NAVA mengambil sapu tangan itu dan mengelap air mata dia.
Theo bergerak ke sebelah Nava dan duduk di sebelah wanita itu.
Theo tidak bertanya apa-apa dan tidak pun memandang wanita itu. Dia hanya membiarkan Nava menangis di sebelah dia.
Theo yang sudah mencari Nava sejak tadi itu terjumpa dengan Nava yang menangis seorang diri di taman itu.
Di dalam fikiran dia, Nava mungkin menangis sebab dia tidak dapat pulang.
Tapi kenapa dia mahu menangis pula?
Kenapa Nava tidak balik ke rumah saja tadi?
Nava memandang ke arah Theo.
Theo juga memandang ke arah Nava.
Nava terus menyerahkan sapu tangan itu kepada Theo lagi. "Terima kasih!"
Theo memandang sapu tangan itu dengan wajah tegang. 'Dia bagi balik saya sapu tangan itu lepas dia guna untuk lap air mata dan cecair dalam hidung dia?'
"Kau tidak mahu kain ni lagi?" tanya Nava dengan rasa hiba yang masih ada.
Sejujurnya, dia bukannya sedih sangat pun. Tapi oleh kerana ini adalah pertama kalinya dia menangis, jadi perasaan itu berlanjutan sehinggakan dia menangis dengan sangat teruk.
"Tak apalah, kau pegang saja sapu tangan ni. You need it more than I am!" kata Theo.
Nava merenung sapu tangan itu laku dia menyimpan sapu tangan itu di poket seluar yang dia guna.
"Why did you run away from Dion?" tanya Theo.
Nava terdiam sekejap. Dia berfikir macam mana mau menjawab soalan itu. Takkan dia mahu beritahu Theo yang dia tengah kejar manusia yang perlu dia tolong pula?
Nava menoleh ke arah Theo.
Wajah dingin Theo itu masih tidak berubah sambil dia memandang ke depannya, tidak mempedulikan Nava yang sedang merenungnya.
"Saya ingat kau mahu pergi sebab kau tidak suka dengan rumah yang Dion cadangkan tu.... Atau kau memang tidak suka dengan rumah itu?" kata Theo.
Nava menjadi kelam-kabut sedikit. "Bukan, bukan macam tu.... Saya.... Saya...."
Anak mata Nava digerakkan ke sekeliling, berusaha mencari alasan yang sesuaikan untuk memberitahu Theo.
Akhirnya dia melihat ada kucing tidak jauh dari tempat mereka duduk.
"Saya nampak ada kucing di luar rumah.. Jadi saya ikut. Tapi saya tidak perasan pula yang saya sudah jauh," kata Nava.
Nasib saya ingat nama haiwan ni kucing... Kalau saya sebut haiwan ni sembarangan, habis kelentong semua penipuan saya.
Malaikat pun pandai menipu. Nava, Nava...
Theo hanya mengangguk mendengarnya. Malas dia mahu berfikir sama ada apa yang Nava cakap itu betul atau tidak...
"Saya akan hantar kau pulang. Kalau kau hilang, saya pula yang terpaksa berdepan dengan soalan dari pihak polis. Malas lah nak bercakap dengan polis ni, menyusahkan!" kata Theo.
Theo berdiri dan dia mau kembali ke kereta dia.
Theo berhenti dan memandang ke arah Nava lagi bila dia sedar Nava masih duduk di bangku itu.
"Kau mahu saya tolong hantar kau atau kau nak jalan kaki sendiri," kata Theo pula.
Nava terus berdiri dan dia berlari ke arah Theo.
Theo hanya memandang Nava sebelum dia berjalan ke kereta dia lagi.
Theo masuk ke dalam kereta tanpa membukakan pintu untuk Nava.
Nava pula masih di luar. Berfikir dia cara untuk masuk ke dalam kereta itu. Lama dia berdiri di sana sampaikan Theo harus membunyikan hon kereta untuk memberi isyarat pada Nava agar segera masuk.
Theo mengeluh bila Nava masih tidak masuk ke dalam kereta sedangkan dia sudah membunyikan hon kereta.
Theo keluar lagi dan dia mendekati Nava.
Nava memandang ke arah Theo dengan wajah yang takut saja.
Theo terus membuka pintu untuk Nava.
Perlahan-lahan, Nava masuk ke dalam. 'Oh, begitu kah nak masuk ke dalam kereta??? Kalau saya tahu, tidaklah saya terpaksa tunggu dia buka pintu untuk saya...'
Theo kembali ke tempat duduk pemandu selepas dia menutup pintu.
Setelah beberapa minit, Theo menghidupkan enjin kereta.
Nava hanya diam sambil dia memandang ke luar. Dia melihat ada tombol kawalan cermin. Nava yang ingin tahu terus menekan tombol itu.
Cermin kereta di samping Nava pun terbuka.
Nava ternganga melihat cermin itu turun.
'Woah, apa ni?? Macam mana cermin ni boleh turun begini?'
Nava menekan tombol lain lalu cermin itu naik lagi.
'Wah, best nya... Saya cuma tekan ni dan cermin ni pandai turun dan naik dengan sendirinya.... Waah, pandai pula manusia buat benda macam ni...'
Nava pun mula bermain dengan cermin itu.
Theo melirik ke arah Nava. Hairan dia melihat Nava yang teruja bermain dengan cermin kereta itu.' Dia ni tidak pernah naik kereta kah?? Kenapa dia main dengan cermin kereta pula?'
Theo pun menekan tombol untuk di bahagian dia supaya Nava tidak lagi dapat bermain dengan cermin itu.
Nava menekan keras sedikit bila melihat cermin itu sudah tidak bergerak lagi. Dia menekan tombol lain tapi tidak juga bergerak.
' Aii, sudah rosak kah?'
Akhirnya, Nava pun duduk bersandar di bangku dengan perasaan kecewa.
Theo tersenyum kecil bila dia melihat Nava tidak lagi dapat bermain dengan cermin itu.
Tiba-tiba, perut Nava berbunyi dengan kuat.
Nava terus memegang perutnya. 'Eh, perut saya berbunyi lah!!! Sakit lagi.... Ini maknanya saya lapar kah ni??? Tapi, di mana mau cari makanan malam-malam macam ni??'
Theo menoleh ke arah Nava.
Nava juga memandang ke arah Theo.
"You want to eat?" tanya Theo.
Nava mengangguk macam budak kecil.
Theo mengeluh.
Theo pun memandu kereta dia untuk mencari restoran yang berdekatan.
Setelah sampai di sana, sekali lagi Theo terpaksa membuka pintu untuk Nava kerana Nava langsung tidak mau keluar.
"Kau ingat kau tu tuan puteri sampai saya nak buka pintu kereta untuk kau?!" perli Theo bila Nava keluar dari perut kereta.
Nava mencebik kecil mendengarnya. Bukan saya tidak mau keluar. Tapi saya mana tau nak buka pintu. Mahu saja saya guna kuasa saya untuk keluar dari sini, tapi saya tidak boleh bagi tahu manusia tentang identiti saya ni...
Theo memilih meja yang ada di tepi sekali. Memandangkan dia pun lapar, dia pun membawa Nava makan di sana. Theo juga merasa lapar kerana dia terus saja mencari Nava dari tadi dan tidak sempat untuk menjamah makanan.
Theo mengeluarkan telefonnya dan menghantar mesej melalui WhatsApp untuk memberitahu Dion supaya lelaki itu tidak lagi risau tentang Nava.
Nava hanya memandang Theo menekan di skrin telefonnya. Nava sudah pernah melihat manusia bermain dengan benda itu dan kalau dia tidak silap, nama benda itu ialah telefon pintar.
Theo perasan Nava asyik memandang ke arahnya. "Kenapa kau tengok saya begitu dari tadi lagi?"
Anak mata Nava berpindah ke wajah Theo. "Saya saja nak tengok telefon tu," kata Nava.
Nasib baiklah ada juga yang dia masih ingat dengan nama-nama benda di dunia manusia ni...
"Kau tiada telefon?" tanya Theo.
Nava menggeleng-geleng. 'Malaikat mana guna semua benda ni...'
Theo mengeluh lagi. 'Aduh... Kalau dia ada telefon kan senang sikit. Tidak payahlah saya kena cari dia lepas ni kalah dia hilang...'
"Mana telefon kau??" tanya Theo.
"Saya mana guna alat tu... Alat tu tak akan berguna pada saya pun," kata Nava lagi.
"Telefon ni sangat berguna kalau kau tau macam mana cara nak guna ni. Lagipun, kalau lepas ni kau hilang lagi, tak payahlah saya kena cari kau ke hulu ke hilir. Saya boleh saja track telefon kau dengan telefon saya," kata Theo.
Dahi Nava berkerut. "Kau nak cari saya kenapa? Kalau saya hilang, kenapa kau nak cari juga???" tanya Nava. Berkerut dahi dia ingin tahu apa jawapan Theo.
Pertanyaan Nava itu membuatkan Theo membisu. Dia berfikir sekejap. 'Yalah, kenapa saya perlu cari dia sedangkan dia bukan siapa-siapa bagi saya... Kenapa saya nak susahkan diri saya cari dia...'
Theo tidak menjawab soalan itu kerana ada pelayan yang datang untuk mengambil pesanan mereka.
Theo tahu Nava akan lambat memilih pesanan jadi dia tolong untuk pilih makanan bagi Nava.
Pelayan itu pun berlalu setelah mendapat pesanan.
Theo dan Nava pun duduk di sana untuk menunggu pesanan.
"Excuse me, boss... Apa yang buat boss buat di sini... Dengan perempuan ni??"