Chereads / Cinta Yang Ke ? / Chapter 2 - Bab 2 : Penyesalan

Chapter 2 - Bab 2 : Penyesalan

14 tahun lepas segala-galanya berubah dalam hidupku, permulaan baru yang mematangkan aku. Kisah silam yang membuatku kuat, dan juga mendisplin diri ini. Tidak seperti kanak-kanak lain, yang masih bermain-main tanpa menghiraukan kehidupan sekeliling. Di usia yang masih kecil, ku ditampar serta dihempap dengan berita permergian ayahku. Di usia ku amat memerlukannya, malangnya Allah S.W.T lebih menyayangi beliau. Ku cuba untuk berdiri menjadi ketua keluarga, cuba untuk kuat bagi Ibu serta adik-adikku, dan ku terus-menerus memendam perasaan sedih kehilangan ayah.

Kami bukanlah dari keluarga yang senang, jadi apabila punca rezeki keluarga kami pergi meninggalkan kami, ibu terpaksa berkerja sebagai pekerja restoran di tengah-hari dan berniaga nasi lemak di pagi hari. Jadi untuk meringankan beban ibuku, ku akan membantu menyiapkan adik-adikku serta kemas rumah dan memasak selepas pulang dari sekolah. Ku pernah mencadangkan pada ibuku bahawa aku ingin berhenti belajar dan bekerja bagi menolong ibuku, dan buat kali pertama ku melihat ibuku melenting dengan linangan air mata.

"Tanpa ilmu kamu nak kerja apa, kalau kamu betul nak meringankan beban ibu, kamu tolong belajar bersungguh-sungguh dan buat ibu serta adik-adik bangga dengan kamu. Kamu tahu tak 'Tanpa Ilmu disisi, kamu seperti belayar tanpa Peta'. Kamu adalah ketua keluarga ni, jadi seperti ayah kamu yang sentiasa menjadi contoh kepada kamu semua, kamu juga harus menjadi contoh pada adik-adik. Lagi sekali ibu dengar atau kamu cadangkan lagi pada ibu cadangan yang paling bodoh ni, ibu takkan bercakap lagi dengan kamu.", kata ibuku dengan tegas.

Kata-kata ibu pada hari itu, terus tertanam di hati ini dan kata-kata itu lah yang membentuk masa depanku.Dari perangai kebudak-budakkan yang selalu fikir nak main sahaja,ku berubah menjadi pendiam di sekolah dan hanya focus pada pelajaran. Pulang dari sekolah kuterus ke gerai ibuku bantu ibu mengemas gerai dan pulang ke rumah, ku mengemas rumah serta memasak untuk adik-adikku makan.Siap makan ku membantu adik-adikku menyiapkan kerja sekolah mereka sambil ku menyiapkan kerja ku.Kehidupanku terus seperti rutin harian selama 2 tahun, dan akhirnya ku tamat sekolah rendah dan memulakan alam persekolahan baharu di sekolah menengah.

Cukup sebulan lebih aku bercuti setelah tamatnya UPSR, dan hari ini adalah hari pertamaku sebagai pelajar sekolah menengah. Setelah menghantar adik-adikku ke sekolah mereka, ku berlari ke sekolah kerana tidak mahu lewat hadir pada hari pertama persekolahan. Hampir disekolah aku dilanggar oleh seorang pelajar perempuan yang sedang berlari kearah pintu pagar sekolah.Gadis itu hanya menyebut maaf tanpa melihatku dan terus berlari. Aku pun mengabaikan dia dan segera ke sekolah.

Selesai perhimpunan kami masuk ke kelas dan bermulalah sesi memperkenalkan diri di kelas. Tiba masa untukku memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum serta selamat pagi, saya Muhammad Acmal Ibrahim Bin Muhammad Alfian. Boleh panggil saya Am je." Ku memperkenalkan diri dengan senyuman.

Selesai aku memperkenalkan diriku, pelajar yang duduk disebelahku dipanggil untuk memperkenalkan diri. Rupa-rupanya pelajar itu adalah pelajar perempuan yang melanggarku pagi tadi di pintu pagar sekolah. Bila kulihat dia dengan jelas dibawah sinaran lampu kelas ini, comel juga dia sebenarnya. Lalu dia mula memperkenalkan diri.

"Assalamualaikum, nama saya ....."

Malangnya aku tidak ingat ataupun mungkin tidak pernah mengetahui nama budak itu. Tetapi ku masih ingat wajahnya, seorang yang periang serta sentiasa senyum.Tidak bertudung, pelajar yang bijak walaupun kurang fokus didalam kelas. Aku ingin menegur dia, tetapi rasa segan kerana aku kurang bergaul dengan perempuan.

Tetapi setelah hampir sebulan, dia seperti perasan yang aku kadang-kadang curi-curi melihat dia. Dan satu hari dia senyum padaku, di hampir padaku dan jantung aku terus berdengup kenyang. Dan kerana rasa malu ku hanya memandang ke bawah. Dia menghampiriku dan berkata,

"Em..Am. Ada pensel dengan pemadam lebih tak. Aku tertinggal bekas kotak pensel kat rumah", dia meminta sambil senyum.

"Erk..Ada-ada..Kejap", balasku tergagap sambil mencari dan memberi pensel serta pemadam lebihan ku kepadanya

"Terima Kasih Am.Nanti aku belanja kau ye", kata dia sambil merapatkan wajahnya denganku.

"Errr…ok-ok",balas ku selepas menjauhkan mukaku darinya.

Dia kembali ke mejanya dan bersembang dengan teman semejanya.Ku hanya tunduk malu sambil senyum.Cikgu Matematik masuk dan mulakan pembelajaran,aku mengeluarkan buku teks serta buku latihan dan mencari pensel.Dan baru ku sedar, aku mana ada pensel lebihan.Aku segan nak minta balik jadi aku pinjam dari Syafiq sahabat sekolah rendahku yang turut duduk bersebelahan denganku.

Ku memandang ke arah budak perempuan tu,dan dia senyum melihatku.Ku dengan pantas mengubah pandangan ku kearah papan putih dihadapan.

Selesai pembelajaran terakhir pada harini iaitu kelas Bahasa Inggeris, pelajar perempuan tadi datang kepadaku sambil memanggil namaku.

"Am…nih pensel dengan pemadam.Terima kasih tau pinjamkan",katanya sambil menghulurkan pensel serta pemadam diikuti dengan senyuman yang comel.

"O..owh..sama-sama",balasku dengan nada gagap

Dia ketawa lalu merapatkan mukanya ke telingaku dan membisik.

"Lain kali kau pastikan dulu kau ada pensel lebihan tau,baru pinjamkan.Comel la kau ni Am",bisik budak itu sambil senyum membetulkan rambutnya.

"Ah?..Aku tak perasan tadi..sory",balasku dengan nada malu.

"Eh..sory apanya..kau tak buat salah pun.Aku memain je.Maaf la tak pulangkan waktu aku sedar yang kau takde pensel lebihan,sebab time tu aku tengok kau..emm..takde pape la.Jom balik",balas budak itu sambil mengemas barangnya ke dalam beg.

"Em..jom",balasku dengan ringkas

Kami berjalan sekali ke luar.Dalam perjalanan dia bertanya pelbagai soalan dan aku hanya menjawab dengan nada malu.Sampai ke pagar sekolah,dia bertanya padaku.

"Emm..Am, mana parent kau?",tanya dia padaku.

"Ouh..aku balik jalan kaki je.Rumah aku dekat sini je",balasku sambil menunjuk kearah rumahku.

"Ouh..untungnya dekat dengan sekolah",katanya padaku.

"Haha..parent kau pulak mana",tanyaku kepadanya.

"Emm..kejap lagi sampai kot.Ibu yang ambil,ayah sibuk kerja",balasnya sambil memandangku.

"Ouh..kira kau rapat dengan Ibu la ni",tanya ku kepadanya.

"Tak lah. Aku rapat dengan dua-dua.Cuma ibu aku suri rumah, jadi hari-hari biasa aku menghabiskan masa dengan ibu aku.Hujung minggu pulak family time.Ayah selalu jugak sedih tak dapat menghabiskan masa dengan kami,dia pulang kerje aku da tidur.Pagi pulak jumpa waktu sarapan je",balasnya dengan nada riang bertukar sedih.

"Ouh..bagus la tu. Paling kurang kau sentiasa bersama kedua ibubapa kau.Lain macam ak.."kataku disamput olehnya.

"Wei..Ibu aku da sampai tu.Aku balik dulu, hati-hati balik tau" kata gadis itu sambil melambai-lambai berlari kearah kereta.

"Owh..ok.kau pun hati-hati",balasku sambil melambai

Dia pulang dengan kereta yang agak mahal.Kemungkinan besar dari keluarga yang senang.Ku hanya senyum seorang sambil berjalan kearah gerai ibuku.

Dan ketika itu tidak terdetik dihati ini, bahawa itu akan menjadi perbualan terakhir kami.

bersambung...