Chapter 3 - Awal sebuah pertemuan

Di suatu tempat iaitu kota besar. Ada seorang wanita membaca surat khabar dan ekspresinya terkejut dan matanya tertumpu kepada tajuk Zarul si atlet muda yang berbakat besar telah mengumumkan persaraannya dari sukan bela diri. Selepas itu, wanita itu bangun dan berlari mencari seseorang yang bernama Zarul untuk menanyakan kenapa mengumumkan persaraan dalam bidang yang diminati sejak kecil dan yang lebih parah lagi beliau berada dalam kemuncak prestasi yang tinggi. Seseorang wanita itu bernama Balqis dan teman masa kecil Zarul . percarian Balqis mencari Zarul demi menanyakan hal tersebut betul atau tidak, namun sayangnya Balqis tidak dapat mencari Zarul kerana Zarul telah berangkat ke distrik hitam. Setelah belum berjaya mencari Zarul Balqis mencari seseorang lelaki yang mempunyai ilmu dan mahir dalam mengumpul maklumat, lelaki itu adalah Khai teman sekolah Balqis. Balqis telah meminta Khai untuk mencari Zarul dengan pengetahuannya dalam mencari maklumat mampu membantunya untuk bertemu Zarul.

Di tempat Kuala Kangsar, Zarul berhenti untuk berehat dan mencari makanan di tempat tersebut. Sistem keamanannya begitu ketat, namun tiada bantahan dari penduduk di situ tentang sekatan ketat dan pelancong asing yang datang ke tempat mereka. Kuala Kangsar merupakan jalan pintas atau gerbang menuju ke distrik hitam. Di tempat tersebut Zarul di beri nasihat oleh penduduk kampung untuk jangan pergi ke situ. Tempat itu berbahaya, siapa yang pernah masuk tidak akan mampu kembali lagi.

Di sisi lain, tok guru Mahmud telah mengirim anak muridnya untuk membantu Zarul dalam impiannya untuk menjadi seorang pahlawan dan menjaga keselamatannya di distrik hitam itu. Anak itu adalah anak murid tok guru Mahmud itu. Anak murid tok guru Mahmud di kenali sebagai death march dan namanya ialah Anis. Anis adalah pembunuh upahan yang kejam dan sadis. Dari segi kelicahan dan kecepatan membunuh kekuatan Anis tidak perlu dipertikaikan lagi kerana dengan kelincahan ini banyak mangsanya telah tewas atau terkorban. Di sisi lain, Balqis dan Khai telah mendapat maklumat tentang Zarul yang ingin pergi ke distrik hitam dan mereka bergegas ke Kuala Kangsar untuk menghentikan Zarul daripada memasuki distrik hitam. Mereka berdua berjaya datang tempat waktu untuk menghentikan Zarul daripada memasuki distrik hitam tersebut. Balqis ", Zarul jangan pergi kawasan itu berbahaya". Khai ", betul kata Balqis, tempat itu bahaya". Zarul ", kau siapa nak halang aku, ini keputusan aku, aku buat keputusan dan keputusan ini adalah keputusan yang sudah aku fikir masak- masak oleh aku. Selain itu, aku turut meluahkan pendapat ini kepada tok guru Mahmud yang sudah aku anggap sebagai datuk ku sendiri. Berlaku pertikaian antara mereka kerana Khai dan Balqis cuba untuk menghentikan Zarul daripada memasuki distrik hitam tersebut tapi akhirnya mereka gagal dan mereka berdua turut mengikuti Zarul ke distrik hitam tersebut.

Dalam perjalanan mereka memasuki distrik hitam, mereka sempat berbual dan menanya khabar tentang keputusan Zarul untuk berhenti dalam bidang sukan bela diri adalah betul atau salah. Apabila memasuki distrik hitam mereka berhenti berbual kerana mereka perlu bersiap sedia dari segi mental ataupun fizikal kerana distrik hitam adalah tempat yang berbahaya dan tidak mampu dijakau oleh pihak berkuasa namun mereka terkejut apa yang di lihat adalah sebuah Misteri yang belum di ketahui ????????.