Chereads / DIA ISTERI KAU [S2] / Chapter 26 - BAB 25

Chapter 26 - BAB 25

Beberapa hari berlalu..

Isya berjalan-jalan bersama ryan diatas shopping mall yang terletak di kota bharu,kelantan.

Mereka berjalan sambil berpimpin tangan.Isya taknak,ryan paksa.

"Malulah ryan,lepaslah tangan"kata isya perlahan.

Ryan ketawa kecil.

"Kenapa nak malu pulak,kita kan wife and husband.."kata ryan pula.

Nak lawan cakap dengan ryan?memang asyik kalah je.Malas aku.

"Jom pergi sana,ryan"kata isya lalu menarik ryan.

Ryan mengikuti isya pergi ke sebuah kedai jeruk buah.Dia melihat isya sedang melihat pelbagai jeruk buah disitu.

"Banyaknya jeruk buah dekat sini ryan"kata isya lagi.

"Mestilah,aku dulu selalu beli dekat sini jeruk buah"balas ryan.

Dulu ryan selalu beli jeruk buah dekat kedai ini waktu dia balik sini.Bukan dia yang makan,aira yang makan.

"Awak,saya nak jeruk buah yang haritu kita beli dekat atas mall tu"

"Sayang nak lagi?bukan haritu beli banyak ke?"

"Dah habis la awak..awak beli lagi ea..hehe.."

"Iyalah sayang..nak jeruk apa?yang sama ke yang lain pulak?"

"Yang sama"

Makcik itu memandang isya dan ryan.

"Ehh,kamu kan yang borong jeruk buah mokcik kan dulu?"tanya makcik itu pada ryan.

"Makcik ingat lagi ke?"kata ryan.

"Ingat la..kamu hok kerap mari beli"ujar makcik itu.

"Hehehe"

Ryan tersengeh malu.Disebabkan selalu beli jeruk buah kat kedai makcik ni,sampaikan makcik ni pun kenal muka dia.

Makcik itu memandang arah isya pula.

"Mokcik ingat waktu last,kamu duo mari waktu bini kamu ni duk ngandung.Mano anok?dok bawok ko.."kata makcik itu.

Isya memandang ryan yang terdiam.

'Mesti dia sedih,bila teringat..'bisik hati isya.

"Tak bawak sebab tokma dia nak main dengan cucu dia.."balas isya lalu tersenyum.

Ryan terkedu apabila isya berkata sebegitu.

"Ouhh..mesti comel lote muko anok kea,ikut mok pok dio"puji makcik.

Isya hanya tersenyum malu.

"Ni,kamu nok jeruk buah gapo?ko..nok hok selalu beli"tanya makcik itu.

"Yang selalu beli"balas isya.

Makcik tadi itu pun memasukkan jeruk buah lebih kedalam plastik lalu beri pada isya.

"Mokcik beri lebih sikit,mokcik tahu kamu suka make kan.."kata makcik lalu memberi plastik buah kepada isya.

"Hehe..terima kasih makcik"kata isya lalu mengambil plastik buah itu.

"Berapa harga semuanya?"tanya isya.

"10 riya jah"balas makcik itu.

Belum sempat isya mahu membayar,terlebih dahulu ryan bayar.

"Kalau ada maso lagi,marilah.Mokcik jual deh.."kata makcik itu.

Ryan tersenyum.

"Insyaallah"balas ryan.

Mereka pun berlalu dari situ.

Ryan memandang isya yang berada disebelahnya.Isya pula,berjalan sambil melihat kedai-kedai.

"Isya.."panggil ryan.

Isya mengalih pandangan lalu memandang ryan.

"Apa?"tanya isya.

"Kau dah tahu pasal—"kata ryan.

Isya meletakkan jarinya pada bibir ryan.Dia mengangguk.

"Shh..aku tahu.."balas isya.

Isya terpandang kedai yang menjual teadybear,anak patung,permainan dan lain-lain.

"Wehh ryan,comel la teadybear tuu.."kata isya sambil menepuk lengan ryan.

Ryan memandang arah kedai itu.

"Kau nak ke?"tanya ryan.

Isya memandang ryan lalu cebik sedikit.

"Tak nak la,dekat rumah aku dah banyak teadybear.Besar,kecik semua ada.Aku tak tahu la sapa bagi sampai aku ada banyak teadybear"kata isya lagi.

"Wuu~buah hati bagi la tuu.."usik ryan.

"Please la,dia tak pernah bagi aku teadybear.Dia pun tak tahu aku suka teadybear"kata isya.

"Haha..ingatkan dia yang hadiahkan"kata ryan lagi.

"Ermm"

—————————

Mikael berjalan kehulur kehilir,sambil tanganya dua belah digengam.Mama yang melihatnya pening kepala.

"Mika dah kenapa?tak senang duduk mama tengok"kata mama yang tidak tahan melihat mikael.

Mikael berhenti lalu berjalan kearah mama.

"Mika risau la ma.."ujar mikael.

Mama mengeleng kepala.

"Mika risau apa?Isya?Insyaallah,isya okey punya"kata mama lagi.

"Itu mika tahu la,tapi mika risau keselamatan isya.Mika dah taknak isya cedera lagi,banyak dah benda yang isya tanggung..mika dah tak sanggup lagi tengok isya menderita"jelas mikael lalu duduk diatas sofa.

Mama mengeluh kecil.

"Mama pun..tapi kita doa la..supaya isya dijauhkan dari sebarang kecelakaan.Lagipun isya ada dengan ryan,mama yakin ryan mampu jaga isya"kata mama.

"Mika harap macam tula.."kata mikael pula.

Tetiba papa muncul diruangtamu bersama haycarl.Mereka memandang arah mama dan mikael.

"Kenapa,muka macam cemas ni?"soal papa yang hairan.

"Itulah,carl pun rasa macam tu"sampuk haycarl pula.

Mama memandang papa.

"Si mika ni,dia risau pasal isya..tu yang cemas semacam ni"kata mama.

"Mika jangan risau,isya okey je dengan ryan tu.."kata papa lagi lalu menepuk bahu mikael.

"Macam mana papa tahu?"tanya mikael.

"Mika lupa,papa ada upah bodyguard untuk jaga isya?"kata papa.

Mikael baru teringat.

"Ohh haah,mika lupa pulak papa"balas mikael.

"Asal carl tak tahu pun?sampai hati tak bagitahu carl pun..huhu.."merajuk haycarl.

"Itulah...kuat sangat main game tu,macam mana nak tahu.."kata papa.

Haycarl mencebik.

"Abang,isya ada dekat mana sekarang?"tanya mama.

"Isya ada dekat kelantan dengan ryan,mungkin balik rumah tokma ryan la tu..dengan kawan-kawan"kata papa lagi.

"Ooo..baguslah,saya pun kesian dengan tokma dia..rindu dekat ryan,tapi ryan taknak balik.Mungkin dia baru terbuka hati nak balik sana dengan isya"ujar mama.

—————————

Mereka berdua duduk ditepi pantai sambil mengambil angin.Isya mengeluarkan jeruk buah dari dalam plastik.

"Hurmm...sedapnya bau ryan.."kata isya yang menghidu bau jeruk buah.

"Ya..ya.."balas ryan.

Isya merasa satu jeruk buah.

"Urmm!!Sedapnya ryan.Memang sedap makcik tu jual jeruk"puji isya lalu mengambil lagi jeruk buah.

"Aku tahu..memang sedap pun"kata ryan pula.

Isya menghulurkan satu jeruk buah pada ryan.

"Nah..ryan"kata isya.

"Errr...kau makan la,aku taknak"kata ryan menolak.

Isya berasa hairan.

"Kau tak suka ke?"tanya isya.

Ryan mengeleng.

"Tak.Aku tak makan benda masam² ni.."kata ryan lagi.

"Eleh,bukanya masam mana pun.Sedap lah"kata isya lalu menunjuk dia makan.

Ryan menjeling.

"Kalau kau tak makan jeruk buah,pastu kenapa makcik tu kata kau beli banyak dulu?"tanya isya lalu menyuapkan lagi dalam mulut.

"Waktu tu aira tengah mengandung,dia suka makan jeruk buah makcik tu..sebab tulah aku beli,bukanya aku yang makan"jelas ryan.

"Ooo..aku lupa hehe.."balas isya lalu tersengeh malu.

Ryan memandang isya disebelahnya yang sedang sedap meratah jeruk buah asam boi itu.

Dalam senyap,ryan mengeluarkan handfonenya dari poket seluar lalu membuka aplikasi instagram.Dia menekan boomerang.

"Isyaa.."panggil ryan sambil menunggu untuk merakam.

Isya yang tengah syok makan jeruk buah itu terus memandang arah ryan.Kecik besar dia melihat ryan yang sedang merakam dia tengah makan.

"Ryann!!"mengamuk isya lalu menolak tangan ryan.

Ryan melihat hasil boomerang yang dibuatnya.Dia nak tergelak melihat muka marah isya apabila menyedari dia tengah merakam boomerang.

"Lawak,tengok muka kau marah haha.."kata ryan lalu gelak.

Isya merampas handfone dari ryan.Dia melihat video boomerang tadi.Dan tetiba ryan merampas semula darinya.

"Ryan!!Padam balik!!"marah isya.

"Taknak!!Comel apa!!Cute-cute singa marah"mengusik ryan lalu bangun dan melarikan handfone.

Isya meletakkan jeruk buah lalu mengejar ryan untuk mendapatkan handfone.

"Ryann!!!!"jerit isya sambil mengejar ryan.

Ryan ketawa melihat isya marah.

"Kejar la,kalau dapat sayang"kata ryan lalu mengacah handfone.

Dengan lajunya,isya mengejar ryan.Ryan meninggikan tanganya ke udara,manakala isya menjongket kaki lalu lompat sedikit untuk merampas handfone.

"Bak sini!!"kata isya cuba merebut handfone dari tangan ryan.

"Taknak!!"kata ryan.

Isya sudah naik hantu.Isya lompat lalu memautkan tanganya pada leher ryan,manakala kakinya memeluk pada pingang ryan.Macam panda ∩˙▿˙∩

Ryan terkejut apabila isya memaut pada dia,lalu dengan automatiknya tangan sebelahnya memeluk pingang isya takut jatuh.

Dengan senangnya,isya dapat juga handfone ryan.Dalam masih keadaan begitu,isya dengan selambanya sempat lagi membuka video tadi,lalu padam.Selesai padam,isya cuba turun dari ryan.

"Lepaslah ryan,aku nak turun"kata isya.

"Taknak,sapa suruh kau padam video aku"kata ryan.

Ryan mengangkat badan isya lagi tinggi lalu letak atas bahunya.Isya sudah gayat.

"Ryan!!Ryan!!Nanti jatuh!!Ryan!!!"gelabah isya takut.

"Ready sayang!!"kata ryan.

Dalam kiraan Satu...Dua...Tiga..

Ryan berlari ditepi pantai sambil mengangkat isya.Isya pula sudah menjerit.

"RYANNNNN—!!!!!!"menjerit isya.

Ryan ketawa jahat.

--------------

Don't Forget To Vote And Comments..