Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 10 - Dapur(2)

Chapter 10 - Dapur(2)

"Apa yang kau buat pada dapur saya ni?? Why is it so mess in here?" kata Theo sambil dia memandang sekeliling.

Botol mineral dan kotak susu terampai di lantai...

Rak terbuka dan semua isi di dalamnya dikeluarkan....

Peti sejuk dibiarkan berbuka...

Buah-buahan bertaburan di lantai...

Sisa epal ada di dekat kaki Theo...

Sisa potato chips bertaburan di mana-mana...

Apa-apa pun, keadaan di dapur itu sangat tidak terurus. Macam baru dilanda gempa bumi. Seluruh lantai rumah dipenuhi dengan bekas plastik, makanan dan lain-lain lagi.

"Saya makanlah... Apa lagi!" balas Nava sambil dia memakan lagi potato chips yang ada di atas lantai.

"Don't eat that, it's dirty!!" kata Theo dengan muka dingin.

Nava berhenti makan. Dia terus membuang potato chips itu.

Nava mengambil pula bungkusan makanan ringan yang lain.

Theo mengeluh melihat sikap Nava. Dia yang bersedia untuk pergi ke pejabat hari ini terkejut melihat Nava di dapur dan keadaan dapur sungguh berselerak.

Apa kena dengan perempuan ni... Kenapa dia buat dapur saya selerak macam ni?!

"Kenapa kau buat dapur saya macam ni?" tanya Theo.

"Saya lapar!" balas Nava dengan muka 'innocent'.

Dia buat dapur saya begini hanya sebab dia lapar?

Theo mengeluh.

Theo menarik bahu Nava dan menyuruh dia untuk duduk. Nava hanya menurut.

Theo menaikkan hujung lengan bajunya sehingga ke paras siku sehingga menampakkan tangannya yang sasa dan putih itu.

Theo mula mengambil penyapu dan mula mengemas dapur itu.

"Dion mana pula ni? Kenapa dia biarkan perempuan ni sendiri di dalam rumah saya... Kalau saya lambat turun tadi, mungkin dia sudah buat rumah saya terbakar," bebel Theo seorang diri.

Nava hanya memandang Theo dengan wajah blur. Dia memandang ke arah botol kotak jus oren yang dia tinggalkan di atas meja tadi. Nava mengambil kotak itu dan mula meminum jus oren itu.

Theo menoleh ke arah Nava dan dia menggeleng-geleng dengan sikap Nava. "Kalau kau nak minum pun, pakailah gelas!"

Theo mengambil gelas dan mendekati Nava. Dia mengambil kotak jus itu dan menuangkan jus oren itu ke dalam gelas. Theo menyerahkan gelas itu kepada Nava lagi.

Nava pun mula minum dengan menggunakan gelas itu. Oh, minum dengan gelas. Bukan minum terus dengan mulut??

Theo merenung Nava yang meminum jus oren itu dengan wajah riang, macam kanak-kanak yang dapat gula-gula dari mama dia saja gaya Nava ni...

Dengan sekali teguk, jus oren di dalam gelas Nava sudah habis. Nava memberikan gelas itu kepada Theo lagi dengan muka selamba.

"Nak lagi!"

Theo tersenyum sumbing dengan perasaan tidak percaya. Dia hanya memandang gelas itu dan dia menuangkan jus oren itu ke dalam gelas.

Nava meminumnya lagi.

Theo memandang ke lantai dan melihat kotak susu dan botol mineral yang diminum oleh Nava tadi. Saya baru beli itu dua hari yang lalu tapi Nava sudah habiskan semuanya... Dia masih dapat minum jus oren ni walaupun dia sudah minum kotak susu dan air mineral tu?

Theo menggeleng sebelum dia meneruskan kerjanya mengemas dapur itu.

Nava yang masih mahu minum itu terus menuangkan jus oren ke dalam gelasnya.

Tidak lama kemudian, Dion pun sampai di rumah. Dia tidak melihat Nava di mana-mana lalu dia cuba mencari di mana Nava.

Akhirnya dia menjumpai Nava di dapur sedang minum jus oren. Dan bersama Nava ialah Theo.

Dion terkejut melihat Theo sedang mengemas dapur sedangkan Nava pula hanya duduk selamba sambil minum.

Eh pelik betul Tuan saya ni... Kenapa dia yang mengemas dan bukannya perempuan ni??? Rajin pula Tuan saya ni mengemas... Peliknya lagi, tidak pula dia memaki hamun Nava ni...

Theo sedar Dion sudah datang dan dia memandang ke arah Dion. "Baru sampai...?? Kau dari mana saja ni?" tanya Theo dengannya sinis.

Dion tersengih. "Saya pergi beli sarapan untuk Nava. Satu kali saya beli baju baru untuk dia..."

Theo hanya memandang plastik yang dibawa oleh Dion sebelum dia kembali mengemas.

"Apa yang terjadi di sini?? Kenapa Tuan yang mengemas??" tanya Dion dan dia juga ikut menolong Theo untuk mengemas.

"Siapa lagi yang buat kalau bukan perempuan ni... Kalau saya datang lambat tadi tu, rumah saya sudah terbakar tahu tak! Lagipun, kenapa kau tinggalkan perempuan seorang diri di sini?" Marah Theo dilampiaskan kepada Dion.

"Tuan yang cakap urus dia sendiri, kan?? Jadi saya biarkan dia tinggal di sini dulu," kata Dion pula.

"Kau patut beritahu saya dulu kalau kau nak tinggalkan dia di sini. Kalau ada jadi apa-apa, saya tidak mahu tanggungjawab."

"Maaf, tuan," kata Dion pula.

Theo menoleh ke arah Nava yang masih lagi duduk sambil meminum jus oren itu. Nava memang masih memakai baju tidur biru yang dia berikan kemarin.

Sekali lagi Theo mengeluh.

"Jangan risau, Tuan... Saya sudah jumpa rumah sewa yang tempat dia tinggal nanti. Tempat itu lengkap dengan semua peralatan.. Cuma, tiada bekalan makanan dan pakaian untuk sehari-hari sajalah, Tuan."

"Itu kamu boleh urus, kan?" tanya Theo.

"Boleh, tuan.. Cuma saya tiada duit cukup untuk beli semua kelengkapan dia," kata Dion pula.

"Tak usah nak beli semua kelengkapan dia. Kau cuma beli yang patut saja. Lepas tu suruh dia pergi cari kerja. Nanti dia beli sendiri mana yang tak cukup," kata Theo.

Setelah selesai mengemas, Theo pun kembali ke ruang tamu.

Dion mengikuti dari belakang.

"Saya nak gerak ke pejabat sekarang. Pastikan sebelum saya pulang, perempuan ni sudah tiada. Kalau ada apa-apa masalah, kau boleh call saya," kata Theo. Dia mengambil beg kerjanya.

Theo mengerling ke pintu dapur. Kelihatan Nava sedang mengintai dari pintu dapur. Theo hanya mengeluh lalu dia berjalan ke pintu.

Setelah Theo berlalu, Dion mengeluh lega.

Nasib baik dia tidak mengamuk gara-gara Nava buat hal. Kalau perempuan lain, sudah lama Theo memaki hamun perempuan itu. Tapi bila Nava yang buat dapur Theo berselerak, Theo tidak pula marah-marah, melainkan dia pula yang mengemas dapur itu sementara Nava yang senang-senang duduk di bangku sambil minum.

Ini sudah jadi terbalik ni...

Dion masuk ke dapur semula dan melihat Nava sudah duduk di bangku sambil minum jus oren yang tadi.

"Miss Nava, sepatutnya Miss tidak boleh begitu pada Tuan Theo. Dia tidak suka kalau ada orang buat kacau di rumah dia macam ni. Kalau Miss Nava tidak mahu Tuan Theo berbuat lebih kejam, Miss harus buat baik!" kata Dion.

"Macam mana pula saya tidak berperilaku tidak baik? Saya tidak buat dia luka pun!" balas Nava sambil menghabiskan jus oren di gelasnya. Marah dia bila Dion menuduh dia sudah berkelakuan tidak baik. Dia ni Malaikat, bukan manusia macam dorang...

"Ya, Miss Nava. Walaupun Tuan Theo tidak luka tapi buat kecoh di rumah orang itu salah!" kata Dion lagi.

Dion mengambil piring untuk menghidangkan nasi goreng yang dibelinya di pasar tadi.

"Setelah makan, saya akan hantar kau ke rumah sewa kau. Lepas itu baru kau cari kerja kau sendiri. Kau tidak boleh selamanya susahkan Tuan Theo di rumah dia ni," kata Dion, meletakkan pinggan itu di depan Nava.

Nava memandang nasi goreng itu. Apa ni?

Nava mengambil senduk yang ada di atas piring dan mula makan.

Satu suapan membuatkan Nava teruja. Dia tidak pernah merasa makanan yang sedap ini. Dengan lahapnya, Nava makan semua nasi goreng itu.

Dion pula yang terkebil-kebil melihat Nava makan. Macam orang yang tidak makan 100 hari saja kelakuan dia. Tuan Theo tidak bagi dia makan semalam sampai dia kebuluran betul ni pagi kah?

Setelah siap sarapan, Dion menyuruh Nava menukar baju kepada baju yang dia beli tadi. Sambil itu Dion mengemas piring yang digunakan oleh Nava tadi.

Tidak lama kemudian, Nava turun ke tingkat bawah setelah siap menukar pakaian.

Ketika dia turun, Dion terkejut melihat penampilan Nava. Nava sangat cantik bagaikan seorang Malaikat. Kalau dia dipadankan dengan Tuan Theo...?

Eh, apa yang saya fikir ni...

"Mari lah kita jalan!" Dion kata dan dia berjalan ke pintu. Nava hanya mengikuti dari belakang.