Tidak lama kemudian, hyung mi berjalan untuk berjumpa dengan hara tetapi dalam perjalanan itu dia melihat hara terduduk di atas jalan tersebut.
"Cik hara, kamu tidak apa-apa ? " Tanya Hyung mi kepadaku dan dia membantu memapahku untuk berdiri.
Sepertinya pikiran ku hanyut sebentar entah kemana.
Dan pertanyaan hyung mi tadi aku tidak menjawabnya dan terus berdiri dan berkata " hyung mi sepertinya tadi aku berjumpa dengan malaikat maut ".
"Hahaha, cik hara Jangan nak berguraulah memangnya ada orang yang bisa melihat malaikat maut pagi-pagi begini " usik Hyung mi setelah mendengar apa yang aku katakan tadi.
Tapi betul juga kata hyung mi, aku sebenarnya masih bingung dengan lelaki tersebut apa kata-kata ku begitu kasar sampaikan wajahnya begitu menakutkan sekali.
Lagi satu sepatah perkataan pun dia tiada cakap seperti "Terima kasih" memangnya dia tidak boleh bercakap
Tunggu-tunggu mungkin sahaja dia bisu dan pekak kerana aku panggil beberapa kali dia hanya mengendahkannya dan ketika aku memanggilnya Lelaki gila mungkin sahaja aku telah menakutkannya dan dia berasa terancam sampai dia menunjukkan riak muka yang menakutkan.
Masuk akal juga kerana mana ada orang marah tiba-tiba tanpa sebab yang munasabah tapi sayang juga mukanya sudah cukup kacak menurut ku memiliki wajah seperti merupakan anugerah yang indah tapi sayang dia bisu dan pekak.
Masing-masing ada kekurangan dan kelebihan mana ada manusia yang sempurna di dunia ini, aku rasa bersalah pula melayannya sebegitu.
Dari pakaiannya dia mungkin anak bangsawan, aduh kenapa aku boleh sangka dia pemberontak sedangkan mana ada pemberontak yang berpakaian sebegitu kemas dan rapi tentu saja pemberontak akan menutup muka mereka serta memakai pakaian hitam kebiasaannyalah.
Aku meletakkan tapak tangan kananku di dahi sebagai tanda penyesalanku kerana baru sekarang aku dapat berfikiran normal selepas sahaja aku memikir bahawa lelaki tadi ialah pemberotak.
Kenapa kebodohanku datang tiba-tiba mungkin sahaja disebabkan ketakutan ku jadi otakku juga sudah jadi tidak betul.
" Cik hara,cik hara ? " Tegur Hyung mi disertai dengan tangannya yang melambai-lambai di hadapan mukaku.
"O....uh iya Hyung mi " jawabku sedikit terkejut kerana dari tadi aku mengelamun dan mengingati sikapku yang tidak masuk akal itu.
" Cik hara, hari ini kelihatan pelik memangnya ada sesuatu terjadi kah ? " Tanya hyung mi lagi kerana selepas aku duduk di atas jalan itu sikapku menjadi pelik sepertinya orang yang melihat hantu di siang hari.
" Memang ada perkara buruk yang berlaku hari ini, aku mengeluh sebentar, tapi hyung mi jangan panggil saya cik boleh ? "
" Tapi kan cik hara, kita sudah buat persetujuan sekiranya saya tidak bisa panggil hara, cik hara akan setuju dipanggil "cik ". Jelas Hyung,sudah 2 tahun kami bersama, dia memang tidak pernah memanggilku hara walaupun sudah banyak kali aku menyuruhnya.
lebih baik aku mengalah buat masa sekarang, aku masih lemah untuk bercakap panjang lebar dengan hyung mi.
Di istana Gyeongbok
" Tuanku sudah sampai " tanya sida-sida park yang menunggu di pintu gerbang istana.
" Jangan berani berkata sepatah perkataan pun dengan saya kalau tidak taulah apa jadi " kata ha Joon dengan suara yang datar disertakan dengan riak mukanya yang marah.
Ha Joon terus masuk tanpa mengendahkan sida-sida park dan beberapa orang istanawati yang menunggu disitu.
Dan ji sung menyusul Ha Joon dari belakang.
"Ji sung " bisik sida-sida park.
"Iya, ada apa sida-sida park ? " Ji Sung berhenti seketika untuk menjawab pertanyaan tersebut.
"kenapa dengan putera mahkota, setahu saya tadi pagi emosinya tenang dan kenapa sekarang dia kelihatan sedikit marah apa kamu ada melakukan kesalahan sehinggakan dia bersikap sedemikian ". Ujar sida-sida park yang tertanya-tanya kerana kebiasaannya Ha Joon akan menjawab pertanyaan dengan baik bukan seperti tadi, dan sikapnya akan berubah sebegitu sekiranya ada perkara yang tidak disukainya berlaku.
"Tiadalah setahu saya, tuanku baik-baik sahaja dan seperti biasa saya hanya ikut dengan tuanku tanpa berbicara dengannya " jawab jisung dengan ringkas dan meneruskan langkahnya.
Mereka pun masuk ke istana bersama-sama dengan sida-sida park dan beberapa orang istanawati menyusul di belakang putera mahkota Ha Joon.
" Tuanku, tentu sudah lapar saya akan suruh mereka menyiapkan makanan untuk tuanku " pelawa sida-sida park mana tau emosi ha Joon sudah membaik.
"Sida-sida park apa kamu tidak dengar apa yang saya katakan tadi " Ha Joon pun yang sedang berjalan itu berhenti sebentar dan memandang sida-sida park dan 5 orang istanawati yang berada di belakangnya.
" Kamu semua berdiri di sini, selagi saya tidak bilang kamu boleh bergerak, jangan sesekali berani mau berganjak dari tempat kamu " suruh ha Joon dengan nada suara yang perlahan dan tegas.
" Baiklah Tuanku " jawab mereka bersama-sama kerana sekiranya mereka tidak menuruti perintah Ha Joon bermakna mereka bersedia untuk dihukum.
Tetapi sampai sekarang belum ada lagi yang berani ingkar arahannya dan lagipun Semua orang di istana sudah kenal dengan sikap Ha Joon seperti apa.
Dan juga sudah banyak kali sida-sida park diperlakukan seperti itu setiap kali dia mengutarakan berbagai-bagai soalan ketika Ha Joon berada dalam emosi yang tidak baik.
Bagi sida-sida park berdiri seperti itu sudah menjadi lumrah dalam kehidupannya dan walaupun begitu sida-sida park tidak pernah mengeluh dengan tindakan Ha Joon kepadanya.
kerana dia sudah bersama putera mahkota sejak ha joon berumur 12 tahun lagi jadi dalam erti lain dia melihat bagaimana Ha Joon membesar sampailah sekarang sudah tentu dia mengetahui bagaimana sifat Ha Joon.
Menurutnya Ha Joon ialah seorang lelaki yang baik dan periang cuma sikapnya yang dingin itu yang lebih dikenali semua orang di istana.
Sebelum ini, Ha Joon tidaklah sedingin ini namun setelah kekasih hatinya so mi meninggal dunia 3 tahun lalu perwatakannya berubah sepenuhnya terutamanya terhadap ayahandanya sendiri.
Kalau boleh dikatakan dia masih mencintai perempuan itu sampai sekarang.
"Lihat anak kamu sikapnya tidak berubah langsung, makin menyakitkan hati adalah " kata permaisuri kepada raja yang sedang berdiri melihat gelagat ha joon dari jauh yang sedang memarahi sida-sida park dan para istanawati yang malang itu.
Ayahanda Ha Joon hanya diam sahaja mendengar keluhan ibundanya itu. Ini bukan kali pertama dia mendengar luahan hati isterinya tentang sikap anaknya Ha joon dan baginya itu ibarat masuk telinga kanan keluar telinga kiri.
Bukan bererti ayahanda ha joon tidak mengendahkan rungutan ibundanya kerana sudah berkali-kali ha joon di beri nasihat namun tiada satu pun yang melekat di kepala ha joon.
Malahan setiap kali raja bertemu dengan putera mahkota untuk menasihatinya ada sahaja pertelingkahan berlaku di antara mereka.