Chereads / Demi Malaikatku / Chapter 1 - Hukuman Untuk Nava

Demi Malaikatku

🇲🇾bbeatyybrr
  • --
    chs / week
  • --
    NOT RATINGS
  • 74.4k
    Views
Synopsis

Chapter 1 - Hukuman Untuk Nava

Di dalam biliknya, kelihatan seorang Malaikat perempuan sedang duduk di atas bangku sambil bernyanyi kecil. Dia sedang memandang jauh ke luar sambil dia tersenyum.

Dia ialah Nava Camille, seorang Malaikat di Kerajaan Langit.

Tiba-tiba, muncul wajah seorang lelaki di tingkap itu. Dia mempunyai paras rupa yang sangat kacak dan merupakan seorang Malaikat.

Dia lah sahabat Nava sejak awal Nava tinggal di sini, nama dia ialah Jaeden Hermand.

"Boo!!!" Jaeden pura-pura mengejutkan Nava.

Nava pula tidak terkejut malah dia hanya memandang Jaeden dengan selamba.

Jaeden hanya ketawa lalu dia menyilangkan tangannya ke tingkap bilik Nava dan tersenyum melihat Nava. Muncullah sebuah lesung pipit yang kecil di tepi bibir Jaeden sehingga menunjukkan sisi kacak dia.

"Kenapa masih di sini? Kenapa tak turun ke Bumi? Di meja kerja kau sudah ada banyak kes yang perlu kau selesaikan, tahu!" kata Jaeden.

Nava hanya mengeluh kecil sambil dia berpeluk tubuh. "Hari ni saya cuti. Besok baru saya mula kerja lagi... Sudahlah, jangan kacau saya. Saya nak rehat!"

Terkejut Jaeden mendengar jawapan Nava. "Cuti??? Kita mana ada cuti, Nava. Baik kau pergi buat kerja sebelum Ketua denda kau!! Kau lupa macam mana denda kau sebelum ni?"

Sekali lagi Nava mengeluh. Terkejut lagi Jaeden mendengarnya. Nava mengeluh? Malaikat sepatutnya tidak boleh mengeluh macam itu....

"Jadi, kau kenapa masih ada di sini? Kenapa tak pergi ke Bumi saja?" tanya Nava.

"Saya nak ajak kau datanglah ni sebab kau sudah lama tidak turun ke Bumi. Semua orang sedang bercakap tentang kau, okey? Mereka cakap yang kau dah jadi Malaikat yang pemalas. Kau mahu diturunkan pangkatkah? Kau mahu jadi budak di Bumi saja??" kata Jaeden pula.

"Halaa... Saya cuma tak turun ke Bumi selama sebulan lah... Tak kisahlah kalau saya tak turun hari ni, kan?" kata Nava.

Terbeliak mata Jaeden mendengarnya. "Satu bulan??? Kau tidak turun ke Bumi selama sebulan lamanya? Kau mahu kena hukum kah ni betul-betul?" tanya Jaeden lagi.

"Bisinglah... Kau pergi sajalah turun ke Bumi sana..."

Nava terus berdiri dan menutup tingkap rumahnya. Jaeden ingin menahan Nava namun sudah terlambat. Nava sudah menutup tingkap dan kini Jaeden tiada pilihan lain selain pergi dari dan memulakan kerjanya.

Nava terdiam seketika. Bukan dia mahu buat begitu pada sahabatnya namun oleh kerana dia tidak tahan dengan bebelan Jaeden jadi dia terpaksa berbuat begitu.

Bukan Nava tidak mahu turun ke Bumi untuk melakukan kerjanya namun dia benci untuk melakukan kerjanya. Semua kerja yang diberikan kepadanya bukan kerja yang seronok. Kerja seorang Malaikat hanyalah melindungi orang-orang tertentu. Apabila ada kertas kerja yang datang ke meja mereka, akan ada gambar, nama serta masalah seseorang manusia itu dan Malaikat yang ditugaskan haruslah menyelamatkan mereka daripada diganggu dengan roh-roh yang masih berkeliaran di Bumi.

Roh-roh yang berkeliaran itu dipanggil sebagai Roh Jahat (Evil Spirit).

Selain dari Roh Jahat ini, mereka juga melindungi manusia dari sebarang kemalangan yang meragut nyawa mereka.

Selama ini Nava hanya melihat Malaikat lain melakukan kerja mereka dan semua kerja mereka sangat senang. Mereka hanya perlu melindungi manusia dari bahaya tapi semua kerja susah seperti melawan Roh Jahat diserahkan kepada Nava.

Ini semua pasal Ernie... Dia yang bagi saya semua kerja susah ni dan dia buat kerja yang senang. Terus dia yang menumpang atas kejayaan saya.... Apa tidak saya tidak mahu turun ke Bumi.

Walaupun saya Malaikat, saya juga takut dengan Roh Jahat lah.. Sebab dorang boleh cederakan Malaikat juga...

Wuhuhuuu, kenapa tiada yang mahu faham saya. Saya tidak mahu bekerja kalau ada Roh Jahat tu.

Sedang Nava mengelamun sendiri, tiba-tiba pintu rumahnya diketuk. Nava yang tidak berfikir apa-apa itu, terus membuka pintu. Terkejut Nava melihat ada empat orang Tentera Malaikat sedang menunggu dia di depan pintu rumahnya.

"Nava Camille?"

Nava mengerutkan dahinya kerana bingung. "Ya, saya??"

"Sila ikut kami ke Mahkamah Malaikat!"

Mahkamah Malaikat? Kenapa saya perlu ikut dorang pula?

"Kenapa saya perlu ke sana?" tanya Nava kehairanan.

"Anda telah melakukan kesalahan berat jadi diminta untuk menghadirkan diri di Mahkamah sekarang juga!"

Sekali lagi Nava terkejut.

Apa!!!????

***

***

[MAHKAMAH MALAIKAT]

...

Nava hanya memandang seluruh kawasan Mahkamah Malaikat itu dengan wajah tenang. Semua Malaikat yang mempunyai kedudukan tertinggi di dewan Mahkamah itu ada di sana dan mereka saling berbisik antara satu sama lain.

Nava sekarang berada di tengah-tengah dewan dengan sekelilingnya dipagari dengan besi, jelas menunjukkan dirinya sebagai seorang pesalah.

Apa yang mereka bisikkan, Nava sendiri tidak mahu ambil peduli. Nava memandang ke arah seorang Malaikat yang memakai baju berwarna putih dan memakai sebuah mahkota berupa daun berwarna hijau. Dialah yang dipanggil sebagai hakim kalau di Bumi.

Hakim yang dipanggil Tuan Karman itu terus memerintahkan semua Malaikat untuk senyap.

Tuan Karman itu memandang ke arah Nava. "Nava Camille?"

"Dilaporkan yang kamu sudah berhenti turun ke Bumi sejak sebulan yang lalu. Semua kertas kerja yang ada di meja kamu juga kamu tidak kerjakan. Disebabkan kelalaian kamu ini, 80% peratus dari manusia yang sepatutnya kamu lindungi kini tidak mampu diselamatkan. Malah Roh Jahat juga adalah salah satu penyebab kematian mereka.... "

"... Kamu sebagai malaikat patut lebih tahu kalau manusia yang dilindungi oleh Malaikat itu meninggal kerana Roh Jahat, Malaikat yang melindungi mereka akan mendapat hukuman. Terlebih lagi jika kesalahan itu dari kelalaian Malaikat itu sendiri... "

".... Apa yang kamu buat sekarang ini.. Bukanlah sekadar kelalaian.. Tapi kamu sudah melupakan tanggungjawab kamu.... "

"... Malah, dalam 4,5 kes yang kamu selesaikan sebelum ini, terdapat banyak kesalahan yang tidak terampunkan.. Semasa menjaga manusia, kamu menyebabkan 10 kemalangan kereta, 50 kes berat lain dan 70 lebih ringan yang lain... Kelalaian ini juga melibatkan nyawa manusia itu tidak tertolongkan....

Apa yang kamu lakukan ini, bukan kerja seorang Malaikat...."

Dewan Mahkamah itu kembali bising dengan bisikan dari para Malaikat yang hadir.

Tuan Karman menepuk meja dua kali untuk membuatkan semua Malaikat kembali senyap.

Bila semua Malaikat sudah senyap, Tuan Karman memandang ke arah Nava lagi. Nava masih tenang di tempat dia berdiri.

Dia tidak terlihat takut atau risau.

"Adakah kamu mengakui kesalahan kamu itu?" tanya Tuan Karman.

Semua orang memandang ke arah Nava untuk menunggu jawapan dari dia.

Nava memandang sekeliling dengan anak mata lalu dia menatap Tuan Karman dan dengan selamba dia berkata, "Ya!"

Ya?

Jadinya, dewan itu kembali bising dengan suara semua Malaikat yang mula bercakap dengan suara kuat.

Tuan Karman terpaksa menepuk meja hakimnya lagi untuk membuatkan semua orang senyap.

"Kamu ada mahu sampaikan untuk mempertahankan diri??" tanya Tuan Karman.

Nava mendiamkan diri. Kalau saya bercakap, sama juga semua bukti menuding ke arah saya. Kalau saya mengaku kesalahan saya.. Setidaknya saya dihukum turun ke Lembah Ais dan tinggal di sana sampai hukuman saya selesai. Saya sudah biasa kena hantar ke Lembah Ais pun...

Nava memandang Tuan Karman lagi. "Tiada, Tuan... Saya tiada nak cakap apa-apa..."

Tuan Karman mengeluh. Dia cuba membantu Nava untuk tidak dihukum kerana dia tahu Nava adalah seorang Malaikat yang sangat baik hati dan bertanggungjawab. Mesti ada seseorang yang membuatkan dia melakukan kesalahan ini...

"Tuan Karman, perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu saja. Malaikat Nava ini sudah melakukan kesalahan malah mengakibatkan kematian lebih dari 100 kali. Kesalahan ini sangat berat... Dia tidak boleh dihukum hanya di Lembah Ais saja," kata seorang Malaikat yang agak tua itu.

Nava yang hanya mendengar itu tidak memberi reaksi apa-apa.

"Betul itu, Tuan Karman... Dia sudah memecahkan rekod Kerajaan Langit kita mencapai angka kematian yang melebihi dari 100. Kalau Kerajaan Api tau akan hal ini, mereka tidak akan teragak-agak untuk menyerang kita," kata seorang Malaikat lagi.

Tidak lama kemudian, dewan itu penuh dengan suara bising dari setiap Malaikat yang menginginkan hukuman lebih berat dijatuhkan ke atas Nava.

Tuan Karman mengeluh lalu dia memandang ke arah Nava.

Nava hanya memandang Tuan Karman dan dia tersenyum. Seolah-olah dia ingin mengatakan yang apa pun keputusan Tuan Karman untuk meletakkan hukuman kepadanya, dia pasrah.

Tuan Karman mengeluh lagi. Kali ini, dia tekad. Dia akan menyelamatkan Nava dan seterusnya dia akan mencari cara bagaimana mahu membuktikan yang Nava tidak bersalah. Tuan Karman percaya Nava tidak pernah melakukan kesalahan sehingga menyebabkan kematian mencapai 100 lebih.

Cuma ada orang lain yang mengubah rekod kerja Nava sehingga dia boleh difitnah begitu...

Kenapa dia ingin menyelamatkan Nava, sebab Nava pernah membantunya dalam misi sebelum ini dan ternyata, Nava sangat bertanggungjawab dalam kerjanya.

Dia tidak akan mudah percaya pada orang lain yang mengatakan yang Nava adalah seorang Malaikat yang malas, sombong dan telah membuatkan kematian dalam angka yang berlipat-ganda.

Nava hanya menunduk lalu dia mengeluh.