram.
"Saya mana tahu apa guna benda tu... Lagipun, makanan ni semua tidak sedaplah... Saya tidak suka rasa makanan yang warna hijau itu," kata Nava.
"Ma-makanan?"
"Tuuuu!" Nava terus menunjuk ke arah sabun berwarna hijau yang dipijak oleh Theo tadi.
Theo ternganga. "Kau makan sabun tu??"
"Sabun?? Nama makanan ni sabun kah? Kenapa rasa dia langsung tidak sedap??" tanya Nava pula.
"That is not a food, for God sake, Nava.... Why did you eat that?" tanya Theo sambil dia berdiri.
"Oh, itu bukan makanan?" tanya Nava pula. "Tapi saya masih rasa sabun itu di dalam mulut saya. Saya sudah telan yang lain.." Nava terus menelan air liurnya bercampur dengan rasa sabun itu.
"Are you an idiot? Takkan kau tidak tahu sabun untuk apa?" tanya Theo pula.
"Apa??" tanya Nava bingung.
"Itu untuk sabun badan lah!!!"
Theo memandang keadaan Nava yang masih basah kuyup itu.
"Kau sudah mandi?" tanya Theo.
Nava menggeleng-geleng. Dia terus memeluk dirinya sendiri. "Sejuk!"
Theo terus memegang kepalanya yang mula terasa pening. Pening betul dia mau urus Nava ni.
"That shower has a warm water, why did you have to use the cold one!?" kata Theo pula. Dia bergerak ke tempat mandi dan melihat shower itu masih terpasang.
Theo merasa air itu dengan jarinya dan ternyata air itu memang sejuk.
Theo pun menukarkan air itu menjadi suam.
"Here, you can take a shower now."
Nava mendekati Theo dan dia meletakkan tangannya di bawah pancuran air itu. Tidak sejuk!
Nava tersenyum gembira lalu dia bersedia untuk mandi namun Theo terus memegang tangan Nava.
"Kau nak mandi tanpa buka baju?" tanya Theo pula.
Nava memandang bajunya. "Nak mandi mesti buka baju kah?"
Theo mengeluh. Soalan apa dia tanya ni?
"Takkan kau nak mandi dengan baju begini??" kata Theo.
"Oh!"
Nava terus memegang bajunya supaya dia boleh membuka baju namun belum sempat dia membuka bajunya, Theo terus menghalang niat Nava. Tanpa berkata apa-apa Theo terus keluar dan menutup pintu.
Terkebil-kebil Nava di sana dengan perlakuan Theo.
Apa yang jadi dengan dia?
Kenapa dia keluar begitu saja??
Dia suruh saya buka baju kan?
Nava buat tidak tahu lalu dia terus mandi.