Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 14 - Nava Hilang?

Chapter 14 - Nava Hilang?

Nava tersenyum lebar setelah dia berpuas hati dengan kerjanya. Nava memandang tangannya. Dia melonjak-lonjak gembira kerana tidak menyangka yang dia masih boleh menggunakan kuasanya walaupun dia seorang manusia.

Jaeden yang masih lagi terdiam di tempat dia berdiri itu melihat Nava masuk ke dalam bangunan. Dia cepat-cepat mengejar Nava.

"Nava, kau yakin mahu masuk di dalam? Macam mana kalau semuanya orang jahat di dalam?" tanya Jaeden pula.

"Saya kan masih ada kuasa saya... Tak apalah, saya boleh jaga diri saya sendiri. Kau hanya tengok saja saya buat kerja. Okey?" kata Nava yang tersenyum senang itu.

Jaeden hanya merenung Nava yang terlihat yakin dengan dirinya sendiri. 'Tak apa... Yang penting, dia yakin yang dia boleh jaga diri dia sendiri. Kalau ada jadi apa-apa pun, saya ada di sini untuk tolong dia...'

Nava mundar-mandir di tempat itu untuk mencari di mana Luis.

Semua orang yang ada di sana terus memandang Nava dengan wajah yang kehairanan.

Ada juga yang sedang memandang Nava dengan mata buaya mereka bila mereka melihat ada perempuan secantik Nava masuk ke dalam itu.

Jaeden yang perasan dengan pandangan mata itu, terus menarik Nava ke satu lorong yang kosong. Jaeden memandang Nava dari atas ke bawah.

"Kau tiada pakaian lain? Baju untuk menyamar atau apa kah... Kalau kau pakai begini, semua orang di sini akan kenal dengan muka kau," kata Jaeden pula.

Nava memandang keadaan dirinya. Dia memakai baju yang biasa-biasa saja tapi apa yang dikatakan oleh Jaeden itu ada betulnya. Nava perlukan sesuatu untuk menutup wajahnya supaya identiti dia masih selamat.

"Biar saya cuba," kata Nava.

Nava memetik harinya lalu dalam sekelip mata, tubuhnya dibaluti dengan jubah kulit panjang yang berwarna hitam, yang menutupi hingga ke paras pergelangan kaki dia.

Di kepala Nava pula ada sebuah topi hitam dan mukanya ditutup dengan topeng yang berwarna hitam, yang hanya menutupi hidung dan mulutnya saja.

Nava memandang ke arah Jaeden pula. "Macam mana??" tanya Nava.

Jaeden mengangguk kecil. Sekarang wajah Nava susah untuk dikecam dengan pakaian seperti itu.

"Okey, selamat!"

Mereka pun terus berjalan lagi.

Nava berhenti di depan sebuah pintu bila dia mendengar suara orang bercakap. Dia menekup telinganya ke pintu itu.

Jaeden pula hanya memandang gelagat Nava.

Tidak lama kemudian, Nava menggeleng. "Bukan di sini. Dia tiada di sini."

Mereka berjalan lagi. Akhirnya mereka tiba di hujung sebuah bilik. Belum sempat mereka tiba di bilik itu, tiba-tiba ada seorang lelaki terbuang ke pintu sehingga pintu itu tercabut.

Nava terkejut.

Dia semakin terkejut bila melihat orang itu ialah Luis. Nava segera mendapatkan Luis yang sudah terbaring kesakitan di atas lantai. Dia memegang tangan dan dada lelaki itu.

"Luis, kau okey?" tanya Nava.

Luis segera menoleh ke arah Nava bila dia kenal dengan suara itu. Dia terkejut. "Kau—kenapa kau ada di sini?"

"BUNUH DIA!!"

'Bunuh dia... Apa!?' Pikir Nava dalam hati.

Luis menoleh laju ke dalam bilik dari tempat dia keluar tadi. Dua orang lelaki mengeluarkan pistol mereka dan mengarahkan muncung pistol ke arah Luis.

Luis terkejut. Dia segera memeluk Nava dan dengan cepat, dia bergolek ke tepi bersama dengan Nava.

Bang!! Bang!!! Bang!!!

Nava terkejut mendengar bunyi tembakan.

Jaeden yang juga sedang memandang itu, tekejut melihat ada orang bersenjata di dalam bilik itu. "Apa yang berlaku ni?"

Tapi sayang, cuma Nava yang boleh dengar cakap dia. Itupun Nava tidak melayan dia sebab dia sendiri pun bingung dengan keadaan yang dia hadapi sekarang.

"D*mn human!" kata Jaeden dengan geram. Dia mengayunkan tangannya dan pistol yang dipegang oleh dua orang lelaki itu terus terbuang jauh dari mereka.

Dua orang lelaki itu saling berpandangan dengan wajah masing-masing kehairanan.

"Kamu berdua tunggu apa lagi! Tangkap lelaki tu! Pastikan korang dapat tangkap dia! HIDUP ATAU MATI!!!"

"Semuanya, tangkap lelaki bangsat tu... Jangan biarkan dia lari!"

Luis berdiri sambil menarik tangan Nava. "Lari!!"

Mereka berdua pun berlari meninggalkan tempat itu.

Keadaan menjadi huru-hara apabila banyak orang yang berbahaya mengejar Luis dan Nava.

"Kenapa mereka kejar kau?? Apa yang kau sudah buat ni??" tanya Nava dalam keadaan cemas.

"Saya akan ceritakan kemudian. Sekarang ni kita kena lari," kata Luis pula.

Dia berpaling ke belakang, memandang Nava. "Don't worry, I'm not a bad guy."

Mereka terus berlari. Luis terpaksa mencari jalan keluar lain kerana mereka selalu bertembung dengan orang-orang yang ingin menangkap dia.

Tempat itu bagaikan 'labyrinth'. Kalau masuk ke bilik lain, akan tembus ke jalan lain. Dan bila melalui lorong lain, akan tembus di lorong lain lagi.

Nava juga ikut pening dengan keadaan struktur bangunan itu.

"Kita kena keluar dari bangunan ni. Kalau tidak, kamu akan ditangkap!" kata Jaeden pada Nava. Dia tidak ikut berlari seperti Nava tapi dia hanya terbang di udara sambil mengikuti ke mana Luis dan Nava pergi.

"Saya tahu!" balas Nava dengan suara perlahan sambil menjeling Jaeden. 'Untungnya dia boleh terbang, saya pula penat-penat berlari dari tadi lagi. Saya mungkin boleh guna saja kuasa saya di sini dan bawa Luis keluar tapi saya tidak mau buat Luis curiga saya siapa.'

"Apa kau cakap tadi??" tanya Luis. Dia dengar suara Nava bercakap tapi dia tidak faham apa yang Nava sedang cakap.

"Saya cakap, kita kena keluar dari sini," kata Nava, sengaja memberi alasan lain.

"Tahu... Sebab itu saya sedang cari jalan rahsia keluar dari sini," kata Luis.

"Tempat ni ada jalan rahsia??" tanya Nava.

"Tiada tapi saya buat jalan rahsia sebab saya tau perkara macam ni satu hari nanti akan berlaku juga," kata Luis pula.

Luis berhenti di depan sebuah bilik. Dia cuba membuka bilik itu namun tidak berjaya. Luis terus menendang pintu itu dengan sekali tendangan lalu pintu itu terbuka.

Nava terus terlopong. 'Kuatnya...'

"Hmm, not bad," kata Jaeden dari belakang.

Nava hanya menjeling lelaki itu.

Luis terus masuk ke dalam bilik itu sambil menarik Nava.

Setelah pintu ditutup, Luis menolak perabot untuk menghalang pintu itu daripada dibuka dari luar.

Tidak lama kemudian, terdengar suara orang dari luar berteriak. "Saya nampak dia ke sini tadi!!"

"Cepat!!! Cari dia... Kalau tidak boss yang akan bunuh kita!"

Nava memandang Luis dengan wajah cemas. Entah kenapa dia merasa cemas sedangkan dia tahu yang dia boleh melawan orang-orang itu.

Luis mendekati katil yang bersaiz 'queen' lalu dia menolak katil itu. Melihat Luis sedikit lambat menolak katil itu kerana katil itu terlalu besar, Nava menggunakan kuasanya untuk menolong Luis.

Dia menaikkan jarinya secara sembunyi-sembunyi.

Akhirnya, Luis berjaya mengalihkan katil itu dengan bantuan Nava. Luis membuka sebuah pintu rahsia di bawah katil itu. Setelah Luis membukanya, Luis memandang ke arah Nava.

"Get in!"

DARRRR!!!

Bunyi pintu di bilik itu dirempuh dari luar. Nava dan Luis segera menoleh ke pintu itu.

"Dia di sini!!!"

Luis terus menarik tangan Nava. "Cepatlah... Kenapa kau masih tercegat di sini?" kata Luis. Dia memaksa Nava untuk masuk ke pintu itu.

"Go, Nava... Saya akan tahan dorang!" balas Jaeden.

Nava mengangguk memandang Jaeden lalu dia masuk ke dalam pintu itu dan diikuti oleh Luis.

Jaeden memandang ke arah pintu masuk tadi. "Korang pikir, korang boleh masuk ke dalam sini selagi saya masih ada di sini?"

Jaeden mengangkat tangannya ke arah pintu dan dengan kuasanya, dia menahan pintu agar semakin susah untuk dibuka.

***

***

DION yang sudah cemas dan berputus asa itu terus mendail nombor telefon majikannya.

"HELLO?"

"Tuan, maaf sebab saya mengganggu... Tapi saya tidak tahu Nava ke mana!"

"Apa maksud kau?"

Dion ragu-ragu untuk memberitahu Theo tentang Nava.

Dion berfikir kalau Nava sedang berjalan di sekitar kawasan rumah sewanya tapi setelah Dion mencari dalam waktu yang lama, dia takut pula kalau ada jadi apa-apa pada Nava.

"Kenapa dengan Nava?"

"Nava... Nava hilang, Tuan!"