Chereads / Cinta Yang Ke ? / Chapter 7 - Bab 7 : Kekeliruan

Chapter 7 - Bab 7 : Kekeliruan

Keesokkan hari seperti biasa aku dan Razi bergerak ke kerja jam 8.15 pagi dan ketika hendak mengunci pagar sebelum keluar, aku bertemu dengan Lili yang ketika itu baru sahaja keluar dari rumah dan hendak mengunci pagar rumah. Belum sempat ku menegur dia, dia menyerahkan kunci rumah pada Ros lalu masuk ke dalam kereta. Seperti mahu mengelak bersemuka denganku, lalu ku terus bergerak ke kerja.

Aku langsung ke blok C dan terlihat Lili sedang memberi arahan pada Ros. Lalu aku memanggil Razi dan juga memberi arahan padanya untuk sambung kerja semalam. Selesai memberi arahan aku berjalan kearah Lili lalu menegurnya, dan baru sahaja aku menyebut Li.., dia langsung memanggil dengan kuat lalu berjalan ke arahnya dan sambung bersembang dengannya. Aku faham yang dia ingin mengelak dariku lalu aku memberi ruang padanya dan sambung menjalankan tugas ku.

Ketika waktu rehat selepas makan, aku pergi menegurnya,h

"Lili..emm..awak ok tak?",tanyaku padanya dengan penuh kejanggalan

"Yup..saya..ok je..nape?",jawabnya janggal.

"Emm..saya nak sembang jap dengan awak bole x?",aku mengajaknya untuk menyembang di luar.

"Emm..jom",balasnya ringkas.

Lalu kami keluar dan aku bertanya padanya kenapa dia mengelak dariku dan berkelakuan janggal denganku. Padahal dia berkata ok untuk berkawan seperti biasa. Lalu dia membalas,

"Memang betul saya kata ok, tapi..tapi saya rasa awkward gile bila jumpa awak. Well siapa yang tak akan awkward kalau luahan cinta ditolak direct camtu je.emm", balas Lili lalu memandang kebawah.

"Saya tak tolak dan juga tak terima. Nie semua 1st time bagi saya ok. Dan saya tak nak saya terima awak hanya sebab saya selesa dengan awak. Saya tak nak terburu-buru ok. Jadi saya harap sangat awak boleh bagi saya masa untuk saya berfikir, dan sementara tu saya harap sangat-sangat kita macam biasa..ok?", kataku padanya

"Emm..yeye..maaf la kalau perangai saya buat awak rasa tak selesa atau rimas. Saya janji lepas nie saya kawan macam biasa je tapi.."kata Lili lalu diam

"Tapi apa?", tanyaku padanya

"Tapi awak belanja makan malam nie plus dengan Ros and Razi. Lepak tempat biasa jom"balasnya sambil senyum.

"Haha..on. Jom sambung kerja",balasku lalu mengajak Lili sambung kerja

Lalu kami sambung melakukan kerja kami dan pulang ke rumah. Kami mesej seperti biasa dan aku rasa lega sangat sebab kami berkawan seperti biasa. Seperti yang dijanjikan kami keluar lepak di restoran berdekatan rumah untuk makan malam. Kami hanya berjalan kaki sambil bersembang kosong. Setelah selesai makan kami hanya berborak sambil menonton tv. Dan setelah 1 jam setengah kami disitu Ros dan Razi kata hendak berangkat pulang sebab nak rehat lalu tidur.

Setelah diorang bergerak Lili memulakan kata-kata dengan bertanya,

"Awak rasa diorang ada pape tak? Rapat semacam je diorang tu", kata Lili sambil tersenggih sorang.

Ku hanya tersenyum sorang memandang Lili lalu ku membalas,

"Tak kot, Razi tu ada awek kalau tak salah saya. Sebab 1st day nk masuk keje tu di bangun pagi dengan mata sembab sebab on-call sampai 2 pagi.", balasku sambil memandang Lili.

"Ish awak nie..spoil arh..baru nak fikir sweet-sweet je. Saya masih rasa diorang ada something nie", balas Lili sambil memandang ku dengan riak wajah marah lalu memandang ke arah diorang yang sedang berjalan pulang.

Ku hanya tersenyum sorang. Setelah berbual lebih kurang sejam kami berangkat pulang ke rumah masing. Kami sambung bersembang melalui whatsapp lalu tertidur.

Tanpa kusedar, sudah sebulan kami disini dan kami berjaya menyiapkan semua tugas yang diberikan kepada kami tepat pada waktu ditetapkan. Kami tinggal lagi sehari untuk majlis perasmian dan memantau operasi hari pertama. Selesai tugas kami dan esoknya kami semua akan berangkat pulang ke negeri masing-masing. Selesai waktu bekerja kami semua mebuat pelan untuk buat makan-makan sebelum pulang.

Selesai solat Isyak, kami berkumpul di cafe berdekatan rumah Fatin. Kami makan kemudian bersembang kosong dan kemudian yang lain memberi cadangan untuk ke pusat karaoke. Sampai di pusat karaoke aku hanya lepak di luar kerana tidak beberapa minat untuk berkaraoke. Sejenak kemudian Lili turut keluar lalu ku bertanya,

"Lili?..Kenapa keluar?",tanya ku padanya.

"Emm..bosan la,ramai sangat kot",balasnya lalu senyum.

"Ouhhhh...Emm...Jom lepak sebelah",aku mengajaknya untuk lepak minum di cafe bersebelahan pusat karaoke.

Kami lepak di cafe sambil berbual kosong.Dan aku bersuara,

"So pasni kita susah la nak jumpakan?",kataku sambil memandang Lili.

"Em..Yup. Tapi kalau kita still boleh mesej atau call kalau ada pape",balasnya sambil senyum.

"Aah...tapi kalau tak ada pape bole call x?",tanyaku padanya

"Tak leh..hehe",balasnya dengan nada berjenaka.

"Ok tak kol",balasku ringkas.

"Haha..main-main je. Anyways apa plan awak lepasnie?",tanya Lili padaku

"Emm..macam biasa kerja. Tapi sebelum tu saya nak cuti puas-puas dulu.",balasku padanya

"Owh..good",balasnya ringkas lalu meneguk airnya.

Kami terus berbual hampir sejam lalu kami masuk ke bilik karaoke dan memberitahu yang lain kami ingin pulang. Setelah bersalaman kami berangkat pulang.Selamat sampai dirumah aku memanggil Lili untuk berbual sebentar.

"Emm Lili..Saya tau lepas ni for sure susah kita nak bertemu lagi dan mungkin juga kita tak akan rapat macam dulu. Tapi saya berharap sangat kita akan selalu berhubung. Dan saya juga berterima kasih sangat-sangat sebab awak still berkawan baik dengan saya walaupun saya tak bagi kata putus bila awak luahkan perasaan awak haritu.Emm..",kataku pada Lili sambil memandang Lili

"Yup..saya pun harap begitu juga. So pape mesej le and stay happy ok.",katanya padaku

"Yup..You too..Sampai Pahang nanti mesej ye..Bye",kataku padanya

"Insyallah..Bye",balas Lili lalu masuk ke rumah.

Lalu aku masuk mengemas barang-barang aku untuk bawa pulang besok. Selesai mengemas barang-barangku, aku mengemas rumah lalu mandi dan baring sambil mesej dengan Lili. Keesokan harinya selesai solat Subuh aku sambung tidur sebab tidur lewat malam tu. Tepat jam 10 pagi aku terjaga lalu aku bangun mandi dan bersiap untuk pulang. Aku turut pergi ke bilik Razi untuk kejutkan dia bersiap untuk pulang, belum sempat aku mengetuk pintu biliknya dia da keluar dengan siap bersiap. Rupanya dia dah bangun awal kerana hendak gerak awal.Tepat jam 11.30, selesai bersarapan Razi bergerak untuk pulang. Dan ketika itu aku perasan yang kereta Lili tiada dirumah dan juga pagar sudah dikunci. Dan aku beranggapan yang dia sudah pulang, lalu aku meninggal mesej untuk mesej jika selamat sampai di pahang.

Selesai bersarapan, tepat jam 12.00 tengah hari aku berangkat pulang. Dan aku selamat sampai dirumahku jam 8.00 malam. Dan ketika itu aku melihat telefonku dan aku perasan yang Lili membalas mesej aku pagi tadi. Tepat jam 3.00 petang dia reply yang dia selamat sampai diikuti dengan selfie dirumahnya. Lalu aku membalas yang aku juga sudah selamat sampai.

*Dan ketika itu tidak terlintas di permikiranku, ini adalah perbualan terakhir kami...*

Bersambung...