(2 tahun kemudian).
Di istana Gyeongbok :
Lee Ha joon POV. Penat juga rasanya selalu berada di istana, dengan segala urusan istana yang tidak pernah selesai dan tiada penghujungnya .Sudah 3 tahun aku berpisah dengan so mi sejak aku jadi putera mahkota sepertinya hidupku berlalu begitu sahaja dan tiada perkara yang menarik berlaku, rasanya perkara yang sama aku lakukan setiap hari.Tapi kenapa so mi pergi dan mengungkiri semua janji-janjinya padaku.
" Seja joha( yang teramat mulia putera mahkota), buat apa disini ? " Tanya naesi (sida-sida) park yang baru sahaja tiba di taman istana itu dan Fikiran Ha joon berkaitan dengan so mi segera hilang dari benak fikirannya.
" Tiadalah cuma ambil angin saja, dan rasanya hari ini, hari yang indah untuk bersiar-siar ? " Kata putera mahkota ha Joon dengan suara yang dingin tanpa ada sedikit reaksi di wajahnya.
" Iya, tuanku " jawab naesi (sida- sida) park dengan berhati-hati kerana takut sekiranya kata-katanya membuatkan ha joon marah dengan tiba-tiba.
" Kalau begitu, saya memutuskan untuk keluar sebentar kalau boleh saya hanya ingin pergi
sendiri " tambah Ha Joon lagi.
" Tapi.. tuanku apakata tuanku membawa seseorang bersama Tuanku " saranan neasi(sida-sida) park yang risau dengan keselamatan ha joon nanti sekiranya pergi bersendirian.
Baginya keselamatan dan kesejahteraan Putera Mahkota amatlah penting dan ini merupakan tugas utamanya sebagai sida-sida diraja. Sekiranya apa-apa berlaku kepada Ha Joon dialah orang pertama yang akan ditanya dan mungkin juga dia akan disalahkan.
" Baiklah saya akan menyuruh Ji sung menemani saya ". Jawab Ha joon yang dengan ringkas lalu pergi begitu sahaja.
Ji sung salah satu orang yang sentiasa bersama Ha Joon dan dalam kata lain dia ibarat "bodyguard" Juga. Ji sung merupakan pahlawan pedang yang mahir dan diperintahkan untuk menjaga keselamatan Putera Mahkota.
Pekan Hanseong :
" Hara !! " Panggil seorang wanita sedang mengikutiku dari belakang dan tak lain tak bukan sepertinya itu ialah suara yi seol.
Yi seol ialah anak kepada perdana menteri Jeong hyun nam dan juga merupakan sahabatku walaupun aku baru kenal dengan dia tapi yang membuat diriku tertanya-tanya kenapa selama ini aku tidak mengingati yi seol langsung . Hal ini kerana ada yang mengatakan aku membesar bersama-sama dengan yi seol dan kalau begitu aku dan yi seol bersahabat sejak kecil.
"Yi seol wae (kenapa yi seol) " jawabku dan menoleh ke arah yi seol.
apalagi yang yi seol mahu bukankah waktu pembelajaran sudah habis dan kebiasaannya selepas itu dia terus menghilang entah kemana.
"jamkkanman (sebentar) " ujar yi seol yang tercungap-cungap seperti baru habis berlari mengejarku dan mengangkat tangan kirinya sebagai tanda berhenti.
"Yi seol ada apa kamu terburu-buru memangnya ada urusan apa ? " Tanyaku kerana setiap kali dia mencariku ada sahaja masalah yang dia lakukan kalau tidak pun mungkin dia ada gosip atau maklumat sulit yang dia hendak bagi tahu.
" Tarik nafas, hembus, tarik nafas, hembus " suruhku kepada yi seol supaya dia dapat bertenang dan bercakap dengan ku.
" Begini hara, boleh kamu tolong saya buat kali ni " Pujuk yi seol kepadaku dengan tiba-tiba aku pun sedikit terkejut memang dia menghadapi masalah apa sampai memerlukan pertolongan ku.
"Baiklah tapi apa kata kamu bagi tahu dulu apa yang sepatutnya aku lakukan dan aku tidak jamin boleh tolong atau tidak ".
"Begini hara, tadi semasa aku pergi ke bilik bacaan istana dan ada beberapa orang istanawati berkata bahawa malam ini panglima perang yang terkenal itu akan berkunjung ke istana sempena menyambut kemenangan mereka dan apa kata.... " Terang yi seol tapi aku rasanya tahu apa yang hendak yi seol Sampaikan dan aku pun menyampuk.
" Yi seol jangan kata kamu ingin ke istana malam ini semata-mata ingin mengetahui siapa orang itu" kataku sebelum yi seol sempat menghabiskan kata-katanya.
seperti yang aku sangkakan ternyata sangkaan ku tidak pernah salah, sampai bila yi seol bersikap seperti ini tapi rasanya ini sudah menjadi kelebihan dia walaupun kadangkala aku penat melayan kerenahnya.
" Ha., Kamu faham pun hara jadi aku tidak perlu lagi menjelaskan dengan lebih banyak, apa kamu setuju dan kita hanya duduk sahaja setelah itu kita balik ,aku janji " bahas yi seol lagi dengan penuh keinginan.
" Yi seol kamu tahu kan yang sambutan itu dilakukan secara tertutup dan bagaimana nanti sekiranya kita berjumpa dengan penasihat agung Jang dan Perdana menteri Jeong, habislah kita nanti ". Terangku nampaknya dari mana lagi yi seol mendapat idea seperti ini.
aku yang sebelum ini risau akan masalah yi seol nampaknya tiada apa yang perlu dirisaukan dan satu lagi kenapa juga yi seol berlari segala semata-mata untuk perkara ini. Memang dia orang yang tidak bisa diramal.
"Pasal itu jangan risaulah hara aku sudah siapkan semuanya ". Kata yi seol dengan penuh yakin.
"Baiklah, tapi kita hanya duduk sahaja setelah kamu lihat siapa orang itu kita balik " kataku ringkas dan rasanya itu hanya mengambil masa yang singkat sahaja harap-harap lah.
Kadangkala aku pun tidak bisa memahami apa yang yi seol fikiran sampaikan dia ingin sekali melihat orang itu.
Aku ada dengar juga bahawa lelaki itu merupakan panglima perang yang paling hebat dan sentiasa menang setiap kali berperang. Hampir semua anak bangsawan tergila-gilakan dia dan mengatakan bahawa lelaki itu sangat tampan.Perkara yang membuatkan peminatnya bertambah gembira ialah dia akan berpindah ke sini dalam masa beberapa hari ini.
Namun ada juga mengatakan setampan lelaki itu tiada yang mengalahkan putera mahkota.
Sejujurnya aku tidak pernah melihat muka mereka langsung , memang benar aku sentiasa berada di istana untuk belajar namun di istana juga ada lokasi tertentu yang tidak boleh kami kunjungi melainkan setelah kami menyelesaikan semua tahap-tahap pembelajaran dan tahun ini merupakan tahun terakhir sesi pembelajaran ku.
Banyak yang beranggapan sekiranya berada di istana maka sudah pasti pernah melihat wajah putera mahkota. Sebenarnya ini salah sama sekali, Jangan bilang wajahnya, bayang-bayangnya juga aku tidak pernah lihat.
aku tidak sampai hati untuk menolak ajakan yi seol dan melihat dia muram kerana itu aku bersetuju untuk pergi bersamanya nanti.
"Hara kalau begitu aku pergi dulu ya, jangan lupa malam ini annyeonghi gaseyo ( selamat tinggal) hara " .
"al-ass-eo geogjeong hajima yi seol ya ( baiklah jangan risau yi seol). Balasku, lalu yi seol pergi untuk menyelesaikan sesuatu perkara katanya.
Sebelum ini apa yang aku ingin lakukan ya tadi, ini semua gara-gara idea yi seol jadinya aku lupa mau buat apa sekarang.
"Sejak dari tadi aku tidak melihat hyung mi dia kemana " pikirku sekejap, biasanya dia akan menunggu ku setelah sesi pembelajaran di istana sudah selesai tapi nampaknya hari ini dia mungkin terlewat.