Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 6 - Di Rumah Theo(1)

Chapter 6 - Di Rumah Theo(1)

Theo keluar dari keretanya. Setelah mengunci kereta Mercedes itu, Theo bergerak ke dalam rumah.

Baru beberapa langkah, Theo mendengar hon kereta dibunyikan. Theo menoleh ke arah pintu pagar dan melihat sebuah teksi di depan rumahnya.

Theo yang merasa hairan itu hanya menunggu di tempat dia berdiri. Bila dia melihat Dion yang keluar dari teksi itu, Theo menggunakan alat kawalan jauh untuk membuka pintu pagar itu.

Theo semakin bingung melihat Dion mengangkat seorang perempuan keluar dari teksi.

Sebaik saja Dion ada di depannya, Theo terkejut melihat di tangan Dion ialah Nava.

"Kenapa dia pengsan? Mana kau jumpa dia ni??" tanya Theo.

"Saya jumpa dia dekat perumahan sini... Dia diserang dengan kumpulan wanita yang selalu berkumpul di perumahan itu. Nasib baik saya sempat tahan dorang, kalau tidak mungkin Miss ni sudah mati di tangan mereka..."

Theo melirik ke arah Nava lagi. Kepalanya masih lagi berbalut dan dia kelihatan comot serta selekeh. Apa yang jadi pada dia?? Kenapa dia terlalu comot ni... Apa yang dia buat semalam sampai jadi macam ni??

"Bawa dia masuk ke dalam!"

Dion hanya mengangguk lalu dia terus membawa Nava masuk ke dalam rumah. Dion meletakkan Nava di atas sofa.

Theo meletakkan satu bantal sofa di bawah kepala Nava supaya gadis itu lebih selesa. Tanpa memandang ke arah Dion, dia memberi arahan, "Ambil first aid dulu."

Tanpa banyak songeh, Dion terus bergerak ke dapur untuk mengambil kotak pertolongan cemas yang diletakkan di dapur.

Theo pula memeriksa luka lama Nava sama ada luka itu berdarah lagi atau tidak. Terkejut Theo melihat tapak tangan Nava yang berdarah.

"Dion, hurry!!"

"Ya, Tuan!"

Dion tiba di samping Theo lagi dan dia menyerahkan kotak pertolongan cemas itu. Theo membuka kotak itu dan mula merawat luka baru Nava.

Dion hanya memerhati Theo melakukan kerjanya. Dia terkejut sebenarnya, sebab dia tidak pernah tahu yang Theo adalah sebaik ini pada seorang perempuan.

Yang dia tahu, Theo sangat dingin dan membenci perempuan. Pernah sekali dia mengikuti Theo ke pejabatnya dan dia melihat ada seorang perempuan sedang menggoda Theo namun Theo langsung tidak tergoda. Tengok pun tidak...

Theo seolah-olah sudah diprogramkan untuk tidak mempunyai perasaan terhadap mana-mana perempuan pun. Tapi apa yang dilakukan oleh Theo sekarang ini bukan lagi Theo yang dingin melainkan seorang lelaki yang ambil berat terhadap seorang perempuan.

Hampir tidak berkelip mata Dion melihat Theo sendiri yang merawat Nava. Boleh saja Theo suruh Dion yang ubat luka tu kalau memang Theo tidak suka perempuan, kan? Tapi ini, dia buat sendiri..

Adakah ini bermakna, majikan Dion yang dingin dan tidak suka perempuan itu salah... Kalau memang betul pun, mungkin Theo tidak suka perempuan lain... Tapi ini berbeza dengan apa yang Dion nampak sekarang.

Setelah siap Theo mengubati luka Nava, Theo memeriksa pula tubuh badan Nava yang lain. Tiada luka lain namun baju Nava yang dari kemarin lagi itu masih belum kena tukar...

Dia tidak pulang ke rumah dia?? Ahli keluarga dia tidak mencari dia? Ataupun, dia memang tiada ahli keluarga dan tiada rumah??

"Tuan, saya hairanlah... Kenapa Nava boleh ada di kawasan perumahan tu dengan keadaan selekeh macam ni. Bukankah tuan cakap kemarin yang dia sudah pulang?" tanya Dion pula.

"Memanglah dia cakap dia mahu pulang, tapi saya tidak tahu pula yang dia betul-betul cakap tiada rumah," balad Theo.

"Maksud Tuan, dia ada cakap dengan tuan semalam yang dia tiada rumah?? Jadi sekarang nak buat macam mana, tuan? Takkan kita nak tinggalkan dia di luar lagi... Kesianlah dia, tiada tempat tinggal, tiada ahli keluarga... Terus dia tiada duit lagi... Bukan apa, Tuan... Tapi saya tidak sukalah tengok ada perempuan macam dia ni ditinggalkan di jalanan macam pengemis!" kata Dion.

"Jadi, kau suruh saya simpan dia di sinilah begitu?" tanya Theo.

"Bukan macam tu, Tuan.. Kalau keadaan saya mengizinkan, saya boleh bawa dia tinggal di rumah saya... Tapi Tuan kan tahu sendiri mama saya macam mana... Kalau saya bawa dia ke rumah saya, makin teruk nanti dia kena dengan mama saya..."

Theo terdiam. Dia memandang ke arah Nava yang kelihatannya sudah tidur di sofa itu.

Theo juga berfikir sama ada dia perlu membiarkan Nava tidur di rumahnya sementara atau tidak. Tapi melihat keadaan Nava yang comot dan selekeh itu, Theo yakin yang Nava tidak mempunyai tempat tinggal ataupun duit.

Dis teringat akan Nava semasa dia di kafe tadi pagi. Perempuan ni sudah makan ke belum?

"Tuan, bolehlah biarkan tinggal dia di sini untuk satu malam saja... Besok saya akan keluar dan cari rumah sewa untuk dia tinggal..." rayu Dion pula.

Dion seorang yang berhati baik dan lembut jadi dia sangat tidak menyukainya bila seorang wanita disakiti. Hal ini kerana, dia trauma dengan apa yang jadi pada mamanya di masa lalu. Papa mereka meninggalkan mereka sekeluarga sehelai sepinggang kerana wanita lain. Saat itulah Theo membantu masalah keluarganya. Sejak saat itu, Dion berhutang budi dengan Theo.

"Bolehlah, tuan... Satu malam saja... Lagipun tuan tinggal satu orang saja di sini, kan?" kata Dion lagi. Sengaja mau memujuk Theo.

Theo serba-salah pula. Dia bukan tidak mahu kasih tinggal Nava di rumahnya, tapi Theo tidak pernah kasih benar sesiapa perempuan pun tidur di rumahnya. Sedangkan mamanya sendiri tidak pernah tidur di rumahnya itu.

Theo melirik ke arah Nava lagi. Bila dia melihat keadaan Nava yang masih banyak luka dan bawah matanya juga hitam, Theo merasa kesian.

Kesian.... Sejak bila saya mula rasa kesian dengan perempuan ni??

"Tuan..."

"Fine, I'll let her stay for one night. Tapi kau kena carikan rumah sewa untuk dia supaya dia tidak tinggal di rumah saya lagi," kata Theo yang akhirnya pasrah. Bukan kerana dia tidak berani menolak tapi hati dan perasaannya sendiri berperang sama ada dia perlu kesian atau tidak dengan perempuan yang sedang tidur di sofa rumahnya.

Hairan dia, kalau sebelum ini, dia tidak akan benarkan perempuan menyentuh dia. Tapi kali ini, dia membenarkan pula Nava masuk ke rumahnya. Apa yang mengejutkan, Theo sendiri yang menyentuh Nava untuk mengubat luka gadis itu.

Pening kepala Theo berfikir tentang masalah itu.

Tidak mengapa, Theo. Esok dia akan keluar dari rumah ni dan tinggal di tempat lain. Untuk malam ni saja kau biarkan dia tinggal di sini.

Dion tersenyum gembira bila mendengar yang Theo membenarkan Nava tinggal di sini. Kesianlah dia ni, sudahlah cantik macam ni terpaksa tinggal di jalanan. Kalau dia kena tangkap dengan perogol macam mana?

"Jadi, Tuan.... Macam mana ni..? Kita nak biarkan dia tidur di sini kah?" tanya Dion.

Theo terus menjeling Dion. "Jadi kau nak  cakap yang dia patut tidur di bilik kosong?" tanya Theo pula.

"Yalah, Tuan... Di ruang tamu ni sejuklah.. Kesianlah dia, Tuan..." kata Dion pula.

"Sudah cukuplah saya bagi dia tidur di rumah saya malam ni. Saya tak nak bilik saya dikotori dengan baju dia yang kotor ni. Sudah, naik ke atas... Ambil selimut dan bagi dia," kata Theo.

Dion mengeluh sekejap. Dia pun berjalan ke tingkat atas untuk mengambil selimut.

Theo pula masih berdiri di sana sambil memerhati saja Nava yang sedang lena tertidur. Theo mendengus kecil sebelum dia bergerak ke biliknya pula. Dia mahu mandi dan gara-gara perempuan itu, mandinya terbantut.

Dion turun kembali ke ruang tamu bersama dengan selimut yang disuruh oleh Theo. Ketika dia tiba di ruang tamu, majikan Dion itu sudah tiada. Dion pun menyelimutkan Nava.

Dion kembali ke tingkat atas untuk meminta kebenaran dari Theo untuk pulang ke rumah. Setelah mendapatkan kebenaran, Dion pun terus pulang ke rumah.

Setelah selesai mandi, Theo kembali ke dapur untuk memasak. Hari ini dia tiada selera untuk makan di luar.

Ketika Theo melintasi ruang tamu, sempat dia memandang ke arah Nava yang masih tertidur nyenyak itu.

Theo mengeluarkan bahan-bahan masakan dari dalam peti sejuk dan dia mula memasak.

Ketika dia menghidangkan makanan di atas meja, terkejut beruk dia melihat Nava sudah pun duduk di bangku sambil memandangnya dengan mata yang bersinar.

Hampir jatuh semua hidangan yang dipegang oleh Theo. Bukan apa, cuma dia terkejut melihat Nava duduk di sana dengan rambutnya yang serabai macam hantu. Malahan pakaiannya yang juga selekeh menambahkan imej Nava yang hampir jadi macam hantu itu.

"Kau... Bila kau bangun?" tanya Theo.

Perlahan-lahan, dia meletakkan semua makanan itu di atas meja.

Nava pula terus merenung makanan itu dengan mulut yang terbuka. Ketara betul yang dia sedang lapar.

Theo pula yang bingung dengan sikap Nava. Dia ni betul-betul tiada makan kah? Muka dia nampak kelaparan sangat...

Theo tidak menunggu lama lalu dia menghidangkan makanan untuk dia dan juga Nava. Kesian juga dia melihat Nava yang betul-betul kelaparan itu.

Belum sempat Theo duduk untuk makan, perut Nava berbunyi kuat. Nava terus memegang perutnya sambil menunduk. Theo boleh melihat dengan jelas wajah Nava yang merah menahan malu itu.

Theo pun duduk di bangkunya.

"Okey, mari makan!"

Tanpa menunggu lama, Nava terus menyambar ayam goreng yang ada di atas pinggannya.

Terkejut lagi Theo melihat perangai gelojoh Nava itu. Guna lah sudu kah apa kah... Ini dia main ambil saja guna tangan dia tu...

Nava berhenti mengunyah apabila dia sedar yang Theo hanya merenungnya. Nava melirik ke arah Theo.

Theo hanya menggeleng-geleng lalu dia mula mengambil sudu dan garpu dan makan.

Nava hanya memerhati cara Theo makan. Oh, jadi manusia makan begitu kah? Selama ni saya tidak pun perhati macam mana cara dorang makan...

Nava menoleh ke arah sudu di tepi pinggannya dan mengambilnya. Nava memandang ke arah Theo untuk melihat bagaimana cara dia memakan.

Apa saja yang Theo buat, Nava akan mengikutinya.

Theo meminum sup dan Nava akan mengikutinya.

Theo memakan brokoli dan Nava ikut.

Theo minum air dan Nava pun ikut.

Theo terus menghentak gelas kaca yang dipegangnya ke atas meja. Nasib baik tidak pecah. Theo memandang wajah Nava dengan wajah serius.

Perlakuan Nava tadi membuatkan Theo merasa marah. Kenapa dia terus ikut apa saja yang saya buat?

Nava terkejut melihat Theo menghentak gelas itu. Dia pun mengikuti perlakuan Theo dan menghentak gelas kaca itu ke meja.

"Apa kena dengan kau ni, hah? Kenapa kau terus ikut apa saya buat dari tadi?" tanya Theo dengan geram. Tajam matanya memandang Nava yang berada di depannya.

"Saya cuma tengok saja," jawab Nava selamba.

Theo menggetap giginya menahan geram. Silap hari bulan, dia boleh tendang saja Nava keluar dari rumahnya nanti.

"Tell me, Nava... Kau ni memang tiada rumah kah, hah??? Kenapa pemandu saya yang jumpa kau dan bawa kau ke sini, dengan keadaan kau yang kotor begini lagi.... Mana ahli keluarga kau? Kenapa dorang tidak jemput kau?" tanya Theo bertalu-talu.

Eh, lelaki ni... Saya sudah cakap yang saya ni tiada keluarga di sini dan saya Malaikat yang jadi manusia di sini... Kenapa dia tak nak percaya... Oh, lupa... Dia mana boleh tahu identiti saya. Kalau dia cakap macam tu, adakah itu bermakna yang dia tidak percaya saya ini malaikat...

Oh, baguslah... Setidaknya, saya masih boleh jadi Malaikat nanti....