DIA ni masih waras kah tidak ni? Kenapa dia mau mengaku kalau dia ni Malaikat? Ingat muka dia ni cantik sangat boleh mengaku sebagai Malaikat kah?? Kah dia memang pesakit sakit jiwa yang lari dari hospital sakit jiwa?
Hospital sakit jiwa mana pula yang hilang satu pesakit dorang ni?... Kalau memang perempuan ni sakit jiwa, saya tidak hairan kalau dia tiba-tiba ada di depan kereta saya pagi tadi...
Theo mengusap kepalanya perlahan. "Baik, Nava... Kau adalah seorang Malaikat dan rumah kau adalah di Kerajaan Langit. Jadi, macam mana kau boleh balik ke rumah kau lagi?? Sebab kalau tiada orang lain yang ambil kau di sini, saya pula yang terpaksa urus kau," kata Theo.
"Saya tidak dapat balik lagi... Saya—saya diturunkan ke Bumi untuk jadi manusia," kata Nava pula.
Theo terdiam lagi. Lebih tepat, dia speechless... Theo mau menolong Nava namun apa yang dikatakan oleh Nava ini sangat tidak masuk akal.
Dia mengaku dia Malaikat dan berasal dari Kerajaan Langit.. Tapi sekarang dia cakap dia sudah jadi manusia. Dia memang sakit jiwa kah ni??
Nava terus memandang Theo dengan anak matanya yang berwarna coklat cair itu. Anak matanya itu sangat cantik sehingga membuatkan Theo merasa sedikit percaya dengan kata-kata Nava.
Pelik... Selalunya kalau saya tidak akan begini kalau ada perempuan yang tengok saya begitu.. Saya paling benci kalau ada perempuan yang melihat saya... Gumam Theo dalam hati.
"Baiklah, kalau begitu... Jadi sekarang apa yang kau akan buat? Kau tiada rumah, tiada keluarga... Saya tidak tau macam mana nak tolong kau lagi," kata Theo pula.
Apa? Tolong saya? Biar betul manusia ni?
"Tak perlu... Saya boleh tolong diri saya sendiri. Kau boleh pulang sekarang," kata Nava pula. Dia menghabiskan sisa makanannya di dalam tray makanan.
Berkerut hebat kening Theo mendengarnya. Tolong diri sendiri? Biar betul perempuan ni??
...
THEO hanya memandang Nava berlalu meninggalkan kawasan hospital. Tiba-tiba saja, hatinya tidak yakin untuk membiarkan perempuan itu pergi sendiri.
Namun Theo tetap berdiri di depan hospital itu tanpa berlari ke arah Nava. Kakinya keras untuk bergerak dan dia tidak pun teringin untuk menghalang perempuan itu pergi lagi. Lantak lah dia nak pergi mana, suka hati dia... Dia yang tidak mahu saya tolong dia...
Tidak lama kemudian, Dion datang dengan kereta Mercedes hitam. Dia menghentikan kereta di tepi Theo. Dion keluar dan membuka pintu untuk Theo.
Theo melangkah masuk ke dalam kereta itu.
Dion memandang sekeliling untuk melihat di mana gadis yang mereka tolong pagi itu. "Err, tuan... Boleh tanya, di mana perempuan yang kita tolong tadi pagi?" tanya Dion.
Theo mengeluh. "Dia sudah pulang. Sudah, jangan nak pikir kan pasal dia. Cepat hantar saya pulang. Saya penat."
"Baik, tuan." Dion segera masuk ke dalam kereta dan memandu pergi dari sana.
Ketika kereta Mercedes itu berhenti ketika lampu isyarat berwarna merah, tanpa sengaja Theo menoleh ke luar jendela kereta.
Dia melihat Nava ada di seberang jalan sambil berjalan di tengah-tengah jalan raya. Tidak lama kemudian, terdengar bunyi hon kereta berbunyi dan kereta itu berhenti tepat di depan Nava.
Theo terkejut sekejap.
Kelihatan pemandu kereta tadi mengeluarkan kepalanya dari dalam kereta dan menengking Nava untuk pergi dari sana. Nava hanya menunduk meminta maaf dan terus berlalu dari sana.
Theo berfikir sejenak. Ni perempuan bodoh ke apa? Kenapa dia melintas tanpa tengok kiri atau kanan? Dia memang nak bunuh diri ke? Sudahlah pagi tadi pun dia buat begini sampai kereta saya langgar dia...
Nasib baik dia bukan macam orang jahat lain yang pura-pura minta langgar lepas tu minta tuntutan duit. Perempuan ni kena langgar oleh saya tadi, tapi dia tidak pun menuntut duit atas lukanya... Dia memang bodoh ke apa? Nak cakap sakit jiwa, bukan juga...
Theo mengeluh lagi lalu dia terus memandang ke tempat lain. Malas dia mahu memikirkan masalah Nava. Sudahlah hari ini, dia sangat stress dengan masalah pejabat. Belum dicampur lagi dengan masalah keluarganya.
Bila lampu isyarat bertukar menjadi hijau, Dion pun memandu kereta.
Kereta Mercedes itu pun bergerak melintasi Nava yang sedang berjalan di lorong pejalan kaki. Namun Theo tidak lagi memandang ke arah Nava.
Sesampainya Theo di rumah, dia terus masuk ke dalam rumah. Dion pula memandu kereta hitam itu masuk ke garaj.
Theo segera naik ke biliknya dan dia terus mandi.
Setelah itu, Theo kembali ke ruang kerjanya dan dia mula bekerja lagi. Dia mengeluarkan kertas kerja dari dalam begnya dan memeriksa projek yang sedang dia urus.
Sedang dia memeriksa dokumen itu, Theo teringat lagi dengan Nava. Entah kenapa, imej perempuan itu tiba-tiba muncul di benaknya.
Theo terus menutup matanya dan meletakkan kertas kerja itu dengan kasar ke atas meja. "Damn that face! Why did I have to remember her?"
Adakah saya rasa bersalah sebab saya tidak tolong hantar dia ke rumah dia??
Ah, lantak lah... Dia sendiri yang tidak mau saya tolong. Saya nak susahkan diri pujuk dia kenapa??
Theo bangun lalu dia ke dapur untuk meminum air.
***
***
NAVA memandang sekeliling untuk mencari orang yang boleh dia tolong agar dia mendapatkan air mata keikhlasan itu.
Walau dengan apa cara sekalipun dia harus mendapatkan air mata keikhlasan itu. Dia harus kembali ke Kerajaan Langit secepat mungkin.
Oleh kerana dia sudah mendapat kemalangan hari ini dan rasa itu sangatlah sakit, Nava mahu kembali ke Kerajaan Langit lagi dan kembali menjadi Malaikat. Dia tidak sukalah rasa apa yang manusia rasa.. Dia tidak selesa....
Sedang Nava memandang sekeliling untuk mencari orang, tiba-tiba bahu Nava dicuit dari belakang.
Nava menoleh ke belakang.
"BOO!!" kata Jaeden. Terus saja dia ketawa setelah mengejutkan Nava.
"Jaeden!!!" teriak Nava lalu dia memeluk Jaeden. Dia bukannya terkejut malah gembira melihat Jaeden.
Jaeden pula yang terkejut melihat perangai Nava itu.
"Kenapa kau baru datang sekarang?" tanya Nava.
"Sebab saya baru tahu tadi—oh God, Nava... Apa jadi dengan kepala kau?? Kenapa kepala kau berbalut ni??!" Jaeden tidak menghabiskan ayatnya kerana terkejut melihat dahi Nava yang berbalut itu. Dia memeriksa lagi keadaan Nava dan melihat ada kesan calar lagi di tangan dan sikunya.
"Kenapa kau boleh luka macam ni? Apa yang berlaku?" tanya Jaeden risau.
"Saya cuma dilanggar kereta... Tak apa, saya masih boleh tahan," kata Nava pula.
"Kemalangan kereta??" kata Jaeden.
Nava mengeluh lagi. "Saya pun tidak tahu macam mana saya boleh muncul di jalan raya itu. Dalam banyak-banyak tempat kenapa mesti di jalan raya juga saya harus muncul... Tau-tau saja, sudah kena langgar... Nasib baik saya tidak mati..."
Jaeden memandang Nava yang mula membebel itu. Bukan dia tidak biasa melihat Nava membebel tapi dia tekejut sebab Nava kelihatan marah. Sebagai seorang Malaikat, mereka tidak akan punya perasaan, bukan macam manusia... Eh, Nava kan memang manusia sudah....
"Nasib baik orang yang saya langgar tu baik hati nak hantar saya ke... Ke bangunan apa tu.. Hospital kah? Kalau tidak, saya bunuh dia sekal---" Nava terhenti bercakap.
Jaeden menaikkan keningnya, menunggu Nava menghabiskan ayatnya.
Nava menutup mulutnya pula." Oh, tidak Jaeden... Saya betul-betul jadi manusia lah... Saya sudah boleh menyumpah-yumpah macam yang dorang cakap selalu tu... Saya baru saja cakap yang saya nak bunuh dia..."
"Kau memang manusia pun.... Itulah kau. Kan saya sudah banyak kali bawa kau turun ke Bumi untuk kerja. Kau yang tidak mahu. Tengok sekarang, kau sudah susahkan diri kau jadi manusia macam ni. Biar saya bagitau kau, ya... Jadi manusia itu sangat menyusahkan. Mereka harus buat itu dan ini supaya mereka dapat hidup, mereka harus makan untuk hidup.... Dan mereka semua mempunyai sifat yang buruk. Salah faham sikit, mulalah berdendam... Mulalah nak bunuh orang... Kau jangan pula jadi macam dorang," kata Jaeden lagi dengan panjang lebar.
"Saya manalah berani bunuh manusia... Saya masih sama dengan diri saya yang lama. Cuma, saya sudah jadi manusia, sebab itu perangai saya pun ikut manusia.. Eeee, susahlah jadi manusia ni. Menyusahkan!" kata Nava. Tidak lama kemudian, dia menutup mulutnya.
"Jangan risau, kalau kau selesaikan misi kau, kau akan kembali ke Kerajaan Langit. Yang penting sekarang, kau kena jaga diri kau dan ikut semua peraturan yang ditetapkan," kata Jaeden pula.
"Peraturan apa??" tanya Nava bingung.
Jaeden tersenyum kecil. "Sebab itu kenapa saya datang. Tuan Karman suruh saya sampaikan maklumat lain kepada kau. Sebaik saja saya dengar kau dihukum jadi manusia, saya terus bergegas ke mari. Sini—"
Jaeden terus menarik tangan Nava mendekatinya. Dia memegang dahinya dengan jari telunjuk dan jari hantu lalu dia terus memindahkan jari-jari itu ke dahi Nava pula, seolah-olah dia sedang memindahkan maklumat dari otaknya ke otak Nava.
Ketika Jaeden memindahkan maklumat itu, di hujung jari Jaeden ada cahaya terang yang kecil dan hilang setelah ia pindah di dahi Nava.
Nava menutup mata untuk mengimbas maklumat baru itu.
——"Kamu harus mengumpulkan 5 air mata keikhlasan dari manusia selama setahun. Jika kamu berjaya, maka kamu akan kembali menjadi Malaikat. Dan jika kamu gagal, kamu akan menjadi manusia selamanya."——
——"Kamu juga harus merahsiakan identiti kamu. Jangan ada manusia yang mengetahui identiti kamu sebenarnya adalah Malaikat. Kalau tidak kamu akan lenyap selamanya dari muka bumi ini ataupun di Kerajaan Langit...."——
Nava membuka matanya setelah dia selesai mengimbas semua maklumat itu dan dia terus ternganga besar.
"Kenapa?" tanya Jaeden.
"Saya tidak boleh bocorkan identiti saya pada sesiapa... Tapi saya sudah beritahu lelaki yang tolong saya itu yang saya sebenarnya Malaikat dan saya berasal dari Kerajaan Langit.. Macam mana ni?!!!"
Jaeden terdiam sekejap. Memang dia tau yang identiti Nava tidak boleh diketahui oleh manusia sebab semua maklumat itu berasal dari otaknya. Tapi dia tidak sangka yang Nava sudah memberitahu seorang manusia tentang identiti dia.
"Kalau macam tu, biar saya tolong kau hapuskan memori dia!" kata Jaeden pula.
"Kau gilakah? Hapuskan memori seseorang tanpa arahan akan buat kau dihukum... Saya tidak mahu kau pun kena hukum sebab saya!! Let me handle this myself..... Lagipun, lelaki macam dia rasanya tidak akan percaya dengan apa yang saya cakap!" kata Nava. Dia terus memukul lengan Jaeden kerana geram.
Jaeden hanya memandang lengannya yang dipukul lalu dia memandang Nava. Memang tidak sakit pun tapi dia tidak percaya kalau Nava memukulnya. Sejak bila dia pandai pukul orang ni? Ah, lupaa.. Dia kan manusia...
"Oh, dan lagi satu! Ini adalah Tears Necklace. Kumpulkan air mata yang kau dapat tu di dalam Tears Necklace ni... Dan jangan hilangkan Tears Necklace ni, kalau tidak, kau terpaksa tunggu setahun lagi untuk jadi Malaikat...."
"..... Dan Tears Necklace ini akan bercahaya terang kalau manusia yang perlu kau dapatkan air mata itu ada berdekatan. You just have to help them and get their tears..."
Nava mengambil Tears Necklace itu lalu dia membeleknya. Dia suka melihat rantai itu kerana rantai itu sangat cantik. Rantai itu berbentuk bulat dan mempunyai ukiran seperti gelombang di bahagian bawah rantai itu.
"Pakailah cepat... Nanti hilang susah pula nanti!" kata Jaeden pula.
Tanpa menunggu lama, Nava terus memakai rantai itu.
Jaeden tersenyum melihat rantai itu padan dengan Nava. Mereka kelihatan serasi bersama. "Nice, this necklace is suitable for you!"
Nava tersengih. "Thanks.... Tapi agaknya di mana saya perlu cari manusia pertama untuk mendapatkan air mata dorang? Saya tak sabar nak mulakan misi saya ni!" kata Nava sambil memandang sekeliling.
"Sekarang ini, semua manusia dah nak tidur... So, susah kau nak tahu mana manusia yang perlu kau tolong.. Apa kata kau balik ke rumah kau dulu dan pergi tidur."
Nava terus mengetuk kepala Jaeden bila Jaeden berkata begitu. Jaeden terus memegang kepalanya. Memanglah tidak sakit tapi dia terkejut kerana Nava berani mengetuk kepalanya. Dia tidak tahu pula sejak Nava jadi manusia ni, dia suka pukul orang...