Isya berdiri diluar lapangan terbang sambil memeluk tubuh memandang sekeliling melalui cermin mata hitam yang dipakainya.
"Ahh~mana cipan ni?"mengeluh isya yang sudah setengah jam menunggu.
Dia berasa bosan disini menunggu kehadiran irfan.Tanganya menyeluk masuk kedalam handbag,lalu mengambil handfonenya.
Dia membuka aplikasi whatsapp,lalu melihat mesej yang terpapar di skrin handfonenya.Dia membaca mesej ryan.
Ryan:
Sayang~
Baby~
Wife~
Love~
Oii!!balas lah mesej😑
Dia tergelak kecil membaca mesej dari ryan.
"Eleh,suka hati akulah nak balas ke taknak.Haha..."bicara isya sambil ketawa,lalu tanganya menaip mesej.
Irfan yang baru keluar dari lapangan terbang,memandang sekeliling mencari isya.Mata dia tertancap arah seorang gadis yang memakai kaca mata hitam sambil bermain handfone.
"See you.."gumam irfan sambil bibirnya mengukirkan senyuman manis.
Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri isya dari belakang.Sampai sahaja dibelakang isya,dia menyergah isya.
"SAYANG!!"sergah irfan sambil meletakkan tangan diatas bahu isya.
"Opocot mak katak!"melatah isya apabila seseorang menyergahnya.
Dia berpaling ke belakang,dia melihat irfan berada dibelakangnya.
"Hurghh!!terkejut aku,nasib aku takde sakit jantung.Kalau tak dah lama aku mati katak dekat sini"bebel isya sambil mengusap dadanya kerana terkejut.
Irfan ketawa mendengar isya bebel.
"Sorry..hehe..dah lama ke tunggu?"tanya irfan.
"Eh,taklah.Baru je...mestilah dah lama aku tunggu,kaulah..lambat sangat"perli isya dengan muka masam.
Irfan mengeluarkan sejambak bunga rose dari belakangnya,lalu menunjukkan pada isya.

"Alolo...jangan merajuk..tak comel.Suprise!!!"pujuk irfan.
Dia memandang sejambak bunga rose ditangan irfan.Cantik!!
"Cantiknya!!!Thankyou!!!"gembira isya lalu mengambil jambakkan bunga rose itu dari tangan irfan.
Merah mekar bunga rose itu,disertakan dengan bau yang sangat wangi.
"Suka?"tanya irfan yang melihat isya seakan menyukai bunga rose itu.
Isya membuat muka comel.
"Su-kaa sangat!!"balas isya.
Dia melangkah jalan meninggalkan irfan dibelakang.
"KAU NAK PERGI MANA ISYA!!"jerit irfan.
Dia menoleh arah irfan.
"Jomlah balik,kau nak buat apa duduk lama dekat sini?CEPATLAH!!!"jerit isya pula lalu terus melangkah ke hadapan tanpa memandang kiri dan kanan.
Irfan mengejar isya dari belakang.Laju betul dia ni!!
Dia melintas terus jalan tanpa memerhati kereta kiri dan kanan.
Terkejut irfan apabila melihat sebuah kereta laju menuju arah isya dengan laju,manakala isya selamba melintas kereta.Dia berlari laju arah isya.
"ISYA!!!KERETA!!!"jerit irfan memberi amaran pada isya.
Isya yang mendengar irfan menjerit,terus memandang arah kiri jalan.Jambakkan bunga rose ditanganya terus jatuh.Jantung dia berdegup laju melihat kereta itu menuju laju arahnya.Kakinya ibarat sudah digam tak mampu bergerak,hanya mampu memejam mata reda dengan apa yang akan berlaku.
Kereta itu hampir sahaja melanggar tubuh isya,namun sempat dielak apabila irfan menarik tubuh isya ketepi jalan.Mereka berdua jatuh diatas jalan.
"Isya!!Kau okey?"risau irfan sambil memandang isya yang berada disisinya.
Dia masih terkejut dengan apa yang terjadi,matanya terus gelap.
Irfan menepuk perlahan pipi isya.
"Isya~Isya!!!"cuba menyedarkan isya.
Dia melihat isya tidak sedar juga.Dia menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan handfonenya,lalu mendail nombor mikael.
"Hello irfan?"
"ISYA PENGSAN MIKAEL!!!"
"HAH!!MACAM MANA ISYA BOLEH PENGSAN?"
"Nanti aku cerita,amik aku dengan isya dekat luar lapangan terbang sekarang"
"Haa,okey-okey..tunggu jap"
Mikael terus menutup panggilan.
Dia memandang semula arah isya.
"Isyaa..."gumam irfan risau.
Matanya beralih arah leganya,terdapat kesan darah pada lenganya akibat bergeser dengan tar jalan.Tanganya mula terasa pedih,namun ditahan.Yang paling penting baginya sekarang,isya.
______________________
'Selagi saya ada dengan awak,awak jangan risau.Saya akan lindungi awak,dan saya takkan benarkan dia sentuh awak'
'sayaa-minn..taakkk..maaf..ssaa-yaa...sayang...awakk...maaff..kaaannnn..sayaaaa..'
Satu persatu bayangan muncul didalam fikiran isya.Dia dapat mendengar suara seseorang,seseorang yang amat dia kenali dan cam.Namun tidak pasti,adakah itu....dia?
Irfan yang menemani isya yang terbaring dikatil wad,melihat wajah isya seperti berkerut,dan dia dapat melihat setitis air mata isya mengalir di hujung matanya.Dia mengelap air mata isya dengan jarinya.
"Apa yang kau sedih isya?sampai kau menangis ni..."gumam irfan.
Mama isya masuk kedalam bilik wad isya.
"Isya dah sedar,irfan?"tanya mama isya yang membawa makanan ringan.
Irfan mengalih mata memandang mama isya.
"Belum lagi,mama"balas irfan.
"Tapi..."kata irfan separuh.
"Kenapa,irfan?"tanya mama isya.
"Irfan tengok mata isya mengalir air mata.."tambah irfan.
Tetiba bunyi tangisan dan esakan isya yang masih tertutup mata.Mama dan irfan memandang arah isya.
Mama cepat pergi kearah isya,lalu menepuk pipi isya perlahan untuk menyedarkanya.
"Isya,sayang.."panggil mama.
Isya sedar.Dia terus memeluk mama sambil menangis.
"Hikss-hikkss...."esakan isya yang menangis itu.
Mama mengosok perlahan belakang badan isya.
"Kenapa ni sayang,menangis ni?"tanya mama risau melihat isya.
Irfan yang melihatnya juga turut berasa risau.
"Isyaa-Isyaa....mimpi sesuatu...hikss!!"ujar isya.
"Isya mimpi apa?"tanya mama lagi.
"Isyaa-isya mimpi,ada seorang perempuan mengandung ni..pastu kena langgar dengan kereta,kesian perempuan tu ma..hikss~"cerita isya sambil air mata berjujuran mengalir dipipi.
Mama terdiam.Manakala irfan yang juga mendengarnya berasa sedih pun ada.
'Kau tahu tak isya...perempuan dalam mimpi kau tu,diri kau sendiri isya..'monolog irfan.
"Jangan menangis,tu mimpi je.."pujuk mama.
"Tapi ma,isya rasa benda tu betul-betul berlaku.."jelas isya lagi.
"Tak,emosi isya je tu.."kata mama.
Air mata isya masih mengalir,mengenangkan mimpi yang tadi.Kenapa dia rasa sedih macamni?
"Jangan sedih-sedih...tak elok"kata mama lagi lalu mengesat air mata isya.
Isya memandang arah irfan pula.Dia melihat lengan irfan berbalut.
"Irfann.."panggil isya.
Irfan datang dekat pada isya.
"Apa?"tanya irfan.
Dia menyentuh lengan irfan yang berbalut.
"Kenapa dengan tangan kau?"tanya isya.
"Ohh,ni luka sikit sebab tangan aku tergeser dengan tar jalan"balas irfan.
Dia mengingati semula,apa yang berlaku diluar lapangan terbang.Dia baru teringat yang irfan telah menyelamatkanya.
"Sorry...sebabkan aku,kau cedera"kata isya rasa bersalah.
"Aku tak kesah kalau aku cedera sekalipun,asalkan kau selamat pun dah cukup"kata irfan sambil senyum.
"Isya sembanglah dengan irfan,mama keluar dulu"kata mama.
Dia mengangguk kecil.
Mama pun keluar dari bilik wad isya.Tinggal isya dan irfan sahaja didalam bilik.
Irfan memandang isya dari atas sampai bawah.Semakin....gemok.
"Kenapa aku tengok kau semakin..."kata irfan separuh.
Isya menjongket kening sebelah.Apa?
Irfan mengembungkan pipi.
"Manade..aku kuruslah"kata isya.
"Tak,kau dah gemoklah aku tengok"kata irfan pula.
"Tak-Tak-Tak"kata isya lagi.
"Ishhh,betullah..nampak ni,pipi kau tembam"kata irfan lagi lalu mencubit pipi isya.
"Cipann!!!"marah isya.
Seronok irfan gelak,melihat isya marah.Ni lagi satu manusia,yang suka buat aku marah!!😒
-----------------
Don't Forget To Vote And Comments..