Pada waktu malam
"Akhirnya, harap-harap nanti dapatlah berjumpa dengan panglima perang yi " kata yi seol sambil berangan-angan entah apa yang dia harapkan akan berlaku nanti.
" Tapi kan yi seol, macam mana kita masuk ke istana ? ". pikirku sejenak kerana pada waktu malam begini mana mungkin orang bebas keluar masuk istana tanpa ada urusan penting.
"Sebab itulah saya bawa ini " yi seol mengangkat tangannya yang sedang memegang beg yang tidak terlalu besar dan menunjukkan kepadaku.
"sebentar, apa maksud kamu yi seol, memangnya ada apa dalam beg itu ?? " Tanyaku kebingungan dan tertanya-tanya isi beg tersebut.
"Ini dia, bagus bukan idea ku memang pasti tiada siapa yang mengenali kita " kata yi seol setelah membuka beg tersebut.
" Jadi idea kamu ialah kita menyamar menjadi seorang lelaki ? " Tanya ku ketika sedang melihat dan memegang beberapa helai baju di dalam beg itu.
" Betul sekali hara " yi seol dengan teruja sepertinya imaginasinya sudah terlalu jauh sehinggakan dia tidak peduli tentang risiko tindakannya sendiri.
Siapa sangka aku akan melakukannya perkara seperti ini mudah-mudahan sahaja tiada orang yang mengenaliku, sebenarnya aku sedikit tidak yakin dengan idea yi seol.
" Oh iya hara, kata Hyung mi perangai kamu pelik pagi tadi dan mengatakan bahawa kamu telah berjumpa dengan malaikat maut di siang hari " yi seol tergelak besar dihadapanku selepas menanyakan soalan itu.
"Itu sebab aku takut sahaja sehingga berkata seperti itu " ujarku tetapi yi seol masih juga ketawa.
Aku sendiri pun tidak perasan apa yang aku katakan kepada hyung mi dan langsung tidak terlintas dalam fikiranku untuk meluahkannya.
" Apa yang membuatkan kau takut hara, setahu aku kau seorang yang berani lagi-lagi kalau memarahi orang lain " perli yi seol, kali ini dia cuba untuk menahan gelak tawanya.
" Begini pagi tadi, ada seorang lelaki menolakku sampai jatuh dan aku mengejarnya untuk memberi barang kepunyaannya tapi malahan dia menunjukkan riak wajah yang marah padaku setelah aku memanggilnya lelaki gila , aku rasa dia bisu dan pekak, jadi sekarang aku pula yang rasa bersalah memanggilnya seperti itu "
" Apa dia kacak? " Tanya yi seol dan memberikan senyuman seolah-olah dia berasa lelaki tersebut kacak seperti lelaki idamannya.
Tapi selama aku mengenali yi seol setiap kali dia melihat lelaki yang memiliki paras rupa yang kacak pasti dia akan suka dan realitinya itu hanya sementara sahaja dan belum pernah lagi seseorang yang menjalinkan hubungan yang lama dengannya.
"Ermm, bagiku dia cukup kacak dalam banyak-banyak lelaki yang pernah aku lihat sebelum ini " jawabku ringkas sambil memilih beberapa pasang baju lelaki yang ada dalam beg tersebut.
"Jangan-jangan dia memang malaikat maut, kerana selama ini aku tidak pernah mendengar kau memuji seorang lelaki, biasanya semua lelaki yang menurutku kacak bagimu biasa-biasa saja". kata yi seol dan memerhatikan aku namun aku hanya mengendahkannya.
"kamu sendiri yang tanya sama ada kacak atau tidak jadi aku cuma memberi tahu pendapatku yang sebenarnya, yi seol lebih baik kita bersiap sekarang ". aku segara mengakhiri perbualan kami kalau tidak ada-ada sahaja soalan yi seol utarakan nanti.
Kami menukar pakaian kerana sebentar lagi tiba masanya sambutan sempena kemenangan itu diadakan di istana.
Sambutan itu diadakan secara kecil-kecilan sahaja dan yang dihadiri oleh orang yang berjawatan tinggi seperti appa(ayah) dan appa yi seol.
Selain daripada meraikan kemenangan tersebut, sambutan itu juga diadakan sebagai ucapan selamat datang kepada panglima yi kerana sebelum ini dia bertugas di wilayah pyeongan-do dan akan bertugas di sini tidak lama lagi.
Ini apa yang aku dengar dari appa(ayah), semoga sahaja nanti aku tidak berjumpa appa(ayah).
bagaimana hara aku kelihatan kacak " kata yi seol kepadaku setelah selesai bersiap sepenuhnya.
" Yi seol tidakkah pelik kita berpakaian lelaki dan tidak sesuailah " aku menjadi serba salah melakukan ini, memang kami kelihatan seperti lelaki tapi aku tidak pasti sama ada rancangan ini berhasil atau tidak.
" tunggu sebentar hara pakai ini " yi seol melekatkan sesuatu di wajahku dan wajahnya sepertinya itu merupakan kumis tiruan.
"Hahahahha, yi seol kamu kelihatan luculah " aku ketawa kecil melihat wajahnya dan begitu juga yi seol, kali ini aku yakin tiada siapa yang mengenali kami.
" Jom kita ke istana nanti kita terlewat pula " tambah yi seol tetapi kami masih tetap ketawa melihat antara satu sama lain.
Tanpa kami sedari kami telah sampai di pintu gerbang istana dan kami mulalah berlakon seperti seorang lelaki walaupun sedikit janggal tapi rasanya pengawal istana tidak menyadarinya langsung.
"lihatlah ,aku sudah kata memang tiada siapa yang mengenali kita " bisik yi seol kepadaku setelah kami berjaya masuk ke dalam ruangan sambutan tersebut diadakan.
Dalam anggaran 50 orang yang berada di ruangan itu dan kami duduk di hujung ruangan tersebut bagi mengelak orang mengenali atau mengesyaki Kami.
" Yi seol lama lagikah penglima perang tu datang " Tanyaku kepada yi seol dengan nada suara yang perlahan, rasanya sudah 30 minit kami berada di sini dan aku rasa perutku penuh dengan air yang aku minum sejak tadi.
" Sebentar hara " yi seol melihat semua orang yang ada disitu tetapi yang ada hanya menteri-menteri istana yang berumur 40 begitu seperti appa
(ayahku) dan menteri Jeong.
Kenapa appa(ayah) belum tiba lagi ya,bagus juga kalau appa(ayah) datang lambat jadi aku tidak akan terserempak dengannya nanti.
" Hara, hara " bisik yi seol yang kelam-kabut sepertinya mungkin juga penglima itu sudah sampai.
"Ada apa yi seol ? " jawab ku kembali.
"Rasanya appa (ayahku) memerhatikan kita dari tadi macam mana ini hara ? Jangan-jangan dia tahu siapa kita " kata yi seol kepadaku.
Aku pun memalingkan anak mataku dan rasanya menteri Jeong curiga siapa kami kerana dia hanya melihat ke arah kami sahaja.
" Yi seol lebih baik kita keluar sekarang " aku memberikan pendapat kepada yi seol dan aku rasa sepertinya menteri Jeong ingin datang ke arah kami.
"Baiklah, jomlah kita keluar " ajak yi seol, dia bersetuju dengan pendapatku dan melupakan hasratnya untuk berjumpa panglima perang yi.
"Selamat pun sekarang " kataku lega sebaik sahaja kami berada di pintu keluar ruangan tersebut.
" Hara, apa kata kamu keluar dulu dari istana dan 5 minit kemudian aku keluar " ujar yi seol yang masih tidak puas hati selagi dia tidak melihat wajah panglima perang yi.
"Tapi kan yi...seol " yi seol menolakku pergi beredar dari tempat itu secepat mungkin dan hanya memerhati orang di dalam ruangan itu.
" Baiklah aku pergi , ingat 5 minit sahaja kalau lebih siaplah kau yi seol " Aku sudah tidak tau mau kata apa lagi dengan yi seol dan hanya mampu memberi dia ancaman kecil sahaja tapi sepertinya dia tidak peduli langsung, nampaknya masih tidak serik lagi sekiranya hampir ketahuan seperti tadi.
Sebentar laluan keluar di mana ya, sepatutnya aku keluar bersama-sama yi seol kawasan istana ini terlalu besar dan siapa-siapa sahaja boleh tersesat dan semua laluan kelihatan hampir sama sahaja.
Aku merasa rimas dengan kumis tiruan yang aku pakai jadi aku segera menanggalkan lagipun hanya aku seorang dan tiada siapa-siapa di sini.
Aku berjalan sahaja tanpa tau kemana arahnya, mudah-mudahan aku bisa menjumpai gerbang istana ini.
" Hah, aku putus asa dari tadi aku berjalan tapi tetap juga aku tidak jumpa jalan keluar sepertinya aku berada di laluan sama sahaja dari tadi ". Keluhku sebentar setelah melihat sebuah bangunan yang ada di hadapanku rasanya itu Balai singgahsana.
"Maaf apa yang kamu buat disini ? " Tiba-tiba aku terdengar suara seseorang bertanya kepadaku dari belakang.
Ketika itu aku berniat untuk masuk ke Balai singgahsana untuk melihat bagaimana keadaan di dalamnya.
Tetapi setelah mendengar suara tersebut aku segera menoleh kebelakang melihatnya.
" Ouh, saya sebenarnya ingin keluar dari istana tetapi nampaknya saya tersesat ". Jawabku tenang dan siapa tau orang itu boleh menolongku.
" Kamu terus sahaja, lepastu belok kiri dan disitulah ada laluan keluar dari istana " katanya lagi dengan sebutan yang jelas dan aku pun lega juga kerana tidak perlu menyuruhnya mengulangi ayatnya tadi.
" Kamsahamnida (terimah kasih) " dan aku memberikan dia haengboghada biskut.
Aku dengan senang hati beredar dari tempat tersebut dan mengikut apa yang dia katakan tadi.
"jamkkanman(sebentar) apa yang barusan aku lakukan " kataku dalam hati setelah aku melihat pakaian yang aku kenakan ternyata aku lupa yang sebenarnya aku perlu menyamar sebagai seorang lelaki.
Dan aku berkata dengan orang itu selamba sahaja sepatutnya aku perlu bersuara seperti lelaki dan aku juga sudah meninggalkan kumis di mukaku.
Ottake (macam mana ini)kenapalah aku terlalu cuai, setiap kali ada sahaja kesalahan aku lakukan.
tapi pelik juga orang itu, apa dia tidak menanyakan sama ada aku perempuan atau lelaki dan dia hanya menjawab soalan yang aku utarakan sahaja.Tanpa ada sedikit perasaan curiga terhadapku.
Sudahlah jangan difikirkan lagipun tidak penting mana mungkin dia cam mukaku dan dari apa yang aku lihat dia tidak peduli siapa aku.
Bagus juga jadi aku tidak perlulah takut, yi seol mana ya sudah lebih 5 minit aku menunggunya.
"Hara!! " Yi seol memanggil ku tidak lama kemudian.
"Hah, datang pun ingatkn sudah tak ingat balik " kami pun balik ke rumah kerana takut nanti appa(ayah) menyadari yang aku tiada di rumah bersama Hyung mi.