THEO yang berada di sebalik pintu itu berusaha untuk menenangkan hatinya yang sudah berdebar-debar dari tadi.
Gila kah apa Nava ni? Kalau dia nak buka baju tu, at least biarlah saya keluar dulu. Kenapa dia nak buka baju masa saya masih ada di dalam sana?
Theo memegang dadanya dan menarik nafas panjang.
Tak boleh jadi ni.... Apapun caranya, Nava mesti keluar dari rumah saya besok... Kalau tidak, saya yang boleh kena serangan jiwa begini...
Tidak lama kemudian, terdengar bunyi pintu dibuka dari dalam. "Saya..."
"Oh God!!!!"
Theo terus menutup matanya dan menoleh ke belakang. Kalau beginilah hari-hari, runtuh iman dia tau...
"Kau pakai tuala dulu... Kenapa kau belum pakai tuala dan terus keluar macam ni!!!!" marah Theo.
Nava yang masih ada di sebalik pintu itu hanya memandang Theo dengan perasaan pelik. Tapi dia hanya ikut apa yang Theo cakap.
Nava mengambil tuala yang masih ada di lantai itu.
"Saya sudah pakai tuala. Sekarang nak buat apa??"
Sekarang nak buat apa??? Dia tak tahu mahu buat apa lepas ni??? Apa bangang dia ni??? Kenapa soalan cepu emas begitu pun nak tanya saya???
"Lepas tu pakai bajulah!" kata Theo.
Nava memandang baju yang ada di atas lantai. Perlahan-lahan, dia mengambil baju tidur itu dan memakainya.
Mula-mula, memang dia terkial-kial sebab dia tidak tahu macam mana nak pakai baju itu.
Semasa dia menjadi Malaikat, dia tidak pernah ambil kisah tentang kehidupan manusia. Dia tidak pernah mahu tahu macam mana kehidupan mereka dan apa yang mereka lakukan setiap masa...
Yang dia tahu, cuma selesaikan misi dia. Sekarang dia merasa menyesal pula sebab dia tidak pernah ambil tahu. Sekarang ini, dia jadi manusia dan semuanya sangat susah sebab dia tidak tahu apa-apa.
"Saya sudah siap!" kata Nava.
Akhirnya Theo pun membuka matanya dan menoleh ke belakang. "Kalau sudah, kau boleh balik ke ruang tamu sana..."
Nava hanya mengangguk lalu dia berlalu.
Theo mengeluh kecil. Dia memandang ke dalam bilik mandi. Terus saja dia memegang kepalanya.
Bilik mandi ini sangat selerak!
Theo pun mula mengemas bilik mandi itu kerana dia tidak suka bilik mandinya berselerak begitu.
Ketika Theo sedang mengemas baju Nava yang hanya diletakkan di atas lantai, Theo melihat pakaian dalam yang dipakai oleh Nava tadi.
Theo mula berfikir. Dia ada pakai pakaian dalam kah tadi???
Theo terus menampar pipinya perlahan. Harrison Theo, what a pervert you are! Why should you think about that thing now?
Theo terus mengemas bilik mandi itu cepat-cepat dan dia kembali ke ruang kerjanya.
Saat Theo berjalan ke bilik kerjanya, Theo sempat berhenti dan memandang ke arah ruang tamu dari tingkat atas.
Theo melihat Nava yang sudah berbaring di atas sofa dengan selimut yang sudah membaluti badannya.
Theo mengeluh kecil lalu dia terus berlalu ke bilik kerjanya.
Di dalam bilik kerjanya, Theo tidak terus bekerja namun dia masih berfikir tentang Nava.
Dia merasa perangai Nava ketika di bilik mandi tadi sangat pelik. Nava berperangai seperti anak kecil. Tidak tahu apa-apa..
Betulkah Nava tidak tahu apa-apa atau itu sekadar lakonan dia untuk menguji saya??
Aduh, kenapa saya benarkan dia masuk ke rumah ni? Dion boleh saja bawa dia ke mana-mana hotel asalkan bukan di sini!!!
You're so stupid, Theo...
Tak apa, besok... Dia akan pergi dari sini... Lepas tu, hidup saya akan aman tanpa dia...
Theo meraup wajahnya dengan kedua-dua tangannya dan dia mula membuka kertas kerjanya.
***
***
"HARRISON THEO FINLEY!!!!!!"
Teriakan yang sangat lantang dan nyaring itu terus mengejutkan Nava yang berbaring di atas sofa.
Nava terjaga dan terus terduduk di atas sofa. Belum cukup dengan itu, Nava tejatuh pula di atas lantai dengan selimut masih menyelimuti tubuhnya.
Perempuan yang ada di ruang tamu itu terus menerkam ke arah Nava dan menarik rambut Nava.
Nava yang merasa sakit itu terus berteriak kesakitan. "ARRGGHHHHH!!!!"
"Dasar betina tidak tahu diri!!!! Siapa kau, hah?!! Kenapa kau boleh ada di sini, di rumah Harris, hah???" tempelak perempuannya itu lalu dia terus menarik rambut Nava ke belakang dan ke depan.
"Arhh, rambut saya! Jangan tariklah, manusia tidak sedar diri!!? Kau tidak tahu kah siapa saya! Lepaskan saya kalau kau tidak mahu terkena malang!" teriak Nava sambil cuba melepaskan tangan perempuan itu.
"Berani kau tidur di rumah ini! Siapa kau?! Kau perempuan simpanan Harris kah, hah?? Kenapa kau ada di sini!!!!!!" teriak perempuan itu pula sambil terus menarik rambut Nava.
Nava yang tidak tahan rambutnya ditarik itu terus memegang kaki perempuan itu dan menggigitnya.
"ARGHH!!!" Giliran perempuan itu berteriak kesakitan. Dia melepaskan rambut Nava dan memegang kakinya yang digigit itu.
Tidak berdarah tapi masih sakit.
"Apa kecoh-kecoh awal pagi ni??" tegur satu suara tidak jauh dari mereka.
"Harris..."
Perempuan itu baru mahu menerpa ke arah Theo tapi Nava lebih laju berlari ke arah Theo dan bersembunyi di belakang Theo.
Theo yang masih lagi bingung dengan apa yang terjadi itu terus memandang ke arah Nava yang berlari ke belakangnya dan bersembunyi dengan wajah takutnya.
Rambut Nava yang ditarik oleh perempuan tadi juga kini kusut macam sarang burung.
Perempuan itu menjegilkan matanya memandang Nava. Jari telunjuknya yang runcing bak puntianak itu diacuhkan ke arah Nava. "Bitch! Berani kau sentuh lelaki saya!!!"
Theo memandang perempuan di depannya itu dengan wajah bingung. "Lelaki kau?? Siapa lelaki kau ni??? Dan siapa kau? Kenapa kau boleh ada di rumah saya?"
"Harris, you don't remember me, babe??? Saya Cindy!" kata perempuan itu.
"Cindy?" tanya Theo terpempan. Perempuan di depannya itu jauh sekali dikenali sebagai Cindy sebab Cindy yang dia kenal itu bertubuh gempal. Tapi perempuan yang dia nampak sekarang ini ialah seorang perempuan yang bertubuh ramping dan seksi.
"You got to be kidding me! You're not Cindy! Get the hell out of my house!" kata Theo.
"Yes, it's me Harris! I am Cindy.... Cuma saya sudah buat pembedahan pastikan untuk kuruskan badan saya," kata Cindy.
"Pembedahan plastik!? Kau buat pembedahan plastik pada badan kau??" tanya Theo tidak percaya.
"Yes, Harris... Saya nak tunjukkan pada semua orang yang saya juga boleh cantik... Dan saya mahu supaya kau jatuh cinta dengan saya!" kata Cindy.
"What did you have done is wrong, Cindy... Kalaupun kau nak ambil hati saya, don't do the plastic surgery... You know I don't like plastic surgery!" kata Theo pula.
"Itu keinginan saya, Harris. So, now... Can we focus on our marriage? I come back here to get married to you. Kau tahu kan 4 tahun di Rome tu sangat lama dan baru kali ni saya dapat balik ke sini!" kata Cindy.
"Marriage? Did you think I would marry you after 4 years you left me!?? And what's with that attitude? You sounds different," kata Theo pula.
"4 years in Rome is not easy, Harris. I have to deal with many people... So, I learn how to be a strong woman," balas Cindy.
"To become a strong and an arrogant woman??" balas Theo pula.
"What's wrong with that? You're also an arrogant man. Stop with this, baby... Saya penat lah. Kemarin flight saya pulang ke sini dan hari ini saya terus ke sini nak jumpa kau." Cindy duduk di sofa tanpa dijemput. Cindy memandang ke arah Nava yang masih ada di belakang Theo.
"Hei, pembantu... Jangan nak mengatal dengan laki orang. Pergi buat minuman untuk saya! Pembantu tak guna!" kata Cindy lalu dia terus menyelak rambutnya dengan sombong ke belakang.
Theo memandang Cindy dengan perasaan tidak percaya. Dia tidak percaya yang Cindy sudah berbeza dari yang dulu.
Dulu, Cindy sangat baik hati dan lembut orangnya. Walaupun dia bertubuh gempal dan sering diejek orang, dia tidak pernah berbuat kasar. Cindy suka menolong orang dan sentiasa merendah diri.
Tapi Cindy yang sekarang ini sangat berbeza. Dia sudah kurus dan seksi hasil dari sentuhan pembedahan plastik. Pemakaian dia serba mewah malah percakapan dia juga berubah menjadi kasar. Adakah 4 tahun tinggal di Rome membuatkan dia berubah begini?
Cindy memandang ke arah Nava lagi bila Nava langsung tidak mau berganjak dari belakang Theo.
"Bitch, kau tidak mahu dengar arahan majikan kau? Kejap lagi saya dan Harris akan kahwin. Jangan berani kau sentuh dia!" teriak Cindy.
Dia berjalan ke arah Nava dan menarik tangan Nava.
Belum sempat Cindy memegang tangan Nava, Theo sudah menolak tangan Cindy dan dia menarik Nava ke belakangnya, mahu melindungi gadis itu.
"Jangan sentuh dia.... Kau tidak berhak!!"
Mata Cindy terbeliak besar.
"What?!!!!!"