Chereads / true love from the moolight / Chapter 7 - Ibarat berjumpa dengan malaikat maut.

Chapter 7 - Ibarat berjumpa dengan malaikat maut.

Putera mahkota lee Ha Joon memutuskan untuk berkunjung ke pekan Hanseong dan telah tiba disana.

" Tuanku, apa tuanku tidak perasan sejak dari tadi sepertinya ada orang yang memerhatikan kita " Tanya jisung yang melihat dua orang lelaki asing sedang berdiri di belakang mereka.

"Sepertinya, hari ini saya ingin melakukan sesuatu yang hebat dan mengujakan " kata ha Joon yang tersenyum sinis. Nampaknya dia mempunyai idea menarik yang hendak dia lakukan.

"Jalankan seperti apa yang saya bagi tahu kamu di istana sebelum ini " katanya lagi setelah berpaling sebentar ke arah dua orang lelaki yang dimaksudkan oleh ji sung.

" Baiklah Tuanku " jisung menundukkan kepalanya sebagai tanda dia memahami apa yang diperintahkan oleh putera mahkota Ha Joon.

Pada awalnya, Ha Joon sudah mengetahui perkara ini akan terjadi dan sudah tentu ada orang yang mengekori mereka nanti. Nampak dari gayanya Ha joon tahu mereka ialah orang suruhan Ayahandanya.

Disebabkan itulah sebelum dia pergi ke pekan bersama ji sung mereka sudah berbincang dan membuat persediaan awal sekiranya ada apa-apa kebarangkalian berlaku.

Ha Joon melakukan ini kerana dia ingin bebas sepenuhnya daripada orang-orang istana tanpa di ketahui apa dia lakukan, siapa dia jumpa dan dimana tempat-tempat yang dikunjungi seharian ini.

Tambahan pula dia ingin memberi pengajaran dan sedikit permainan yang menarik untuk mengenakan orang suruhan Ayahandanya.

"Saya kira 1 sampai tiga dan kemudian kita berpecah " bisik Ha joon sambil melihat ke arah dua lelaki itu yang kononnya sedang memilih-milih barangan yang ada disitu.

"hana, dul, ses,ttwida..( satu,dua,tiga, lari) " ji sung dan Ha Joon pun berpecah dan pergi ke arah yang berlainan untuk mengelirukan mereka.

Di hadapan sebuah kedai di pekan hanseong :

"Rasanya Hyung mi tidak datang " pikirku yang sedang berdiri di hadapan kedai tersebut.

aku berasa sekiranya menunggu Hyung mi disini mungkin dia akan datang tapi sejak dari tadi batang hidung Hyung mi pun tidak kelihatan langsung.

" Lebih baik aku balik sekarang siapa tau nanti aku boleh berjumpa hyung mi dalam perjalanan pulang ke rumah ". Lalu aku membuka langkah untuk berjalan.

Tiba-tiba keadaan menjadi sedikit huru-hara dan semua orang berada di tepi-tepi kedai untuk memberi laluan.

Tapi yang bertambah buruk lagi ketika itu aku berada betul-betul di tengah jalan tersebut.

"igeon eottae (macam mana ini) " kataku yang sedang cemas kerana aku melihat seorang lelaki yang sedang berlari ke arah ku, namun sebelum aku sempat pergi kembali ke tempat yang dimana aku berdiri tadi.

Lelaki itu telah menolak ku ke tepi dengan kuat sehingga aku terjatuh di atas tanah.

"Ha!!! i salam-eun ma-eum-eul ilh-eun geos gatseubnida (nampaknya orang ini sudah hilang akal) " jeritku beraninya dia menolakku kerana apa awalnya aku mengira dia akan mengelak dari ku tapi siapa sangka dia sempat lagi menolakku tanpa sepatah perkataan pun.

"Biar betul " keluhku yang sedang mengelap hanbok dan tapak tanganku akibat terjatuh di atas jalan yang kotor itu.

" Ehh,jamkkanman(sebentar)!! " Panggilku setelah melihat terdapat seutas rantai di atas jalan tersebut dan sepertinya itu kepunyaan orang yang melanggarku tadi.

Tetapi lelaki itu tidak mendengar suaraku dan terus berlari begitu sahaja.

"Perlukah aku mengejarnya lagi, memang menyusahkan betul " pikirku sambil berdiri untuk mengambil seutas rantai itu.

ne majseubnida (ya betul), dahlah aku ditolak dan sekarang terpaksa lagi mengejarnya hahhhh sepertinya orang ini membuat aku nae ma-eum-eul ilh-eossda( hilang akal).

Aku pun dengan sakit hatinya terus berlari mengejar lelaki itu kerana sosok tubuhnya masih kelihatan lagi.

Sempat lagi aku memberi rantai ini kepadanya mungkin juga barang ini penting baginya pikir ku lagi.

" Hei !! " Jeritku dengan sepenuh hatinya tetapi tetap juga tidak di endahkannya.

aku jadi haus berteriak macam orang gila semata-mata untuk memanggilnya.

Mustahil juga dia tidak dengar aku memanggilnya dari tadi.

Beberapa minit kemudian akhirnya lelaki itu berhenti berlari.

Aku pun berhenti sebentar untuk menarik nafas dan berehat.

Siapa yang tidak letih berlari dalam masa 20 minit tanpa henti.

Aku berada kira-kira 1 km dibelakang lelaki itu.

Lee Ha Joon POV.

Hahahaha, sepertinya mereka tidak mengejar ku lagi dasar orang tidak berguna.

Dan sekarang tiba masanya untuk aku bergembira. Tidak sia-sia aku berlatih dalam pelbagai bidang selama beberapa tahun ini nampaknya membuahkan hasil dan kelajuanku juga meningkat.

" Hei, lelaki gila " jerit hara untuk yang kali yang ketiga dan tahap kesabarannya juga sudah habis.

"nuga,na (siapa, saya) " Ha Joon menunjuk dirinya sendiri dan hairan kerana semua orang melihat ke arahnya.

Ha joon juga berasa pelik dari tadi kerana ada orang menjerit memanggil seseorang tapi dia hanya mengendahkannya siapa tau itu orang lain tetapi tidak menyangka yang orang dimaksudkan itu sebenarnya dirinya sendiri.

"Siapa yang berani-beraninya memanggilku lelaki gila, sepertinya ini pertama kali orang berbicara kasar kepadaku " kata ha joon dengan sedikit angkuh.

Tapi memang betul juga kerana selama ini tiada siapa yang berani berkata seperti itu dan semua orang di istana menghormatinya walaupun mereka dilayan dingin oleh Ha Joon.

Ha Joon merasa tercabar dan tidak berpuas hati berpaling kebelakang tepat ke arah hara yang berdiri di situ

Hara:

Apa yang aku katakan salah, tapi memang patut aku memanggilnya begitu kalau ikutkan hati ingin sahaja aku memanggilnya gwimeogeoli (pekak).

Tapi kenapa lelaki ini sepertinya lebih marah daripada aku.

Wajahnya ketika dia berlari tadi tidaklah seganas ini dan bagiku wajah cukup tampan dari anak lelaki bangsawan lain yang pernah aku jumpa mungkin kalau yi seol melihatnya sudah tentu dia jatuh hati , tapi aku rasa sekarang sepertinya aku berjumpa dengan malaikat maut yang tiada belas kasihan langsung.

Perwatakannya seratus peratus berubah dan aku rasa keadaan tiba-tiba menjadi menakutkan walaupun banyak orang lalu lalang disitu.

Kenapa seperti aku yang melakukan kesalahan sedangkan pada hakikatnya dia yang bersalah padaku.

Ha joon melihat hara yang sedang berdiri dan memegang seutas rantai miliknya di tangan kiri Hara dan baru dia faham kenapa perempuan itu memanggilnya dari tadi.

"Matilah aku nampaknya dia berjalan ke arahku, reaksi mukanya seperti ingin membunuhku, sepertinya iya, mungkin juga dia ada membawa pisau di tangannya, hara baru sekarang kau nak menyesal sepatutnya dari awal aku tidak mengejarnya, mungkin juga dia pemberontak sebab itulah dia lari supaya tidak ditangkap " kataku dalam hati dan selubungi dengan ketakutan, ditambah lagi dengan fikiranku yang negatif.

Lelaki itu pun terus berjalan dan berhenti tepat-tepat di hadapanku.

" Matilah aku lebih baik pejamkan mataku jadi sekurang-kurangnya aku mati tidaklah terkejut sangat dan lebih bersedia walaupun ditikam itu sakit " pikirku lagi setelah melihat lelaki itu mengangkat tangannya siapa tahu dia ingin menikam ku dengan tiba-tiba.

"Ceh.. beraninya dia memanggilku gila " kata Ha joon dalam hatinya dan tersenyum sinis setelah melihat muka hara yang menutup matanya.

Lalu dia pun mengambil rantai itu dan berlalu pergi begitu sahaja.

" Nyaris-nyaris sahaja tadi, rupanya dia ingin mengambil barang kepunyaannya " kataku yang sedang tergamam berdiri dan terus duduk menghembuskan nafas lega.