Chereads / true love from the moolight / Chapter 5 - kehidupan yang baharu.

Chapter 5 - kehidupan yang baharu.

" Tapi saya belum ganti wang cik lagi "

" Pasal itu jangan risaulah, yang penting sekarang kamu sudah bebas dan tidak perlu lagi bekerja dengan orang begitu " .

" Dan lagi satu jangan lupa sentiasa hidup gembira, sekurang-kurangnya itu sudah memadai untuk membalas budi saya " ujar ku lagi.

"Hara sini pun kamu, penat appa(ayah) cari kamu dari tadi ". Panggil appa(ayah) yang baru sahaja tiba di situ.

Aku pun berpaling dan melihat." Akhirnya hara dapat juga berjumpa Appa (ayah) ingatkan Hara dah tak boleh balik sudah " kataku lalu memeluk appa.

"Iya-iya, anak appa(ayah) ni langsung tidak berubah lah sikit-sikit nak nangis " gurau appa.

" Apa, mana ada hara nangis, lagi pun hara ok sahajalah " ujarku entah sampai bila appa(ayah) suka bergurau seperti ini.

" Ouh, iya appa(ayah) ini kawan Hara nama dia hyung mi ". Tambahku lagi.

"Nama yang cantik seperti orangnya " jawab appa(ayah) dengan ramahnya.

"Dan Hyung mi, ini appa(ayah) saya Jang in wo".

"Panggil saya pakcik sajalah ya " sampuk appa (ayah).

setelah selesai aku mengenalkan hyung mi,aku dan appa(ayah) berjalan pergi. " annyeong hyung mi (Selamat tinggal hyung mi).

Tidak lama kemudian aku terdengar suara hyung mi dan dia menuju ke arah ku.

"Hara!" panggil Hyung mi.

"Iya, Hyung mi ada apa ? " jawabku kembali.

"Tadi cik bilang cara untuk balas budi cik adalah dengan sentiasa hidup gembira dan saya sudah buat keputusan untuk menjadi dayang kepada cik, kerana bagi saya, hidup bersama cik adalah perkara yang gembira yang pernah saya inginkan ". Terang Hyung mi dengan gembira.

" Tapi saya tidak pernah menginginkan seorang dayang pun dan kalau kamu mau apa kata kita jadi sahabat ". Balasku.

" Idea yang baik juga tu nampaknya akhirnya anak appa(ayah) mempunyai sahabat dan omma(ibu) pun akan suka mendengar khabar berita ini " ujar appa (ayah) kerana baginya kegembiraan hara perkara yang sangat penting.

"Tapi kan saya ni hanya golongan bawahan ..." Kata Hyung mi tanpa sempat meneruskan ayatnya.

" Sekarang kita sahabat, dan pangkat bukan penting bagi saya " kata ku dan memegang tangan Hyung mi.

" Kamu jadi anak angkat pakcik pun ok juga kan" . Tambah appa(ayah).

" Mari lah kita pulang dan jangan lupa esok kita akan meninggalkan kampung ini ". ujar appa dengan gembira nampaknya kehadiran Hyung mi di sukai oleh appa.

"cik, apa maksud 'kita balik rumah esok bukanya' sekarang kita ingin pulang ke rumah kan ? " Tanya hyung mi yang sedikit hairan.

"Janganlah panggil cik, panggil hara saja sebenarnya kami hanya menginap di sini selama beberapa hari atas sebab urusan penting appa(ayah) dan esok kami akan pulang ke Hanseong".

" Ouh begitu " jawab Hyung mi sambil menganggukkan kepalanya.

Semasa perjalan ingin pulang ke rumah sementara banyak juga aku berbual bersama Hyung mi dan appa(ayah).

Dan banyak juga hyung mi bercerita pasal dirinya,bagiku Hyung mi seorang yang tabah kerana siapa yang sanggup menjalani hidup sebatang kara dan demi kelangsungan hidupnya banyak sudah pekerjaan yang dia lakukan.

Pada malam yang aku terjumpa Hyung mi, ketika itu dia berasa sangat sedih kerana dia tidak sanggup lagi menjalani kehidupannya dan terpaksa berhutang dengan tuannya dan katanya juga dia akan berkunjung ke situ setiap kali dia ingin meluahkan rasanya.

Pada awalnya aku mengira appa tidak suka dengan keputusanku untuk membawa Hyung mi tetapi ternyata tanggapan ku salah. Malahan sepertinya appa(ayah) suka dengan hyung mi mungkin juga omma akan menunjukkan reaksi seperti appa (ayah).

Seperti biasa apabila kami sampai di rumah penginapan itu, makcik kim akan menyambut kepulangan kami.

" ajumma kim (makcik kim) " panggilku setelah melihat makcik kim di hadapan pintu masuk utama rumah itu.

"Hara, nampaknya banyak kamu beli barang " kata makcik kim.

"Taklah imo(makcik), sepertinya appa(ayah) yang banyak beli barang " jawabku dengan memandang muka appa(ayah).

"Makcik kim ini sedikit hadiah saya belikan" ucap appa (ayah) ringkas dan menghulurkan bungkusan yang besar itu.

" gamsahabnida (terima kasih ) tuan Jang " ucap makcik kim dan menundukkan kepalanya.

" Maaflah makcik kim, hara tiada belikan makcik apa-apa tapi ini dia haengboghada biskut untuk makcik sebagai tanda hara minta maaf sangat-sangat " kataku, bolehnya aku terlupa untuk belikan makcik kim hadiah tadi.

" Makcik kim, ini kawan saya Hyung mi " .

"Saya makcik kim penjaga rumah ini " kata makcik kim kepada hyung mi .

" Apa kata Hara,Hyung mi dan tuan berehat lah dahulu sebentar lagi saya siapkan makanan ".

Dalam bilik hara di rumah sementara tersebut :

" Hara tidak apa-apa kah kita berkongsi bilik tidur, saya boleh sahaja tidur di luar " kata hyung mi yang berdiri di hadapan pintu bilik rumah tersebut.

" Apa kamu sudah lupa kita kan sahabat, jadi tiada masalah untuk tidur bersama dan lebih baik kamu tukar baju dahulu ya " kataku tetapi nampaknya Hyung mi masih kurang selesa dengan keadaan sekeliling.

Baju Hyung mi sudah kelihatan lusuh dan kotor, aku juga memilih hanbok yang sesuai untuk Hyung mi.

aku rasa hanbok berwarna hijau pastel ini sesuai untuk Hyung mi.

"Hyung mi apa kata kamu guna yang ini " saranku dan menunjukkan hanbok itu.

" Tapi kan hara ini tidak sesuai dengan saya apa kata saya pinjam baju makcik kim sahajalah " kata Hyung mi kepadaku.

Aku memegang tangan Hyung mi dan berkata " tolong pakai ini boleh, mulai dari sekarang kamu janganlah bersikap tidak selesa kita kan sahabat tidak kiralah kamu siapa, yang penting sekarang kamu sudah bersama saya ".

"Dan kalau boleh apa kata, kamu mulai hidup baharu dan menjalani hidup tanpa memikirkan perkara lain, janji ".

Lalu aku menunjukkan jari kelingkingku kepada hyung mi sebagai tanda janji.

"Baiklah saya berjanji Hara,mulai sekarang saya akan belajar menjalani hidup seperti kamu walaupun pada awalnya mungkin susah tapi dengan adanya kamu aku tidak pernah putus asa" balas Hyung mi.

" kan bagus begini, hyung mi pergilah bersiap dulu ". Kataku dan memberikan hanbok tadi kepada hyung mi.

Hyung mi pun segera ke bilik persalinan untuk menukar baju.

Hyung mi:

Tidak pernah aku sangkakan akan hidup begini dan berjumpa orang yang baik seperti hara rasanya bagai mimpi dapat memakai hanbok yang mahal ini dan dapat hidup seperti bangsawan.

Betapa besarnya budi dan jasa hara sampai bila pun aku tidak bisa menggantikannya.

Mulai saat ini aku berjanji pada diriku akan sentiasa menjaganya dan bersama hara terutamanya ketika dia sedih ataupun susah kerana mungkin ini sudah takdirku untuk berjumpa dengan hara.

Lagipun selama ini aku hanya hidup sebatang kara dan ini kali pertama ada orang yang mengambil berat tentang diriku.

Setelah itu, Hyung mi pun selesai bersiap dan keluar dari bilik persalinan untuk menunjukkan kepada hara.

" Waw.. Hyung mi tidak sangka kamu kelihatan cantik memakainya ". Pujiku memang sudah aku ramal perkara ini akan berlaku kerana apa, dia memang sudah cantik dan akan lagi cantik sekiranya memakai hanbok itu.

" Kejap pakai juga ini " tambah ku dan aku mengambil beberapa pin rambut di atas meja itu.

"Dan, siap " kataku dengan teruja.

Aku pun membawa Hyung mi ke hadapan cermin di bilik itu.

Sepertinya Hyung mi juga terkejut dengan penampilannya sekarang dan dia memusingkan badannya dan melihat klip rambut yang aku lekatkan di rambutnya.

" Cantiknya " ucapnya dan terukir senyuman di wajahnya.

Rasanya ini pertama kali aku melihat terukir senyum di riak wajahnya dan berubah menjadi riang bukan seperti sebelum ini yang penuh dengan kesedihan dan muram sahaja.

" ini baru sesuai dengan senyuman yang indah" ujar ku dan melihat ke cermin di hadapan kami.

Tetapi tidak lama kemudian air mata Hyung mi menitis keluar.

" Rasanya ini pertama kali dalam hidup saya dapat hidup tenang dan bebas daripada semua beban yang saya tanggung ,gamsahabnida (terima kasih) hara" ucap Hyung mi sambil memelukku erat.

"gwaenchanh-a hyung mi(tidak apa-apa hyung mi)" pujukku dengan ringkas.

Entah kenapa sepertinya aku pernah mengalami suasana seperti ini tapi bila dan dengan siapa.

kekadang aku juga rasa seperti aku pernah kehilangan seseorang sahabat yang penting dalam hidupku.

Namun pada hakikatnya Hyung mi lah orang pertama menjadi sahabatku.

Keesokan harinya :

sebak pula rasanya terpaksa meninggalkan kampung ini.

"hara kamu sudah bersiap, kita sudah mau bertolak sekarang ni " panggil appa(ayah) yang sedang berdiri di halaman rumah tersebut.

"al-ass-eo(baiklah) hara datang ni jamkkanman(sebentar) " jawabku dan segara keluar dari bilik begitu juga dengan hyung mi.

setelah itu kami pun selesai mengemas semua barang dan sudah tiba masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada makcik kim.