Chereads / true love from the moolight / Chapter 2 - siapakah wanita itu ?.

Chapter 2 - siapakah wanita itu ?.

Sudah 5 hari aku dikampung ini dan aku sudah tahu setiap jalan jadi aku tidak perlukan orang membawa ku jalan lagipun kampung ini bukannya terlalu besar.

Suasana di kampung ini sangat indahlah pada waktu malam dengan bintang yang menyinari di atas langit.

Setahu aku di hujung kampung ini ada sebatang pokok bunga sakura yang besar dan lebih baik aku kesana selama ini aku hanya mendengar sahaja penduduk kampung bercerita dan ini membuatkan aku semakin ingin kesana.

Akhirnya aku sampai juga ke kawasan itu dan aku melihat seorang wanita duduk di bawah pokok itu sambil menangis.

Aku yang sebelum ini teruja dan gembira ke situ tiba-tiba perasaanku menjadi sedih melihat sosok tubuh wanita tersebut yang kelihatan sangat sedih.

Pakaian wanita itu lusuh dan kelihatan comot, aku rasa dia seperti sebaya denganku.

Aku pun meneruskan langkahku untuk menyapa wanita itu.

" mianhae (maaf) cik apa yang membuatkan cik sangat sedih " . Tanya ku sambil menundukkan sedikit badanku di hadapan perempuan yang sedang duduk itu.

Perempuan itu pun segera mengusap mukanya yang penuh dengan air matanya lalu memandangku sekejap.

Hatiku berasa sangat sedih melihat keadaannya seperti itu lalu aku mengeluarkan sehelai sapu tangan dari uncang begku. Sapu tangan itu salah satu barang yang selalu aku bawa selain biskut buatanku

Sapu tangan itu mempunyai tanda bunga mawar yang aku sulam sendiri.

Lalu aku memberi sapu tangan itu kepadanya dan dia menerimanya dan melihat ku seketika.

" gamsahabnida(terima kasih) cik " ucapnya kepadaku .

Aku pun tersenyum dan menunjukkan muka yang ceria memandangnya dia cuba untuk tidak menangis di hadapan ku dan pertanyaanku tadi belum lagi dijawabnya.

Aku rasa lebih baik aku diam saja dan

menemaninya supaya dia dapat menenangkan dirinya dahulu.

Kemudian aku segera duduk dan merapikan hanbokku yang berwarna pink pastel itu.

Aku pun hanya diam sahaja sambil melihat suasana di situ, memerhati bintang di langit malam dan nampaknya perempuan itu sudah berhenti menangis tetapi dia hanya diam sahaja sambil memegang sehelai sapu tangan yang berwarna biru yang aku berikan tadi.

Sebenarnya aku berasa kekok dengan suasana itu kerana kami hanya diam sahaja tanpa berkata sepatah pun dan aku berpikir lebih baik aku memberikan biskut buatanku padanya.

Aku pun Segara membuka uncang beg ku atau yang lebih dikenali sebagai beg bertuah untuk mengambil biskut buatanku yang telah aku bungkus dengan kertas berwarna merah jambu dan aku telah melukis kertas itu dengan tanda senyum. Biskut itu berukuran lebih kurang panjangnya 3 cm dan lebarnya 2 cm serta ketebalannya dalam lingkungan 2cm.

Biskut itu aku sendiri membuatnya kerana aku suka makan manis-manisan tetapi semua biskut yang aku pernah makan dan beli tidak memenuhi citarasa ku oleh itu aku membuat keputusan untuk membuat biskut sendiri dan aku mengambil kira-kira 3 minggu untuk menghasilkannya.

Dalam tempoh 3 minggu itu banyak yang aku pelajari tentang makanan dan cara memasaknya. Oleh karena aku suka coklat jadi aku menambah ke dalamnya. Ini merupakan biskut kegemaranku dan aku akan memberikan kepada orang lain sebagai tanda terima kasih ataupun untuk membuat mereka gembira.

Aku pun menghulurkan biskut yang berbungkus warna merah jambu itu kepadanya dan dia kelihatan agak bingung dengan bungkusan kecil yang aku berikan kepadanya.

" Ambillah, ini biskut kegemaranku disaat aku sedih aku akan memakannya dan ini membuatkan aku ceria kembali " terangku kepadanya lalu aku mengambil sebelah tangan kanannya dan membuka tapak tangannya serta meletakkan biskut tersebut.

Perempuan itu menerimanya dan Segara berdiri dan berkata " cik saya mesti pergi sekarang dan gamsahabnida(terima kasih) untuk biskut ini ".

"Ou...ouh, tiada apa-apa lah cik tapi cik mau kemana tergesa- gesa ni ? " Tanyaku kepadanya kerana dengan tiba-tiba dia berdiri, tanpa sempat berbual dengan ku, sebenarnya aku sedikit terkejut dengan tindakannya pada awalnya.

Tapi aku cuba untuk memahaminya dan tidak menahannya untuk pergi, siapa tau mungkin dia mempunyai urusan yang mustahak untuk selesaikan.

Dia pun memberi sapu tangan ku kembali dan terus berjalan berjalan begitu sahaja.

Dengan itu aku segera berdiri dan dia juga sempat berpaling ke padaku kembali dan memberikan sebuah senyuman.

Nampaknya hanya tinggal aku sendiri di bawah pokok ini andai saja aku tau siapa nama perempuan itu tadi, tapi macam mana mahu tau sedangkan dia tidak bercakap langsung.

Setelah itu, aku mengambil keputusan untuk pulang Untuk pulang ke rumah kerana takut nanti appa(ayah) risau.

Dalam perjalanan itu, wajah sedih wanita itu masih berada di dalam benak fikiranku entah perkara apa yang membuatkan dia sampai berasa sedih seperti itu.

Tanpa ku sedari aku sudah sampai di depan pintu pagar rumah itu dan membukanya.

" Hara !! " Panggil appa( ayah) yang sedang duduk beristirehat di anjung rumah itu.

"ye appa ( iya ayah) " jawabku kembali dan pikiran ku tentang wanita tadi Segara hilang setelah melihat senyuman appa(ayah) yang lebar ke arahku.

Appa(ayah) segera berdiri dan berjalan ke arahku dan berkata " bagaimana dengan suasana kampung ini pada waktu malam hara? " .

" Sangat indah dan nyaman tadi hara hanya pergi ke hujung kampung dekat atas bukit tu, pemandangannya memang tidak dapat hara lupakan tau appa(ayah) dan yang paling hebat lagi disitu ada pokok bunga sakura tapi sayangnya bunga itu belum kembang sepenuhnya " bahasku dan aku rasa lebih baik aku tidak memberi tahu tentang perempuan yang aku temui tadi.

" Nampaknya anak appa(ayah) suka dengan suasana di kampung ini dan mesti hara rindu kalau kita balik nanti ".

" Ialah appa(ayah), walaupun kita hanya tinggal beberapa hari di sini hara rasa macam sudah tinggal lama dan sudah tentu hara rindukan tempat ini.

" Kalau begitu lebih baik hara masuk tidur sebab esok appa(ayah) mesti bersiap awal untuk berjumpa beberapa penduduk kampung ini sebelum kita balik nanti " ujar appa(ayah).

"Nampaknya kamu kelihatan letih, pergilah masuk dan berehat jangan lupa bangun awal esok ". tambah appa lagi.

"kalau tidak, jawabnya appa(ayah) pergi sendirilah ". sindir appa(ayah) tapi sebenarnya itu hanya gurauan sahaja.

"al-ass-eo appa (baiklah appa) " jawabku lalu aku masuk ke dalam bilik tidur rumah tersebut.

Walaupun bilik itu tidak sebesar ruang tidur di rumah ku dan tidak kelihatan mewah seperti mana omma(ibu) menghias ruang tidur ku tapi rasanya aku lebih suka dengan hiasan ruang tidur rumah ini yang hanya dihiasi sebuah meja panjang yang kecil, almari, lukisan bunga sakura dan sebuah pasu yang berisi beberapa kuntum bunga mawar merah.

Tapi masa kan bunga ini tidak layu setelah beberapa hari kerana aku perasan bunga itu sentiasa segar semenjak lima hari aku disini. Mungkin makcik dirumah ini yang menggantikanya setiap hari.

Setelah beberapa minit aku berdiri di dalam bilik itu akhirnya aku berasa mengantuk dan aku terus menukar hanbok ku yang berwarna pink pastel itu.

Aku pun merapikan dahulu tempat tidurku,aku juga sempat mengingati kembali peristiwa dimana aku berjumpa perempuan tadi dan kenapa dia kelihatan sangat sedih, tanda tanya ini bermain di fikiranku tapi tanpa ku sedari akhirnya aku pun tertidur dengan lenanya.