Chereads / DIA ISTERI KAU [S2] / Chapter 27 - BAB 26

Chapter 27 - BAB 26

Mereka semua menyalam tangan tokma sebelum pulang semua ke kuala lumpur.

"Kalau ada masa cuti ke,datanglah sini lagi"kata tokma.

"Insyaallah,tokma"balas mereka.

Mereka yang lain sudah masuk kedalam kereta.Tinggal ryan dengan isya sahaja yang belum.

"Tokma,ayen balik dulu"kata ryan lalu memeluk tubuh tokma.

Tokma membalas pelukan ryan.

"Okey..jaga diri baik-baik,jangan lupa tokma.Kalau ada masa nanti,datanglah sini..ye.."pesan tokma.

"Baik tokma"balas ryan lalu melepaskan pelukan.

Tokma memandang arah isya pula,lalu peluk.

"Terima kasih isya"kata tokma.

Isya tersenyum.

"Sama-sama.Terima kasih juga tau tokma sebab tolong isya"kata isya pula.

"Nanti kalau ada masa,isya datanglah lagi dengan ayen.."pesan tokma.

"Insyaallah"balas isya.

Tokma melepaskan pelukan.

"Kitaorang balik dulu tokma.Tokma jaga diri tau"ujar ryan.

Tokma mengangguk kecil lalu senyum.

"Kamu pun sama,jaga diri"kata tokma.

Mereka pun berjalan pergi kearah kereta,lalu masuk kedalam kereta.Ryan mengundur kereta ke belakang,sambil itu melambai tangan arah tokma.Kereta ryan pun,mula keluar dari halaman rumah tokma.

——————————

Dalam perjalanan,isya hanya memejamkan mata.Takut pening kepala hehe..

Ryan yang melihatnya,berasa geli hati pula.

"Takut mabuk jalan jauh ker.."perli ryan sambil memandu.

"Shut up"balas isya.

Ryan sudah pecah ketawanya.

"Yelah haha..macam² betul kau ni.."kata ryan separuh gelak.

Isya membuka mata sedikit,lalu menjeling arah arah ryan.

"Suka sangat nak kacau orang huh?"geram isya sambil mengetap gigi.

"Aku kacau kau sorang je.Yelah,aku suka tengok kau membebel,marah..kalau kau diam,aku rasa macam sunyi.."kata ryan selamba.

"Pelik betul la,kau lagi suka tengok orang marah²?sewel ke apa ha?"kata isya pula.

"Aipp sayang,tak elok cakap suami sewel.."kata ryan.

"Bagi aku,kau marah..membebel tu nampak macam comel la"sambung ryan.

"HUWARGHHH!!yelah.."balas isya sambil menguap.

Isya menurunkan sedikit tempat menyandar ke belakang,lalu baring.

"Mengantuk ke?"tanya ryan.

Isya mengangguk.

"Tidur la..meh aku dodoi.."kata ryan.

Sebelah tangan ryan menepuk perlahan peha isya macam dodoi baby.

Isya hanya membiarkan sahaja ryan.Dan lama kelamaan,dia lelap dibuai tidur.

Ryan memandang sekilas isya.Dia tersenyum melihat isya sudah tidur.

"Baby bambam tidur dah.."gumam ryan perlahan.

——————————

"Semua maklumat yang boss nak,ada dalam ni"kata seorang lelaki yang memakai kot hitam bersama dua lagi orang.

Sampul itu diletakkan diatas meja.

Perempuan yang duduk dimeja itu,mengambil sampul yang diberikan oleh orang suruhanya lalu mengeluarkan isi didalam sampul itu bersama beberapa keping gambar.Dia melihat satu persatu maklumat.

Nama sebenar:Tengku Aira Alisya

Nama samaran:Tengku Aryana Erisya

Umur:21 tahun

Status:Isteri kepada Tengku Aryan Ezryl.

Dia melihat beberapa keping gambar pula.Dia melihat gambar ryan dan isya yang rapat dan mesra.

Api kemarahan dia mula naik apabila melihat gambar itu.Tanganya mula digempal penumbuk lalu menghentak meja tersebut.

DUMM!!!

"SHIT!!ASAL KAU TAK MATI LAGI BETINA!!"marah perempuan itu sambil mengetap rahang.

Beberapa orang suruhan tadi yang melihat bossnya itu marah,sudah berasa gerun.

Mata perempuan itu beralih kepada orang suruhanya pula.

"Aku nak korang semua cari dan bunuh betina ni!!aku tak kisah korang guna cara apa sekalipun,asalkan betina ni tak wujud lagi.FAHAM!!!"suara tengkingan perempuan itu jelas terdengar disetiap ruang bilik itu.

Mereka semua meneguk air liur mendengar suara bossnya itu.Takut?Ya,mereka memang takut.Bossnya tengok sahaja dari segi luaran cantik tapi..dari segi dalaman pula...jahat.

"FF—Fahamm...Boss!!"kata mereka terketar-ketar.

"INGAT!!KALAU BETINA TU TAK MATI!!KORANG SEMUA YANG MATI DAPAT DEKAT AKU!!!"jerit perempuan itu memberi amaran sekerasnya.

Perempuan itu mengeluarkan hot gun 'GLOCK 20' dari bawah meja lalu ditujukan arah mereka bertiga.

"Aku dah lama tak guna benda ni...korang nak tahu tak bila last aku guna?4 tahun lepas aku guna benda ni untuk orang suruhan bodoh yang lain aku suruh buat,lain dia buat!!Dia nyaris buat buah hati aku mati!!!HAHAHA!!!"ugut perempuan itu lalu ketawa besar.

Hot gun yang ditangan,dimain-main dan sekali sekala dituju arah mereka.Dan tetiba bunyi tembakan hot gun itu.

POMM!!!POMM!!!

Bunyi kuat tembakan hot gun itu yang mengeluarkan beberapa dus tembakan.

Mereka sudah kecut perut melihat kesan tembakan pada dinding,yang dilepaskan oleh bossnya.Dinding yang rata,terus tembus sampai kedalam simen.

Perempuan itu tersenyum sinis.

"KELUAR!!"arah perempuan itu.

Selepas orang suruhanya keluar,dia memandang gambar ryan dan isya.

"Kau mesti mati aira!!Kau kena mati!!Selagi kau ada,aku takkan dapat dia!!HAHAHA!!"kata sinis perempuan itu lalu ketawa.

"Ryan milik aku!!!Kau takboleh amik ryan dari aku,Aira!!!!Kau takboleh!!!"kata sinis seorang diri sambil merenyak gambar itu.

——————————

Isya terjaga dari tidur.Dia melihat sekeliling,dia berada didalam biliknya.Dia bangun dari baring.Dia meraup rambutnya ke belakang,lalu menuju ke bilik air.

Selepas membasuh muka,dia keluar dari bilik.Dia melihat pintu bilik ryan tertutup rapat.

"Dia tidur..ke?"kata isya lalu melangkah pergi dekat pada bilik ryan.

Dia memulas pintu,dan terbuka luas pintu bilik.Dia masuk kedalam bilik,dia melihat ryan tiada didalam bilik.

"Mana ryan ni?Dia tinggal aku sorang-sorang dekat rumah.Kurang asam betul"bebel isya yang berdiri tegak dihujung katil ryan.

Ryan yang baru keluar dari bilik air dengan memakai kain tuala yang dililit dipingang memandang arah isya dari belakang.Dia melihat isya membebel seorang diri.

"Isya?"panggil ryan dibelakang.

Isya mendengar suara ryan,dia terus menoleh ke belakang dengan muka masam cetung.

Terbeliak mata dia,apabila melihat ryan yang tidak berbaju.

"Ahhhhhh!!!!"menjerit isya lalu berpusing ke depan semula dan menutup mata.

Ryan nak tergelak melihat isya terkejut.Dia melangkah dekat menghampiri isya.

"Oii"kata ryan sambil mencucuk bahu isya.

Isya bergerak kedepan lagi.

"Kau kenapa?"tanya ryan.

"Kau tu yang dah kenapa tak pakai baju!!"kata isya pula.

"Aku baru lepas mandilah,mestilah tak pakai baju.."kata ryan pula.

Ryan melihat isya yang masih menutup mata mengunakan kedua belah tangan.

"Bukalah mata,aku dah pakai baju"kata ryan.

Isya membuka mata.Dia melihat ryan masih tidak berbaju.

"Ryan!!!!"marah isya lalu menutup mata.

"Apa??"mengusik ryan.

"Kau tipu aku.Mana baju kau?hah"bising isya.

Ryan menarik isya berdiri berhadapan dia.Dia menarik kedua belah tangan isya dari tutup mata.

"Buka jelah mata.Aku bukanya bogel depan kau pun.."kata ryan.

Isya perlahan-lahan membuka mata.Dia melihat badan ryan yang tegap,sado.

"Cantik kan,badan aku?Sado kan?"puji diri ryan sendiri.

"Errr..perasan.Tak nampak sado pun"kata isya.

"Aku tahu badan aku sado,jangan nafikan.Kau beruntung tau,dapat tengok badan aku yang sado ni.."bangga ryan lalu membuat gaya sado.

Isya membuat muka.

"Please la..jangan nak perasan sado ye,Encik Aryan Ezryl"kata isya selamba.

"Kau kata aku tak sado?"tanya ryan lalu menjongket sebelah kening.

Isya mengeleng sambil menyilangkan tangan.

"Yup,tak"balas isya.

"Kau cakap aku tak sado eaa!!"kata ryan.

Ryan mengelentek pingang isya.Isya sudah ketawa.

"Ryan!!!Geli lah!!!Hahaha!!!"kata isya separuh gelak.

Isya berlari dari ryan,manakala ryan mengejar isya dengan masih bertuala dipingang.Tak takut tercabut ke tuala tu?😂

"Jangan kejar aku ryan,aku penat nak lari wehhh!!"kata isya yang berlari naik atas katil.

"Takde.."kata ryan.

"AAAGGGHHHHH!!!!!"bunyi riuh satu bilik bunyi suara isya menjerit.Aduduh,macam budak kecik mereka dua ekor ni.Seorang suka menyakat,seorang lagi suka mengutuk.Good!

--------------

Don't Forget To Vote And Comments..