Chereads / true love from the moolight / Chapter 4 - Perjumpaan yang tidak disangkakan terjadi.

Chapter 4 - Perjumpaan yang tidak disangkakan terjadi.

Setelah selesai semua urusan appa(ayah) berjumpa dengan penduduk kampung tersebut dan seperti yang dirancang hari ini merupakan hari terakhir kami berada disini.

Oleh sebab itu, aku dan appa(ayah) mengambil kesempatan ini untuk membeli buah tangan dan barang-barang dibawa balik nanti.

Seperti yang disangkakan, ternyata ramai juga yang datang dan sesak seperti mana di daerah aku tinggal.

Dan perkara yang aku rasa merimaskan apabila pergi ke pekan ialah melihat gelagat orang bangsawan yang sombong dan angkuh. Mereka hanya ingin menunjukkan siapa diri mereka dan mahu dihormati serta melakukan apa sahaja terhadap orang lain ataupun golongan bawahan di situ tanpa memikirkan perasaan mereka.

Tanpa aku sedari aku berjalan bersama-sama appa(ayah) dan hanya monolog dalaman sahaja dari tadi.

" Hara, tak mau beli apa-apa kah kerana sejak dari tadi hara hanya ikut appa(ayah) sahaja ". Tanya appa(ayah) setelah membayar kepada peniaga yang ada dihadapannya.

Kami pun berdiri dan berhenti seketika di hadapan gerai itu.

" Ouh yalah appa(ayah) " jawabku ringkas.

" hara, sejak dari tadi appa(ayah) perhatikan kamu hanya melihat-lihat sahaja keadaan sekeliling pekan ini " kata appa(ayah) lagi.

" Iayalh... Appa (ayah)Hara pikir hara mahu membeli beberapa helai kertas berwarna sebenarnya hara diam dan ikut appa(ayah) sahaja tadi kerana sedang memikirkan barang apa yang hendak dibeli ". Kataku lagi dan memberikan alasan kerana sebenarnya dari tadi aku melihat seorang wanita yang sedang marah kepada orang lain.

Nasiblah appa(ayah) ada bersama ku jika tiada mungkin sahaja aku sudah kesana untuk mengetahui apa yang sebenarnya sudah terjadi disitu.

" Ouh, appa(ayah) ingatkan kamu memerhatikan sikap orang bangsawan yang ada disini kerana mama kamu bilang hara sering melakukannya dan pernah sekali hara marah anak bangsawan lain dan buat kecoh disitu, apakah itu benar ? " Tanya appa lagi.

" Hahahaha, nampaknya appa(ayah) tau rupanya, tapi itu dulu, lagipun siapa suruh perempuan tu marahkan seorang hamba yang tidak sengaja melanggar dia memang patut pun hara marah ". Terangku kepada appa(ayah) dan pada masa yang sama aku sendiri malu dengan sikapku kerana selama ini aku ingatkan omma(ibu) sahaja yang tahu dan tidak akan memberi tahu kepada appa(ayah).

Aku berasa begitupun kerana sikap omma(ibu) yang seakan-akan tidak peduli sama ada aku suka atau tidak pergi ke pekan bersamanya dan apa yang aku lakukan ketika itu.

Dan hari ini aku baru sedar bahawa omma(ibu) memang tegas tapi tidak bermakna dia pentingkan diri dan tidak peduli tentang aku walaupun kekadang tingkah lakunya seperti itu.

"Iya, appa(ayah) faham perasaan hara tapi tidak semua perkara kita boleh melakukan sebegitu walaupun pada hakikatnya itu adalah benar " ujar appa(ayah) sambil menepuk bahu kananku.

" Baiklah appa(ayah) hara faham dan hara janji tidak akan melakukannya lagi, janji ". Balasku dengan riak muka yang riang dan menunjukkan jari kelingking kepada appa(ayah).

Appa(ayah) pun tersenyum sedikit dan menunjukkan jari kelingkingnya kepadaku sebagai tanda janji.

" Hara pergilah dulu beli barang yang hara perlukan, nanti kamu cari appa(ayah) apabila sudah selesai semuanya " kata appa(ayah) kepadaku .

"Kalau begitu hara pergi dulu appa(ayah) annyong (selamat tinggal)" ucapku sebelum pergi meninggalkan appa(ayah).

Aku pun terus jalan dan mencari kedai yang menjual kertas berwarna merah jambu dan juga mungkin aku akan membeli barang perhiasan seperti gelang tangan.

Siapa tau, sudah menjadi kebiasaan bagi golongan wanita membeli barangan seperti itu terutamanya apabila ia kelihatan cantik walaupun pada awalnya bukan barang itu yang hendak dibeli.

Aku ingin singgah sekejap ke sebuah kedai kecil di hadapan tempat aku berdiri dan aku pun meneruskan langkahku kesana.

" Cik mau beli apa ya ? " Tanya peniaga wanita itu yang dalam lingkungan usia 50 tahun, setibanya aku di situ.

" Saya cuma nak singgah sahaja dan sebenarnya saya pun tidak tau mau beli apa imo (makcik) " jawabku dengan jujur kerana dalam fikiranku dari tadi hanya kertas untuk membungkus biskut buatanku.

Tapi barang kemas yang makcik tu jual lumayan cantik sampaikan aku ingin membelinya tetapi aku tidak tahu ingin membeli yang mana satu.

Namun begitu , makcik tu dengan ramahnya berkata kepadaku " cik beli lah ini,iya kelihatan cantik dan sangat sesuai dengan cik ".

Makcik itu Segara mengambil sebuah kotak berwarna hijau yang berada di hadapannya dan membukanya.

Di dalam kotak itu terdapat binyoe (tusuk rambut) yang bercorak bunga sakura dan gelang tangan jed berwarna hijau yang mempunyai corak bunga sakura juga.

" Cantiknya makcik " pujiku setelah melihat binyoe dan gelang tangan di dalam kotak tersebut. Entah kenapa aku rasa tertarik dengan barang itu.

"Baiklah saya akan beli ini makcik " jawabku lalu membayarnya dan mengucapkan "gamsahabnida imo (terima kasih makcik) ".

Dalam perjalanan itu aku menjadi hilang arah dan nampaknya aku sudah tersesat di tengah-tengah pekan ini.

" Macam mana ni " keluhku sebentar dan meneruskan langkahku lagi.

" Apaaa!! kamu beraninya memecahkan mangkuk dah berapa kali kamu lakukan ini, buat rugi sajalah lebih baik aku jual kamu daripada simpan orang macam kamu langsung tidak tau buat kerja dengan betul ". Tengking seorang lelaki yang berbadan gempal itu.

Suaranya kedengaran agak kuat dan aku pun pergi ke kedai makan itu untuk melihat apa yang terjadi.

Setelah aku sampai di situ aku terlihat seorang perempuan sedang melutut di hadapan lelaki itu dan meminta maaf.

" tolong maafkan saya, saya janji tidak mengulanginya, " kata perempuan yang sedang melutut itu.

Kelihatannya dia sangat merayu dan kedua-dua tapak tangannya dirapatkan sebagai tanda meminta ampun.

Aku dengan perlahan maju kehadapan untuk melihat muka perempuan itu dengan lebih dekat.

Hal ini kerana aku hanya melihat sosok tubuh perempuan itu dari belakang, dan sepertinya aku mengenalinya.

Dan setelah aku melihat wajah perempuan itu, ternyata dia adalah perempuan yang sama aku jumpa pada malam kemarin di bawah pokok bunga sakura itu.

" Maaf menganggu pakcik " sampukku setelah aku membuat keputusan untuk menolong perempuan tersebut.

" Cik siapa, apa hak cik di sini " kata lelaki itu dengan suara yang marah dan kasar.

" Nama saya hara, dan kalau boleh saya akan bayar semua kerugian yang pakcik tanggung . " Jawabku dengan sopan kerana sekiranya aku bertindak dengan kurang ajar takut nanti masalah akan menjadi rumit.

" Tapi buat apa, cik rasa tidak membazir duit untuk mempertahan perempuan ini dan rasanya dia tidak penting bagi cik , dan lagi satu bayarannya bukan murah dan kalau cik mau, cik boleh ambil dia cuma dengan syarat bayarannya adalah 3 kali ganda ". Kata lelaki itu dengan amat yakin.

" Baiklah saya setuju, saya akan bayar semua termasuk tiga kali ganda itu tapi dengan satu syarat dia bebas sepenuhnya daripada pakcik "

Terangku lagi.

Nasiblah appa(ayah) ada bagi aku wang tadi dan sebelum aku bertolak ke sini omma (ibu) juga ada memberi aku wang dan 2 jongkong emas kecil.

Aku pun mengambil uncang begku dan mengeluarkan sejumlah wang yang diminta oleh lelaki itu.

Syukurlah, ternyata cukup juga wangku tapi nampaknya uncang begku sudah kosong dan hanya ada biskut buatanku dan sapu tangan sahaja.

"Ini dia bayarannya" kataku dan meletakkan wang dan 2 jongkong emas itu.

" Wahhh, terima kasih cik nanti kalau cik ada masa datanglah makan di kedai saya ". Ujar lelaki itu yang sebelumnya marah kini mukanya bertukar gembira dan segara mengambil wang itu.

Apakan tidak, siapa yang tidak gembira mendapat sejumlah wang yang banyak tanpa di sangka.

"Cik bangunlah" kataku sambil membantu perempuan itu berdiri semula dengan memegang tangannya.

Kami pun berdiri di situ dan dia berkata " bukankah cik yang ada bersama saya kemarin semalam itu ?"

" Iya " jawabku dengan senyum " saya ingatkan kamu tidak ingat akan saya" .

"Mana mungkin saya lupa akan muka cik dan saya mengucapkan terima kasih banyak-banyak atas pertolongan cik dari semalam hinggalah hari ini ".

" Tiada apa-apa lah ini hal kecil sahaja jangan risau yang penting kamu baik-baik sekarang ". Terangku lagi.

" Cik,nama saya Hyung mi " katanya, akhirnya dia memperkenalkan siapa dirinya sambil menghulurkan tangan kanannya kepada ku.

" Nama saya Jang Hara, panggil hara saja" jawabku kembali dan menyambut salaman tangannya itu.

" Kalau begitu hyung mi saya pergi dulu ya " tambahku lagi sepertinya lebih baik aku pergi teruskan cari appa (ayah) lagi.

" Sekejap cik mahu pergi mana" tanya hyung mi.

" Rasanya saya perlu balik sekarang lah " jawabku ringkas.