Chereads / DIA ISTERI KAU [S2] / Chapter 29 - BAB 28

Chapter 29 - BAB 28

Isya terjaga dari tidur,apabila terasa sakit tubuhnya.Dia cuba membuka mata dengan kepalanya yang merasa sakit sedikit.

Apabila mata terbuka,dia memandang sekeliling ruang bilik.

"Aku–dekat mana.."gumam isya.

Isya memandang sebelahnya.

Dia melihat ryan yang tidur sambil meniarap tanpa baju dibadan.Dia mengalihkan matanya memandang tubuhnya.

Dia terkejut apabila melihat dibadanya tiada sehelai baju.Air mata mula mengalir ditubir matanya.

"Apa dah jadi?"kata isya yang sukar mempercayai.

Ryan yang sedang tidur,tersedar apabila terdengar bunyi orang menangis.

Tskkk~Tskkk~

Dia mencelik matanya.Dia melihat isya menyandar didinding sambil memeluk lutut.

"Isya.."kata ryan.

Ryan menyentuh tangan isya.Isya menepis tangan ryan.

"Jan–jangan..sentuh..ak–aku"kata isya sambil tersendu.

Ryan meraup wajahnya.

"Aku mintak maaf isya...Aku mintak maaf.."kata ryan bersalah.

"Tskkk—Tskkk...Kenapa kau buat aku macam ni ryan...Tskkk—aku percaya kau...Tapi ni yang kau buat..."kata isya lagi sambil menangis.

"Aku mintak maaf....aku terpaksa isya...kau paksa aku...aku buntu isya..aku lelaki...iman aku tercabar,bila kau goda aku.."jelas ryan.

Isya memandang wajah ryan.

"Tskk—apa..maksud kau?aku goda kau?"tanya isya.

"Semalam kau khayal isya..aku tak tahu jantan tu dah bubuh apa dalam air kau sampai kau jadi macamtu..kau macam orang bernafsu semalam.."jelas ryan lagi.

Air mata isya semakin mengalir apabila mendengar penjelasan ryan.

"Tskkk—Tskkk..."menangis isya.

Ryan memeluk tubuh isya.

"Aku mintak maaf isya..aku bersalah.."bersalah ryan.

"Tskkk–Tskkk–aku dah tak suci ryan...macam mana?nanti...Tskkk—mama dengan papa aku marah..."menangis isya.

"Aku bertangungjawab atas kau isya..aku yang buat kau.."tegas ryan.

"Tskkkk—Tskkkk—"sendu isya menangis.

--------------------------------------

Ryan memandu kereta pulang ke rumah bersama isya disebelahnya.Dia melihat isya asyik termenung memandang keluar tingkap.

'Mesti dia benci aku.Kenapa benda ni perlu berulang lagi?hah...'monolog ryan.

'Kenapalah,dia asyik pandang aku?aku malu tahu tak!!hurmm..'monolog isya.

"Isya.."panggil ryan sambil memandang sekilas arah isya.

"Hurmm...apa?"tanya isya.

"Aku mintak maaf.Aku tahu mesti kau dah benci aku sekarang.Aku mintak maaf"ujar ryan.

"Salah aku jugak,aku tak hati-hati..."balas isya yang masih terasa sedih dengan kejadian itu.

"Kita kahwin?"kata ryan.

Isya terdiam,apabila ryan berkata sebegitu.

"Hmm.."balas isya.

"Kenapa?"tanya ryan lagi.

"Kalau aku kahwin dengan kau.Irfan pula?"kata isya.

"Benda tu tak penting isya.Kalau jadi apa-apa dekat kau macam mana?aku bukanya lelaki dayus yang tak bertangungjawab"tegas ryan.

"Yelah-yelah.Tengoklah macam mana,lagipun..."kata isya.

Isya mengeluh kecil.

"Irfan nak datang malaysia"sambung isya.

"Bila?"tanya ryan.

"Sabtu ni.Lagipun esok mommy dengan daddy kau dah balik kan?jadi aku kemas barang aku balik rumah harini"jelas isya.

"Hmm...kalau kau dah cakap macam tu,aku tak halang.."balas ryan.

Kereta ryan masuk kedalam kawasan rumah dia,lalu memarking kereta dibawah bumbung.

Mereka keluar dari kereta.

Ryan membuka pintu rumah,isya pun terus masuk kedalam.Mereka terus naik dan masuk kedalam bilik masing-masing.

Masuk sahaja kedalam bilik,isya terus menghempaskan badanya diatas katil lalu memandang syiling bilik.Lagi sekali dia mengeluh.

"Hmm...rasa berat hati pulak nak tinggalkan dia"gumam isya.

Dia tersedar sesuatu.

"Ishhh!!kenapa kau cakap macam ni isya!!kau ada irfan!!!kau tak boleh jatuh cinta dekat dia!!!ingat!!!!"bebel isya pada diri sendiri sambil menampar lembut kedua belah pipinya.

Tetiba handfonenya berbunyi.Dia pun bangun semula dari baring lalu mencapai handfonenya yang terletak diatas meja solek.

Dia mengangkat call.

"Hello sayang"

"Hello.."

"Kau tengah buat apa?aku ada dekat airport ni,tengah tunggu flight ke malaysia"

Isya terkejut.

"Haaa!!kau ada dekat airport!!!"

"Kenapa?terkejut ke sayang"

"Err..pleaselah cipan,perasan lebih"

"Bukan kau kata hari sabtu ni ke kau nak datang sini,asal tetiba awal pulak ni?"

"Kau tak suka ke aku datang sana?hmm takpelah,orang tak sudikan~"

"Mana adalah,aku suka..cuma kaulah,suka sangat buat suprise.."

"Hahaha...ni kau tengah buat apa ni?tak jawab pun soalan aku"

"Tengah baring ni.Lapar..."

"Aipp,kau tak makan lagi ke?mama kau tak masak ke?"

"Ehhh,dia masaklah..cuma aku malas nak gerak turun bawah makan"

"Ishhh,pemalasnya dia ni...dapat dekat aku,aku cubit-cubit baru tau.Nak aku dukung dulu baru nak makan ke ni?"

Dia ketawa mendengar irfan mengutuknya.

"Hahaha...ada hati nak cubit orang,aku tendang kau baru tahu.."

"Haha...okeylah sayang,flight malaysia dah sampai..aku nak gerak pergi balai pelepasan.Tunggu aku tau!Bye"

"Okey,bye"

Isya menutup panggilan.

Dia baru perasan yang pintu biliknya terbuka,dia melihat ryan terpacak berdiri didepan pintu memandang arahnya.

"Ryan.."kata isya.

"Dia datang sini harini kan?"soal ryan sambil menjongket sebelah kening.

Isya mengangguk sedikit.

"Haah,dia baru nak naik flight"balas isya.

"Ouhh.."kata ryan.

"Kenapa kau datang sini?kau ada nak pape ke?"tanya isya hairan.

Ryan tersenyum nipis.

"Takpelah.Aku ingatkan nak ajak kau pergi breakfast dekat luar,tapi bila aku dengar,dia dah nak datang sini..aku tak jadilah"jelas ryan.

"Kau kemaslah barang kau,aku tak nak kacau"kata ryan sedikit rasa kecewa.

Ryan pun keluar dari bilik lalu menutup pintu.

Isya mengeluh memandang ryan yang keluar dari bilik.

'Kenapa sejak aku bertemu dengan kau,perasaan aku mula terbelah bahagi antara dia dan kau?Kenapa aku rasa,kau perasaan dulu yang pernah hadir?Adakah kau salah seorang orang yang terpenting dalam hidup aku,yang telah aku lupa?'bisik hati isya.

Dia mengelap matanya,dari sebarang air mata menitis.

Kain tuala yang tersangkut dibelakang pintu diambil,lalu dia terus melangkah masuk kedalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

Air pancut dipasang kuat,lalu dia berdiri dibawah sambil memejam matanya dan hanya membiarkan air mengalir diseluruh badanya.

-----------------------------------

Ryan yang sedang duduk diruangtamu,berasa gelisah apabila tidak melihat kelibat isya dari tadi.

"Mana dia ni..."risau ryan.

Dia membuat keputusan untuk naik keatas untuk melihat isya.Sampai dihadapan pintu,dia mengetuk pintu.

TOKK!!TOKK!!TOKK!!

"Isya..."panggil ryan beberapa kali dari luar.

Namun tiada sebarang sahutan.Dia berasa tidak sedap hati,lalu terus meluru masuk kedalam bilik isya yang tidak berkunci.

Dia terdengar bunyi kuat air dari bilik air,dia terus pergi ke hadapan bilik air lalu ketuk pintu.

TOKK!!!TOKK!!!

"Isyaa"panggil ryan lagi.

Tetap tiada sahutan.Dia cuba memulas tombol pintu bilik air,namun terkunci.

Dia berlari keluar dari bilik mencari kunci spare bilik air,lalu masuk kembali kedalam bilik sambil membawa kunci spare.

KLICK!!!

Dia membuka kunci bilik air lalu memulas tombol pintu bilik air dan menolak pintu.

Matanya memandang tepat arah air pancut yang dipasang kuat itu,matanya beralih memandang bawah.

Dia terkejut apabila melihat isya terbaring dilantai sambil muka pucat.

"ISYA!!!"jerit ryan yang terkejut melihat isya yang sudah terbaring dilantai bilik air.

Dia meluru pergi kearah isya,lalu mengambil kain tuala balut tubuh isya dan mencepung isya keluar keluar dari bilik air.

Isya diletakkan baring diatas katil.Dia menyentuh dahi isya,dapat merasakan sejuk gila tubuh isya.

Dia mengeluarkan handfone dari kocek seluarnya lalu mendail nombor seseorang.

Selepas itu,dia kembali semula ke bilik air lalu menutup air pancut yang terpasang.Keluar sahaja dari bilik air,dia terus pergi ke almari baju dan mengambil baju labuh.Dia menyarungkan baju pada tubuh isya.

-----------------------------------

Ryan melihat dokter peribadinya sedang mengcheck keadaan isya.Dia berasa risau melihat keadaan isya sebegitu.

"Dokter,macam mana keadaan dia?"tanya ryan risau.

Dokter itu senyum.

"Jangan risau,keadaan dia,okey je.Cuma tekanan darah dia rendah sikit,mungkin dia penat.."balas dokter.

"Dan lagi satu,saya rasa dia gastrik.."tambah dokter.

"Ouhh..haah,dia dari pagi tak makan lagi dokter.Saya ingat dia tidur,rupanya dia pengsan dalam bilik air..nasib baik hati saya tergerak nak tengok dia,kalau tak tahulah dokter"jelas ryan.

"Nah,ni resit senarai ubat.Awak boleh ambik dekat farmasi"kata dokter itu sambil menghulurkan kertas resit ubat.

"Terima kasih banyak dokter"ucap ryan.

"Sama-sama"balas dokter.

"Ermm,boleh saya tanya sesuatu?"ujar dokter.

"Boleh,apa?"tanya ryan.

"Dia ni siapa?bukan ke,isteri awak dah meninggal 4 tahun lepas?"curiga dokter.

"Ohh,dia ni kembar isteri saya"bohong ryan sambil tersengeh kecil.

"Ouhh,patutlah muka sama"kata dokter.

"Okeylah,saya mintak diri dulu.Kalau ada apa-apa,awak boleh call saya"kata dokter itu lagi.

"Ouh,okey"balas ryan.

Ryan menghantar dokter itu sampai ke pintu keluar.Selepas sahaja dokter itu pulang,ryan terus masuk ke dapur.

Dia mengeluarkan ayam,sayur dan carrot.Dia memanaskan kan periuk kecil kecil untuk memasak sup ayam.

Sambil menunggu sup ayam yang direneh didalam periuk,Dia mengambil rice cooker untuk memasak nasi.

Selepas selesai dia memasak,dia menghidangkan sepinggan nasi bersama sup ayam lalu meletakkan diatas dulang.

Dia melangkah naik keatas untuk melihat keadaan isya.Sampai dihadapan bilik isya,dia terus masuk kedalam.Isya dengan muka pucat sedang menyandar pada kepala katil,apabila dia melihat ryan masuk matanya memandang tepat pada ryan.

"Kau dah sedar"tegur ryan sambil meletakkan dulang tadi diatas katil.

Isya mengangguk kecil.

"Macam mana kau boleh pengsan dalam bilik air?"soal ryan yang memandang tepat pada anak mata isya.

"Kepala aku rasa sakit sangat tak tahu nak cakap,pastu mata aku terus gelap"jelas isya.

Dia mengeluh kecil.

"Nasib takde apa-apa jadi dekat kau,aku risau tau tengok kau terbaring dalam bilik air.Aku ingat,kau marah aku sangat sampai kurung diri dalam bilik air"risau ryan sambil memegang kedua belah tangan isya.

Dia melihat wajah pucat isya yang sedang menahan ketawa

"Perasanlah kau ni,ingat aku ni dah gila sangat ke sampai nak seksa diri aku sendiri.."ujar isya lalu tersenyum nipis.

Mata isya beralih memandang dulang makanan yang dibawa oleh ryan tadi.

"Kau masak apa tu?"tanya isya sambil menjuih mulut arah dulang makanan itu.

"Ouhh ni..."kata ryan lalu mengambil dulang makanan ditepinya.

"Aku masak sup ayam untuk kau.Kau kan tak makan lagi"sambung ryan lalu menyudukan nasi dan ayam.

Dia mengarahkan sudu pada isya.

"Gangga mulut.Arrr!!"arah ryan pada isya sambil membuat reaksi buka mulut.

Isya menganggakan mulut,lalu ryan menyuapkan nasi pada isya.Isya mengunyah perlahan makanan yang disuap oleh ryan.

"Mmmm!!Sedapnya ryan!!!"puji isya lalu membuat muka comel.

Kembang setaman ryan apabila dipuji.

"Tengoklah,sapa yang masaknya"bangga ryan.

"Yelah.Nak lagi ryan.Arrr!!"balas isya lalu menganggakan mulutnya.

Dia ketawa melihat perangai isya,macam budak kecik.Manja.

"Cepat-cepat!!makanan dah datang dah ni~nak masuk dalam mulut isya yang manja ni~"main-main ryan sambil mengacah sudu pada mulut isya.

Hampir sampai sudu dekat mulut isya,ryan memusingkan balik sudu arahnya lalu masuk dalam mulutnya.

"RYAN!!!"marah isya apabila ryan yang makan.

"Haha..okey-okey,cepat gangga mulut sayang!!"arah ryan yang geli hati mengacau isya.

Muka isya cemberut.

"Betul ni?"tanya isya.

"Betullah,cepat gangga mulut"arah ryan.

Isya mengangga mulut lalu ryan menyuapkan lagi makanan.Muka isya macam budak kecik makan,mengada.

---------------

Don't Forget To Vote And Comments..

Ps:Ramai tak sabar kan?nak tunggu aira ingat balik.Meh bell bagitahu,sebenarnya aira mengalami

Amnesia separa: ketidakmampuan mengingat beberapa orang dalam jangka masa 3 tahun malah selamanya, kejadian ini biasanya disebabkan oleh seseorang tersebut mengalami pembedahan 

So,that's why la aira tak ingat ryan,bukan ryan sahaja..termasuk keluarga dia sendiri dia tak ingat,lepas dia sedar dari koma ;)