Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 9 - Dapur(1)

Chapter 9 - Dapur(1)

4 tahun yang lalu...

Kalau dia kembali mungkin saya masih boleh terima dia...

Tapi sudah 4 tahun berlalu dan dia baru kembali sekarang...

But she's change... She really, really change...

4 years ago, I still like her..

Yes, I like her... And she is the only angel in my life...

Tapi dia tinggalkan saya di sini seorang diri dan pergi ke Rome... Bila dia balik ke sini lagi, dengan senang hati dia nak bawa saya kahwin lagi...

Jadi hati saya yang sakit ini macam mana? Perasaan sakit hati saya ditinggalkan ini langsung dia tidak fikirkan?

Dia sudah berbeza dari wanita yang saya kenali...

Saya tidak dapat terima dia lagi...

"Harris, are you joking?? Kenapa perempuan hodoh ni kau nak pertahankan??" tanya Cindy tidak puas hati.

"Hei... Apa kau buat—" Ayat Nava terhenti bila dia melihat Theo menggenggam erat tangannya.

"Sama macam kau 4 tahun yang lalu... Jika kau tidak tinggalkan saya 4 tahun yang lalu, saya mungkin akan jadikan kau isteri saya," kata Theo pula. Wajah tanpa perasaan itu hanya memandang Cindy.

"Harris, that was 4 years ago... I'm different now. I am more beautiful than before. Kita sudah boleh kahwin sekarang... Please, Harris, don't leave me!" kata Cindy pula. Dia cuba untuk mendekati Theo namun Theo menjauhi dia pula.

"Jadi, kau mahu kau cantik dulu baru kau nak kahwin dengan saya? What the fuck?... 4 tahun itu bukan sekejap, Cindy. Kau tinggalkan saya 4 tahun tanpa berita dan sekarang kau tiba-tiba datang dan bawa saya kahwin. You think my feelings is a joke for you?" balas Theo dingin.

Cindy mula menangis. "Harris, please... I'm sorry... Saya cuma tidak mahu orang lain cakap buruk tentang kau sebab ada isteri yang buruk..."

"And if I marry you, people would say my wife have done plastic surgery before. What is the difference anyway??" kata Theo pula.

"Cindy, sudahlah... What's the past, let it be past.... Saya sudah ada hidup saya sendiri dan kau ada hidup kau sendiri. Saya mahu kau balik ke hidup kau dan jalani hidup kau sendiri," kata Theo pula.

Mata Cindy melekat di muka Nava. Terus saja amarahnya menaik. "Damn you, woman!!! Ini mesti kerja kau, kan? Kau yang buat Harris tak suka saya lagi. Kau memang betina kurang ajar!!" teriak Cindy memaki hamun Nava.

"Tiada guna kau nak memaki dia. Dia tidak bersalah dalam hal ni. Kau kembali lah ke hidup kau... Carilah orang yang boleh terima kau!" kata Theo pula.

"Kau ingat semuda itu saya nak cari orang lain selain dari diri kau, Harris?! Selama 4 tahun saya di Rome, saya hanya pikir kan pasal kau saja... Saya tidak kisah, saya nak kau juga jadi suami saya, Harris... Isteri pertama atau... Isteri kedua... I'm not gonna wasting my life in Rome for 4 years if I didn't get you!" kata Cindy dengan nekad.

"I will never get married with you, Cindy... I don't have the feelings for you anymore," kata Theo lagi.

"Kau tak tahu saya, Harris. Selagi saya belum dapat apa yang saya mahu, saya tidak akan mengalah..." Cindy memandang ke arah Nava pula. "Kau ingat perempuan, selama kau masih hidup di rumah ni atau masih ada di kehidupannya Harris, saya tidak akan pernah menyerah. Saya tidak kisah kalau salah satu dari kita gadaikan nyawa untuk dapatkan Harris, saya rela!!!"

"Jangan buat kerja gila, Cindy!" balas Theo.

Cindy memandang Theo dengan tajam. "Watch me!"

Cindy mengambil begnya lalu dia berjalan keluar dari rumah itu.

Di pintu, Cindy bertembung dengan Dion. Dion terkejut melihat ada perempuan cantik dan seksi keluar dari rumah Theo awal pagi itu.

Dion merenung wanita itu. Dia rasa macam dia kenal tapi siapa?

Tanpa menunggu lama, Dion masuk ke dalam rumah dan dia melihat Theo dan Nava di ruang tamu. Nava masih ada di belakang Theo sambil Theo memegang tangan Nava.

Ada pergaduhan kecik kah??

"Selamat pagi, Tuan.."

"Tuan, tadi itu siapa?" tanya Dion.

"Cindy!" jawab Theo ringkas.

Dion kelihatan terkejut. "Cindy??? Cindy Whales? Apa jadi dengan dia, Tuan?? Dia nampak cantik lah!" balas Dion pula.

"Plastic surgery!" jawab Theo ringkas lalu dia berjalan ke tingkat atas.

Dion ternganga mendengarnya. Plastic surgery? Patutlah...

"Urus Nava dan pastikan sebelum saya balik ke rumah ni, dia sudah tiada!" kata Theo semasa dia berjalan di tangga.

"Okey, Tuan!!" kata Dion.

Nava mendekati Dion. "Siapa perempuan tadi?? Kenapa dia begitu kejam?? Macam Roh Jahat!" tanya Nava.

Dion bingung mendengar perkataan 'Roh Jahat' dari mulut Nava tapi dia tetap menjawab soalan Nava.

"Oh, itu adalah Cindy Whales.. Dia ialah teman wanita Tuan empat tahun yang lalu. Tapi mereka break sebab Cindy menghilangkan diri di luar negara tanpa khabar. Tak sangka dia sudah kembali ke sini setelah empat tahun," terang Dion pada Nava.

Nava mengangguk saja mendengarnya. Cindy nama dia? Perangai dia mengalahkan Roh Jahat betullah... Agak-agaknya dia tu anak Devil dari neraka... Suka hati saja nak tarik rambut saya.. Saya ini Malaikat okey!? Malaikat mana boleh kena tarik rambut macam tu...

"Nava, kau sudah sarapan?" tanya Dion pula.

Nava menggeleng-geleng dengan soalan Dion.

"Hermm, tak apalah, kau duduk di sini dulu... Saya akan belikan kau makanan." Dion memandang keadaan Nava yang masih memakai baju tidur yang diberikan oleh Theo semalam.

"Saya akan belikan kau baju barulah kalau begini."

Dion terus keluar dari rumah itu lagi untuk membeli sarapan dan baju tidur untuk Nava.

Tinggallah Nava di sana terkebil-kebil di ruang tamu. Nava memandang sekeliling. "Apa saya nak buat ni sekarang??"

Nava memegang lehernya. "Saya rasa nak minum lah!"

Nava berjalan ke dapur untuk mencari air.

Dia bingung hendak mencari air di mana. Nava membuka semua rak untuk mencari air. Dia membongkar semua makanan yang di simpan di dalam rak itu.

Akhir sekali Nava membuka peti sejuk dan dia melihat ada botol minuman di sana. Nava dengan gembiranya mengambil botol.

"Saya pernah nampak orang minum ni. Macam ni kah..." Nava membuka tutup botol dan akhirnya terbuka.

Nava berteriak gembira lalu dia meminum air itu sehingga habis. Setelah habis dia membuang botol itu ke atas lantai.

Nava memandang ke dalam peti sejuk lagi dan mengambil kotak susu yang besar dari dalam peti sejuk itu. "Apa ni??" Nava terus membuka tutup kotak dan dia meminumnya.

"Wah, manisnya!"

Setelah habis susu itu diminumnya, Nava memandang ke dalam peti sejuk pula. Dia mengambil kotak jus oren pula. Sekali lagi, Nava mengambil kotak itu dan mula meminumnya.

Nava menuju ke meja makan sambil meminum jus oren itu. Nava melihat banyak buah-buahan di atas meja. Nava terus menuju ke meja itu dan mengambil sebiji epal.

Nava memakan epal itu.

Habis epal itu dimakan, Nava mengambil buah oren. Dia terus menggigit buah oren itu tanpa membuka kulit pun.

"Arh, eww... Tidak sedap!" kata Nava lalu dia membuang buah oren itu ke atas lantai.

Nava mengambil buah oren yang lain dan makan. Jika dia merasa tidak sedap dengan buah oren itu, Nava membuangnya ke lantai.

Nava berganjak pula ke rak yang dia bongkar tadi. Nava mengambil bungkusan makanan ringan dan cuba untuk membuka bungkusan potato chips itu.

Berulang kali dia cuba membuka sampailah dia menggigit bungkusan itu. Habisnya, semua potato chips itu berselerakan di atas lantai.

Nava terus memungut satu potato chip dan dia memandang potato chip itu. Tidak lama kemudian, dia memasukkan potato chip itu ke dalam mulutnya.

"Herm, sedap!"

Nava mengambil potato chips yang ada di lantai dan memakannya.

"Apa yang kau buat ni?!"

Nava berhenti makan dan menoleh ke arah Theo.

Theo sedang berdiri tegak di depan Nava sambil memandang Nava dengan mulut ternganga.