"KAMU akan dihukum untuk turun ke Bumi dan menjadi seorang manusia. Kamu hanya boleh kembali ke Kerajaan Langit jika kamu selesai mengumpulkan 5 air mata keikhlasan dari manusia yang kamu bantu...."
"Kamu akan diberi tempoh selama setahun untuk mengumpulkan air mata tersebut. Dan jika kamu gagal, maka kamu akan menjadi manusia selamanya...."
"Semoga kamu berhasil di Bumi...."
***
***
PERLAHAN-LAHAN Nava membuka matanya. Setelah hukuman dijatuhkan, Nava menyedari yang dirinya menghilang dalam cahaya.
Bila Nava membuka matanya, baru dia sedar yang dia berada di Bumi.
Saya sudah menjadi manusia?
Tiba-tiba...
TETTT! TETTT! TEETTT!!
Nava menoleh ke samping dan dia melihat ada sebuah kereta Mercedes hitam dipandu laju ke arahnya.
Brek cepat-cepat ditekan namun kerana terlambatnya pemandu kereta itu menekan brek, badan Nava terhempap ke atas kereta itu juga.
Nava terus jatuh terjelopok di atas jalan raya sambil mengerang kesakitan.
Tapi dalam kesakitan sempat lagi dia berfikir. Aii, saya boleh rasa sakit? Kenapa saya boleh rasa sakit ni? Malaikat mana boleh rasa sakit... Oh, lupa, saya bukan Malaikat lagi.. Tapi manusia...
Aduuhhh, sakitnya... Adakah saya akan merasai semua ni sepanjang masa saya menjadi manusia? Oh, tidak.... Saya tak mahu!
Pemandu kereta itu terus keluar dengan tergesa-gesa. Dia mendekati Nava.
Orang ramai yang turut melihat kejadian itu terus menggerumuni tempat itu.
Pemandu kereta tadi terkejut melihat dahi Nava ada luka dan darah sudah pun mengalir dari luka itu. Malah siku dan tangannya juga ada kesan calar.
"Miss? Miss tak apa-apa?" tanya pemandu itu. Dia menjadi cemas bila melihat Nava tidak menjawab malah menahan sakitnya.
Apakah bodoh pemandu ni, adakah orang akan baik-baik saja lepas kena langgar?
Seorang lelaki yang mempunyai karisma dan sangat tampan dan tinggi keluar dari bangku penunggang di belakang. Dia memandai ke arah pemandunya yang sudah cemas dan dia memandang ke arah gadis yang terlentang lemah di atas jalan.
Lukanya tidak banyak tapi gadis itu seolah-olah berlakon yang dia cedera teruk kerana dilanggar. Lelaki itu mengeluh.
Dia memandang sekeliling. Orang ramai mula berkumpul dan asyik memandang ke arahnya. Masalah ni... Kalau semua orang asyik berkumpul, nanti imej saya akan tercalar.. Hanya disebabkan kemalangan kecil ni. Baik saya hantar dia ke hospital sebelum perkara teruk makin berlaku.
"Dion, bawa perempuan ni masuk ke dalam kereta. Kita hantar dia ke hospital," kata lelaki itu.
Pemandu kereta yang bernama Dion itu terus mengangguk laju dan dia mengangkat perempuan itu masuk ke dalam kereta.
Lelaki tadi yang sudah masuk hanya memandang Dion membawa gadis itu masuk. Saat dia memandang wajah gadis itu, barulah dia perasaan yang gadis itu sangat cantik dan kelihatan bersinar macam seorang Malaikat. Wajahnya putih bersih... Hidungnya mancung... Bibirnya merah... Eh, apa yang saya pikir ni..
Lelaki itu terus melarikan pandangannya ke tempat lain.
Setelah itu, Dion masuk ke dalam kereta dan memandu ke hospital yang berdekatan.
"Maaf, tuan.. Gara-gara Dion, Tuan terpaksa lambat ke office hari ni," kata Dion pula dengan wajah yang serba-salah.
Lelaki itu hanya menggeleng. "Teruskan ke hospital. Kita urus dia dulu baru hantar saya ke pejabat."
Dion mengangguk kecil lalu dia terus memandu.
Sampai saja di hospital, Dion terus mengangkat gadis itu menuju ke ruang rawatan. Gadis yang dibawa itu sudah tidak sedarkan diri.
Lelaki tadi menguruskan hal lain sementara Dion menghantar perempuan tadi.
***
***
NAVA membuka matanya perlahan-lahan dan anak matanya melilau ke sekeliling. Hairan dia apabila dia berada di sebuah bilik yang penuh dengan katil. Malah dinding bilik itu juga dicat dengan warna putih.
Saya di mana ni? Adakah saya masih di Bumi? Tapi saya di mana?
Nava memandang ke arah selimut yang dipakainya. Ermm... Ini apa? Lembutnya.. Saya selalu nampak ini masa saya masih bertugas di Bumi... Tapi apa nama ni... Akhirnya, saya dapat juga merasa pakai benda ni...
Nava duduk di atas katil dan dia mula membelek-belek selimut itu dengan wajah gembira. Dia tidak sedar pun dengan kepala dan tangannya yang berbalut.
Tiba-tiba seorang jururawat mendekati Nava.
Nava memandang jururawat itu dengan wajah pelik. Baju apa yang dia pakai ni?....
"Miss, I can see that you awake now!! Macam mana perasaan Miss?" tanya jururawat itu.
Nava hanya diam sambil berfikir. Perasaan... Macam mana tu?
Jururawat itu memandang Nava dengan wajah kehairanan kerana Nava tidak menjawab pun. Malah dia membuat muka kebingungan pada jururawat itu pula.
"Boleh saya tanya siapa nama Miss?" tanya jururawat itu lagi.
"Nava.. Nava Camille?"
Jururawat itu tersenyum melihat Nava mula untuk bercakap dan bila jururawat itu bertanya soalan lain, Nava kembali bingung.
"Miss, ada apa-apa yang tak kena?" tanya jururawat itu lagi.
Nava hanya diam saja sambil terus berfikir. Tak kena... Apa yang tak kena? Saya okey saja pun...
Jururawat itu meninggalkan Nava di sana untuk mencari doktor.
Nava pula hanya memandang jururawat itu pergi. Setelah dia ditinggalkan di sana, Nava memandang ke sekelilingnya lagi. Dia hairan dia ada di mana kerana Nava tidak pernah ke sini. Adakah tempat lain yang macam ni selain di Bumi atau Kerajaan Langit?
Tidak lama kemudian, jururawat yang sama tadi datang mendekati Nava. Kali ini dia ada membawa dua orang perempuan yang berpakaian sama dengan jururawat itu manakala ada seorang lagi lelaki yang memakai jubah putih dan ada stetoskop tergantung di lehernya.
Doktor itu memandang Nava yang hanya memandang mereka dengan wajah blur.
"Nava, right?? Okey, Nava... Nava apa khabar hari ni?" tanya doktor itu.
Nava merasa hairan sekejap. "Khabar?" kata Nava.
Doktor itu tersenyum pula lalu dia memegang kepala Nava yang berbalut itu.
Nava yang tiba-tiba merasa takut itu terus mengelak daripada dipegang doktor itu. Nava semakin hairan bila dia merasa sesuatu yang pelik di dalam dirinya. Kenapa saya boleh rasa perasaan ini? Adakah ini salah satu perasaan yang sering manusia rasa sebelum ni?? Dan sekarang saya boleh rasa apa yang dorang rasa?
"Jangan takut, Miss Nava... Saya tidak akan menyakiti kamu. Saya hanya mahu memeriksa luka di kepala kamu," kata doktor itu pula.
"Luka?? Kepala?" tanya Nava pula. Serentak dengan itu, Nava terus menyentuh kepalanya. Barulah dia merasa sakit di lukanya bila Nava menyentuh luka itu.
"Ah... Aduh!!!"
"Luka Miss itu masih baru. Tapi jangan risau, dalam beberapa hari, luka itu akan sembuh."
Luka? Kepala saya luka??? Dan saya boleh rasa sakit ni? Astaga, jadi memang betullah saya sudah jadi manusia...
...
THEO atau lebih dikenali sebagai Harrison Theo Finley itu hanya memandang gadis yang duduk di katil sambil memakan makanannya dengan lahap sekali.
Mendengar dari kata doktor tadi, gadis itu bernama Nava Camille.
Mereka cuba meminta maklumat lanjut dari Nava tentang tempat tinggalnya dan ahli keluarganya namun Nava tidak menjawab. Malah dia hanya memandang semua orang dengan muka bingung.
Theo mengeluh. Hari ini merupakan hari malangnya. Bukan hari ini saja, hari-hari sebelum ini juga selalu menjadi hari malangnya. Dia terlibat dalam kemalangan yang membuatkan Nava ada di hospital, lima orang pekerjanya berhenti kerja kerana tidak tahan dengan status syarikat yang semakin jatuh. Malah ada lagi saat malang Theo yang menimpanya hari ini dan dia langsung tidak mau ingat.
Ditambah lagi masalah Nava, membuatkan dia pening kepala.
Ahli keluarga Nava harus datang untuk membawa Nava pulang atau dia akan tetap tinggal di hospital ini. Jika hospital tidak mengizinkan Nava untuk tinggal, Theo terpaksa membawa dia pulang.
Tapi Theo tidak mau membawa wanita itu pulangke rumahnya. Siapa tau kalau wanita itu pura-pura tiada ahli keluarga dan akan merompak rumahnya nanti...
Siapa tau, kan??
Theo mengeluh lagi. Dia pun berjalan mendekati Nava yang masih makan.
Nava terus berhenti makan lalu dia memandang lelaki yang ada di depannya. Lelaki itu sangat hensem dan tinggi. Malah, semasa dia duduk, dia dipenuhi dengan sinar yang terang sehingga sikit lagi Nava salah faham yang dia itu Malaikat atau manusia.
"Miss Nava.... Boleh bagi tahu di mana rumah Nava? Kalau kau tidak kereta nak pulang, saya akan hantar kau pulang," kata Theo.
Hantar saya pulang?? Kau dapat hantar saya pulang ke Kerajaan Langit ke?? Senang hati saja kau nak cakap yang kau nak hantar saya.... Dan saya tiada ahli keluarga.. Saya seorang Malaikat yang diturunkan untuk menjadi manusia di sini...
Theo merenung Nava yang masih memandangnya tapi mulutnya tidak berhenti daripada mengunyah.
"Kau yakin kau boleh hantar saya pulang?? Rumah saya jauh dari sini..." kata Nava pula. "Dan saya tiada keluarga... Saya hanya seorang diri di sini.... Sebab saya adalah seorang Malaikat yang diturunkan menjadi manusia di Bumi ni."
Berkerut dahi Theo mendengarnya. Kejap---Apa? Malai--Malaikat?? Apa benda yang dia merepek ni?
"Saya tidak paham. Malaikat??" kata Theo.
Mengeluh Nava melihat Theo yang kebingungan itu. Beginilah manusia kalau tidak tahu kewujudan Malaikat.
"Ya, saya Malaikat. Saya berasal dari Kerajaan Langit. Kau yakin kau boleh hantarkan saya pulang?" kata Nava.
Theo terdiam. Dia semakin bingung.