Chereads / konflik dunia bawah ( bangkit pahlawan tanpa nama ) / Chapter 42 - Muncul kuasa baru meramaikan lagi perang dunia kedua kongsi gelap

Chapter 42 - Muncul kuasa baru meramaikan lagi perang dunia kedua kongsi gelap

Perang dunia kedua sudah berada pada pertengahan akhir perang namun kemunculan salah satu kuasa besar iaitu kongsi gelap dragon yang ingin bergabung dalam perang itu menyebabkan lima kuasa besar kongsi gelap tersudut kerana anggota mereka telah ramai yang tumbang.

Kemunculan kongsi gelap dragon yang mampu menguncang keseimbangan kuasa besar terlebih lagi mereka ingin masuk atau join dalam perebutan takhta sebagai raja kongsi gelap di wilayah distrik hitam ini. Kemasukan mereka ini dalam perang dunia kedua tersebut telah merencatkan kelancaran perjalanan perang antara lima kuasa besar namun kemasukan mereka mampu meriahkan lagi suasana. selain itu, kemasukan mereka ini boleh dikatakan tidak adil bagi lima kuasa besar lain kerana kongsi gelap dragon masuk ketika pertengahan perang yang sudah mengambil korban beratus-ratus orang setiap pasukan. ketika semua kumpulan kongsi gelap ramai yang tumpas mereka baru muncul dan bilangan mereka cukup ramai untuk meriahkan lagi suasana yang telah huru-hara akibat peperangan antara kuasa besar dunia.

Ketibaan mereka kongsi gelap dragon merupakan aib bagi seorang lelaki kerana mereka datang tanpa diundang terlebih lagi turut menclaim diri sebagai kuasa besar malahan turut bertempur menentang kongsi gelap seperti kongsi gelap budak tebing yang telah berpecah-belah. Ketibaan mereka tanpa diundang, lalu menentang kongsi gelap budak tebing yang sudah lemah akibat pemberontakan antara mereka sendiri.

Kongsi gelap budak tebing boleh dianggap malang setelah mereka berpecah mereka perlu berhadapan dengan Kongsi gelap yang baru muncul dalam perang dunia kedua yang mana mereka masih segar dan anggotanya masih belum tercedera atau tewas.

Kongsi gelap budak tebing yang mana perlu berhadapan dengan Kongsi gelap dragon telah dibantai habis-habisan tanpa sedikit perlawanan ibarat semut melawan gajah. Kematian kongsi gelap budak tebing itu belum lagi menandakan kongsi gelap budak tebing hancur kerana mereka baru satu team atau kumpulan baru tewas dan ada dua team lagi masih selamat dan bertahan di kubu mereka.