Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 13 - Mengikuti Luis

Chapter 13 - Mengikuti Luis

Di belakang, kelihatan seorang gadis sedang berjalan sesenyap yang mungkin sambil mengikuti Luis dari belakang.

Luis sedar ada orang yang mengikutinya di belakang tapi dia buat tidak tahu.

Nava terus mengikuti langkah Luis. Dia mahu tahu ke mana Luis pergi.

Sampai di satu simpang jalan, Nava tidak melihat Luis di mana-mana lagi.

'Aih, mana pula dia pergi?'

'Tadi dia ada di depan mata saja tadi tapi kenapa dia tiba-tiba hilang?'

Nava pun memandang sekeliling untuk mencari di mana Luis menghilang. 'Dia ke mana tadi??'

Tiba-tiba, seorang lelaki menerpa laju ke arah Nava dan menolak bahu Nava ke dinding.

Tangan kirinya ditopangkan ke dinding, menghalang laluan Nava.

Nava terkejut. Dia cuba bergerak ke sebelah kiri pula tapi tangan kanan lelaki itu ditopangkan ke dinding lagi, menghalang jalan Nava dari kedua-dua arah.

Nava kini tersepit diantara kedua-dua tangan lelaki itu.

Tapi bila Nava mengangkat muka melihat pemilik tangan itu, dia terlopong. 'Luis?'

Luis memandang Nava dengan renungan yang tajam.

Oleh kerana tinggi Nava hanya separas dagu dia saja, Luis senang mahu menatap muka gadis itu. Dia hanya perlu menunduk sedikit saja dan matanya sudah pun melekat di wajah Nava.

Nava membalas pandangan mata Luis.

"Kenapa kau ikut saya dari tadi ni? Kau nak apa??" tanya Luis.

Nava hanya memandang Luis sambil fikiran dia sibuk memikirkan alasan apa yang patut dia berikan kepada Luis...

"Kau tidak mahu bersuara??" tanya Luis pula.

Luis mendekatkan wajahnya ke wajah Nava, sengaja mahu menduga perasaan gadis itu.

Nava tersentak dengan perbuatan Luis. Dia dapat merasa nafas Luis di hidungnya sendiri.

Tiba-tiba saja jantungnya berdegup kencang.

'Kenapa jantung saya berdegup kencang begini?'

'Ini pun manusia boleh rasa kah?'

"Saya... Saya saja nak tahu kau mahu ke mana," jawab Nava.

Luis tersenyum. Mukanya ditarik sedikit, memberikan jarak di antara wajah mereka.

"Yakah?? Kenapa kau nak ikut??? Takkan perempuan cantik macam kau ni nak ikut saya ke tempat kerja saya?" balas Luis pula.

Nava terkebil-kebil. 'Aduh, susahnya manusia ni. Pelik betul, tidak boleh kah kalau saya bagi alasan tu dan kau terima saja... Kalau saya cakap saya nak ikut tu, biarlah saya ikut...

Kenapa masih mahu tanya banyak alasan? Banyak songeh betul manusia ni...'

"Kenapa kau banyak tanya pula?? Kalau saya cakap saya nak ikut, tidak boleh kah kalau biarkan saya ikut saja. Saya bukannya buat apa-apa pun, nak ikut saja," balas Nava pula.

Luis terdiam sekejap.

Lama dia memandang Nava.

Tiba-tiba, dia tersenyum lagi.

Dia terus menarik kedua-dua tangannya daripada 'mengepung' Nava. "Saya tak tahu kenapa kau tiba-tiba ikut saya... But for your information, lady.... You shouldn't follow me. I'm a dangerous man. A nice and pretty lady like you shouldn't follow me around."

Nava tidak menjawab malah dia hanya merenung saja Luis.

Luis tersenyum lagi tapi terlihat seperti sebuah senyuman sinis....

"Don't follow me again if you don't want to get in danger," kata Luis. Dia meninggalkan tempat itu tanpa menoleh ke belakang lagi.

Nava mengeluh melihat sikap Luis. 'Grandma Pie adalah manusia pertama yang saya perlu tolong... Tapi Luis juga saya perlu tolong sebab dia adalah cucu kepada nenek itu.'

'Tak apa kau, Luis. Sekarang ni memang kau tak mahu saya ikut kau... Tengok lah nanti... Kau akan menyesal sebab tak biarkan saya mengikuti kau... Cehh...'

"Siapa lelaki tu?" sapa satu suara yang betul-betul ada di belakang Nava.

Nava terkejut sehingga dia terlompat dan melangkah lebih jauh dari tempat dia berdiri tadi.

Nava siap buat gaya 'kungfu' lagi sebab dia terlalu terkejut.

Nasib baik dia tidak pandai melatah....

Nava mengeluh lega bila melihat orang itu adalah Jaeden.

"Jaeden, apahal kau ni?! Tegur saya bagus-baguslah... Kenapa kau tegur saya begitu???" marah Nava lalu dia terus menumbuk tangan Jaeden.

Jaeden mengusap tangannya. Memang tidak sakit tapi dia makin hairan tengok Nava, sebab Nava suka memukul sekarang ni...

Berbeza dengan karakter dia masa dia jadi Malaikat lagi.

'Yalah, kan sekarang Nava tu manusia sudah...'

"Apa hubungan kau dengan lelaki tu??? Itu kah lelaki yang tolong kau hari tu?" tanya Jaeden pula sambil memandang Luis yang sudah makin menjauh.

"Bukanlah... Bukan dia yang selamatkan saya... Dia tu adalah manusia pertama yang saya perlu tolong..."

Jaeden terus menoleh ke arah Nava. "Kau sudah jumpa orang yang perlu kau tolong?? Wah, cepatnya!" kata Jaeden yang turut merasa gembira.

"Ini Nava lah.... Semua kerja mestilah saya boleh buat..." kata Nava memuji diri sendiri.

Jaeden terus ketawa mendengarnya. "Yalah, semua kerja pun kau boleh buat... Tapi tengok sekarang, kau kena hukum juga pun," kata Jaeden dengan suara mengejek.

Nava terus menumbuk belakang Jaeden lagi.

Terus saja ketawa Jaeden mati dan dia merenung Nava. Memang tidak sakit... Tapi dia tidak faham kenapa Nava suka memukul dia kalau dia mahu mengusik gadis itu...

"Kerja kau sudah siap? Kalau kau datang sini sebab nak kacau saya, baik kau pergi balik.... Siapkan kerja dulu... Kalau kau kena denda nanti... Saya tak nak bertanggungjawab pula," kata Nava.

"Mestilah sudah siap... Takkan saya nak ke sini kalau kerja pun belum siap??" balas Jaeden pula.

Nava hanya merenung Jaeden untuk mendapatkan kepastian dari lelaki itu.

"Apa kau tengok-tengok saya pula? Tengok lelaki yang kau perlu tolong tu... Dia sudah jauh... Baik kau kejar sebelum dia hilang," kata Jaeden sambil dia menunjuk ke arah Luis yang sudah semakin hilang dari pandangan.

Dengan cepat, Nava berlari dan mengejar Luis. Dia lupa dengan ugutan Luis sebelum ini dan terus mengejar Luis.

"Oh, yalah...!!"

Jaeden yang melihat Nava berlari itu hanya menggeleng-geleng. Kerana bagi Malaikat, mereka tidak perlu susahkan diri untuk kejar manusia begitu.

Mereka hanya perlu petik jari saja dan mereka akan muncul di tempat orang itu berada bila-bila masa saja mereka mahu.

Tapi oleh kerana Nava sudah jadi manusia, dia tidak mempunyai keistimewaan itu lagi.

Nava terus mengikuti Luis dan anak matanya tidak pernah hilang daripada memandang bayangan Luis itu. Dia takut hilang jejak dan tidak dapat mengejar Luis lagi.

Sampai satu tempat, Nava melihat Luis masuk di sebuah bangunan yang nampak macam agak lama dan menakutkan...

Macam bangunan yang selalu menjadi tempat persembunyian gengster atau budak samseng.

Berkerut dahi Nava melihat Luis dibenarkan masuk oleh dua orang pengawal yang ada di sana...

"Macam mana ni? Mahu ikut atau tidak?" bisik Nava seorang diri.

Jaeden tiba-tiba muncul di tepi Nava. "Kalau kau tidak berani masuk... Jangan masuklah," kata Jaeden pula. Sengaja mahu mencabar Nava.

Nava menjeling Jaeden pula. 'Eh, Malaikat seorang ni.... Nak mencabar saya nampak?'

"Issh, kau ni... Siapa yang takut? Saya cuma mahu tahu tempat tu selamat atau tidak..."

"Samalah tu." Jaeden mencebik dengan jawapan Nava.

"Sudah, diam-diam boleh tak? Tahulah apa saya mahu buat ni," kata Nava.

"Kau mahu buat apa??" tanya Jaeden.

"Adalah... Kau mahu tengok sesuatu yang hebat??" tanya Nava sambil mengangkat keningnya banyak kali sambil tersenyum miring pada Jaeden.

"Apa??" tanya Jaeden.

"Tengok ni!"

Nava berjalan mendekati dua orang pengawal itu. Bila mereka melihat Nava, mereka terus menghalang pintu masuk dengan tubuh mereka yang besar dan mereka mengangkat tangan ke atas untuk menghadang jalan Nava.

Nava memandang mereka.

Dia tersenyum kecil.

Nava mengayunkan tangannya dari kiri ke kanan dengan cepat. Bila dia buat begitu, keluarlah debu berkilau berwarna putih dari tangan Nava.

Debu-debu berkilau dan berwarna putih itu terus meresap ke dalam sistem pernafasan para pengawalan itu.

Mereka mula merasa pening dan tidak sampai satu minit pun mereka sudah jatuh pengsan di depan pintu.

Nava tersenyum gembira. Berjaya juga dia menghasilkan Debu Tidur.... Ingat masa jadi manusia ni, dia tidak akan dapat menghasilkan Debu Tidur itu lagi...

Jaeden pula yang terlopong melihat Nava masih mempunyai kuasanya walaupun dia seorang manusia. Mungkin sebab dia menjalani hukuman dan dia masih perlukan kuasa itu untuk membantu dia, maka Nava masih mempunyai kuasanya itu.

Nava masih ada kuasa dia?